Followers

Monday, January 31, 2005

:: aki ku sayang ::

aki...oooo aki...meooowwww...meh makan meh..kak ja balik ni...
diam je? mana aki ni...biasa dlm bilik aku la tempat beradu...ish lain macam je rasanya

2, 3, 4, 5...dah dekat 2 minggu aki hilangkan diri..merajuk ke kena tinggal? eh aku pegi baru je sebulan..tak kan dah merajuk ni...sedihnya aku...ilang ke? org amik ke? ada org kurung dia ke? tertekan sih tingat kat aki... satu family susah hati ni...keliling kg aku ngan adik2 carik...tadak bayang pun..tanya jiran2, sume dah byk hari tak nampak kelibat aki...makin sedih hati aku..

ingatkan blk dari kedah, boleh la bercerita ngan aki :( mcm mana ni...itu la, sume duk usik aki "kak ja balik, kak ja balik" buat nya dia gi carik sendiri..abih la...nanti nak try carik lg la...hope blh la jumpa...sedih ni, nanti aku citer ngan korang ye...kat atas tu gmbr aki, kucing kesayangan aku...

Tuesday, January 18, 2005

:: sedikit tenang ::

semlm duk jenguk2 site lecturer yg involved dgn scorm technology ni..one of them ada yg mmg blh relate ngan aku nye bahagian..dah selamat email dah dekat Dr Eleni Stroulia..mintak dia bg pendapat and ideas on the topic..hopefully, mau la dia tolong mana yg tak clear di mata :D

aku praktikkan jugak cadangan kawan2 mcm mana nak bg rajin dan berdisiplin dlm menyelesaikan research aku ni..cepat MELATAH rupanya aku ni..thanks sebab ingatkan aku..kadang2 tabiat buruk ni kita mmg tak perasan selagi takde yg menegur..

"reverse researching", ni aku la yg definisikan...takde quote kata2 sape pun...cadangan kawan2 yg berpengalaman, trace dr belakang ape yg dah aku buat..

  • research method-->setiap step dlm research method ni membantu utk capai kita nye sub-objective
    result&discussion-->hasil yg kita dapat tu nnt menjawab keseluruhan research, significant,contribution to field of study


  • masa dtg sini hari tu, diorang suggest suh baca satu buku ni..(sume dah fotostat) Daniel Holtom and Elizabeth Fisher (1999).Enjoy Writing your Science Thesis or Dissertation.Imperial College Press, London...bagus la utk aku yg duk blur buat research ni, tak well-organized in writing thesis...kadang2 rasa mcm dah terlambatnya dapat buku mcm ni...masih boleh diselamatkan lagi ni...aku blm abih baca lg, tapi so far so good...mmg enjoy la...

    malam ni balik Terengganu utk sambut raya..so Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua...balik kg elok2 ye, drive baik2..jaga diri, jgn makan daging lebih2 nnt blood pressure naik plk...susah la korang..mcm aku? low blood pressure, ermmm kena makan daging byk ke? ishhh ada plak...bersederhanalah...maybe, lambat lagi la aku nak update blog ni...ada masa, aku p CC blh la jenguk2...ape pun, have a nice holiday...

    Saturday, January 15, 2005

    :: sakitnya paler otak ::

    baru2 ni ada skit discussion kengkawan yg dah 'senja' dlm bidang research ni..semua meluahkan ape yg terbuku dlm hati masing2...tak kurang yg memberi pendapat yg bernas dan membina..tima kasih sahabat...

    bila sampai part aku je, mulalah rasa diri ni LOST..ape dah jadi ni?? dekat 2 thn aku usahakan tajuk baru ni, rupanya ada jugak yg aku tak perasan..aku tak clear dgn ape yg aku 'research'kan masa tu, air mata dah berderai, aku try cover supaya diorang tak perasan sgt..(ye ke korang tak perasan?)payahnya dugaan kali ni...tak tertanggung dah rasanya...macam mana la nak abih research ni..

    balik petang tu aku try carik kat mana la silapnya..erm, salah aku rupanya...tak bersungguh utk mencari kesalahan, tak berusaha utk berbincang..ingatkan sume ok..rupenya dah KO..aku tak salahkan mama ku utk tidak membantu..tapi aku sedih sebab dia tak dapat nak bg pendapat dlm bidang yg aku kaji..i'm on my own journey...

