Followers

Saturday, December 10, 2005

::Cari keje::

Sejak balik umah ni, rutin dah berubah. Skang aku bergelar 'driver' utk adik2 aku and mak aku. Best la, hari2 bangun awal, idok le aku membuta sampai matahari dah pacak atas kepala hehehehe.

Last week, aku mula la menjenguk iklan2 yang ada kat Tingkat 6, Bangunan Wisma Persekutuan. Jenguk2, terpandang pada satu iklan dari A*Bank G**up. Nak pakai org, ada dlm 2 3 post yg menarik perhatian. Ok gak try, aku pun dah lama teringin nak keje kat bank.

Balik umah, call the numbers of few person incharge. En Sul**mi suruh aku datang interbiu hari Khamis kat bnk tu. Oklah, nnt aku pegi ye.

Sehari sebelum gi intebiu aku dah kompius ape jawatan aku nak apply hari tu. So, back to Tingkat 6 pegi baca balik iklan tu. oooOOOo Financial Officer, Assist. Unit Manager. Degree or Diploma, no experience needed. Fresh graduates are encourage to apply.

So, khamis lepas aku pun pegi la ke bnk tu . Janji interbiu kol 11 pg. Kat Trg ni plk khamis dikira half day, ramai la rushing nak pegi bnk hari ni. Aku decide utk keluar awal skit dlm 10.30 pg (awalnye???). Ada dua bangunan bnk tu, mana satu aku nak pegi? Takpe la, try pegi dkt A*Assurance dulu. Ish lengang je, aku pun terus ke main office kat tengah2 pekan. Mak aii jamming the nation. Pulun la carik parking, alhamdulillah dapat. Kunci keter, then kalut2 jalan g bank tu. "Miss, saya nak jumpa En S***imi utk interbiu". Dengan blank minah tu pandang aku, "Sini tadak nama tu. Salah olang ka?" Ape minah ni?? Aku salah ke? "ooo adik kene pegi dkt A*Assurance, dia ada kat sana".

Ada rasa panas kat atas kepala aku. Penatnya carik parking tadi. En tu kata suh aku dtg interbiu kat bnk. Ish, sabar2. Jam dah kol 11.20 masa tu. Sape nak terima aku keje ni? Lewat gila! Take, ada rezeki aku insyaAllah. Banyakkan sabar dan doa.

Sampai sana, ada sorang adik manis interbiu aku. Dia suh isi satu form, then sesi sembang2 pun bermula. "Ok, jawatan Investment Officer, you punya tugas utk carik and tarik pelabur utk melabur. Kita akan bagi dalam 7 unit and minimum every month adalah jual 2 unit". Sampai sini aku blank dah, ape unit2 ni. "Kalau degree gaji bulan2 dalam RM1800, kalau berjaya jual unit tu kita akan tambah la faedahnya. Mungkin bulan2 boleh cecah dalam 3K you nye income". Tak minat dik weiiii...ni ke keje financial officer?. Aku ingat keje dalam officenye. "Maybe you punya group akan bukak kaunter utk cari investor". La pulak dah, cemana ni? Makin kompius aku. Dah la tak paham ape pasal investment ni.

Lebih kurang 15 minit, abih la sesi interbiu. Dia suh aku datang esoknya utk training, if i'm interested. Balik sembang2 ngan ayah, dia gelak je. Dah tau bukan minat aku semua tu. Then he called me and asked about the job, dia pun gelakkan aku. Tahu sangat la aku tak kan bertahan lama walaupun memaksa diri utk minat. heheheh betul la tu. Thanks bang for the opinion.

Pagi jumaat tu aku bangun and decided not to go. Aku tak suka nak approached org suh beli itu ini, melabur itu ini. erk not so me! Takpe, pengalaman semua tu. Tapi, tak rugi jugak sebab aku dapat la study pasal hire-purchase, house loan, personal banking etc. Persediaan before interbiu. hehehehhe 2 3 hari nnt try mintak keje lain plk la. Malaysia Boleh!

No comments: