Followers

Wednesday, August 23, 2006

::Beberapa tahun dulu::

On this day, few years ago.. officially i'm his 'tunang'. Thanks abang, sayang love you so much! Takde ape yg spesel sangat pun. Just dia bawak jalan2 round tepi pantai. Tu pun kejap je dpt round. Al maklum la dia tutup kedai dah lewat, sampai rumah dah letih. Aku masak nasi mcm biasa je hr ni. Takde lauk yg spesel pun utk dia. Lagipun kt sini ada 5 orang je. Blm tentu semua makan malam. Dua org adik aku tu keje, sorang lagi gi kolej. Biasanya diorang balik tak makan sgt pun. Aku masak la ape yang patut.

Tengahari tadi dapat jemputan dari sorang kawan kat UUM dulu. alpegoh mau kenduri la. Ada dia msg suh snd alamat. Wifenya org perlis, kalo tak silap aku kenduri kat sana 26 Ogos and kat rumah dia di Ipoh on 2nd Sept. Semoga berbahagia wahai Kapt. Rusaimi. Mohon maaflah aku tak dapat datang.

Malamnya dapat call dari kawan SMSD dulu. Ask me some favor. Nak mintak tolong gubahkan hantaran dia nak bertunang. InsyaAllah, boleh je. Lagipun aku bukan ada keje lagi ni. Hantaran dia pun tak banyak sangat dalam 7 dulang. Nak kene tolong tempah kuih jala mas ngan makcik aku ni. Takpe, nnt aku set reminder. Semoga ko berbahagia kawan ku, ke jinjang pelamin, ke akhir hayat.

Oklah ye, nak iron seluar hubby ni. Nanti2 sambung cerita aku yang byk tertangguh ni ye. Daaaaa

Tuesday, August 22, 2006

::Invitation to...::

Tengahari tadi masa hubby hantar balik umah mak, aku notice satu surat bersampul coklat. Debaran la kejap bila tgk itulah surat yang aku tunggu2. "Invitation to the 19th CONVOCATION Ceremony". Alhamdulillah, akhirnya i made it!

Bukan takat surat jemputan dgn ayat bunga2 je dari Dato' Nordin, disertakan sekali slip bayaran yuran tertangguh ngan caj sewa jubah. Mak aii byk btol diorang caj kali ni. Tak sampai hati pulak nak suh hubby bayarkan. Banyak tu. Tapi nak buat mcm mana bang, sayang blm keje ni. Belanja nak gi sana pulak nanti. Erk, botak la kepala hubby.

Kalo nak ikutkan aturcara majlis ni mcm aku kena hari last je. Ingatkan dapat la kenyit mata kat sultan kedah. Tak merasa jugak la aku. Satu hal lagi terasa mcm student master je yang konvo. Tak kan la UUM nak buat 2 kali konvo plk? Ntah2 yang aku dapat ni for my information saje. Mungkin diorang dapat salinan lain. Ape pun, kali ni diorang susun by Faculty. Takpe la, yang penting dapat la naik stage tu bersama baby hehehehehe.

Baju mana ye nak sarung? Kebaya? Mcm tak dapat je, udah menampakkan keadaan ku ini hehehehehe. Pakai la eda baju mana2 pun. Janji vogue gitu! Ntah malas plk nak pikir2. Mak ayah aku insyaAllah ikut. Mentua blm kompem dapat join sekali. Harap diorang nak ikut la. Blh bawak jalan2 ke Kedah. Tapi semuanya kene rancang elok2.

Sedih pun ada jugak ni. Mengharapkan ramai kawan2 seangkatan yg akan sama2 naik stage tu. Tapi ape kan daya harapan kitorang je. Ape pun aku doakan korang yg lain dapat menyusul ye. Caiyo2! InsyaAllah kita jumpa di sana..

Sunday, August 06, 2006

::Sape kata tak?::

Sembang2 ngan kawan2 yang dah ada experience jd ibu macam mana keadaan diorang time pregnant. Ada yang cakap alahan teruk, ada yang rileks je. As for my mom, she had a bad morning sickness duing her first pregnancy. Pagi memang 'flat', tak bangun pun even utk sediakan saarapan sblm ayah gi keje. Dalam tengahari baru ok, bangun buat keje rumah masak makan tengahari then kembali 'flat' :D

Kak ipar plk asyik muntah je sepanjang 4 bulan yang pertama. Begitu jugak dengan beberapa org kawan aku yg lain. Sampai nak telan nasik pun tak terdaya. Yang best tu, dia tak blh bau org menumis, bau abang aku hehehehe semuanya dia kata busuk.

Aku? Awal2 takde masalah pun, alhamdulillah. Kalau sesetengah org ada tanda muntah2, tapi aku macam biasa je. My hubby la ada terasa cam mabuk2, pening kepala. Tapi it won't last long. Dah masuk 8 weeks, aku dah mula tak tahan bila org duk masak gulai. Terasa mcm pusing satu dunia. Bau dia...errrkkkkk tak dapat nak tahan. Yang best tu, kalau makan aku balun aje gulai ke ape ke. Cuma baunya tak dapat tahan. Satu lagi, panas. Badan ni cepat je terasa berpeluh2. Tapi org kata tu normal la. Makan? Erm semua no hal, boleh ditelan lagi. Cuma kekadang kalau aku teringin sgt2, aku beli jugak sikit. macam aku citer la time tengok student kat tusyen tu makan junk food, eskrem, coklat. Hai memang tergugat la, kecur air liur ku. Hahahahahahha

Harap sangat aku takde masalah pasal makan2 ni. Asam of coz aku suka sangat2 tapi kene kontrol jugak la kan. Main belasah je, khasiat bukannya ada. Susu aku minum skang ni. dah banyak kemajuan tau bukan terhad pada susu HL perisa vanilla je. Ni ada satu tin EnfaMama kat umah. Perisa coklat, best nyummy! End of this month will be my next meeting with the octor. Hope aku dan baby in good condition.

Tuesday, August 01, 2006

::Wahai gigi bongsuku::

Dah 3 4 hari aku menanggung sakit gara2 si gigi bongsu ku mahu membesar lagi. Mahu bersama2 menjenguk alam mulut, mengunyah makanan2 kegemaranku. Seksa bila bengkak kat gusi ni makin menjadi2. Nak ditelan sembarangan ubat takut tak boleh. Sapu je la 'tiger balm' kat tepi rahang ngan pipi ni.


Semalam tidurku terganggu lagi. Siannya hubby turut terjaga. Meleleh jugak la air mata ni dek kerana tak tertahan sakitnya. Bukan takat nak ngunyah, nak telan air liur pun terasa seksa. Ntah kol brape la baru lena tidur ni. Time sakit ni, perut selalu plk lapar. Tapi aku gagahkan jugak mengunyah segala ape yg menyelerakan. Sian baby kelaparan. Biasa la, 'mak labu' ni kan tengok semua makanan nampak sedap. Macam hari tu masa tusyen, aku blh share twisties ngan student aku. Nampak sedap je diorang makan hehehehehehe.


Dah tengahari, perut dah rasa lapar ni. Tapi jap lagi la, mau iron baju dulu. Hope petang ni bila adik aku bawak balik ubat, mampu la tolong aku kurangkan rasa sakit nyut nyut ni. Daaaaaa...........