    aku kuatkan semangat, bantuan dr sahabat2 aku,adik2..aku carik balik ape yg silap kat dlm research aku ni..thanks xmlers kerana memahami aku...byk korang bantu...mmmuuuaaahhh :X

    hari ni, aku kembali mengadap segala topik yg berkaitan..search balik sume benda..aku tak nak buat silap lagi..cukuplah kali ni aku duk terkapai2 sendiri..takde hala tuju..tp apekan daya, still tak jumpa ni!!!

    sabar..sabar...dan sabar lagi..insyaAllah boleh jumpa ape yg ko carik tu...hai hati, pujuk la diri aku ni...ya Allah, kuatkanlah semangat aku utk teruskan perjuangan...

    Monday, January 10, 2005

    :: New Nokia 7270 ::

    semalam duk belek2 paper the star, terpandang la new coming hp by nokia..alamak dah tangkap cintun sama model 7270 ni..flip, kaler itam..dia nye new features pun not bad..tadi surf la website nokia menarik ni, tp tak jumpa la pulak market price dia brape..mau 1k++ ni..takpelah, nanti dah keje boleh la aku beli..buat masa sekarang ni pakai je la mana yg ada :D

    jom tgk gmbr nokia 7270 and other models

    Sunday, January 09, 2005

    :: Salah ke?? ::

    2 3 hari ni mcm ok je buat keje research...tp byk gak abihkan masa surf internet..biasa la tu..tiba2 teringat plak kat satu mail dr kawan aku ni pasal persahabatan, kenangan, ingatan...wah2, gaya mcm nak layan jiwang je ni..ceshhh bosan je :p

    meh kita tgk keratan kata2 dr email ni :
    x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
    x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
    x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
    fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.


    memang pun ada kebenaran di sebalik kata2 ni..tak semestinya every second u need to call him/her just to tell how much u care about them..pada aku, doa dr diorang pun merupakan tanda ingatan pd kita.. itulah hadiah yg paling mahal dr sesiapa je..especially kalo doa tu dr mak/ibu/mama/umie/ma kita sume..ye ke?

    ckp pasal doa mak ni, korang dgr tak radio sinar.fm masa ucapan tahun baru yg lalu..ada sorang auntie ni dia wish utk anak2 dia akak sentiasa doakan kejayaan anak2 akak, dan akak harap tahun ni diorang semakin berjaya dan dimurahkan rezeki

    bertuahnya hidup kita kan bila sentiasa di bawah lindungan Allah berkat doa ibu kita..tapi sebagai anak, kita kena la lebih berusaha utk menjadikan impian mak ayah kita satu kenyataan..mak ayah mana yg akan mendoakan keburukan pada anak2.. tiap kali aku rasa frust dgn keadaan skarang ni dgn research ntah mcm mana, selalu la aku ingat pd Allah, pd harapan mak ayah...itu yg aku jadikan sebagai pembakar semangat utk terus berjaya...insyaAllah..

    Thursday, January 06, 2005

    :: Peringatan Diri.. ::

    Jom kita baca hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya...JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.

    Sabda Rasulullah SAW:
    "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

    Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
    "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)

    Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
    "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

    Rasulullah SAW bersabda:
    "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad)

    Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
    "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
    1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
    2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
    3. Zakat dijadikan hutang
    4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
    5. Anak derhaka terhadap ibunya
    6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
    7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
    8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
    9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
    11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
    12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
    13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
    14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
    15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

    Tuesday, January 04, 2005

    :: Nostalgia.. ::

    teringat plak zaman dulu2 nye cite...semalam tido aku sikit terganggu dgn imbauan2 ketika aku bergelar pelajar (eleh..skang pun status aku student gak :P)..dgn ditemani dj era-farah fauzana in da house, aku semakin rindu pd kenangan lama...tetiba si dj pasang lagu yg mmg satu ketika dulu cukup aku suka...meleleh air mata aku.. jom la aku bg korang baca lirik lagu ni...

    Suaramu...
    Gemersiknya bak buluh perindu
    Cuba kau lagukan
    Cuba kau dendangkan
    Mengisi di ruang kamarku

    Senyummu...
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Cuba kau ukirkan
    Cuba kau pamerkan
    Menjadi hiasan hidupku

    ( korus )
    Tiada terkata
    Seindah bahasa
    Nak ku huraikan
    Nak ku belaikan dirimu

    Akan ku syairkan katamu
    Akan ku madahkan janjimu
    Menjadi coretan gurindam
    Puisi cinta...

    Akan ku ukirkan senyummu
    Akan ku lukiskan tawamu
    Menjadikan susunan warna
    Potret indah...

    Senyummu...
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Cuba kau ukirkan
    Cuba kau pamerkan
    Menjadi hiasan hidupku...

    ( ulang dari korus )

    Menjadi hiasan hidupku...


    ni aku amik dkt site Lirik Lagu

    Monday, January 03, 2005

    :: research lagi ::

    hari ketiga utk 2005,aku ngan housemate pose hari ni..hari ni Isnin, sunat utk kita berpuasa..hari ni keje makin banyak...dateline makin dekat..susahnya hati aku bila duk pikir sume ni...takpe, insyaAllah berjaya...

    semlm ngadap keje dgn jayanya..tp sempat lg aku 'mengular' dgn ayah aku..layan YM kejap, suh ayah send gambar aki kesayangan aku..rindunya dekat dia..eh td pun masa adik aku tepon, boleh la jgk aku ckp ngan aki..

    semalam Finale rancangan best--> Apprentice..Bill Concig menang..rupanya rancangan ni dah 2 thn yg lepas.ketinggalannya rasa lepas hired by Donal Trump, bill was assigned another job which involved million of dollars..bill pilih utk handle satu projek membina sebuah bangunan yg tertinggi dkt chicago (trump punye jugak) besides that, bill dpt sebijik kereta...sakan aihhh..bekerja dgn Trump mmg menjadi idaman kebanyakan rakyat US, tp aku lebih suka utk bekerja dgn org m'sia :D ada tatasusila, budaya, ajaran kita sendiri lagi best, berdasarkan lunas2 yg ditetapkan...

    bila la agaknya aku berpeluang utk menjadi seorang pekerja..bila sembang ngan kawan2 lama, masing2 ada pengalaman keje yg menarik yg best utk dikongsi bersama..aku? cite research la tak abih2...takpe sabar tu sebahagian drp iman...nak sambung keje la...nanti aku update lagi..

    Saturday, January 01, 2005

    :: At tHe BeginNing of Time..2005 ::

    hari ni bermulanya hidup aku dlm tahun yg baru, 2005..Alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang utk menikmati kehidupan, menambah amalan,memperbaiki keimanan..aduhai,melangkah lg setahun..ape azam aku tahun ni? ish,azam tahun lepas tak tertunai pun lagi..macam mana la nak create new hope..akukah yg bersalah bila azam yg dibuat tak dicapai? mungkin,eh bukan..memang aku yg salah.salah utk tidak berusaha,tak bersungguh2 utk menjadikan impian aku satu kenyataan..

    dr semalam(31/12/04) aku duk pikir ape yg dah jadi sepanjang thn 2004..muhasabah diri la kejap..ada yg manis, byk yg pahit..semua tu
    dugaanNya agar aku lebih mengenali Yg Maha Berkuasa, mengenali erti
    kehidupan yg penuh ranjau dan onak duri ni..ya Allah,ampunkan hambaMu ini..

    research tak abih2 lagi..itu la ko,sape suh malas banget!! ada masa je,lepak,tgk tv,jalan2..tak puas2 ngan holiday ke?!! sedarlah sikit..masa bukan duk tunggu kita, kita yg kena pandai2 bahagikan..kejar selagi terdaya..sungguh! bukan aku yg terus2 menangguh keje2 yg tak sudah ni..payahnya menjawab bila ramai yg tanya "bila nak abih ni?" "berapa lama lagi?" "susah sgt ke?" sedapnya mulut bertanya, aku yg tanggung tau..bukan niat mereka nak marah, nak mengkritik..cuma ingin memberi semangat, nasihat membina.. selebihnya, terpulang pada aku utk 'tari'kan setiap rentak hidup aku...usaha,tawakal..pasti berjaya,InsyaAllah...

    esok bakal mendatang..dugaan,cabaran..kita tak tahu dlm ape bentuk.. yg pastinya,terimalah dengan redha...