Followers

Sunday, October 08, 2006

::Dah setengah bulan ni::

Alhamdulillah syukur pada hadrat Illahi kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNya. Hari ni dah hari ke-15 kita semua berpuasa. Rasa macam cepat je masa berlalu. Tup tup dah tinggal lagi 15 hari sebelum Syawal tiba.

Aku so far so good. Alhamdulillah masih mampu menjalani ibadah puasa dengan tak 'ponteng'. Alasan 'mak labu' tak boleh la aku guna untuk tak berpuasa. Selagi termampu aku laksanakan jugak tanggungjawab ni. Baby pun paham je time puasa ni. Takde plk terasa sangat tahap kelaparan tu. Mulanya perit jugak coz i don't really into alahan yang teruk. Sebelum ni sepanjang masa makan nye part, no prob :). First day puasa terasa jugak la, tapi Alhamdulillah semuanya ok untuk hari yg seterusnya.

Last khamis masa on the way balik keje sempat la ronda2 sambil gi beli makanan kucing2 kat rumah. Then singgah jap kedai cendol utk tapau bawak balik. Kali ni bukan 'cendol suam' ye hehehehehe, sejuk ni. Sampai traffic light kat jalan kamaruddin terasa mcm panjangnya kereta beratur. OOoooo ada pakcik trafik kat depan tgh buat keje. Bagusnya tolong jaga lalulintas. Kebetulan kat situ ada satu bazar Ramadhan yang setiap tahun memang meriah yang amat. Bergaya btol pak trafik ni kontrol lalulintas. Kekadang terlintas jugak kat kepala aku ni tak susah hati ke dia kot2 la ada yang terbabas tak sempat ngelak. Isshhhh2 ko ni eda itu yg dipikir. Berkhidmat untuk negara gitu :)

Time pose ni, ada jugak yang tak sabar kan? Tapi ramai juga yang bertimbang rasa memberi laluan di kala org lain dah terdesak, dah lama banget nunggu nak lintas jalan tu. Tima kasih rakyat mesia.

oOoo lupa plk, congrats to Semah and hubby for their new born baby boy early this morning. Syoknya dapat beraya ngan orang baru kan? Jaga diri bebaik dik, selamat berpantang. Oklah, blm mula keje lagi ni. Till then, c u!

No comments: