Followers

Wednesday, May 23, 2012

::Norma telah kembali ke rahmatullah::

Cerita mengenai Norma ni telah aku baca sejak tahun lepas lagi. aku follow blog Moon, birasnya.. Semalam baru aje baca blog beliau mengenai perkembangan Norma. Macam mana kuatnya dugaan, dan kuatnya semangat diorang sekeluarga berusaha untuk memastikan Norma kurang menderita akibat penyakitnya.

Tiba2, bukak blog pepagi ni terbaca lagi dari blog Filla yang Norma telah kembali ke rahmatullah semalam dalam kol 12 tgh malam. Innalillah...semoga rohnya tenang di sana..

Salam takziah dari eda sekeluarga buat Moon, Sutan, Talib and family. Buat baby Rafiq, kenangan bersama mamanya yang byk dicoretkan oleh Moon akan menjadi kenangan indah buat dia.

Kalau korang nak baca lagi kisah Norma bolh baca kat blog Moon

Kisah Norma byk memberi aku kesedaran tentang kasih sayang antara suami dan isteri, keluarga tak kira in laws or family kita. Aku lebih menghargai setiap saat bersama family and usaha utk pastikan aku terus tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan seharian. Hari2 tak sabar nak balik, nak peluk anak2, peluk hubby. Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada keluarga mereka dalam menghadapi dugaan ini. Diorang dah cuba yang terbaik buat Norma, dan setiap kasih sayang dan usaha tu telah membantu mengurangkan segala berat tanggungan sakitnya.

Semoga kita sama2 dapat mengambil iktibar dari ikatan kasih sayang yang diorang tunjukkan dalam menghadpi semua ini. Amiin.

Al-fatihah buat Norma.

Monday, May 21, 2012

:: Aku Ada, Kau Ada ::

Melayan anak2 daraku dgn versi ke laut diorang...ni OST filem "Aku Ada Kau Ada" ye.. "Beginilah Caranya" nyanyian Saheizy Sam ngan Yana Shamsuddin..joommm layan Zaaassssszzzzz..

Friday, May 18, 2012

::Handbag baru::

Jalan2 hari tu, bukan takat anak2 je dapat kasut baru, Umi pon dapat handbag baru, Abi belikan.. tenkiu bang. Dah lama sebenarnya Umi teringin nak ada handbag yg dibuat dari kain jeans..sekali pusing2, nampak la sale handbag yg disusun dlm rak. Saje2 la test, tgk sale mcm ooo ok 70% ye..menarik ni.

Galas kat bahu, erm ok jugak terletak aje. then Abi pon cakap "Cantik la Umi, nak? ambik la"..ape lagi hatiku terus berbunga riang..pucuk dicita ulam mendatang hahahahahaha." Btol Abi?"...sambil senyum "abg offer ni, nak ambik la"..Then i test 2 3 design tgk mana yg cantik and lastly...ini yg dipilih...

Ish senget plk, maleh nak edit

Cantik kan?

Ni dah dikira hadiah 2 dlm 1 ni, satu utk anniversary, satu utk hari Ibu...tenkiu so much!

Thursday, May 17, 2012

::My kids BubbleGummers::

Last Friday punye xtvt, jalan2 di Giant sambil2 nak carik kasut baru buat kakak. Subhanallah, cepatnya anak umi besar, kasut2 and sandal dia sumer dh kecik. 1st stop kat Bata, sebab situ byk pilihan kasut budak2 and mak budak yang cantik2 and tahan lasak. Aku jenis tak kesah sgt brand, asalkan selesa pakai n tahan lama, and of coz tahan lasak.

Ada sepasang yg kakak try, cantik sgt kaler purple. Tapi "Ni je kak size yang tinggal" aduhai, frust plk rasa. takpe2, pusing2 dulu ye..ish cantik plk yg sepasang ni, biarlah ada size yg nak. Tapi mmg la tak dapat nak beli sepasang je utk kakak, kene jugak la sepsang untuk adik. untuk dua pasang tu, just for RM40. oklah kan, cantik pon cantik.

Apesal pilih BubbleGummers? heheheh corak and design yang cantik..lagipon lasak kalau budak2 pakai. Last beli utk b'day kakak masa umur 2 thn, dia pakai sampai la koyak2 tapaknya. Lagipon, kalau jalan2 kat lantai shopping complex takde la licin sgt sbb most of them biasanya tapak getah, grip sikit la.

Meh kita tgk kasut anak2 umi ni ye..yg kakak punye umi dah derhakakan rupa asalnya :)

Umi dh tambah tali from her old shoes

Btk asal macam yg adik punya belah kanan.hehehe

Wednesday, May 16, 2012

::Selamat Hari Guru 2012::

Setiap tahun on 16th May akan ada sambutan Hari Guru. Sempenan hari guru tahun ni, teringin nak ucapkan terima kasih tidak terhingga di atas jasa diorang mendidik dan memastikan semua pelajar mendapat ilmu yang boleh digunakan sepanjang hayat mereka.

Aku salah seorang pendidik juga officially sejak tahun 2007. Kalau sebelum2 tu ada jugak jadi Jurutunjuk kat Sekolah Teknologi Maklumat, UUM. ish buleh consider cikgu ka?

