"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
Followers
Tuesday, September 02, 2008
::Ramadhan::
Jenuh la hang eda ganti puasa tahun ni. Sedih sebab tak dpt nk merasai kenikmatan menyambut hari pertama ramadhan dan mlm pertama terawih. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.
Saturday, August 30, 2008
::Meng'update' cerita::
~Mei 2008~
Sambut hari pekerja dengan melepakkan diri kat rumah sambil melayan Hasya. Makin banyak kerenah mek Hasya ni. Orang dah makin besar, byk la idea2 kreatif dia tu.
Kat opis plk anak2 didik belanja makan sempena sambutan Hari Guru. Alhamdulillah, rezeki. Bodek ke? hehehe takde la, diorang memang mcm tu. Budak kelas Caldera, pelatih kursus Diploma Kemahiran Sistem Komputer. Depa tengah kaya coz baru je dapat elaun tertunggak.
Bulan ni jugak ada intake baru yg kebanyakannya dtg dari luar negeri Trg. 1st time la terima student dr pelusuk semenanjung. penatnya dh start dgn preparation utk penginapan, jadual kelas, hari pendaftaran dan orientasi. semuanya berjalan lancar dan ada jugak la here n there yg perlu diperbaiki lagi.
~Jun 2008~
Rasanya dlm bulan ni i've got a promotion dgn sedikit increment + elaun tambahan. Alhamdulillah, rezeki anak. Kene handle bhgian akademik. syukur padaNya.
Aku dah slow2 beli brg keperluan baby yg bakal tiba early August. iye, my 2nd baby. Sikit2 je beli coz brg Hasya byk lg yang boleh dipakai, tak usah nak membazir sangat. Tp of coz ada jugak 2-3 pasang baju baru utk baby. Tak kan asyik 2nd hand aje kan.
~Julai 2008~
Bulan yg bz dgn exam student esp 1st batch Dip Kemahiran Sistem Maklumat dan Sistem Komputer. Report tak siap, projek terabur, portfolio ntah ke mana. Pening gak paler nak ngejor. Dengan dokumen nak kene sain, kene validate. Pejam mata je la mana2 yg tertinggal.
Rezeki company dpt berpindah ke building yg lebih selesa. Aku just nolong packing ape yg patut je. Diorang tak kasik 'mak2 buyung' sibuk2 angkat brg2 berat. Penat btol nak punggah semua benda, dah la opis tu tinggi nak kene ngangkut brg2 yg nkkene bawak turun. opis baru takpe la ada lif, yg ni kudrat manusia jugak kene guna. 21hb aku dah start cuti tanpa gaji. Merehatkan diri in case due awal. Bosan jugak duk rumah tak buat ape2. Tp kalau aku ke opis takat lagaknye mcm mandur tak best jgk. Org lain duk bz pindah barang, aku jd penonton je? Tak dapat.......
~Ogos 2008~
Kalo nak ikutkan due date 080808, tp baby takmo keluar lagi. Aku pun tak kisah, yg penting kesihatan umi ngan baby. Tp dalam hati dah berdebar2 dah. Nurse tmpt checking tu dah pesan, kalo nxt week tak bersalin jgk, nnt dia kasik surat then warded HKT.
Alhamdulillah 110808 pukul 8.27 am aku selamat lahirkan baby girl seberat 3.1kg. Dah dapat 2 org princess!! Aku dan hubby decided to named her Nur Syifaa.
Tuesday, April 29, 2008
::Happy 2nd Anniversary::
Sunday, March 30, 2008
::Welcome dear friend::
Letak je tepon, mula la dalam kepala ni plan macam2. First, kene bgtau abang dulu pasal maya sefamily nak datang. Then baru discuss plan mcm mana.
Pagi Khamis diorang sampai and stay kat Asrama Majlis Belia dan Sukan, dekat ngan rumah aku. Agak2 kalau laung kuat sikit blh la dengar kot. Dia join dulu bebudak kolej dia pegi tour sekitar Trg, mlm baru plan bwk diorang dinner. Dalam kol 8.30pm aku sefamily jemput dia dan bwk gi makan kat kedai area K.Ibai. Alhamdulillah, makan semua ok. Tengok anak2 dia pun dah penat sangat.
Hasya plk bukan main excited dapat jumpa kawan. On d way balik Fisya dah lena, Dania pun dh ngantuk. Hasya? Tak abih lg tunjuk laku dia. Malu umi Sya ni. Esoknya aku nk ke Pasar Payang tolong maya beli cadar batik. Plan jumpa kat Losong, tp last2 kat Taman Tamadun Islam. Sembang sikit2, then diorang bertolak balik. Katanya bebudak tu semua nak singgah Rantau Panjang plk.
