Followers

Friday, February 03, 2006

::Hari tu::

Hari tu, masa cuti2 mesia yang meriah baru2 ni byk la xtvt yang ada. Tak sempat aku nak ceritakan dkt sini. Bukannya ape, nak mengarang setiap event tu bukan senang tau. Ok shoot..

28 hb dah start bz ngan kenduri kendara. Sepupu belah mak kahwin on this date. Dia buat kenduri kahwin sekali ngan kenduri naik rumah baru. Cantik rumahnya, dia design sendiri. Boleh tahan mahalnya. Ye la barang2 semua mahal kan. Puas hati la dapat rumah besar tu. Org kata 'sedang sedang saja'.

29 hb Gong Xi Ni plk. Pepagi tu bangun dah terdengar2 muzik tarian naga yg glamer. Rasanya kedai kat depan sana kot buat show. Sebelah umah dulu ada la satu keluarga Cina. Tiap kali raya Cina mmg meriah la rumah aku ngan limau mandarin dan air botol. Air yang selalu kami dapat ape tu Kickappo (ye ke heja camni ni). Lepas naga nari2 depan rumah, bunyik mercun yg kadang2 tak tahan tinge aku dengar, kami akan diberi angpau kaler merah. Isi dalam pun selalunya merah jugak la. Sejak diorang pindah, rumah aku still ada lagi limau2 mandarin 2 3 kotak. Hamper pun ada. Yang aku moskil, Raya Puasa ke, raya Cina ke dia jugak yg datang hantar sumer tu. Kuih bakul korang suke? Aku ni kalau makan ada la sehiris nipis. Tak berkenan la. Bangga jd rakyat mesia yg majmuk ni.

30hb, pepagi siap2 sebab mak nk ajak ke pasar utk preparation esoknya. Nak beli daging, beras pulut ikan kering etc. Sepupu call ajak pegi pasar ngan dia. Kol 10 pg dia sampai ngan hubby and kereta baru. Merasa la naik Nissan Sentra. Mak aii syok tu. Mula la memasang angan2 utk memiliki kereta spt ni. Mana blh nak sama cam sepupu aku tu, dia sape? Tapi kalau kita pasang angan2, then usaha tak salah kan? InsyaAllah mampu milik gitu. Lepas tu ikut dia blk buat preparation utk tahlil kt sana. Petang dalam 6.30 aku ke surau ngan mak ayah. Ada sambutan tahun baru Awal Muharram 1427H. Masa doa akhir tahun dibacakan tetiba je sebak dada aku. rasa macam mata aku dah berkaca-kaca. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku. Selesai solat Maghrib, ada ustaz bagi ceramah pasal Hijrah then baca doa awal tahun. Semoga tahun ni membawa keberkatan buat semua umat Islam. Balik dari surau bergegas ke rumah makcik utk Majlis Tahlil. Sampai sana dah selesai tahlil, semua sibuk utk menikmati juadah. Balik rumah dah dekat pukul 11.30, tukar pakaian then teman mak 'masuk dapur'. Mak prepare nak masak gulai daging. Mata aku dah berat, badan dah letih seharian menolong umah makcik. Tetiba dah ZZzZzzzzzZZ

31 Januari 2006
Seawal 5.30 pagi aku terjaga. Tgk mak duk bz mengukus pulut kuning. Kesiannya, mak tak tidur rasanya. Adik lelaki aku ada yang tolong teman sambil chatting ngan bestnya. Aku gi mandi dulu. Then tolong goreng ikan kering and siap2 juadah tu. Lepas solat subuh ayah jemput 'orang surau' utk datang tahlil. Majlis ni sempena Ulangtahun ke-31 perkahwinan mak ayah. Alhamdulillah kami sekeluarga hidup aman damai dan bahagia. Kol 7.30 pg semua dah beransur balik, baru la perut aku terasa lapar. Lauk macam tak cukup je ni. Lepas hantar adik aku keje (bos dia bengos skit, cuti2 pun keje), aku ke pasar utk beli ayam. Mak cakap daging dah tak cukup ni, kita buat gulai ayam plk. Beli 2 ekor ayam, then beratur beli santan. Masa ni plk la kedai sebelah tu nak rosak mesin dia. Tunggu sampai ilang jugak la sabar aku :)

Tak ramai yang dijemput sebenarnya, cuma adik beradik ayah ngan mak aje. My dear sefamily, of course la dijemput sama. Itu pun mak kukus lagi sikit pulut kuning. Ramai rupanya yang datang. Tu belum lagi ayah ajak kawan2 kt pejabat lama dia dulu. Alhamdulillah takde yang dibazirkan.

Petang2 baru dapat cek mail, ada yg bertanya di mana rumah mu eda? hehehhee sori to hucs sebab eda lambat reply msg. Len kali la jumpa hucs, haida ngan indah. Yang pasti, hujung minggu tu mmg bz la ngan xtvt. Bila mau cuti lagi ni, nak penuhkan kalendar ngan xtvt yg best2.

No comments: