Followers

Thursday, January 27, 2011

::Pemakanan Sihat::

Lately ni byk kita dengar mcm2 jenis penyakit yg ada. Takut mmg la takut coz kebanyakan penyakit berpunca dari cara pemakanan kita...wah sedap ko ckp ye eda...sendiri pon makan tak teratur, sebulan sekali kene gastrik..hehehehehe

Skang aku ngan hubby duk try minum satu hari sesudu pagi dan sesudu malam minyak zaitun. Lepas 2 minggu minum, alhamdulillah terasa kesannya. Ok meh kita sama2 baca maklumat yg dicopy paste dr facebook my pren, akmam.

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Tuesday, January 25, 2011

::2011 yang dah tiba::

Pejam celik dah 2011 kan? Cepatnya masa berlalu. Rasa-rasa macam banyak betul benda yang tak siap dan tak terkejar. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur olehNya untuk terus beramal dan baiki diri.

Wishlist? hehehehe banyak, tapi akan ku usahakan supaya tercapai. Tahun lepas, dalam perjumpaan staff, tlh disuarakan kuat-kuat (iye ke kuat?) aku punye perancangan "Saya nak loan rumah saya lulus awal tahun depan". So? hari ni dah ke bank utk isi form and within plus minus seminggu dah boleh tahu jawapan. Yahoo! bestnya, tercapai jugak niat nak ada rumah sendiri.

2011 macam-macam event jugak ni. Hasya dah nak masuk 4 tahun and sekarang dah masuk Tadika Rossa and poor Adik Faa ditinggalkan sorang di Taska Rossa. Awal Januari hari tu duk tanya "Umi, kakak tinggal adik ke?" Ala siannya, takpe dik ye balik belah petang jumpa kakak. Muka dia boleh tgk la, excited dapat jumpa kakak.

Hope Hasya dapat belajar banyak benda baru dekat tadika tu. Now, dia kenal huruf dan boleh sebut cepat, takde la merangkak sgt. Tapi tak pandai membaca lagi. Takpe, pelan2 my dear ye.

Adik Syifaa, hari2 balik ada je lagu baru yang dia nyanyi and homework dalam beg..yg pastinya more to coloring and contengan. Tapi dia ni pun dah kenal huruf.

Kerja tak pernah nak kurang, ada je. Cabaran makin tinggi bila HOD Akademik nak tahun ni dah takde pelajar gagal&nak berhenti. we'll try our best boss. For me, aku belum puas hati dengan pengajaran dan pembelajaran yang aku sampaikan. Terkadang rasa macam i'm not giving my very best bila ada je budak yg fail dan tak tamat belajar. Aku akan salahkan diri aku dulu la and try betulkan mana yg patut.

Doa aku semoga 2011 akan menjadi tahun yang lebih baik dan diberkatiNya. Same goes to everybody!

Sunday, July 25, 2010

::Denggi ni::

Hari Selasa lepas...masa KDYMM sambut hari keputeraannya, aku cam biasa la bercuti. Bangun mcm biasa, mandi then ngemas2 apa yg patut sblm dua2 puteri tu bangkit dari beradu hehehe. Siap lipat baju terdengar la suara adik duk nyanyi2 lagu yg memg confirm sape pun tak faham. sorang dah bangun...takpe 'elbow' umi dah masak..so relax skit.

mandikan dia then bg makan dulu..pahtu kakaknya bangun. siapkan dia pulak then gerak g umah mak. plan hr ni nk gi nengok baby. 1st amik nana, g shopping brg baby then off to rumah hami.

blk dari rumah dia aku dh rasa seram sejuk, panas, debar2...eeee mcm2 perasaan. balik trus berbungkus bawah comforter, tapi tak ilang2 sejuknya. esoknya, Rabu aku g keje mcm biasa sambil nanggung kesejukan dan gigil yg amat. lebih kurang t'hari blk jugk coz dh tak tahan sgt. 2.30 pm ke klinik amik ubat, dr azmi ckp mmg ada simptom2 denggi but not sure. amik dulu ubat yg dia bg, aku balik tido sampai ptg.

khamis, around 11 am, aku ke rumah pakcik yg selalu bg ubat, sekali cek dia trus suh aku blk, awak denggi ni. blk minum 100 plus sebotol tp make sure gas ilang dulu. mkn 2 jenis ubat dia bg, then rest. mlm around 9.40 aku gigil yg amat+sakit kepala yg terasa mcm nk pecah..rumah dh pusing2...we decided to go again to pak abu's house. dia urut kepala aku bg lega skit, katanya biasa sbb ubt yg ditelan tgh melawan dengan bestnya virus yg ada.

alhamdulillah, mlm blh la tido skit2, tp sian hubby ku tak tenang tido. tima kasih bang. hari ni, ahad, aku masih di rumah..kepala dh tak ting tong, badan dh ok.nk gi klinik amik mc lain..kalo tak ape aku nk bg alasan kt bos. dah kalo namanya denggi, wad la awak duduk...ni kuarantin kt umah je? heheheheh..biasa!

ape2 pun, aku dh makin sihat, no need to worry..esok? mc la lagi sehari........

Sunday, May 16, 2010

::Selamat Hari Guru::

Got this song from Hasya..

" Pukul 6 pagi kita mesti bangun
Terus gosok gigi mandi solat Subuh
Cium tangan Umi, cium tangan Abi
Terus ambik buku pegi sekolah

Jalan tepi2 jangan lekas2
Sampai awal pagi bersihkan kelas
Rajin membaca, rajin mengira
Ikut cakap cikgu insyaAllah berjaya "

Selamat Hari Pendidik pada semua...Jasamu ku kenang cikgu!

Friday, April 30, 2010

::Anniversary ku::


Ahaks....udah menjangkau tahun ke-4 rupanya. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah.

Terima kasih bang, tima kasih family ku. For my dear puteri2, love u so much!

Tuesday, March 30, 2010

::Ape nak jadi ni::

Ehehehehhehehe gelakkan diri sendiri la dulu.

Tetiba rasa macam aku ni post entri setahun sekali plk...hajat hati mmg tinggi, nak bercerita itu ini ngan sumer kengkawan aku...pembaca blog aku ni..ape kan daya..

Alasan sentiasa ada..tak ubah mcm anak2 didik aku ni yg selalu je ada jawapan tatkala assignment tu perlu hantar. alasan paling best, 'printer jam la puan', 'pendrive kene virus'...sabar2...sampai tahap tak sepatutnya kang ada yg terasa hati ngan ayat2 cinta dari aku ni. buat la selalu budak2 perangai camni..lekat tabiat tu sampai keje kang baru hang tau!

Tahun 2010, best...best! Ada pahit, ada manisnya walaupun baru mencecah 3 bulan usianya.

Keje? As for usual, sibuk sana sini. Alhamdulillah keje2 aku kongsi pahit maung kesukarannya dengan sorang lagi opismate. Direct dengan bos mmg banyak beza..kene marah pon korang la dulu...kene puji pon lambat la sampai kt korang..hahahahaha

Family? Alhamdulillah sihat walafiat...anak masih lagi 2, takmo tambah2 lagi..rileks dulu. kasik cik2 puteri ni sonok dulu kene marah ngan umi. Abang, sihat cuma baru2 ni sakit yg tak diduga datang..tp slowly recovered. Dah bertambah biras ku si kakak ipar, dan birasku si adik ipar. Moga makin ceria idup MIL and FIL ku.

Kemahiran? hehehe cikgu kemahiran byk la yg kene ditambah2. Plan for my SKM2&3. Perlu complete my portfolio by Jun 2010. InsyaAllah sempat rasanya. Kemahiran lain? Photoshop ku masih di takuk itu jugak, tak setanding ali yg dah makin advance dengan pelbagai teknik dan software2 lain. For now, aku dah tau cemana nk format to win7. Best... Ada lagi yg aku dh pandai...nnt aku masukkan dlm posting lain ye..

Len kali ye, mau check result CGPA student jap..nak kene submit to MARa. Till then, daa....

Thursday, October 22, 2009

:: Frust ke??!! ::


Got this from a friend..Something to share...


