Bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, eda ingin memohon ribuan kemaafan kepada sahabat-sahabat andainya eda pernah melakukan kesalahan atau kesilapan kepada kalian selama kita bersahabat kerana nyawa ini amat rapuh. Entah bila ianya akan menemui Yang Maha Kuasa. Maafkan segala kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak kerana andai ini Ramadhan yang terakhir, semoga tiada lagi kekeruhan di dalam hati antara kita.
Semoga kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan amal ibadat kita sepanjang bulan yang mulia ini. Tapi, tak semestinya usaha kita tu berakhir di ketika Ramadhan berlalu pergi. Kenalah istiqamah. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini...
Semoga Ramadhan mu sempurna,
Hakikatnya seharum cendana,
Iktikadnya seagung singgahsana,
Makrifatnya seanggun kencana..
Lebaran mu bermakna.
Diiringi Ikhlas,
Dilindungi Ihsan,
Dipayungi Insaf..
No comments:
Post a Comment