Followers

Thursday, January 27, 2011

::Pemakanan Sihat::

Lately ni byk kita dengar mcm2 jenis penyakit yg ada. Takut mmg la takut coz kebanyakan penyakit berpunca dari cara pemakanan kita...wah sedap ko ckp ye eda...sendiri pon makan tak teratur, sebulan sekali kene gastrik..hehehehehe

Skang aku ngan hubby duk try minum satu hari sesudu pagi dan sesudu malam minyak zaitun. Lepas 2 minggu minum, alhamdulillah terasa kesannya. Ok meh kita sama2 baca maklumat yg dicopy paste dr facebook my pren, akmam.

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Tuesday, January 25, 2011

::2011 yang dah tiba::

Pejam celik dah 2011 kan? Cepatnya masa berlalu. Rasa-rasa macam banyak betul benda yang tak siap dan tak terkejar. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur olehNya untuk terus beramal dan baiki diri.

Wishlist? hehehehe banyak, tapi akan ku usahakan supaya tercapai. Tahun lepas, dalam perjumpaan staff, tlh disuarakan kuat-kuat (iye ke kuat?) aku punye perancangan "Saya nak loan rumah saya lulus awal tahun depan". So? hari ni dah ke bank utk isi form and within plus minus seminggu dah boleh tahu jawapan. Yahoo! bestnya, tercapai jugak niat nak ada rumah sendiri.

2011 macam-macam event jugak ni. Hasya dah nak masuk 4 tahun and sekarang dah masuk Tadika Rossa and poor Adik Faa ditinggalkan sorang di Taska Rossa. Awal Januari hari tu duk tanya "Umi, kakak tinggal adik ke?" Ala siannya, takpe dik ye balik belah petang jumpa kakak. Muka dia boleh tgk la, excited dapat jumpa kakak.

Hope Hasya dapat belajar banyak benda baru dekat tadika tu. Now, dia kenal huruf dan boleh sebut cepat, takde la merangkak sgt. Tapi tak pandai membaca lagi. Takpe, pelan2 my dear ye.

Adik Syifaa, hari2 balik ada je lagu baru yang dia nyanyi and homework dalam beg..yg pastinya more to coloring and contengan. Tapi dia ni pun dah kenal huruf.

Kerja tak pernah nak kurang, ada je. Cabaran makin tinggi bila HOD Akademik nak tahun ni dah takde pelajar gagal&nak berhenti. we'll try our best boss. For me, aku belum puas hati dengan pengajaran dan pembelajaran yang aku sampaikan. Terkadang rasa macam i'm not giving my very best bila ada je budak yg fail dan tak tamat belajar. Aku akan salahkan diri aku dulu la and try betulkan mana yg patut.

Doa aku semoga 2011 akan menjadi tahun yang lebih baik dan diberkatiNya. Same goes to everybody!