Frust? Kecewa? Depress? .. dah rasa nak mati dah?Life ni pada mulanya smooth jer sampailah suatu masa gelombang ni melanda dalam hidup kita. Jatuh tersembam. Rasa macam dah nak mampus, rasa takde nilai.. Ups and downs are part of life dan nothing we can do to change it. Things that we desire the most are not given to us and what we get is not what we desire..

Tak ada salahnya kalau kita gagal, orang kata kegagalan itu mengajar aku jadi semakin matang. Tengok sekeling, tengok ayam ka, itik ka, burung ka.. menatang tu pun sama jugak macam kita, cuma dia orang tak gi sekolah jer. Hari-hari cari makanan sebab nak teruskan hidup, ada masa dia orang menatang tu dapat makanan dan ada kalanya fail jugak.. tetapi kalau menatang tu start berfikir inilah process kehidupan yang tidak akan mendatangkan makanan, maka mereka juga akan mampuss.. Seandainya kita jatuh tersemban, ingatlah hanya ada satu jalan untuk kita, bangun semula.

Aku pernah terbaca satu cerita lah, entah betul entah tidak. Wallahuaklam. Ada seorang lelaki ni cuba dalam business. Dia bukak business ini, tapi akhirnya dia fail, buat business baru fail juga, buat lagi business lain, fail juga.. at last dia menulis sebuah buku, tajuknya “Kenapa saya gagal”. Gezzzz bukunya mendapat sambutan yang tinggi dan akhirnya dia jadi millionaire.. hmmm.. macamana andainya dia stop berfikir untuk terus bangun..

Tak kira lah apa saja bala atau malapetaka yang datang, bangun la semula. Gagal dalam kerja ke, business ke, frust dalam rumahtangga ke, frust dalam bercinta ke.. Ppppffffff…!! Frust dalam bercinta tak kemananya lah..

Hari ini aku pun mengalami situasi yang sama, tapi aku tahu ‘aku tak akan jatuh’ insyallah. So berpegang kepada Qada dan Qadar ketentuan dariNya, its OK aku akan bangun semula. Kalau aku ni macam burung, aku sudah terbang tinggi tapi aku tersilap lalu jatuh tersembam atas tanah, ada orang lastik aku. Takpa, sekali aku jatuh bukan selamanya aku jatuh dan aku tak akan sesekali berak atas muka orang yang lastik aku tu. What goes around comes around bro..

Well, yes aku sakit. Tapi aku OK, tak kisah punya. Ubat ada. Kan ku repair sayap-sayap yang patah ini, align semula, kasi balancing sikit, pasang side mirror err dulu takde side mirror pasal tu aku tak perasan.. he he he .. study semula buat homework kenapa aku terjatuh sedangkan aku boleh elak batu yang dilastik kan pada aku. Aku tak salahkan penjahat kabaret tu, aku pun buat salah, aku pun kadang-kadang mengarut, kadang-kadang hanyut, kadang-kadang aku ex nak mampus.. kan ku lihat kebelakang fikir dan fikir semula apa yang dah aku lakukan.. tak pa.. dan tau takpa.

Terima kasih kerana melastik aku, aku tahu ada hikmahnya..

Tuesday, September 15, 2009

::Kuih yang best::

Time bulan pose ni, mcam2 la kuih yang muncul. Tok aji, onde2 (buah melaka), kuehbakar ooopsssss. Yang pastinya masa belajo kat kedah dulu aku tak akan miss kuih kat sebelah ni. Cik Lopez aka kuih lopes.

Sedapnya hingga ke anak tekak. Nikmat, nyummy2. Balik kang nak try gi beli kat kedai tu la. Sebungkus pun jadilah buat pelepas rindu pada suasana dolu2.

p/s : Buha, aku rindu nak pi sana!

Sunday, September 13, 2009

::Keje yang tak pernah habis::

LAst updated April 2009. Dah masuk bulan 9 pon ni ha...apa kau dah buat edaleeja? termenung? duk sesaje?

Busy+malas+tak dan+dll. Banyakkan alasan? Kekadang keje yang menimpa2 kat opis forbidden me to write anything. kekekekeke forbidden btol la tu. Sejak byk tanggungjawab ni aku dah kurang ber'blog' dan kurang share citer2 best ngan semua. Apa pon, aku sihat walafiat, cuma bizi yg teramat.

~Mei 2009~
Sibuk preparation utk intake baru. Bz jugak utk final exam on Jun. Kali ni batch yang terlibat terlalu la ramaina. Naik pening kepala aku. Kene plk ada yg memberhentikan diri dari keje. Ribut takde, tetiba je taufan melanda. Namun kami semua bersyukur dia brenti oooppsss. Ada la tu yg dia buat silap, tak kan tetiba nak brenti kan?

~Jun 2009~
Keluar masuk staff dah mcm jd satu kebiasaan je kat sini. Aku yg selalu duk ngajor modul Manpower Planning mula tertanya2, tak pernah ke sebarang analisis dilakukan atas apa yg jadi? Planning bhg HR takde ke? My ambitious C*O tak perasan ke dia nye management?

Nak tambah course baru pulak dia ni..Tmbh keje lagi la ni. Bukan satu dua je tapi 11 courses. Kursus yang ada ni pun tak terhapdet, ni kan plk nak apply baru. Takpe la, aku hanya mentimun. I follow ur order.

~Julai 2009~
To my dear hubby, Happy Birthday!! Ddah banyak silap yg dilakukan pada dia. Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung nyawa. Love u so much!

~Ogos 2009~
Intake baru lagi kali ni. Orientasi selalunya aku kene explain pasal akademik, pembelajaran, sistem CGPA, pinjaman an so on. Uih naik kering tekak aku ni. Time ni jugak la one of the student suspected H1N1. Alhamdulillah dah ok. Semua bertopeng la skang ni kat opis. Everyday kitorang distribut Vit C and topeng. hope tak merebak.

To my dear Syifaa, Happy 1st Birthday adik! Dah setahun anak aku ni. Dah berjalan dah dia. Kodek2 ngan lesen 'L' dia. Tapi dia ni rajin nak try jalan, jatuh bangun lagi. Tak tahan tengok, nak gelak pun ada. Paling best time dia joget2 bila dengar lagu esp The Hot Dog song masa Mickey Mouse Club House. Comel!

Bulan Ramadhan dah mula. Semoga kita sama2 menghayati dan mengambil keberkatan di atas kehadiran ramadhan al-mubarak ni. Teringat plk last year time aku berpantang. Alhamdulillah aku berjaya ganti pose yg ditinggalkan sebulan. Slim la jugak skang ni.

~Sept 2009~
I'm 31st? Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNya. Selama ni dah berapa banyak amalan aku? Makin bertambah ke makin kurang? Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk menghadapi hari2 mendatang. Ampunkan dosa2ku, tabahkan iman ku ya Allah, Permudahkan segala urusanku. Berkatilah rumahtangga ku, keluargaku, saudara maraku. Semoga kami tergolong dalam golongan soleh dan solehah. Amin.

Wednesday, April 29, 2009

:: 3rd Anniversary ::

Alhamdulillah, dah masuk tahun ke-3 aku mendirikan rumahtangga dengan suami tersayang. sepanjang 3 thn ni banyak btol pahit manis yang dah kami lalui bersama.

Paling penting ikatan ni semakin kukuh dengan kehadiran dua orang puteri kami Nur Hasya dan Nur Syifaa.

Got this from my dear hubby...thanks a lot abang

Sunday, March 22, 2009

::First post for 2009??::

Hai all...salam sejahtera

Gila ke ape ntah ni tetiba je mau hapdet my dear blog. Sorry sesangat coz lama la aku tak hapdet citer terkini. Bz yang melampaui had umur aku ni duk nyekat aku kongsi2 citer baru buat semua.
Banyak dah yang aku tertinggal citer kengkawan ni.

Ok, sikit sebanyak kisah aku sejak awal tahun ni.

