Followers

Saturday, July 28, 2012

::Oh My English!::

Pertama kali tonton sitcom ni last week kat umah mak ayah aku. Al-maklum la, kat rumah tak dipasang ngan piring astro ni..tak larat Umi ngan Abi nk gaduh ngan puteri2 berebut remote. yg dpt nengok 6 chanel tu pon jenuh duk gaduh, ini kan plk berpuluh siaran..pecah rumah kang hehheehhee

Sitcom ni not bad, banyak membantu kita utk perbetulkan kita nye English sama ada dari segi pronunciation or vocabulary. td duk jenguk2 jugak kat web astro, siyes mmg menarik. Sitcom ni lebih kurang adaptasi dari citer Mind Your Language satu ketika dulu. Cuma utk MYL melibatkan golongan dewasa dan OME lebih kepada pelajar2 sekolah menengah.

Jom jenguk al-kisah OME ni through Laman Astro. Kat web ni korang berpeluang nk join exercises, kenal watak2 dlm sitcom ni, and nengok episod2 yang ada. :)

The info
Ni episod baru rasanya, tak tengok lagi


Ni Mr Henry, diorang nye English teacher. Mr. Henry pon ada BLOG jugak.



Friday, July 27, 2012

::Menu pilihan Abi::

3 hari lepas (lamanyer citer), menu untuk iftar adalah pilihan Abi. As requested, Abi nak ketam masak berlada..erm sound nice. tp, utk anak2 Umi hanya rebus je ketam tu.

Blk dari opis kol 4.30ptg kami ke Hiliran Jejawi (jln ke losong kepok lekor) utk dptkan bekalan ketam yang fresh..harga? RM25.00 per kg. Mahal jugak, sebab sehari sebelum pose pon kami ada beli ketam ngan harga RM22.00 per kg. Uihhhh mmg cepat btol kalau bulan puasa ni harga nak naik. Takpe, demimu Abi sayang, Umi pilih2 dlm 4 ekor & abang tu kasik RM24.00 je. Alhamdulillah..

Umi pon beli jugak sotong sket dlm stengah kilo, untuk stok hari lain plk. lain2, erm takpe la dulu. Singgah jgk kedai jap beli gulai daging cincang coz bila dh goreng berlada ketam tu nanti takde plk lauk yang berkuah.

Gedegang2 umi kat dapur, ngam2 hidang makan trus azan maghrib. letihnya rasa, ngan masam, hanyir bau sotong ketam.. lepas makan kurma & minum air milo panas Umi g mandi dulu. Mintak maaf bang, busuk sgt dh badan. Abi pun menghayati dulu lauk pauk tu.

menu iftar kami on that day : Ketam masak berlada, ketam rebus (anak2 punya), kailan goreng belacan, gulai daging cincang (tunjuk je), kurma (wajib ada ni), milo panas (for umi & abi) and 100 plus utk Abi & anak2.

Menu Iftar hari ke-4





Ketam ni Umi masak gaya Wan masak, tp of coz resepi mak lagi best sebab biasanya mak letak telur sebiji.

Ketam masak berlada

bahan2:

  1. Ketam 3 ekor, potong dua and ketuk2 sket supaya senang masa nk mkn nnt
  2. Bawang merah dlm 3 ulas (tumbuk)
  3. Bawang putih 2 ulas (tumbuk)
  4. Sehiris halia (tumbuk)
  5. Cili boh 2 sudu besar
  6. Sos tomato sket
  7. Sos tiram 1 sudu (tak letak pon takpe)
  8. Garam secukup rasa
  9. Gula 1 sudu kecil
  10. Belacan sket
Cara nak masak:
  1. Umi selalunya akan tumis cili boh dulu bg garing sket. then Umi masukkan gula sbb mak kata takmo bg cili boh hangus :)
  2. masukkan bahan yg ditumbuk
  3. dah garing masuk sos tomato, sos tiram ngan belacan
  4. Sedikit air sebab nak kasik berkuah, biar kuah sedikit pekat
  5. Masukkan garam secukup rasa 
  6. Masukkan ketam, goreng sampai masak. Umi tutup kejap coz ketam tu agak besar and kulit keras.
  7. dah ok, angkat & hidang

heheheh bukan main ko ye ada resepi. tp alhamdulillah, memenuhi citarasa Abi. anak2 tak brape berkenan sebab pedas..cili boh ni jenis pedas & merah cantik je.