Takpe la maya, orang dah seronok btol dapat jumpa awak, update mana2 cerita kengkawan semua. InsyaAllah nnt orang plk sefamily ke Kedah ye.
Tuesday, February 19, 2008
::Detik 19 Feb::
Aku struggle siapkan jugak within a week semua corrections. After my wedding, ke sintok balik utk setelkan binding thesis tu. Thnaks my dear, sokongan abang la paling diharapkan masa tu. Skang pun sentiasa mengharap jugak!
Ape pun, aku bersyukur sangat2. Penat lelah selama ni dah berbalas dengan sehelai kertas kuning air tu :D
Sunday, February 03, 2008
::One year old::
Balik keje petang tu aku ke kedai kek belikan dia satu kek blueberry. She really enjoyed it. Pakcik makcik dia plk sibuk belikan hadiah. Mak aku tolong goreng bihun putih. Sakan sambut birthday dak kecik tu. Kebetulan plk ada yg bagi laksa penang. Ape lagi, aku pun ambik peluang la siram kuah laksa tu atas bihun goreng. Trus terkenang saat di Sintok selalu buat benda ni. Buha, aku rindu bihun goreng kuah laksa!!! Hehehehehe..
Nanti aku letak gambar birthday girl.
Sunday, January 27, 2008
::Tahun Baru 2008::
Mak ayah aku dah selamat tiba dari tanah suci. Alhamdulillah sihat walafiat, cuma ada sikit batuk dan selsema. Jelas betapa gembiranya diorang, dan betapa rindunya diorang pada Tanah Suci tatkala menceritakan pengalaman terindah tu pada anak2.
Tengok gambar2 dalam hp ayah buat aku adik beradik rasa teruja. Malam tu dekat pukul 1 pagi baru aku masuk idur. Tak tertahan sangat dah. Hasya plk punya la excited jumpa ki ngan wan dia. At first cam malu2 gitu, lama tak tengok kot. Lepas tu, hyper bukan main la.
Yang pasti, pengalaman diorang aku jadikan iktibar dan pembakar semangat utk turut serta satu hari nanti menjejakkan kaki ke sana. insyaAllah
Sunday, December 30, 2007
::Dah Sebulan::
My dear big boss pun dah nak balik ni. Aduhai susah hati coz byk tugasan yg ditinggalkan sebelum berangkat masih lagi tak setel. Harap aku berpeluang siapkan apa yg patut. Gambate!
Tuesday, December 25, 2007
::Tanah Suci Makkah::
Alhamdulillah, mak ayah aku dah selamat sampai ke Masjidilharam pada 1hb Dis 2007 pukul 8.20pg waktu M'sia. Semoga mereka tenang menjalani ibadah haji di sana.
Seminggu lepas mereka berangkat Hasya dah start demam. Rindu agaknya ngan diorang. Cuak jugak la coz dekat 2 minggu dia demam panas. Siap ngan batuk& selsema. Dah baik demam, baru la dia nak start aktif balik. Kalau sebelum demam dia dah boleh tatih sikit2, ni mcm baru nak start blajar balik. Lama sgt tak jalan2..sian tgk dia. Alhamdulillah selera makan dia makin bertambah.
Bukan takat my baby je demam, boleh dikatakan seisi rumah ni ha demam. Susah jugak sebenarnya nak handle. Alhamdulillah adik2 semua bagi sokongan.
InsyaAllah diorang balik 11hb Jan 2008. Aku sentiasa doakan yang terbaik dan mak ayah akan memperolehi Haji Mabrur. Amiin.......
Saturday, November 10, 2007
::Cuti ke?::
Sunday, November 04, 2007
::Rumah Terbuka Opis::
On 01/11/2007 plk ada satu sambutan Rumah Terbuka Show*e sempena Syawal. Penat kemas opis blm ilang dah sambung utk majlis tu. Letih jugak sebenarnya nak handle majlis mcm ni. Of course yang paling risau adalah AJK Makanan and it's me! Susah hati dengan expectation yg big boss jangka. Dengan jemputan dia yg agak last minute and he expected everything goes well. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan makanan pun byk yang lebih. Siap blh tapau untuk jiran sekitar opis and bagi dkt student2 bawak balik.
Start pukul 9.30pg and ends around 5.30pm. Kemas2 sikit je sbb the next morning nak datang opis balik mengemas. Oklah, letih dah citer sebab terbayang2 lagi penatnya ngangkut semua makanan, pinggan, makan hehehehe. till then, take care!
Thursday, October 25, 2007
::Salam Aidilfitri 1427H::
Pagi raya kat Gong Kapas, petang baru balik Beladau Kolam. Syok tengok sepupu2 dah ada anak..Hasya plk, seminggu sebelum raya dah start bertatih. Sibuk la dia bila tengok geng2 sebaya dik main. Eh dia pun sibuk nak berdiri nak jalan sama2. Excited btol dia.
Raya kedua macam biasa je, menjelajah lagi ke rumah sedara mara. Kali ni cik abang tak ikut sama sebab dia bz masak untuk tempahan. Hasya asyik penuhkan beg umi ngan sampul duit raya. Yang tak best ni, bila dapat je kat tangan dia sekelip mata dah masuk mulut. Memang kebanyakan baby camtu kot, tambah2 dengan gigi yang dah banyak. Sehari suntuk jalan sampai letih2 dia, ngantuk pun ditahannya.
Kawan2 pun ramai yang datang beraya ngan family masing2. Lamanya dah tinggalkan zaman sekolah kan? Rindu gak kekadang tu nak jalan2 ziarah beramai2, berkonvoi keliling KTrg ni. Umur tak selalunya kekal di situ, makin meningkat dan makin jauh meninggalkan kita.
Tahniah buat my dear Sis Ziana on her wedding day 22/10. Rugi sebab aku tak bawak kamera untuk merakamkan detik bersejarah tu. GG pun aku sempat calling2&tgk keter dia je, lagipun aku sampai dah lewat sgt. Ngan Kak Ani pun tak sempat jumpa. Panjang umur len kali la kita jumpa ye.
Salam raya dari aku sekeluarga, mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang aku lakukan.I nsyaAllah, dengan kehendakNya sama2 kita doakan supaya kita akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan menyambut Syawal.
Sunday, September 16, 2007
Wednesday, September 05, 2007
::Alhamdulillah, i'm 29::
Bismillahhirrahmannirrahim ..........
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Aku sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk ku pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada diriku selama ini dan kurniakan kelazatan untuk ku dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan.
Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Aku memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..
Thursday, July 26, 2007
:: Hasya is learning to crawl ::
Wednesday, July 04, 2007
Sunday, April 29, 2007
Monday, April 02, 2007
::Frontier SUT::
Then dia gi usha Ranger, pun tak jadi jugak. Entah la pasal ape plk. Agaknya hati kuat pada storm jugak. Baru2 ni dia ada citer pasal Triton tapi ada yg dia tak berkenan plk. Then peluang utk pick up ni pun tiba. Salesman tu kata blh terima kalo nk tolak van lama dia. So apalaga, trus la cita2 yg terkubur tu diteruskan.
So far, takde lagi la perasaan utk aku test drive. Risau la besor sgt2, susah ni mau bajet depan belakang kiri kanan. Kang ada yg sengih2 tengok aku drive. Even masa drive Pajero ayah pun sumer duk pandang2, inikan plk yg ni.
Tengok la, kene kumpul kekuatan dulu. Oklah, nnt dah berjaya test drive i'll tell u la the story :)
Till then, take care!
Sunday, April 01, 2007
::New Month New Job::

Alhamdulillah hari ni aku dah memulakan tugas baru as a Fasilitator kat salah sebuah kolej kemahiran di bandar K.Trg. Of coz la aku teruja sebab dah lama rasanya nak masuk bidang ajar mengajar ni. Kat kolej ni diorang tawarkan program Sijil Kemahiran yang dulunya dikenali sebagai Sijil MLVK dan Diploma.
First day blm tahu nak buat ape lagi coz person incharged is on leave. Tengok jadual macam hari2 i have a class. Jam mengajar for a week dalam 18hrs. Erk rasanya paling byk ni. Takpe, tugas tu eda. Jalankan aje!
Pagi tadi tengah nak siap2 Hasya bangun ngek2 mau susu. Kasik dia minum dulu baru aku gi keje. Sedih plk bila tengok dia walaupun time aku cium dia duk sengih2. Kenyang perut suka hati la tu heheheeh. Jap gi lunch hour, mau balik la jenguk my dear. Hubby sms wish me luck for this new job. InsyaAllah i work hard bang.
Doakan aku ye kengkawan semoga tabah menempuh pelbagai pe'el student2 kat sini. Till then, take care!



