Followers

Sunday, February 26, 2006

::Jom berkebun::

Petang semalam dalam kol 5.30 after watching the Medik TV we do some gardening things. Boleh tahan la berpeluh2 aku ngan K' Z menguruskan landscape kat tepi rumah dia tu. Pagi tu lepas hantar buha & mina kat bus station kitorang gi nursery beli baja ngan shading net. Kesian tgk pokok duk terbakar ngan panas matahari. Daun keladi yang biasanya hijau segar tu asyik hijau kuning je. Tak sihat je rupanya. So, K'Z decided to buy net yg selalu org cover pokok orkid.

First thing first, gali dulu lubang sebab nak alihkan keladi yang duk dalam pasu ke tanah. Ni satu kes lagi, tanah berbatu2..keras yang amat. I do the honour to dig a hole utk tanam keladi tu. Pecah peluh! Bersungguh2 jugak la semalam. K'Z plk struggle duk cabut keladi dari pasu. Ye la, ubi dia dah besar cengkam pun kuat la ke tanah. About 15 minutes digging, baru la boleh alih pokok2 tu. Macam2 la ada, dari sekecil2 batu sampai besar nye batu bata pun ada. Paku, screw, tape utk lilit batang paip, semua aku jumpa masa duk menggali.

Then plan la cemana nak gantung net tu. Cukup2 je ni nak cover depan tu sikit. Ikat ngan tali rafia then try bentang. Pacak la satu kayu untuk support, tp mcm nak patah je plk. Last2 ikat dekat tiang, tarik ke pagar tepi. Jauh dari sasaran asal. "Ok la kot, nnt shading dia cover jugak pokok tu". Itu namanya ayat penyedap hati, penambah perisa. heheheheh. Pasu yang kosong diisi ngan pokok lain. Pacak satu tiang yg dibalut ngan sabut utk kasik pokok tu menjalar & lilit batang sabut tu. Lama plk la nak nengok hasil mcm mana. "Sempat la nnt awak datang konvo tgk hasil dia". Letak baja ngan siram pokok2 tu. Setel pun dah dekat maghrib. Alhamdulillah, lega dapat tengok taman kecik yang cantik tu. Penat pun tak terasa bila keje yang kita buat tu dapat memberi kepuasan. So, mission accomplished ;)

Saturday, February 25, 2006

::Outing::

Hari jumaat baru ni outing ngan buha, mina & alizam. Penat jugak bila dah lama tak jalan2 sambil shopping ni. But most of the time, me do the window shopping only. Ye la, aku yang tidak 'beruang'. Saje la ajak diorang keluar utk release my dizzy head concentrating on the corrections. Bak kata kami, ' you have to reward urself'.

Kol 11.15 aku g amik alizam yang dgn setianya menanti lebih 15 minit. So sorry ye (plus minus right?). Then, off we go to Jitra amik buha n her housemate. Sepanjang jalan duk bersembang je kitorang ni. Ye la bila artis dapat jumpa pengurus, byk la cerita nak kene update. Seronok sgt bila dapat berkumpul memandangkan semua dah bz ngan life masing2. Susah dah la lepas ni nak get together and share stories. Takpe, yang penting kita tak lupakan kenangan tu.

First stop, tempat makan. Hajat hati nak makan lauk pauk tradisional kat sebelah kilang kasut tu, tp tutup. Terpandang pacific trus tingat kat uncle lubanon kat food court. Aku pun u-turn then masuk ke pacific. carik parking trus naik atas. Order, makan, sembang. Tak lama la kat situ, kitorang drop alizam kat Masjid Zahir. Off we go to Celcom utk bayar bil sementara nak tunggu dia selesai solat jumaat. Janji jumpa kat Sentosa, alasan la nk jenguk2 cd sambil usha hp2 baru kat situ. Bukan nak beli pun, usha bg pihak kawan2 gitu hehehehhe. Beli cd 'Gone with the Wind' sbb nak ganti cd makcik yang aku misplaced. Alhamdulillah jumpa jgk akhirnya.

Lepas jumaat, shoot to Alor Star Mall kat tandop. I need to buy few things for the big day. Jalan2, nampak Body Shop. This is the place, senyum la aku sorang2. Naik atas solat dulu sblm mulakan jalan2 cuci mata. Then, masuk kat area pacific bhg perfume, handbag ngan kasut. erm cantik, harga? Erkkk mau luruh jantung guwe.. takpe2, survey dulu. Tengok org lain memilih mcm best je kan? "Tak jadi la kot buha, nnt aku survey kt lain plk". I grabbed something for him, then turun bawah. Carik ali tak jumpa2, ingat nak buat announcement dah "Paging for mr. alizam, please proceed to the information counter. Thank you" sib baik tak teruskan plan kitorang tu. Kalau tak, glamer la artis ni ;)

Then masuk bodyshop yang meriah tu. Tgk2 yang berkenan di hati. Try the limited one, so nice. Rasa mcm nak amik je la yang ni. Suh dia packing balik, tmbh few things nak kasik cantik. Ok dah, lega dapat satu benda. Tu pun dah dkt pukul 5. Nampak la ali duk melepek kat atas bangku. Siannya tunggu kitorang. Standard la pompuan kalau soping2 ni :D

Blk Sintok, g tgk anak Noorul&Hanis. Comel sgt2. Hari ni dia ada demam and sikit kuning (11.1) kata umi dia. Hari seblm tu aku g tgk ngan K'Z & Amir takde ape2 lagi. Baby biasa kene demam kuning kan? Dah lewat ptg kitorang mintak diri dulu. Hantar alizam kt apartmen, trus blk umah K'Ziana. Penatnya baru nak terasa. Eceh, tadi tak hingat ye eda?? Thanks la korang sudi jenjalan ngan aku. Ntah bila dapat kita outing sesama lagi kan?

Wednesday, February 22, 2006

::Kisah Ambulans::

Pagi semalam lepas je aku selamat on notebook ni, ada sorg adik dtg tepi aku. "Kak aida mai sat tgk Kak A**ah pasal ape. Sakit pinggang la, perut la". La pulak dah, sakit ape plk adik ni. Then ikut la dia keluar dari lab. Kesiannya, she's really look pale and sweating. Salah makan ke? Ke dah gastrik perut awak ni? No answer, duk ngerang sakit je. Sudah. I wnet inside utk amik tiger balm yang kebetilannya duk ada dlm beg. Oh dah ada minyak angin. Try gosok2 belakang dia nak kuo kan angin. "Saya nak muntah"

Kalut la Bi Lynn tolong amik bakul sampah. Kalau nak ikutkan, aku pun nak termun jugak bila tgk org vomitting ni. Tahan2, urut lg blakang leher dia. Kosong sgt perut ni, dah teruk gas tu berleluasa dlm perut.

Tgk mcm takde perubahan, makin teruk ada la. Siap2 then ke klinik UUM ni ngan Bi Lynn and Umi Kinah. Sampai je trus g kat bhgian emergency. Register then trus amik darah for checking. Either gastrik or apendiks. Hope takde ape2. Lebih kurang sejam, dpt result darah dia normal. Tapi Dr still nak refer ke GH. Ape lagi off we go in an ambulance to Alor Setar. Aku la join sekali sebab lg 2 org ada kelas nak kene handle. 2nd time naik ambulan UUM ni.

GH penuh sesak. Cuaca pun panas. Dlm 10 minit tunggu kat luar ER, kakak nurse ni panggil aku ckp nk kene warded sementara Dr check and tunggu result urine and blood test. Tgk Cikyah pun dah teruk ni. Bergulung dah tahan sakit perut tu. Aku nak buat cemana la nak nolong. Just urut2 je la blakang badan dia. Masa tu dah kol 1.30 pm, dia dibawa ke wad pemerhatian. Driver ngan nurse uum tu suh aku temankan cikyah sementara pakcik dia sampai. Ye la, takde sape pun kat situ, kesian plk dia.

