Followers

Friday, December 30, 2005

::Hujung Tahun::

Tinggal lagi 2 hari untuk 2006 menjengah diri. Macam2 rasa je kan? As for me, aku menanti tahun baru dengan penuh debar. Tiap kali menjelang tahun baru mula la sana sini dengar pasal azam, harapan, dan pencapaian tahun ini.

Tahun 2005 banyak menyimpan suka duka dalam kehidupan aku. Kalau di awal tahun aku menyimpan harapan untuk sudahkan ape yang dah aku mulakan, alhamdulillah aku dah berjaya menjadikan impian tu satu kenyataan. Tesis research aku dah menampakkan hasilnya, cuma tunggu beberapa stage lagi. Dan tahun ni akan menjadikan stage tu satu harapan dan impian di tahun baru. InsyaAllah, aku doakan semuanya berjalan lancar.

Menuju konvo 2006, kata kawan2 Senja.com aku. Iye, semoga kita sama2 berjaya. Biar ramai yang conquer Dewan MAS tu nanti. Aku nak bahagiakan mak ayah aku melihat anak dia berjaya. Dah banyak duit ayah perabih untuk aku kat Sintok tu. Walaupun tak pernah aku dengar dia merungut kenapa aku lambat habiskan, aku tahu harapan tu menggunung.

Single not available? Hahahahahah tahun depan harapan untuk bertukar status. Semoga dipanjangkan usia dan dipermudahkan jodoh aku. Orang kata jodoh tu ada, pertemuan je tak tahu lagi macam mana. Sabar ye sayang, tak lama dah rasanya. Ye ke? Hehehehehehe doa je semoga berkekalan..

Kerja? Ye, aku nak kerja. Salah aku banyak sangat main2 masa degree dulu. Semua pertikaikan my cgpa when applying for 'that' post. Aku tahu aku tak pandai, tapi salah ke aku diberi peluang. Sabar lah eda, cuba lagi ye. Ada la rezeki hang. Teruk rasanya bila tak kerja ni. Nak buat satu2 benda pun terbantut dek kerana poket ku kosong. Bila nak sama2 tolong mak ayah ni? Bosan sih duk sesaja kt umah. Asik jd 'supir' je skang ni. Takpe, aku rela demi keluarga ku. Kak ja gi situ, kakja amik adik, kakja meh gi pasar. Tapi ada jugak la yang nak bawak mak jalan2 hatta ke pasar cuma ;)

Blog aku juga muncul di awal tahun ni. Menjadikan setiap detik waktu perjalan hidupku tercoret di dada screen. Terima kasih wahai pembaca blog ni atas kesudian korang menjengah dan berkongsi segala suka duka aku. Harapan aku semoga tahun2 akan datang aku masih diberi keupayaan untuk mencoret dan menyonteng di sini. Thanks Blogger and all my friends who brought me to this world of blogging.

Prosperity burger kembali lagi, dan aku mula rindukan teman2 yang sama2 in love with it..Mungkinkah waktu itu akan muncul lagi? So sweet..

Selamat menyambut kemunculan 2006, semoga apa yang korang impikan menjadi kenyataan. Jaga diri baik2 and hepi holidays!

Saturday, December 24, 2005

::kemurungan melanda::

Sepanjang minggu ni, kemurungan melanda walaupun mcm byk je xtvt aku. Tambah pulak dengan keadaan cuaca yang tak menentu, makin suram terasa. Kat bilik takde, kat laman rumah takde, kat dapur pun takde. Dia buat perangai lagi agaknya.

Ahad lepas Aki gigit aku, cakar2 lengan. Gara2 nak leraikan pergaduhan. Nasib la eda, nak kene. Bukan aku tak tahu perangai spesis yang satu ni. Selagi dia tak puas hati, tak dapat balas balik sure kita gak yang akan kene. Itu la yang dah terjadi pada aku ni.

Malam tu lepak dalam bilik baca novel Salina pemberian alizam yang masih belum dihabiskan. Dengar la Aki duk bising kat tepi tingkap bilik aku. Sure gaduh ngan kucing sebelah ni. Aku yang cukup tak suka dengar kucing gaduh turun la nak tengok cemana sambil halau kucing2 tu. Pada mulanya usaha aku menjadi la, aku pun amik Aki nak bawak masuk rumah. Elok tengah duk peluk dia, uih segera pulak dia gigit & cakar2 lengan aku. Terkejut nye pasal aku terus letak dia kat bawah. Pedih dah rasa sebelah lengan ni. Aku try la nak pujuk lagi sekali, eh melawan lagi tu. Last2 aku biarkan aje dia kat luar. Masuk dlm umah basuh luka2 tu then sapu minyak gamat. Nak meleleh jugak la ayaq mata ni. Pedih tu..

Ayah try nak panggil Aki balik lepas usaha aku mendatangkan sakit dan calar2. Eh dah lari ntah ke mana. Since then, Aki belum balik2 lagi :( . Agaknya Aki rasa bersalah sebab gigit aku ke? Tak pun ngikut 'awek' jalan2.

So far aku ok je, takde demam2. Cuma dah rasa rindukan dia. Luka pun dah mula nak sembuh. Berparut lagi la lengan aku ni.

Friday, December 16, 2005

::Cerita Sedih vs Berita Gembira::

Dalam minggu ni, banyak berita yg sedih dan hepi aku terima dari kawan2. Berita tentang mereka akan melangsungkan perkahwinan, menimang cahaya mata, lulus viva, dsb. As for me, aku hanya boleh mendoakan kebahagiaan diorang semua.

Tahniah buat:

  • Azimah atas perkahwinannya hari ni (sori org tak dpt hadir).
  • Mahyus and Araini (newly wed).
  • Gerg and Ikha for their new born babies.
  • Zul, Kelvin and K'Ani (double congrates to you) for their viva.
  • Alizam for his new job.
  • My dear, for the very good news. Nanti kita fikir sesama ye.
Buha called last night cerita pasal rumah yg kitorang duduk. She needs to move out. Kesiannya dia, aku tak dapat nak nolong walaupun dari kejauhan. Ape yg dapat aku tolong, just comfort her. Jangan risau ye, pelan2 pikirkan caranya. Jangan paksa diri sangat ye. Nanti sakit plk. Selesaikan mana yg penting dulu. The first thing, tesis. InsyaAllah buha, hang sure boleh selesaikan tesis tu. Tak banyak dah, keep it up.


Dapat jugak perkhabaran mengenai adik Aya yg eksiden. Buha describe mcm teruk je, patah tangan (ke kaki ye?) & berjahit kat bawah dagu. Buat Aya & family, aku doakan semoga Awang cepat sembuh.

Aku masih di sini, masih menganggur.Agaknya takut utk keluar dari kepompong ni. Ekceli, aku dah penat duk jauh dari family. Terasa nak berbakti pada anak negeri ni. Tapi, apesal diorang takmo terima aku as their employee? Belum ada rezeki agaknya. Ke my CGPA is very bad? Salah aku tak belajar sunguh2.

Hari masih hujan, mendung dan kelam. Semoga hari esok membawa keceriaan dan kebahagiaan buat semua. Love u all!!

Saturday, December 10, 2005

::Cari keje::

Sejak balik umah ni, rutin dah berubah. Skang aku bergelar 'driver' utk adik2 aku and mak aku. Best la, hari2 bangun awal, idok le aku membuta sampai matahari dah pacak atas kepala hehehehe.

Last week, aku mula la menjenguk iklan2 yang ada kat Tingkat 6, Bangunan Wisma Persekutuan. Jenguk2, terpandang pada satu iklan dari A*Bank G**up. Nak pakai org, ada dlm 2 3 post yg menarik perhatian. Ok gak try, aku pun dah lama teringin nak keje kat bank.

Balik umah, call the numbers of few person incharge. En Sul**mi suruh aku datang interbiu hari Khamis kat bnk tu. Oklah, nnt aku pegi ye.

Sehari sebelum gi intebiu aku dah kompius ape jawatan aku nak apply hari tu. So, back to Tingkat 6 pegi baca balik iklan tu. oooOOOo Financial Officer, Assist. Unit Manager. Degree or Diploma, no experience needed. Fresh graduates are encourage to apply.

So, khamis lepas aku pun pegi la ke bnk tu . Janji interbiu kol 11 pg. Kat Trg ni plk khamis dikira half day, ramai la rushing nak pegi bnk hari ni. Aku decide utk keluar awal skit dlm 10.30 pg (awalnye???). Ada dua bangunan bnk tu, mana satu aku nak pegi? Takpe la, try pegi dkt A*Assurance dulu. Ish lengang je, aku pun terus ke main office kat tengah2 pekan. Mak aii jamming the nation. Pulun la carik parking, alhamdulillah dapat. Kunci keter, then kalut2 jalan g bank tu. "Miss, saya nak jumpa En S***imi utk interbiu". Dengan blank minah tu pandang aku, "Sini tadak nama tu. Salah olang ka?" Ape minah ni?? Aku salah ke? "ooo adik kene pegi dkt A*Assurance, dia ada kat sana".

Ada rasa panas kat atas kepala aku. Penatnya carik parking tadi. En tu kata suh aku dtg interbiu kat bnk. Ish, sabar2. Jam dah kol 11.20 masa tu. Sape nak terima aku keje ni? Lewat gila! Take, ada rezeki aku insyaAllah. Banyakkan sabar dan doa.

Sampai sana, ada sorang adik manis interbiu aku. Dia suh isi satu form, then sesi sembang2 pun bermula. "Ok, jawatan Investment Officer, you punya tugas utk carik and tarik pelabur utk melabur. Kita akan bagi dalam 7 unit and minimum every month adalah jual 2 unit". Sampai sini aku blank dah, ape unit2 ni. "Kalau degree gaji bulan2 dalam RM1800, kalau berjaya jual unit tu kita akan tambah la faedahnya. Mungkin bulan2 boleh cecah dalam 3K you nye income". Tak minat dik weiiii...ni ke keje financial officer?. Aku ingat keje dalam officenye. "Maybe you punya group akan bukak kaunter utk cari investor". La pulak dah, cemana ni? Makin kompius aku. Dah la tak paham ape pasal investment ni.

Lebih kurang 15 minit, abih la sesi interbiu. Dia suh aku datang esoknya utk training, if i'm interested. Balik sembang2 ngan ayah, dia gelak je. Dah tau bukan minat aku semua tu. Then he called me and asked about the job, dia pun gelakkan aku. Tahu sangat la aku tak kan bertahan lama walaupun memaksa diri utk minat. heheheh betul la tu. Thanks bang for the opinion.

Pagi jumaat tu aku bangun and decided not to go. Aku tak suka nak approached org suh beli itu ini, melabur itu ini. erk not so me! Takpe, pengalaman semua tu. Tapi, tak rugi jugak sebab aku dapat la study pasal hire-purchase, house loan, personal banking etc. Persediaan before interbiu. hehehehhe 2 3 hari nnt try mintak keje lain plk la. Malaysia Boleh!

Thursday, December 01, 2005

::Dreams do come true::

Got this from my newly bought bookmarks. Here goes...

If you can dream it, you probably can achieve it.
Dreams do come true..
Nurture them with love and passion.
Nourish them with hope and confidence.
Have faith in yourself, your talents and abilities.
Search for the path to your dreams.
Do not wait but do all it takes to bring you closer to your dreams.
For when you're doing your best,
you hold the keys to your future.
You know in your heart that your dreams
will come true to you.