Followers

Thursday, July 28, 2005

::Berwajah baru ke?::

Ni la kesahnya kalau mr blogger pening2 lalat. hehehe tak pun aku yg kantoi sendiri. Masa aku post entri yg lepas, aku ada edit sikit dekat template. Just nak tambah satu link kawan² aku. Elok je click button save, terus aku nye code tinggal separuh. Aduhai, dah la takde backup yg terkini. Nak nangis pun ada masa tu.

Mulanya nak biarkan aje blog ni NOT AVAILABLE utk sedikit masa, tapi tak tahan lagi :) kesian aku tgk blog aku. Dah tabiat selalu jenguk blog pepagi hari, tetiba tak jenguk. Lain perasaan tu..

So, this is my new look! Hahahahaha pueh hati aku. Skins ni aku dapat dari BlogSkins lama dulu. Dah aku edit ikut citarasa peribadi, and thanks to the contributor daddyzlildfekt13

Tuesday, July 26, 2005

::Air dan Letrik::

Kat Malaysia ni kira beruntung sangat2 sebab kita ada syarikat² yang menguruskan kedua2 sumber. Terima kasih LLN a.k.a TNB and SATU (eh ni sykt air kat Trg). Tapi kan kalu la salah satu ni takde, semua org nak komplen. Dok gitu? Aku pun sama la, suka sgt nak komplen.

Kalau kat Trg dulu, mak aku ada apply lampu jalan yg nak dipasang kat belakang rumah. RM30/mnth diorang caj. Takpe la, utk keselamatan kami sekeluarga. Then, nak mintak repair pun selalu masalah. Call sana, call sini. Last sekali, dah tak boleh guna mak aku suh diorang cut off je. Itu pun mcm nak marah je diorang dtg uruskan. Ye la, kita komplen rosak dia buat 'dek' je. Bila mintak potong, mcm² hal plk dah. Sabar mak, sabar.

Kat sini pun sama gak la. Kalo notis bekalan letrik or air terputus selalunya kami yg bergelar student ni payah benor nak dimaklumkan. Tau² dah takde. Pagi tadi, masa aku nak masak air. Skit nye syok la duk tadah kat pili tu, mak aiii bila nak penuh cerek ni. Sabar lagi. Maybe ramai org tgh gunakan air pagi² ni. Kelas kol 8, masuk keje kol 8. Alhamdulillah, aku mandi dgn bestnya. Maybe air dari tangki yg tersimpan sejak mlm tadi.

Itu kisah air, ni baru kejap tadi black out la pulak. Elok duk syok edit tesis, gelap tiba². Alhamdulillah untuk aku yg menggunakan ASUS ni, sempat save ape yg patut..Terdengar la keluhan dari kawan² se'lab' ni. Kesiannya diorang. Maybe terlalu byk source di UUM yg nak guna letrik, tak tertanggung kot.

Itu baru beberapa saat eda, ko tak rugi ape pun. Takat network down, gelap kejap takde hal. Kalo kompeni besar2, rugi dah ribu riban tu.. Bersyukur la eda..Alhamdulillah

Thursday, July 21, 2005

::Lapar la::

Aduhai tetiba berkeroncong dgn bestnya pulak perut ni..Pagi tadi dah breakfast roti+peanut butter+T-cenkudu. Dalam kol 12.30 td aku menapak ke FPAU carik makan. Sampai lab bukak plastik trus tuang bihun soto. Alhamdulillah, kenyang.

Skarang ni baru kol 3.50 ptg, tak kan dah lapar kot eda. Perut ape ni? hehehehe nak buat cemana, panggilan perut. Kalau sakit kang, sape nak tolong aku? Tanggung sendiri jugak. Tak nak la terkene g*s**ik lagi. Cukup la sekali je aku berhadapan ngan masalah ni.

Mak pesan, takde duit cakap la. Jangan nak ikat perut tu, balik umah kering je rupanya. Tak mak, kakja makan. Duit belanja pun cukup lagi. 2 3 hari ni duk main masak2 ngan buha. Nampak gaya hari ni main sorang2 la..

Nak balik dulu la, tak larat nanti nak rebut bas ngan student2 lain. Kalau nak jalan, erm jauh jugak. Ni ASUS kesayangan ni nak kene usung balik jugak. Sambil2 tu, nak kene pikir nak msk apa ye mlm ni?

Monday, July 18, 2005

::Keletihan::

i'm not a perfect person. there are many things i wish i didn't do
but i continue learning.
i never meant to do those things to you.
and so i have to say before i go, that i just want you to know
i've found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you

i'm sorry that i hurt you, its something i must live with everyday
and all the pain i put you through, i wish that i could take it all away
and be the one who catches all your tears, thats why i need you to hear

i'm not a perfect person, i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go that i just want you to know

i've found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you
i've found a reason to show a side of me you didnt know
a reason for all that i do, and the reason is you

letih pulak 2 3 hari ni..sape suh minum ais ni, dah tahu tak boleh tahan.. teringin sangat la, itu pun sikit je. hari ni minum ais lagi, air asam ais yg best dah uummpphhhh dr MALI :D

lagu tu saje la aku letak, sambil2 layan mp3 tadi..

Monday, July 11, 2005

::Sabarlah..::

Kesabaran itu lebih memberi kedamaian daripada kesedihan, dan ketabahan lebih memberi hal-hal yang positif daripada kelemahan. Dan orang dengan kesedarannya sendiri tidak bersabar maka keadaanlah kemudian yang akan memaksanya bersabar.

Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati adalah akar pelbagai penyakit jiwa, punca sakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebimbangan.

Allah swt berfirman, ertinya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'. " (Surah al-Mukmin:60)


Petikan dari Jangan Bersedih (2004)

Monday, July 04, 2005

::Happy Birthday my dear::

Wish?
Lepas baca reminder..12.02 am

Kek?
Puding caramel ( best ni kalau makan dgn fruit cocktail)

Bunga?
Dah gatal dah nak gi beli, tapi takut kena marah.hehehe

Kad?
My hearts belongs to u..forever

Hadiah?
Kol 6 ptg baru gi beli..Alhamdulillah sempat jugak

Dinner?
Of course la, for u my dear. It's on me..


Rasanya aku patut post entri ni semalam, tapi takpe la. Happy Birthday again to you my dear. Semoga tahun ni akan bertambah ceria dan dimurahkan rezeki olehNya. Doaku agar dirimu sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa. Best of luck!!