Semalam menjalankan misi bersama anak2 menyiapkan kad ucapan hari guru buat teacher2 kat Tadika Rossa. Umi pon satu, balik bnk in duit semalam singgah kedai beli 1 je kad ucapan. Anak2 umi biasanya nak satu sorang, baru feel. "Saya nak bagi teacher faziha, adik nak bagi teacher huda". dan akhirnya umi la jadi mangsa main gunting2 kertas, brochure utk buat artwork ngan diorang. ala yg dulu2 kita duk tampal2 huruf menjadi ayat best tu, ape org panggey patchwork jugak ke? hehehe tak reti umi nak ckp..

dah siapkan satu kakak punya, satu lagi adik faa punya. ish lupa plk nk copy gambar kad yg diorang deco2 and conteng2. adik la tak brape nak layan coz dah mengantuk yang amat. last2, umi yg siapkan sesi tampal2. conteng2 tetap diorang jugak.. nampak la kakak muka puah ati sungguh ngan hasil kejenya.

Ape pon buat semua sahabat di luar sana yang bergelar cikgu, ustaz, ustazah, madam, teacher, lecturer, puan yang menjadi pendidik anak bangsa, Umi nak ucapkan Selamat Hari Guru dan teruskan usaha murni kalian dalam mencurahkan ilmu yang akan diamalkan oleh kami serta generasi akan datang dunia dan akhirat. Amiin & tenkiu very much!

Tuesday, May 15, 2012

::Made by Kakak & Adik::

seperti yang diwar-warkan, ni gambar kad made by kakak and adik..umi love uols :)

Made by Kak Hasya


Made by Dik Faa



Monday, May 14, 2012

::Selamat Hari Ibu::

Kalau nak ikutkan, hari-hari boleh kita katakan Hari Ibu, iye? heheheh.. Semua org dah post citer sambutan hari ibu masing2..

As for me, got few sms ucapan hari ibu, and a really spesel one comes from my dear hubby. Terima kasih abang. Suka sangat sebab kadang2, kebiasaannya en hubby jarang sikit cakne mende2 gini. So bila dpt je wish dari dia semalam mmg really make my day hahahahhahahaa.

Ptg semalam balik dh lewat sebab settlekan problem ngan wahai anak didik yg dah besor panjang ni. Kami paham, jiwa remaja yg suka nak memberontak dan melepaskan marah pada apa saje yg ada depan mata. Pertimbangan yang wajar belum nak ada ni, walaupon diorang ni sebanrnya tahu mana satu betul, mana satu salah. yang mana boleh, yang mana tak boleh. Harap, kejadian ni dah tak berulang and pihak pengurusan pon tengah mengusahakan.

My adik nana belikan KFC set semalam utk sesi makan2 kat rumah mak. Siannya Puan Mok Leha ni gigi dia plk sakit semalam. dah tak lalu nak makan, nak melayan cucu pon takde selera...sure lapar perut dia. Adik aku pon belikan bubur ayam McD kot la dia buleh nak telan. last2, anak ku sayang yang makan, mujur ada 2 mangkuk.

Masuk2 rumah, dua puteri ku berlari2, peluk aku then wish me "Selamat Hari Umi, saya sayaaaang umi" wah, so sweeeettttttt... "tenkiu adik, kakak"..

Nanti2 nak upload gamabr kad made by diorang. Tenkiu teacher Tadika Rossa ajar diorang buat kad cantik2.

Ape pon, wish semua blogger Selamat Hari Ibu, Mama, Umi, Mak, Mummy, Ama, Chek. Semoga kita semua semakin tabah dalam mendidik dan menjaga amanat dari Allah serta sama2 memastikan kebahagiaan keluarga dunia dan akhirat. Amiin....

Saturday, May 12, 2012

::Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr::

Seringkali kita dengar tiap kali majlis, mesyuarat or perjumpaan dimulai dengan Umul kitab Al-Fatihah dan diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr dan tasbih Kafarah.

Dulu kecik2 zaman skolah aku mmg selalu dgr org sudahi dengan bacaan doa ni dan surah yg dinyatakan tapi tak tahu macam mana bacaan doa tersebut. Seriously not just me. Even baru-baru ni pon masih ada yang menyuarakan diorang still tak tahu bacaan doa tu.

Hari ni, aku nak share doa tu untuk tatapan semua. Semoga lepas ni kita sama-sama dpt amalkan bacaannya. Takde la abih je majlis korang baca surah al-Asr saje ye.



 Sumber kutipan maklumat di Rinsya Ryc dan zikrihusaini Tenkiu very much!


Thursday, May 03, 2012

::Saya belajar di sini::

Saya pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun sejak tahun 1991 - 1995 (u count my age arrr hehehe). Pengalaman belajar di sekolah ni memang byk mendidik jadi orang yg berguna. Lima (5) tahun berada di sini aku punya ramai sahabat2 kala suka dan duka. seriously talk la, mmg sampai skang kami masih lagi contact each other.

Baru2 ni, selepas hampir 16 thn aku kembali ke sekolah. Saja2 memenuhi jemputan my dear sahabat & En Abg Angkat utk berjumpa. Plus, diorang baru je selesai satu program dgn para pelajar Tingkatan 3. Buleh la nak kata mcm i'm sort of nyibuk je sebenarnya hehehe dasar muka tembok gitu kan? Buat dok tahu je..

Gi minum2 air jagung kat blakang sekolah..pergghhh masih seperti dulu and u know, skang dah ada air jagung float. hehehe ke aku yg tak tahu ni...

InsyaAllah, ada rezeki, panjang umur akan ku jejak kembali ke sekolah ni.