Followers

Monday, October 16, 2006

::Biskut raya::

Petang semalam lepas opis hour hubby datang jemput. Wah skang dah berhantar berjemput plk cik puan ni. Takde la, dia dah ok sikit and dah boleh pelan2 drive kereta dia. Then singgah kat bazar sekejap beli sup tulang and sambal sotong, nyummy! Semalam dah plan nak singgah kat umah mak, amik sikit baju hehehehe stok dah kehabisan.

On the way balik near Pejabat U**O ada plk sesi menahan kereta yang lalu lalang utk pass juadah berbuka. Akaii ka depa ni. Mau kalo org tak sempat ngelak free2 je kene guk. Hubby sempat la brenti kesian depa duk tengah jalan pass kuih. Dapat 2 tupperware kuih 'akok', alhamdulillah tima kasih.

Sampai kat umah, gi solat asar dulu. Then nyibuk la aku ni jenguk biskut2 raya yg dah adik aku buat. Ada jugak aku nye bahagian utk bawak balik rumah satu lagi.Tima kasih nana. Rasanya kene jugak hulur dekat dia, ye la barang2 buat biskut raya bukan murah. Ada biskut milo, bunga dahlia, biskut koko crunch, and butter cookies. Coming soon tart nenas, biskut nestum ngan almond london. Baru je plan ngan adik ipar nak buat sejenis dua. Tapi kang kalo byk sangat kot membazir. Sana takde org makan sangat. Permintaan biasanya kerepek, kepok, kuih tradisional. Tengok la mcm mana, kot la nak buat kek je ke.

Teringat masa duk Kedah dulu selalu duk tempah kuih raya. Paling best tempah ngan Ummi aka K'Dilah. Biskut dia semua best2 especially choc ball yang digolek2 atas choc rice. Sedapnya.. satu lagi ngan Along, selalu tempah kek coklat. Ibu dia buat best, sekali gigit terasa sungguh betapa coklatnya. hehehehe aik aik pose eda!

Dah besar ada yang cakap tak best dah nak makan biskut raya, tapi pada aku biskut raya la yang paling dinanti. Ye la, selalunya sethn tu payah benor org nak buat berkali2. Sekali jek!

Thursday, October 12, 2006

::Kenangan Terindah::

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus

~Feel like to hear this song~

Wednesday, October 11, 2006

::Berbuka::

Lepas 15 hari puasa selalunya dah ramai yang organize majlis bukak pose aka iftar (semlm tersilap taip, soweeyyy). As for my ex-schoolmates, perancangan tu dah lebih seminggu tapi still tak jadi lagi. Bukannya ape, bila masing2 dah berkeluarga dah ada komitmen lain susah sikit la. Bila dah dapat tarikh, kadang2 ada yg can't make it. Takpe, asal ada yang menyokong tak kisah la brape org yang datang. Kali ni pun aku tak dapat nak join sekali. Keadaan tak mengizinkan. Aku doakan semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Len kali blh cuba organize lagi ye, mana tau kot la dapat join :)

Sama jugak ngan kawan2 research nun jauh di Kedah, dengar2nya tgh organize majlis jugak on 16/10 ni. Aku tak dapat la nak join sekali, jauh beno la yang. Kali ni tempat yg terpilih sama mcm dulu jugak DarulAman Golf & Country Club. Last time pun aku tak join kat sana, just doing a walk to remember with Buha and Alizam hehehehee. InsyaAllah panjang umur boleh la bwk hubby ngan my baby jalan2 gi sana.

Berbuka kat mana2 pun sama je, yang penting kita hayati bulan Ramadhan ni. Jgn lupa pada mereka2 yg hidup serba kekurangan. Macam mana la diorang berpuasa, mungkin seperti hari2 biasa diorang di mana makan minum sekadarnya. Paling penting wahai kawan2, bersederhanalah dan jgn membazir.

tetiba teringat kat 'my mate'
"kiTe baNYak pERsaMAan yaNg aKAn bUAt gUa tErsENyum pANjaNGgGg"

Sunday, October 08, 2006

::Dah setengah bulan ni::

Alhamdulillah syukur pada hadrat Illahi kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNya. Hari ni dah hari ke-15 kita semua berpuasa. Rasa macam cepat je masa berlalu. Tup tup dah tinggal lagi 15 hari sebelum Syawal tiba.

Aku so far so good. Alhamdulillah masih mampu menjalani ibadah puasa dengan tak 'ponteng'. Alasan 'mak labu' tak boleh la aku guna untuk tak berpuasa. Selagi termampu aku laksanakan jugak tanggungjawab ni. Baby pun paham je time puasa ni. Takde plk terasa sangat tahap kelaparan tu. Mulanya perit jugak coz i don't really into alahan yang teruk. Sebelum ni sepanjang masa makan nye part, no prob :). First day puasa terasa jugak la, tapi Alhamdulillah semuanya ok untuk hari yg seterusnya.

Last khamis masa on the way balik keje sempat la ronda2 sambil gi beli makanan kucing2 kat rumah. Then singgah jap kedai cendol utk tapau bawak balik. Kali ni bukan 'cendol suam' ye hehehehehe, sejuk ni. Sampai traffic light kat jalan kamaruddin terasa mcm panjangnya kereta beratur. OOoooo ada pakcik trafik kat depan tgh buat keje. Bagusnya tolong jaga lalulintas. Kebetulan kat situ ada satu bazar Ramadhan yang setiap tahun memang meriah yang amat. Bergaya btol pak trafik ni kontrol lalulintas. Kekadang terlintas jugak kat kepala aku ni tak susah hati ke dia kot2 la ada yang terbabas tak sempat ngelak. Isshhhh2 ko ni eda itu yg dipikir. Berkhidmat untuk negara gitu :)

Time pose ni, ada jugak yang tak sabar kan? Tapi ramai juga yang bertimbang rasa memberi laluan di kala org lain dah terdesak, dah lama banget nunggu nak lintas jalan tu. Tima kasih rakyat mesia.

oOoo lupa plk, congrats to Semah and hubby for their new born baby boy early this morning. Syoknya dapat beraya ngan orang baru kan? Jaga diri bebaik dik, selamat berpantang. Oklah, blm mula keje lagi ni. Till then, c u!

Monday, October 02, 2006

::My first day at YDSM::

Yesterday was my first day working at Yayasan Diraja Sultan Mizan. Alhamdulillah aku diterima kerja kat situ as one of the Secretariat member for FEI-WEC 2008. Takde ape yang menarik on the 1st day. Cuma kenal2 ngan semua staff and do simple task je. Actually aku belum tahu lagi ape keje aku kat sini, and ape sebenarnya bidang keje tu. Masa interbiu hari tu dia just cakap aku akan terlibat dengan pentadbiran dlm sekretariat ni.

My 1st task semalam utk draft satu surat and a notice for a course that will be held tomorrow and on 9th oct. Ala2 kerani je keje ni, i don't mind pun. Daripada aku duk melangut tak tau ape kan? Lepas setel surat tu, fax and then fotostat satu utk letak dlm file. Uiksss kene handle filing jugak ke? Notice pasal kursus tu tak jadi buat sebab dah ada yg setelkan awal2 and this secretary didn't know. Lega la aku, pening pikir ayat tadi ni.

After lunch break (eh pose la), Dato' ask me and Tn Haji (also new employee) to see him. Dia suh 'study' pasal event terdekat sebab kami ni bukannya tahu sangat pasal kuda. Coming event is in November, and satu lagi the big event World Endurance Championship thn 2008 nanti. Ramainya orang ternama yang involve, kebanyakannya EXCO2 kerajaan. Mana la aku kenal depa ni semua. Tgk je la dulu nama2 ni, nnt baru hapal la sape2 yang terlibat.

Oklah, nanti sambung cerita ye. Nak sambung study ni heheheheh. Till then, have a nice FASTING MONTH. Semoga kita sama2 manfaatkan bulan yang mulia ni dengan meningkatkan amal ibadah padaNya.