Around 2.40 pm pakde ngan makde sampai. Sementara diorang ada, aku mintak diri g solat then jalan2 carik makan. Gi kedai beli susu ngan roti. Cukup la kasik lapik perut ni. Specialist dtg cek around 3.30 pm, tp takde masalah apendiks pun. Maybe boleh balik kot jap lagi. Pegi amik ubat, then buat bayaran. Dlm 5.30 pm gerak balik umah pakde dkt Changlun. Cikyah still duk menahan sakit. Td kat GH diorang ada la inject ubat tahan sakit dkt tiub masuk air. Boleh la dia rileks kejap. Blk ptg tu pun duk sakit2 lagi.

Dlm kol 7 housemate dia mai hntr pakaian kt umah Pakde. Aku pun nompang la balik, byk keje nak kene setelkan kt uum tu. Mintak diri, then kasik dua tiga beh nasihat kat cikyah. Sampai tmn u dah kol 7.50pm. Penatnya..panas sangat kot ni. Ke pot aku yg lapar? heheheh tadi dah makan ngan best sambal udang makde, lapar lagi ke?

Pg tadi cikyah msg, dia semakin sihat. Sakit sikit2 je. Alhamdulillah.

Sunday, February 19, 2006

::Aku dah LULUS::

Assalamualaikum semua..
Nak share this lovely moment dengan korang. Alhamdulillah, dalam pukul 11.25 pagi tadi aku dah selamat viva. Lulus dengan minor corrections. Bersyukur sangat pada Allah. So, i've got another 3 months untuk buat semua pembetulan yang examiners list down tadi. Lega sangat2 rasanya.

Pagi tadi aku ditemani Kak Ziana ke opis FTM dalam pukul 9.20 pagi. Ada masa lagi untuk aku belek2 my thesis and setting up the presentation. Bila jejak je ke dalam BME tu trus rasa mau gugur jantung guwe. Nervous sangat2. K'Z pesan suh baca surah al-ikhlas byk2. Then aku copy slide presentation masuk dalam laptop 'kepala dua' tu. Ape lembab sgt notebook ni, paneh plk tu. Biasa la jenama Tw**H**d ni kan. K'Z tolong lagi aku carikkan technician utk repair benda2 ni, thanks Sis. Last2, tuko ke BMU yang saiznya dua kali ganda lebih luas. Aduh, makin besar biliknya, makin byk la butterfly dlm perut ni.

Masa tu baru aku tahu sape examiners aku. Alhamdulillah dua2 ok je. Tepat pukul 10.15 pagi i begin my viva session. With the introduction, what i've done' what are the findings, and conclusion. That's it, finish within 10 mins. Sakan pecut eda ye? hehehehe nak lepas cepat. Then pengerusi proceed dgn 3 rounds of Q&A. Time ni la rasa meleleh peluh aku. Ada yang aku main jawab je, ada yang terkantoi plk jawab lagu tu. Suppose cover2 la sikit. Clumsy me!

Lepas abih soal-jawab, diorang ask me to wait outside while they're having a discussion for the result. Half an hour later, GG call me in. "Minor je cik eda, congrates". Aku pun melangkah masuk dengan risau2 kot tak lepas. "Aida, we decided that u pass with some corrections. From as big as the objectives to the typos all of it. So, congratulations to u." Thank you. "Anything to say aida?" Dah berderai dah kolam air mata aku ni ha. Sedih, hepi and rasa macam usaha selama ni dah terjawab on this day, alhamdulillah syukur pada Allah.

Then takde ape dah, lepas lap2 air mata baru la boleh duduk minum air teh yang dah sejuk tu. Baru rasa perut ni lapar. Have a nice talk with both examiners and GG. Terima kasih semua, really appreciate it.

Pada korang semua pembaca blog ni, thanks utk semua komen pemberi semangat dan doa dari korang. Hanya Allah yang mampu membalasnya. To my dear xmlers, senja.com, research clique and especially my dearest family, Thank you so much, love u all!!

Tuesday, February 14, 2006

::Will be updated soon::


Maybe dalam seminggu ni aku akan 'bercuti' dari posting in Blogger. As u know, i've got a viva test sooner in few days. Tomorrow i'll be going to Sintok and hoping that everything will be okay. Really hope i will pass with flying colors. Macam ko my Lep. So, don't miss me :)

Will be updated soon after my viva session.

Till then, do take care my pren!

Monday, February 13, 2006

::Banjirkah nanti?::

Akhbar Utusan Malaysia hari melaporkan banjir besar mungkin berlaku kalau air dalam empangan Kenyir makin meningkat. Kalau nak kata dekat, takde la dekat. Jauh jugak dr rumah ni ke Kenyir, dlm 50 km. Tapi, kalau diorang lepas air tu for sure dkt2 sini akan banjir.

Biasanya banjir ni hujung2 tahun kan? Kuasa Allah, mana kita boleh lawan. Itu ketentuanNya. Kita hanya mampu bedoa dan bersabar atas segala dugaan yang diberikan ke atas makhlukNya.

Berita penuh dekat sini-->Berita Harian Online

Wednesday, February 08, 2006

::Dedicated to me::

"Yang, dengar lagu ni. Love u" Wah bestnya, terharu kejap. Thanks bang.

~Adam - Jatuh~

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta





Powered by Castpost

Monday, February 06, 2006

::Dup dap dup dap::

Rasa mau pecah je dada hari ni. Panggilan yang aku tunggu hampir sebulan akhirnya diterima petang tadi. Aduh, debar sih jantung guwe!

InsyaAllah dalam hari Ahad, 19 Februari 2006 ni aku bakal menduduki satu ujian yang bakal menentukan masa depan aku, VIVA. So far, itu la tarikhnya or mungkin akan berubah. Harap takde ape2 masalah. Rasa macam tak senang duduk dah ni. Lepas je Kak Yati call tadi trus rasa ting tong. Tangan aku menggeletar, langkah rasa tak betul. Macam mana nak release nebes aku ni. Duk kira2 ada la tak sampai 2 minggu before that date.

Tadi macam teringin je nak tanya sape la bakal examiners aku tu. Tapi, mulut mcm berat je nak luahkan semua, cuma setuju dgn date tu. Ok kot. Tepon Mama Ku ke? Erk nanti la, esok lusa kot. Byk nak kene prepare ni. Slide baru je roughly aku karang. Kene lebihkan pembacaan especially my own tesis. Kang nanti berterabur plk jadinya. Kene susun satu2 ni.

Usaha selama ni bakal terjawab nanti. Aku tak kisah kene minor or major corrections, yang penting diorang bgtahu aku LULUS. Ya Allah, permudahkanlah urusan ku.

Sunday, February 05, 2006

::The Secret of Living::

Make each day a magnificent adventure.
Accept the challenges that come your way.
Seize each opportunity that you find
without concern for what others might say.

Experience each day with open arms,
savoring both victory and strife,
welcoming the good and the bad together.
For only then will you know the joy of life.

Friday, February 03, 2006

::Hari tu::

Hari tu, masa cuti2 mesia yang meriah baru2 ni byk la xtvt yang ada. Tak sempat aku nak ceritakan dkt sini. Bukannya ape, nak mengarang setiap event tu bukan senang tau. Ok shoot..

28 hb dah start bz ngan kenduri kendara. Sepupu belah mak kahwin on this date. Dia buat kenduri kahwin sekali ngan kenduri naik rumah baru. Cantik rumahnya, dia design sendiri. Boleh tahan mahalnya. Ye la barang2 semua mahal kan. Puas hati la dapat rumah besar tu. Org kata 'sedang sedang saja'.

29 hb Gong Xi Ni plk. Pepagi tu bangun dah terdengar2 muzik tarian naga yg glamer. Rasanya kedai kat depan sana kot buat show. Sebelah umah dulu ada la satu keluarga Cina. Tiap kali raya Cina mmg meriah la rumah aku ngan limau mandarin dan air botol. Air yang selalu kami dapat ape tu Kickappo (ye ke heja camni ni). Lepas naga nari2 depan rumah, bunyik mercun yg kadang2 tak tahan tinge aku dengar, kami akan diberi angpau kaler merah. Isi dalam pun selalunya merah jugak la. Sejak diorang pindah, rumah aku still ada lagi limau2 mandarin 2 3 kotak. Hamper pun ada. Yang aku moskil, Raya Puasa ke, raya Cina ke dia jugak yg datang hantar sumer tu. Kuih bakul korang suke? Aku ni kalau makan ada la sehiris nipis. Tak berkenan la. Bangga jd rakyat mesia yg majmuk ni.

30hb, pepagi siap2 sebab mak nk ajak ke pasar utk preparation esoknya. Nak beli daging, beras pulut ikan kering etc. Sepupu call ajak pegi pasar ngan dia. Kol 10 pg dia sampai ngan hubby and kereta baru. Merasa la naik Nissan Sentra. Mak aii syok tu. Mula la memasang angan2 utk memiliki kereta spt ni. Mana blh nak sama cam sepupu aku tu, dia sape? Tapi kalau kita pasang angan2, then usaha tak salah kan? InsyaAllah mampu milik gitu. Lepas tu ikut dia blk buat preparation utk tahlil kt sana. Petang dalam 6.30 aku ke surau ngan mak ayah. Ada sambutan tahun baru Awal Muharram 1427H. Masa doa akhir tahun dibacakan tetiba je sebak dada aku. rasa macam mata aku dah berkaca-kaca. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku. Selesai solat Maghrib, ada ustaz bagi ceramah pasal Hijrah then baca doa awal tahun. Semoga tahun ni membawa keberkatan buat semua umat Islam. Balik dari surau bergegas ke rumah makcik utk Majlis Tahlil. Sampai sana dah selesai tahlil, semua sibuk utk menikmati juadah. Balik rumah dah dekat pukul 11.30, tukar pakaian then teman mak 'masuk dapur'. Mak prepare nak masak gulai daging. Mata aku dah berat, badan dah letih seharian menolong umah makcik. Tetiba dah ZZzZzzzzzZZ

31 Januari 2006
Seawal 5.30 pagi aku terjaga. Tgk mak duk bz mengukus pulut kuning. Kesiannya, mak tak tidur rasanya. Adik lelaki aku ada yang tolong teman sambil chatting ngan bestnya. Aku gi mandi dulu. Then tolong goreng ikan kering and siap2 juadah tu. Lepas solat subuh ayah jemput 'orang surau' utk datang tahlil. Majlis ni sempena Ulangtahun ke-31 perkahwinan mak ayah. Alhamdulillah kami sekeluarga hidup aman damai dan bahagia. Kol 7.30 pg semua dah beransur balik, baru la perut aku terasa lapar. Lauk macam tak cukup je ni. Lepas hantar adik aku keje (bos dia bengos skit, cuti2 pun keje), aku ke pasar utk beli ayam. Mak cakap daging dah tak cukup ni, kita buat gulai ayam plk. Beli 2 ekor ayam, then beratur beli santan. Masa ni plk la kedai sebelah tu nak rosak mesin dia. Tunggu sampai ilang jugak la sabar aku :)

Tak ramai yang dijemput sebenarnya, cuma adik beradik ayah ngan mak aje. My dear sefamily, of course la dijemput sama. Itu pun mak kukus lagi sikit pulut kuning. Ramai rupanya yang datang. Tu belum lagi ayah ajak kawan2 kt pejabat lama dia dulu. Alhamdulillah takde yang dibazirkan.

Petang2 baru dapat cek mail, ada yg bertanya di mana rumah mu eda? hehehhee sori to hucs sebab eda lambat reply msg. Len kali la jumpa hucs, haida ngan indah. Yang pasti, hujung minggu tu mmg bz la ngan xtvt. Bila mau cuti lagi ni, nak penuhkan kalendar ngan xtvt yg best2.