kalau nak rebus je ketam tu, Umi ketuk2 serai sebatang, bawang putih 2 ulas, bawang besar size sederhana (separuh je pon takpe), sehiris halia, letak garam & gula sikit. pastikan air tak banyak sgt, nnt ilang manis ketam.

ok, selamat la korang mencuba :)

Sunday, July 22, 2012

::Salam Ramadhan dan Senaman muka::

Dah lama sgt tak mencoret di dada blog..huwaaaaaa blog aku ada anggota gitew :)

Alhamdulillah, syukur padaMu kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Semoga pada tahun ni kita dapat melaluinya dengan penuh keberkatan. Amiin..

asalnya wallpaper dari sini. udah di'edit'


Apa yang nak di'tepek' di sini mmg menjadi lawak bagi kebanyakan orang. but yes, it's true! Penggunaan bahasa di tempat yang berbeza akan menjadi satu kelucuan buat orang lain. mcm slang org ganu ni mmg sekali dgr cam "dia ni ckp ape" padahal sama je pon.

Perkara ni mmg akan berlaku bila u try ur best utk standardkan bahasa tu. Hari tu moon ada jugak post entri dia guna bahasa ganu ni..hok terik ni aku pulok nok buboh sini biyar oghang bace belake. nok suke selok pon dakpe... doh semer oghang macang layu do'oh, metang2 la ye je pose :P hahahah..  

ok meh kita tengak sama2..



jgn plok gi PARAM ptg kang mitok "air kelapa se, isi nyar nok lebih" paghok..paghok....

Friday, July 13, 2012

::Exam anak didik & kecemasan::

wah..minggu ni exam lagi.. mcm tiap2 bulan je exam kan? mula 9hb - 11hb Julai 2012. harapnya semua akan lulus, tp harapan hatiku...terkandas jugak budak2 ni.. bukan kandas pon, ditangguhkan diorang nye verifikasi, final exam ngan presentation final project. Untung laaaaa..konon!

sakit ati ngan diorang Allah je Yang Mengetahui..aduh, tebal muka aku ni bila meeting ngan PPL pasal status diorang. mau taknya kesemua budak2 DKM tangguh exam. not good sungguh!

Hari pertama exam aku dh nmpk ura2 mcm diorang ni tak bersungguh nak exam. semua benda tak siap! dari fail portfolio hingga la ke report projek. mau tak paneh aku ni...

Hari kedua, tgh2 diorang duk syok jawab amali tetiba kecoh..." cepat2, tutup semua plug..ambik barang berharga..ADA KEBAKARAN".. ish aku kalau org panic, aku nk buat rileks pon tak reti..trus mcm "amik semua ye, beg2, sijil2 yg pernah bwk mai opis..".. settle shut down, tgk dulu kot2 budak2 tak abih turun lagi, trus la Umi pon ngan nebesnya jalan turun, tingkat 1 je pon.. area mezzanine floor dh bau dh asap..sampai bawah nmpk dh penuh sisa2 dr alat pemadam api yg diorang guna nak sembur dkt main power bangunan.

Alhamdulillah, takde pon yg cedera..cuma ibu mengandung la muntah2 tak tahan bau kesan semburan tu. dan hasilnya, kami bergelap sampai ke hari rabu..ngan panasnya, gelapnya..rosak kat fius, so amik masa sket nak repair. deal ngan TNB, ngan kontraktor..biasa la..

Ape pon, sila beringat ye kawan2..kalau berlaku kecemasan, pastikan barang2 berharga dicapai bersama & please perati ada tak kawan2 tertinggal..