Followers

Tuesday, March 29, 2005

::tips utk jd Blogger Super::

hari ni ronda² dr blog ke blog, then ke GeJu. terbaca laporan xtvt Diablog II yg diadakan pada 27 Mac 2005, di rumah PENA. Ahli panel utk sesi diablog II ialah MatJan and SultanMuzaffar. tips ni aku copy paste dr penulisan Tipah.thanks tipah

Antara tips2 yang diperolehi untuk menjadi Blogger Super: -

1) Jadilah diri sendiri, tak payah nak ikut style atau penulisan blogger lain.
2) Selitkan unsur2 komedi/humor yang tak terlampau
3) Tulisan biar padat tapi ringkas
4) Jangan tulis dan diakhiri dengan 3 titik, kalo tidak, blog anda akan digelar blog kulit bab* oleh Mat Jan.
5) Rajin2 tinggalkan komen kat blog orang. Ayat2 seperti 'hai, sila la jenguk sini, juz drop by to say hello, nice blog and whatsoever perlulah dielakkan. Kalo boleh, baca entry penulis dan beri komen tentang penulisannya. Baru penulis akan rasa terharu dan akan buat kunjungan balas.
6) Tatabahasa dan cara penulisan kena standard kalau inginkan pembaca dari semua peringkat golongan. Ketengahkan bahasa ibunda.
7) Kalau orang komen pasal diri penulis, delete komen tersebut. Tapi kalo orang komen tentang penulisannya, sila jawab. Itu tandanya anda menghargai pembaca.

thanks atas tips yg diberikan. buat aku terpikir, mampukah aku selaku blogger yg masih setahun jagung utk memulakan penulisan yg penuh unsur2 yg menarik dan diterima ramai. insyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

No comments: