Followers

Sunday, October 30, 2005

::Salam Aidilfitri 1426H::

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Mohon Ampun & Maaf untuk semua
Jaga diri..

Sunday, October 23, 2005

:: Yahoo! ::

Yahoo, dah lepas satu stage. Boleh la aku beraya dengan tenang tahun ni. Alhamdulillah, tadi selamat berdiskusi ngan my dear Mama Ku untuk final correction. Ada here n there sikit. Tinggal nak suh orang proof read. Tengokkan grammar aku tu. Ntah betul ke idak. Anyone? hehehe takde la, aku dah pikirkan calon2 mangsa my grammatical errors.

Yahoo lagi. Esok aku akan pulang berhari raya. Awalnya hang bercuti eda wei! Hehehehe biasa la. Aku budak skolah yang takde fix timetable. Suka hati je kan nak balik cuti bila. Kene gi check la 'kerani' aku ni in good condition ke idak. Angin tayar mcm dah kurang, semalam cek minyak hitam ok, coolent pun ok. Bateri? erm ayah aku pasang bateri yang mampu bertahan 2-3 tahun rasanya. So, takpe la tak cek pon. Ye la, nak cek pun takde nmpk air bateri nya. Minyak la nak kene isi. Ish cukup ke duit dlm purse ni? InsyaAllah ok kot ni.

Yahoo..ada orang teman balik nanti. Kalau tak kering la aku sorang2 dalam keter tu. Nak melayan sembang ngan DJ radio pun sampai mana la dpt siarannya. Kaset ada la 2 3 keping jadi peneman. Esok pagi2 skuad bantuan akan tiba utk teman aku balik. Tima kasih banyak2. Semalam sempat tepon mak suh kirim $ sikit dekat skuad. Ye la, kot nak suh kak ja belikan beras pulut ke, asam jawa ke? Kim air liur tak dapat la kak ja nak tolong belikan. Duit nak balik cukup2 je pun.

Doakan aku selamat sampai ye kawan2. Mintak maaf banyak2 kalau ada salah silap. Nanti aku publish maaf sekali lagi berserta ngan wish raya. Ok, take care.

Saturday, October 22, 2005

::Jalan2 hujung minggu::

Jumaat lepas, geng senja.com yg tinggal membuat lawatan ke DarulAman Golf Club. Saje la sebab aku ngan alizam tak pernah ke situ. Tahun lepas diorang buat majlis berbuka kat situ, meriah. Time tu aku ada kat Trg bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah, mission accomplished. hehehehe ada gak la persoalan yang tak terjawab sebenarnya ;)

On the way ke sana hujan turun ngan lebatnya. Aduh, risau tu mmg ada sebab tayar ni macam haus dah. Lopak air pun banyak. Sampai kat satu kawasan ni, kerani dah tersasar ke tepi dek kerana lopak air yg banyak. Aku nak ke kanan skit pun ada Kembara yg dgn bestnya menghimpit. Alhamdulillah takde ape2. Sori ye kawan2.

Buha bawak kitorang lalu laluan harian dia ke Pol*mas. Wah besarnya kawasan dia. Meriah je cuacanya. Bangunan opis buha paling tinggi la kat situ. hehehe. Lalu kawasan perumahan my dear supervisor di Buk*t Indah. Elite nye kawasan ni. Padan la ngan taraf hidup depa2. Sampai kawasan Golf Club tu dah teruja, rumah2 keliling kawasan vah vah maveles gitu. Padan la dengan penghuni dia. Kalau tengok diorang nye proch, Stream, Sonata, Merc, MPV. Kaya..kaya Masuk je gate, kami disambut oleh pengawal. Ramah tamah pakcik tu. Terasa kedatangan kami dialu-alukan. Tima kasih pakcik.

Park kete then berjalan la kami sambil berpayung. Tangga? Teng teng teng. Bukan pulak, ingatkan dah betul dah. Tapi kawasan tu memang bersih, landscap mmg cantik. Tapi boleh dipertingkatkan lagi kecantikan susunan tanaman tu. Pandai la ko eda komplen.

Hujan renyai2 menjadikan kawasan sekitar tu bertambah nyaman. Syahdu pulak rasanya. Jalan2 masuk ke cafe tempat diorang berbuka setahun lepas. Buha la yg jadik tourist guide kami. Makaseh cik buha. Teringin nak jalan2 lagi, tapi titisan hujan semakin besar. Kesejukan mula terasa. Batalkan niat, terus ke kereta utk gerak balik UUM. Nak ke tasik pun, hujan jugak. Takpe la, hajat dah sampai untuk kenal kawasan ni.

Ada sekeping dua gambar yg kami snap menggunakan cik Semah nye camera dan bateri oleh Anip. Nanti aku upload kat Photodope ye.

Monday, October 17, 2005

::Another step ahead::

Alhamdulillah, last Thursday aku dah hantar the first draft to my dear supervisor. Semoga semakin clear la ape yang dah aku buat selama ni.
"Bagi saya baca dulu. You come and see me this Sunday, boleh? Pukul 12 t'hari ye?"

Maknanya dalam masa 3 hari ni dia akan usahakan pembacaan pada tesis aku. InsyaAllah ada la positive feedback dari dia.

Yesterday was exhausted! Dalam pukul 1pm baru dapat jumpa dia. Otak aku dah agak penat menjelang t'hari ni. Masuk bilik dia, tenang je rasa dengan suasana sejuk dan aturan kemas semua perabot dalam tu. Muka dia, ala kesiannya. Nampak penat sangat. Lain macam je suaranya, selesema kot ni.

"Ni Aida, kita go through each chapter. Untuk design I asked en Sh*hb*ni tolong tengokkan. More to re-arrange this tesis utk senang org paham. Here and there, bla..bla..bla"

Aku dapat rasakan pressure yang ada. Soalan cepu cemas dari dia pun banyak. Aduh, cemana nak face the viva session ni. Dengan dia pun aku tak lepas. Sabar eda, tenang..tenang. Banyaknya tulisan2 merah kat dalam report ni.

"Esok datang jumpa saya balik dalam pukul 12 t'hari ye? Kalau tak sempat betulkan mana2 call me, you datang dlm pukul 1 pun sempat lagi. Saya meeting 2.30. Boleh ke? Dah, pi balik sambung buat correction. Malam ni lepas berbuka, solat then sambung keje"

Mak aii, banyak ni. The whole tesis need corrections in a day? Takpe, i can do it. Ya Allah, berikan aku kekuatan dalam menyelesaikan tugas ni.

Lepas sahur tadi tak berjaya nak tidur. Risau memikirkan correction ni. Tapi aku puas hati, she was really supportive. Makasih, Mama Ku!

Wednesday, October 12, 2005

::Majlis Berbuka Puasa::

Tiap kali munculnya bulan Ramadhan, undangan ke majlis berbuka pun banyak. Tak termasuk yang sendiri2 nye plan (uih artis senja.com).


Masa zaman kanak-kanak majlis berbuka yang paling meriah for sure la dianjurkan oleh mak aku :) Dia la masak, dia la sediakan semua juadah. Kesian mak, anak2 dara dia kecik2 lagi time ni. Bila dah masuk asrama, tak kurang meriahnya. Setiap hari ada je dorm yang ditugaskan untuk menyediakan juadah. Bukan la sampai tahap kene masuk dapur dewan makan tu utk masak or kacau air 'WAHI'. Kami ditugaskan untuk susun tray, cedok lauk, senduk nasi, tuang air. Biasanya dalam kol 6 semua dah gerak ke dewan makan menjalankan tugas2 tu. Walau penat, tapi best la. Dapat la pilih ayam yang besar2 kalau time berbuka lauk ayam. Biasa la tu, budak2 nye perangai.


Bila masuk matrik, aku still jauh dari family. Pantai timur - Utara tanahair. Leleh gak la seround dua. Tapi alhamdulillah, aku ada room-mate and kawan2 yang best. Kali ni, ada 3 bilik paras aku, dan 2 org kawan kat paras 1 yang share utk beli makanan berbuka. Boleh dikatakan dalam sehari kitorang cuma keluarkan duit kurang dari RM2 seorang. Kadang2, tak sampai RM1 pun. Ada 8 orang, beli nasi 4 bungkus, lauk sikit2. Pepandai la share kan? Fuh, jimat2.


Masuk degree, langkah dah mula panjang. Dah pandai sewa kereta pergi bukak puasa kat luar. Selalunya destinasi pilihan kami, Kuala Perlis yang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Sintok ni. Menu utama for sure ikan bakar, sotong goreng tepung, tom yam campur, kailan ikan masin, ulam2an dan kadang2 ada udang sambal petai. Air yang paling best, fresh orange. Pergh!!! Best betul la. Kenyang, tersandar semua orang. Selalunya 'peserta' yang pergi kawan2 kat 'Kondo' Kolej M*s. Layan boling dulu kat Alor Setar, baru gerak gi K.Perlis. Rindu la kat diorang semua. Masa 1st year degree, abang aku still lagi ada kat sini. So dia pun pernah join sekali la. Kebetulan masa tu aku baru dapat loan (wah eda, ronggeng ngan duit loan ye). hehehehe untung abang aku dapat adik cenggini.


Sejak bergelar 'researcher' (ceh..hampeh je) , majlis berbuka makin meriah. Masing2 ada elaun bulan2. Taraf hidup makin naik, jejak berbuka dah beralih arah. Kali ni kami organized majlis kat hotel2 sekitar Kedah and Perlis. Siap ada tema untuk majlis berbuka ni. Ada tema Vogue d vas, tema Formal dan mcm2 la. Sakan la semua orang masa ni. Meriah memang meriah, sebab di awal2 pembabitan research ni kami memang ramai. Cecah lebih 20 orang. Semua kami conquer.


Makin lama dah makin kurang ahli. Keseronokan pun makin minima gitu. Tahun ni aku masih di sini, barangkali ada lagi majlis berbuka dengan kawan2 research. Ntah la. Semua sibuk dengan urusan sendiri. Mana mungkin nak menguruskan majlis berbuka. Ditambah pulak dengan penipisan lapisan poket masing2. Takpe, bersederhana la wahai kawan2 ku. Rezeki yang kita perolehi untuk berbuka tu sepatutnya disyukuri. Alhamdulillah..

Sunday, October 09, 2005

::TEKS INI BUKAN UNTUK DISUNTING::

Eda dapat email dari sorang kawan. pernah dah dapat dulu, tapi English version. Jom kita try baca Malay version pulak ye. Jangan pening2, sure korang boleh baca.


Syaa taidk dpaat pycreaa syaa mpmau utunk fhaam apa ynag syaa bcaa! Syaa tbracea klobheean meanujkban mdnia msniaua. Muernut kpadea hiasl kjiaan di Cmabrigde Uinervtisy, taidk kria bnmagaiaa ssunuan huurf daalm stau pektaaran, pkrarea ynag pliang pneintg iaalh huurf pretmaa dan tkhareir bredaa di tmpaet ynag bteul. Ynag slehbinyea bloeh dlaam sbrauet mcaammnaa pun dan kmau miash bloeh mmbeaynaca tnapa sarenabg mlasaah. Ini knarea mdina misuana taidk bcaa siteap huurf stau dmei stau, saeilkbyna kauusrhelen ptkraaean slkeguias. Aijab kan? Butel! dan syaa sllaeu fkiir slbeeum ini bwhaaa eaajn aldaah sgnaat pinnteg!!!!

pening ke korang baca, rilek2. Ni salah satu latihan utk minda kita berfikir. Aduh, aku pun dah poning2 ni. chow sin :)

Saturday, October 08, 2005

::Merdunya bacaan::

Alhamdulillah, sepanjang ramadhan kali ni solat terawih belum lagi 'miss'. Seperti biasa, dalam kol 8 mlm aku ngan buha akan gerak ke masjid Sultan Badlishah bersama2 dgn dua orang adik lagi. Park kereta then terus jalan ke tempat solat bahagian bawah. Erm dah ramai umat yang hadir. Bentang sejadah, then duduk kat situ sambil berzikir. Ada group muslimah yang tengah bertadarus. Merdu bacaannya, syahdu jugak la.

Masuk waktu Isya', bilal pun mula azan. Subhanallah, sedap nya suara adik ni. Penuh khusyuk dan lemak merdu. Terasa terus ke hati aku, keinsafan mula menguasai diri. Tiap2 azan yg diucapkan benar2 terasa kesannya. Setiap makna aku cuba untuk hayati sebaik mungkin. Imam yang baca surah2 dan ayat suci al-Quran pun best. Cuma aku je kurang memahami makna2 di sebalik ayat2 yang dibacakan. Ruginya..

Time solat pun kita diuji dengan pelbagai ujian. Sorang adik ni bawak anak kecil dia bersama, comel sungguh. Tengah solat terawih tiba2 terasa sepasang kaki comel tersandar kat belakang betis aku. Ujian dariNya sama ada aku boleh bersabar atau tidak. Ku biarkan aje si kecil dengan karenahnya. Selesai solat, time to go home. Berpusu2 umat Islam berlumba untuk keluar dari masjid. Wah adik2, tak sabarnya kamu. Takpe la, biarlah diorang jalan dulu.

Nak undur kereta pun problem jugak, semua macam badan besi je. Sabar lagi ye eda :) Alhamdulillah, dalam kol 10 lebih aku ngan buha dah selamat sampai umah. Terus duduk sambung tadarus kitorang. Selesai tadarus mula la pikir nak makan ape pulak ni? First, minum air masak dulu then bancuh air panas pulak. Aduh, mata udah ngantuk. Pikir menu untuk sahur then, terus masuk tidur. Tak kuasa la nak layan TV malam ni.

Thursday, October 06, 2005

:: Berpuasa di kejauhan::

Tiap kali puasa dan berbuka kat tempat orang ni selalu sangat rasa sedih. Agaknya rindukan suasana kat rumah dengan mak ayah dan adik2. Sadis betul la bila teringat masakan mak untuk berbuka. Belum lagi kuih-muih yang selalu disediakan untuk berbuka. Tok aji, sekaya, pengat pisang...aduhai

Alhamdulillah, puasa pada hari pertama berlalu dengan baik. Kalau dulu2 sure la melepek je kat tilam, letih yang amat. Ni dah besar panjang, ditambah plk aku ngan buha bersahur pagi tu. Takde la terlalu letih. Kebetulan Kedah memang bercuti setiap kali menyambut Ramadhan. Rehat la sikit.

Petang semalam ke Changlun membeli-belah barang dapur. Ramainya umat manusia, ditambah pulak semalam PMC lagi la ramai. Kesabaran aku diuji lagi dengan sikap pemandu2, pembonceng motosikal dan pejalan kaki yang tak sabar. Aku? Hilang jugak sabar aku bila tiba2 je kene hon (aku tak suka kene hon sbb aku pun jarang hon org). Mulut ni ringan je nak membebel, tapi selesai masalah ke? Istighfar banyak2 eda.

Balik UUM, terus ke masjid utk ambil bubur lambuk. Aku tak berapa suka (tapi telan je) sebab duk teringat bubur lambuk mak yang best. Kalau kat belah utara ni, bubur lambuk aka kanji tak byk sayuran dan daun2 kayu. Tapi belasah je, best jugak. Berbuka dengan kurma, bubur lambuk dan kuih2 yg dibeli tadi. Lepas solat maghrib rasa kenyang la pulak. Aku ngan buha decide utk makan nasi lepas balik dari terawih. Baru la boleh rasa masakan kitorang tu kurang garam ke idak :)

Buha dapat msg dari Aya yang nun jauh kat KL. Kesiannya dia berbuka sorang2. Sabar ye aya, kitorang doakan hang selamat kat sana.

Petang ni nak masak ape ye? Jap gi nak beli sayur kat perumahan, goreng dah la. Lauk lain, nanti la aku pikirkan. Selamat berbuka semua, jaga diri baik2.

Tuesday, October 04, 2005

::Salam Ramadhan::

Assalamualaikum warahmatullah...


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, eda ingin memohon ribuan kemaafan kepada sahabat-sahabat andainya eda pernah melakukan kesalahan atau kesilapan kepada kalian selama kita bersahabat kerana nyawa ini amat rapuh. Entah bila ianya akan menemui Yang Maha Kuasa. Maafkan segala kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak kerana andai ini Ramadhan yang terakhir, semoga tiada lagi kekeruhan di dalam hati antara kita.


Semoga kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan amal ibadat kita sepanjang bulan yang mulia ini. Tapi, tak semestinya usaha kita tu berakhir di ketika Ramadhan berlalu pergi. Kenalah istiqamah. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini...

Semoga Ramadhan mu sempurna,
Hakikatnya seharum cendana,
Iktikadnya seagung singgahsana,
Makrifatnya seanggun kencana..
Lebaran mu bermakna.
Diiringi Ikhlas,
Dilindungi Ihsan,
Dipayungi Insaf..

Monday, October 03, 2005

::Words of Motivation::

Kadang-kadang agak pedih untuk kita dengar, tapi bila kita pahamkan betul2 maksud disebaliknya..insyaAllah dapat kita terima dengan hati terbuka dan jadikan ia satu pengajaran dan harapan.

Di awal research
  • Awak kalau diberi peluang untuk sambung belajar nak ke?
  • Kalau awak ada rasa pening2, di awang-awangan. Takpe, itu memang research. And eda, you're on the right track.
  • Ala marah sikit2 tu biasa la, nak suruh awak rajin berusaha.
  • Anggaplah semua tu cabaran, kesenangan menanti di hari muka.
  • Claim sana, claim sini.
  • Conference sana sini dengan meriahnya. Apa kamu dapat?

Di pertengahan research

  • Tukar supervisor tak kan tukar tajuk lagi?
  • You tak boleh bergantung pada supervisor, diorang know nothing about your research.
  • Boleh ke habis on time ni eda?
  • Dah lama tak nampak awak, dah habis ke?
  • Eh bukan ke dah lama awak buat research ni, bila nak abis?

Ketika Senja.com

  • La, tak abih2 lagi ke?
  • Ko ni belajar ke ape? Kalo camni sama macam amik degree satu lagi je..
  • Kalah pak guard U*UM kalau nak dibandingkan dengan ko. (Dah lama dah..)
  • Bila nak submit ni? Lama sangat dah awak writing
  • Apa you punya contribution to IT? Baik you buat Master in Social Science ke? (erk!!!)
  • Ingatkan ada la nama dia untuk konvo tahun ni..
  • Eh dia ni ada lagi ke??!!
  • Bila pulak eda nak dapat keje?
  • Menuju konvo 2006? Betul ke?

Aduhai...sadis sungguh kalau diselami setiap ayat2 tu. Aku sedang berusaha, walaupun agak sengsara. Tak kan aku hentikan perjuangan ni di sini. InsyaAllah, semoga usaha aku ni dipermudahkan olehNya.

Saturday, October 01, 2005

::Happy B'day Mak::

Image hosted by Photobucket.com

Hari ni my dear Mak, Pn Zaliha celebrates her 52nd bithday. Kak Ja doakan semoga mak panjang umur dan murah rezeki. Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan buat anak2 mak ni.