Followers

Friday, January 06, 2006

::Lagu mana?::

Orang kata, lagu yg kita dengar or nyanyi sumbang dgn pitching ke laut tu menggambarkan mood kita. Ye ke? Ntah la, agaknya betul kot. As for me, kalau tengah 'bunga-bunga' tu lagu2 yang aku dengar sure jenis sentimental nye la..more to R&B songs. Lebih tepat lagi lagu tu give deepest meaning. hehehehe jiwang tu... sekali sekala tak salah.

Bila sedih, mula la nak flash back semua lagu yg terlibat. Asal dengar lagu yg sedih2 je mula la hang eda. Orang kata (org kata lagi ni), kalau sedih jgn la dok pi dengaq lagu yg syahdu2 jugak. Tapi ye la, nak kasik feel sedih tahap gaban kene la layan lagu cenggitu kan? Akai ada ka?

Masa ngan geng2 kembara dulu, aku selalu jadi diorang nye radio rosak. Bukannya tak tahu penat, tak semput pacak gunung2 tu. Tapi ye la, kalau senyap sunyi pun lagi la terasa tahap penat yg 'ketahuan'. Selalunya lagu yang selalu jadi nyanyian sumbang kitorang "Berita Kepada Kawan", "Semangat yang hilang", dan lagu2 yang hits masa tu. hehehehe, yang pasti lagu2 puisi la paling best kita layan. Agaknya ramai kot yang tensen selalu sgt kedengaran radio rosak ni. Sorry la sahabat, aku bosan dan aku penat sebenarnya. Usaha takmo tunjuk penat tu :)

Kadang2, lagu nasyid jadi halwa telinga. Banyak yang menyedarkan kita tentang hakikat kejadian Allah, mcm mana caranya mendidik diri supaya jadi makhluk yg mentaati suruhanNya. Tak kurang juga yang cenderung pada alam perkahwinan. Pada aku tak salah menerapkan isu mcm tu. Paling best, layan zikir2 anak2 kecil. Teringat pulak aku pada Usrah setiap malam jumaat masa zaman sekolah dulu.

Duk umah ni mula la terdedah ngan lagu2 yang sebelum ni aku tak terpikir aku akan suka. Ni semua pengaruh adik2 ni. Tapi bukan semua la berkenan di hati, kene tapis jugak budak2 ni nye halwa telinga. Yang aku tahu, lagu2 omputih byk tolong improve kitanya English.

Ape pun, lagu lagu jugak kan.. Kalu sedih or hepi ape salahnya kita berwuduk then capai al-Quran tu baca. Ke guane?

No comments: