Followers

Tuesday, January 31, 2006

::Salam Maal Hijrah 1427H::

1 muharram detik permulaan.
Bermulanya tahun islam hijrah.
Perpindahan nabi dan umat islam.
Dari kota Mekah ke kota Madinah.
Atas keyakinan dan iman yang teguh.
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu.
Rela berkorban.
Harta dan nyawa.
Demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu pengorbanan.
Hijrah itu perjuangan.
Hijrah itu persaudaraan.
Hijrah membentuk perpaduan.
Dari itu mari semua.
Kita sambut Maal Hijrah.
Tingkatkan semangat.
Tegakkan Syiah Islam.
Untuk sepanjang zaman.

Thursday, January 26, 2006

::Prosperity::







Tiap kali tibanya perayaan Gong Xi Fa Cai semestinya yg satu ni menjadi idaman aku ngan kawan2. Tiap kali tgk iklan ni mula la teringat gelak tawa time menikmatinya. i'm lovin' it. Kekadangnya struggle sebab nk dapatkan seketul Prosperity Burger ni. Sana sini tanya sape nak keluar gi Alor Setar. Kemaruk betul.

Ni yang buat aku lagi rindu dkt korang semua :(

Friday, January 20, 2006

::Renungan::

Got this from my dear friend..

"Dalam al-quran pun ada bagitau, kalo Allah nak tahan rezeki tu, usaha cemana pun takkan dapat, kalo Dia nak kasi, sumenye rasa lancar, smooth. pastu rezekinya pulak datang tak disangka2. n then kalo kita tlg agama Allah, kalo kita tegakkan deen dia, Allah akan tambahkan rezeki dan teguhkan kedudukan kita (47:7). sebab kita dilahirkan sebagai umat yang terbaik, untuk jadi khalifah kat muka bumi (3:110). yakin dgn ayat Allah, sbb Dia tak pernah mungkir janji, ayat dalam kitab tu sentiasa berjalan."

Terima kasih kerana sudi mengingatkan eda.

Wednesday, January 18, 2006

Raya hari tu as i expected, lots of questions pouring heavily on my head. Biasa la kan, soalan cepu mas intan berlian sume ada. Naik bosan aku nak jalan2 ke rumah sedara.

2 hari lepas aku selaku co-admin yg dilantik saje la buat clearance skit dkt page groups rakan2 sekolah. Mana yg kene bounce, aku tolong delete. Masukkan gambar2 terbaru diorang post, edit my own preference. Then rasa nak suh diorang update new addesses. Kasik steps to follow, then there goes my email to everyone. Niat suciku disalah erti la pulak

Ni ha reply yg aku dapat:
~hehehe patut la aku mcm terbau nasik minyak je 2 3 menjak ni
~ala che da, jgn la semunyik2..announce la
~alasan la ko che da suh update address kitorang
~bila? apesal takde dgr ape2 pun?
~Takpe, kitorang sentiasa mendoakan mung

Jwpn aku:
Pepandai la korang ni buat spekulasi ye. Tima kasih la pada yg mendoakan kebahagiaan aku. Blm kompem tarikh ada ke suh aku buat announcement. Ingat mcm announce tepi koridor hostel ke? "Perhatian kepada semua, prep hari ini dibatalkan!!" hehehe insyaAllah, sampai masa aku bgtahu la, nnt aku pos kad wangi tu ;)

hehehehe ada2 je la diorang ni. Kadang2 tersenyum jugak aku mengenangkan persahabatan yg terjalin lebih 10 tahun ni. Pahit manis dah jadi lumrah. Semoga persahabatan kita terjalin selamanya..

Oklah, feel like listening to this song..enjoy

Siti Nurhaliza - Untuk Selamanya


Powered by Castpost

Tuesday, January 10, 2006

::Aidiladha::

Raya lagi sekali. Kali ni kita sambut Hari Raya Aidiladha. Ada yang panggil Raya Korban, dan ada yang panggil Raya Haji. Ape pun yang kita panggil tujuannya sama.

Sempena hari yang mulia ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Raya Haji dan semoga kita semakin matang dalam menghadapi tahun baru. Berkorban demi masa depan, keluarga dan sebagainya. Semoga korang semua bergembira dan jaga diri baik2.

Sama2 kita doakan semua muslimin dan muslimah yang berada di Tanah Suci Mekah berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Friday, January 06, 2006

::Lagu mana?::

Orang kata, lagu yg kita dengar or nyanyi sumbang dgn pitching ke laut tu menggambarkan mood kita. Ye ke? Ntah la, agaknya betul kot. As for me, kalau tengah 'bunga-bunga' tu lagu2 yang aku dengar sure jenis sentimental nye la..more to R&B songs. Lebih tepat lagi lagu tu give deepest meaning. hehehehe jiwang tu... sekali sekala tak salah.

Bila sedih, mula la nak flash back semua lagu yg terlibat. Asal dengar lagu yg sedih2 je mula la hang eda. Orang kata (org kata lagi ni), kalau sedih jgn la dok pi dengaq lagu yg syahdu2 jugak. Tapi ye la, nak kasik feel sedih tahap gaban kene la layan lagu cenggitu kan? Akai ada ka?

Masa ngan geng2 kembara dulu, aku selalu jadi diorang nye radio rosak. Bukannya tak tahu penat, tak semput pacak gunung2 tu. Tapi ye la, kalau senyap sunyi pun lagi la terasa tahap penat yg 'ketahuan'. Selalunya lagu yang selalu jadi nyanyian sumbang kitorang "Berita Kepada Kawan", "Semangat yang hilang", dan lagu2 yang hits masa tu. hehehehe, yang pasti lagu2 puisi la paling best kita layan. Agaknya ramai kot yang tensen selalu sgt kedengaran radio rosak ni. Sorry la sahabat, aku bosan dan aku penat sebenarnya. Usaha takmo tunjuk penat tu :)

Kadang2, lagu nasyid jadi halwa telinga. Banyak yang menyedarkan kita tentang hakikat kejadian Allah, mcm mana caranya mendidik diri supaya jadi makhluk yg mentaati suruhanNya. Tak kurang juga yang cenderung pada alam perkahwinan. Pada aku tak salah menerapkan isu mcm tu. Paling best, layan zikir2 anak2 kecil. Teringat pulak aku pada Usrah setiap malam jumaat masa zaman sekolah dulu.

Duk umah ni mula la terdedah ngan lagu2 yang sebelum ni aku tak terpikir aku akan suka. Ni semua pengaruh adik2 ni. Tapi bukan semua la berkenan di hati, kene tapis jugak budak2 ni nye halwa telinga. Yang aku tahu, lagu2 omputih byk tolong improve kitanya English.

Ape pun, lagu lagu jugak kan.. Kalu sedih or hepi ape salahnya kita berwuduk then capai al-Quran tu baca. Ke guane?

Tuesday, January 03, 2006

::New Year Comes::

Tahun baru dah tiba. Tapi, hari ni baru aku boleh posting on this year 2006. Kemana aku agaknya? I went to Sintok last Saturday with my parent and Diksu. Had a wonderful journey even we're all exhausted. Sure la ayah aku yang paling letih. Dia drive all the way from Trg-Kedah. Bukan aku tak mau tolong drive cuma trip kali ni we went by Pajero. Aku tak biasa drive Pajero dekat area Grik. Lain rasanya bila bwk 4WD yang power stering. Susah sih mau kontrol.

Dalam pukul 6.40 ptg sampai Alor Star. Singgah kat umah Abg Andry utk kasik skit kopok lekor. Then ke rumah in-laws abg jang utk bermalam. Kiranya malam tu sempat la aku nengok bunga api di bandaraya Alor Star. Hepi new year! Dapat call dari dia around 11pm, tak sembang lama becoz he has lot of work tomorrow.

Pepagi new year macam biasa je. Bangkit awal sebab nak gi Sintok utk registration. Dah tanya Buha, katanya K'CT akan tolong registerkan kitorang. Tapi i need to go jugak sbb nak tanya pasal status tesis aku. Lepas sembang ngan K'CT aku gi ngadap my Mama Ku. Dia pun tak dgr berita pasal tesis aku, so she called sana sini la tanya. Alhamdulillah, tesis aku sedang dibaca. Maybe dalam bulan ni jugak aku akan face that scary big viva session. Sepanjang research ni, rasanya itu la yang paling penting. Harapnya semua akan ok dan berjalan lancar. InsyaAllah..

Aku dalam proses nak update new template, tapi rasanya not until i finished defending my tesis kot. For now, aku akan guna yang ni. Rasanya kaler2 ni mcm commonly used je kan? But i loved these colors. Nanti la aku tukar sikit2. Yang pastinya, ia takde kene mengena dengan nama sebenar or bukan nama sebenar. Gambar aku amik dari page ni dan susun atur still yang lama. Ok semua, semoga tahun 2006 ni korang bertambah ceria ye. Aku sentiasa mendoakan agar kita semua beroleh apa yg diimpikan selama ni. Nanti la aku masukkan my wish list for this year. Till then, take care!!!