Jan - Bz coz bulan ni ada 2 org staff yg akan cuti bersalin serentak. As for me, aku nak kene scheduled balik jadual kelas student2 ni. Kene plk plan for intake baru around 100. Jenuh la nak cover kelas yang cikgu cuti ni. Biasanya ada 'org kuat' yg planned jadual kelas, mapping academic skali. Tapi bila dah kene batu jembala patik ni terpaksa la aku settlekan. Hope semua cikgu blh terima. Yg penting each lecturer tak blh la nak lebih 26hrs per week. Alhamdulillah everything goes well.

Yang paling tak best sekali dalam sejarah tahun 2009 - I'VE LOST MY NEW HANDPHONE!!. abih ilang semua contact no my friends. Ada sikit je pernah aku backup. kene pulak aku tak pernah register ngan Celc** utk backup data dalam sim card. Gone with the wind la semuanya. Sorry ye kengkawan kalau lama aku tak call or sms..ilang segalanya.

Feb - Birthday my Hasya yg ke-2. Dah besar anak dara aku ni. Makin keletah dan byk tanya. "Apa ni mi?, Apa tu" But it was really fun and mencabar kesabaran. Final exam for SKM Level2, and everyone passed it. Cuma yang bestnya kali ni tak terkeja-kejar macam selalu. A week before the exam, semua markah dah keyed in dalam sistem. Jug bz ngan kenduri sepupu aku Azza, may happiness be with u always.

Mac - Terasa-rasa nak update blog and change it looks. Best juga sekali sekala menyesakkan paler ni utk edit semuanya. Saje la kan, ubah angin sket.

Takmo citer lagi, kepala ku pening dah ni. Nak rehat skit coz hari ni pun tak gi keje MC boss!

Monday, September 29, 2008

::Salam Lebaran::



Mohon Maaf Zahir & Batin buat semua tetamu blog ni tak kira di mana saja anda semua berada. Take Care!

Monday, September 22, 2008

::Novels::

Bercerita pasal entri kali ni, guess what? I LOVE NOVELS!!! Selalunya aku suka baca malay novel. Cerita yang tak berat, senang layan. Banyak novel berkisar dalam kehidupan harian kita. Banyak jugak yang aku pelajari dari bacaan aku walaupun hanya dari sudut pandangan or imaginasi penulis tu sendiri.

Ada jugak antara penulis tu yang 'masuk' ke dalam penulisan dia and of course to make it sound real. Betul, ada sorang penulis ni menjejakkan kakinya ke UK untuk rasa sendiri suasana di sana utk diceritakan dalam novel karyanya. Kita yang baca ni pun dapat la membayangkan sendiri mcm mana keadaan sekitar tu. Terasa mcm jejak kaki kat UK je hehehehehehee. Bestnya kalau betul2 dpt pegi kan?

Time pantang ni pun dah dekat 10 novel aku baca balik. Bosan jugak asyik tidur je manjang, layan la novel. Dalam semua novel tu termasuk la satu novel karya Danielle Steel. Tu dia novel omputih kali ni.

Kisah penulis drama bersiri, Bill Thigpen yang terlalu taksub ngan kerja sampai ditinggalkan isteri dan anak2. On the other side sorang wanita, Adrian Townsend yang ditinggalkan suami sbb dia pregnant anak suaminya. Bill dan Adrian ter'jumpa' dan the fall for each other. Banyak la suka duka diorang lalui sepjg perkenalan sehinggalah pada saat Adrian bersalin. Tetiba je si husband, Steven came back dan ......

Korang kene baca, tapi yg bestnya happy ending. Lepas masuk keje nnt aku nak carik lagi novel2 yg dah lama aku nak beli. Aku duk syok baca novel2 ni, ada jugak la majalah agama yang dibaca. Alhamdulillah, byk pengajaran melalui majalah Anis dan Nur yang aku baca.

Moral of the story, jgn asyik khayal aje dalam dunia fantasi, tambah la sekali ilmu agama untuk kukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Friday, September 05, 2008

::Kelab 3 kupang::

Hepi birthday 2 u
Hepi birthday 2 u
Hepi birthday 2 Umi
Hepi birthday 2 u...
iyup mi iyup
fuh!
yeaaaaaa!!!!
Hug n kisses to my dear abang, Hasya n Syifaa..

Alhamdulillah, aku masih lagi mampu bernafas dan mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan. semoga aku sekeluarga akan sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dirahmatiNya. Amin

Terima kasih atas ucapan, sms, call, email dan doa dari my family dan semua kengkawan.

Tuesday, September 02, 2008

::Ramadhan::

Salam Ramadhan buat semua. Semoga ketibaan ramadhan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.

Jenuh la hang eda ganti puasa tahun ni. Sedih sebab tak dpt nk merasai kenikmatan menyambut hari pertama ramadhan dan mlm pertama terawih. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

Saturday, August 30, 2008

::Meng'update' cerita::

Alahai lama btol tak masukkan entri untuk blog ni..sawang tahap gaban dah blog ni. Hajatnya mau menukar skin baru, tp tak abih2 lagi aku edit.ok, meh nak citer apa yg dah jadi sepjg aku tak update blog.

~Mei 2008~
Sambut hari pekerja dengan melepakkan diri kat rumah sambil melayan Hasya. Makin banyak kerenah mek Hasya ni. Orang dah makin besar, byk la idea2 kreatif dia tu.

Kat opis plk anak2 didik belanja makan sempena sambutan Hari Guru. Alhamdulillah, rezeki. Bodek ke? hehehe takde la, diorang memang mcm tu. Budak kelas Caldera, pelatih kursus Diploma Kemahiran Sistem Komputer. Depa tengah kaya coz baru je dapat elaun tertunggak.

Bulan ni jugak ada intake baru yg kebanyakannya dtg dari luar negeri Trg. 1st time la terima student dr pelusuk semenanjung. penatnya dh start dgn preparation utk penginapan, jadual kelas, hari pendaftaran dan orientasi. semuanya berjalan lancar dan ada jugak la here n there yg perlu diperbaiki lagi.

~Jun 2008~
Rasanya dlm bulan ni i've got a promotion dgn sedikit increment + elaun tambahan. Alhamdulillah, rezeki anak. Kene handle bhgian akademik. syukur padaNya.

Aku dah slow2 beli brg keperluan baby yg bakal tiba early August. iye, my 2nd baby. Sikit2 je beli coz brg Hasya byk lg yang boleh dipakai, tak usah nak membazir sangat. Tp of coz ada jugak 2-3 pasang baju baru utk baby. Tak kan asyik 2nd hand aje kan.

~Julai 2008~
Bulan yg bz dgn exam student esp 1st batch Dip Kemahiran Sistem Maklumat dan Sistem Komputer. Report tak siap, projek terabur, portfolio ntah ke mana. Pening gak paler nak ngejor. Dengan dokumen nak kene sain, kene validate. Pejam mata je la mana2 yg tertinggal.

Rezeki company dpt berpindah ke building yg lebih selesa. Aku just nolong packing ape yg patut je. Diorang tak kasik 'mak2 buyung' sibuk2 angkat brg2 berat. Penat btol nak punggah semua benda, dah la opis tu tinggi nak kene ngangkut brg2 yg nkkene bawak turun. opis baru takpe la ada lif, yg ni kudrat manusia jugak kene guna. 21hb aku dah start cuti tanpa gaji. Merehatkan diri in case due awal. Bosan jugak duk rumah tak buat ape2. Tp kalau aku ke opis takat lagaknye mcm mandur tak best jgk. Org lain duk bz pindah barang, aku jd penonton je? Tak dapat.......

~Ogos 2008~
Kalo nak ikutkan due date 080808, tp baby takmo keluar lagi. Aku pun tak kisah, yg penting kesihatan umi ngan baby. Tp dalam hati dah berdebar2 dah. Nurse tmpt checking tu dah pesan, kalo nxt week tak bersalin jgk, nnt dia kasik surat then warded HKT.

Alhamdulillah 110808 pukul 8.27 am aku selamat lahirkan baby girl seberat 3.1kg. Dah dapat 2 org princess!! Aku dan hubby decided to named her Nur Syifaa.

Tuesday, April 29, 2008

::Happy 2nd Anniversary::

Alhamdulillah, usia perkahwinan aku dah menjangkau 2 tahun. Banyak dah pahit manis yang dah dilalui bersama. Harapan aku semoga ikatan ini akan sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa. Semoga Dia sentiasa memberkati rumahtangga kami. Amin




Another year to create precious memories together.
Another year to discover new things to enjoy about each other.
Another year to build a life rich in love and laughter.
Another year to strengthen a marriage that defines "forever."

Sunday, March 30, 2008

::Welcome dear friend::

Seawal 8.10am aku dapat call dari Maya. Dia bagitahu nak datang Trg. Wah bestnya..dah lama sangat tak jumpa dia. Of course her daughters and hubby will come along. Excited btol dapat sembang ngan dia pagi tu.

Letak je tepon, mula la dalam kepala ni plan macam2. First, kene bgtau abang dulu pasal maya sefamily nak datang. Then baru discuss plan mcm mana.

Pagi Khamis diorang sampai and stay kat Asrama Majlis Belia dan Sukan, dekat ngan rumah aku. Agak2 kalau laung kuat sikit blh la dengar kot. Dia join dulu bebudak kolej dia pegi tour sekitar Trg, mlm baru plan bwk diorang dinner. Dalam kol 8.30pm aku sefamily jemput dia dan bwk gi makan kat kedai area K.Ibai. Alhamdulillah, makan semua ok. Tengok anak2 dia pun dah penat sangat.

Hasya plk bukan main excited dapat jumpa kawan. On d way balik Fisya dah lena, Dania pun dh ngantuk. Hasya? Tak abih lg tunjuk laku dia. Malu umi Sya ni. Esoknya aku nk ke Pasar Payang tolong maya beli cadar batik. Plan jumpa kat Losong, tp last2 kat Taman Tamadun Islam. Sembang sikit2, then diorang bertolak balik. Katanya bebudak tu semua nak singgah Rantau Panjang plk.

Takpe la maya, orang dah seronok btol dapat jumpa awak, update mana2 cerita kengkawan semua. InsyaAllah nnt orang plk sefamily ke Kedah ye.

Tuesday, February 19, 2008

::Detik 19 Feb::

2 thn lepas, pada hari ni la aku dah berjaya melepasi satu tahap yang paling sukar. Dah bergelumang hampir plus minus 6 thn baru la berjaya. Alhamdulillah, minor corrections. Berkat doa semua. Thanks a lot to my dear Mama Ku Ruhana for her patience and understanding. heheheheeh...

Aku struggle siapkan jugak within a week semua corrections. After my wedding, ke sintok balik utk setelkan binding thesis tu. Thnaks my dear, sokongan abang la paling diharapkan masa tu. Skang pun sentiasa mengharap jugak!

Ape pun, aku bersyukur sangat2. Penat lelah selama ni dah berbalas dengan sehelai kertas kuning air tu :D

Sunday, February 03, 2008

::One year old::

Tup tap my dear Hasya is already setahun. Alahai, dah besar anak Umi ngan Abi ni. Kejap je kan masa berlalu. Kitorang tak tahu nak bagi ape pada dia. Sya, umi ngan Abi loves u so much.

Balik keje petang tu aku ke kedai kek belikan dia satu kek blueberry. She really enjoyed it. Pakcik makcik dia plk sibuk belikan hadiah. Mak aku tolong goreng bihun putih. Sakan sambut birthday dak kecik tu. Kebetulan plk ada yg bagi laksa penang. Ape lagi, aku pun ambik peluang la siram kuah laksa tu atas bihun goreng. Trus terkenang saat di Sintok selalu buat benda ni. Buha, aku rindu bihun goreng kuah laksa!!! Hehehehehe..

Nanti aku letak gambar birthday girl.

Sunday, January 27, 2008

::Tahun Baru 2008::

Dah masuk tahun baru..ape azam aku? Jadi lebih baik dan lebih baik lagi, dari semua segi. As a wife, as a mother, as a child and especially as a muslimah.

Mak ayah aku dah selamat tiba dari tanah suci. Alhamdulillah sihat walafiat, cuma ada sikit batuk dan selsema. Jelas betapa gembiranya diorang, dan betapa rindunya diorang pada Tanah Suci tatkala menceritakan pengalaman terindah tu pada anak2.

Tengok gambar2 dalam hp ayah buat aku adik beradik rasa teruja. Malam tu dekat pukul 1 pagi baru aku masuk idur. Tak tertahan sangat dah. Hasya plk punya la excited jumpa ki ngan wan dia. At first cam malu2 gitu, lama tak tengok kot. Lepas tu, hyper bukan main la.

Yang pasti, pengalaman diorang aku jadikan iktibar dan pembakar semangat utk turut serta satu hari nanti menjejakkan kaki ke sana. insyaAllah

Sunday, December 30, 2007

::Dah Sebulan::

Mak ayah telefon baru ni. Alhamdulillah diorang telah selesai melaksanakan semua rukun haji. Ayah sampai berita yang diorang akan kembali ke tanahair lewat dari tarikh yang sepatutnya. Dari 11hb Jan postponed ke 23hb Jan 2008. Diorang nak stay lama lagi kat sana. Sayang nak meninggalkan Kota Mekah. Takpe, kami anak2 paham.

My dear big boss pun dah nak balik ni. Aduhai susah hati coz byk tugasan yg ditinggalkan sebelum berangkat masih lagi tak setel. Harap aku berpeluang siapkan apa yg patut. Gambate!

Tuesday, December 25, 2007

::Tanah Suci Makkah::



Alhamdulillah, mak ayah aku dah selamat sampai ke Masjidilharam pada 1hb Dis 2007 pukul 8.20pg waktu M'sia. Semoga mereka tenang menjalani ibadah haji di sana.

Seminggu lepas mereka berangkat Hasya dah start demam. Rindu agaknya ngan diorang. Cuak jugak la coz dekat 2 minggu dia demam panas. Siap ngan batuk& selsema. Dah baik demam, baru la dia nak start aktif balik. Kalau sebelum demam dia dah boleh tatih sikit2, ni mcm baru nak start blajar balik. Lama sgt tak jalan2..sian tgk dia. Alhamdulillah selera makan dia makin bertambah.

Bukan takat my baby je demam, boleh dikatakan seisi rumah ni ha demam. Susah jugak sebenarnya nak handle. Alhamdulillah adik2 semua bagi sokongan.

InsyaAllah diorang balik 11hb Jan 2008. Aku sentiasa doakan yang terbaik dan mak ayah akan memperolehi Haji Mabrur. Amiin.......

Saturday, November 10, 2007

::Cuti ke?::



This week cuti lagi hari Khamis for Deepavali. Best kan 3 hari la dapat cuti. oooppssss ye ke? Sabtu 10 Nov ada plk One Day Motivation Course for all staffs. Aduhai baru je nak merelaxkan diri ngan family. Tapi bagus jugak kursus tu ada yang menyedarkan aku. Realize how important untuk tanamkan sesuatu dimulakan dengan niat & yakin yang kita boleh buat. Nanti la citer pengisian kursus tu.


Hari Jumaat, 9 Nov 2007 (hepi b'day dear friend i.da) lepas Asar bawak Hasya jalan2 ke Lembah Bidong dengan harapan blh tgk kuda kat Kejohanan Sultan's Cup. Rupanya terawal la plk sebab YDP Agong akan rasmi kejohanan tu jam 9 mlm. Tak kan nak tunggu, dah la hujan bawak la anak kecik. Sempat jumpa staff opis lama, sembang2 dan kitorang bertolak balik sebelum maghrib. Takpe la Sya, len kali kita jalan2 tengok kuda ye sayang.


Next week makin bz sbb ada student yg akan sit for final exam. Byk preparation kene buat ditambah dengan workload yang hari2 bertambah. Semoga Allah permudahkan segala urusan, amiin.

Sunday, November 04, 2007

::Rumah Terbuka Opis::

Lepas cuti raya seminggu, opis dah bz dengan painting all those rooms and stairs around the office. Paling tak ngam bilik staff la kan, orange&light blue??!!! so bored, and guess what..bertampung sana sini just becoz nak jimat kos on buying another tin of paint. Kemut seeeehhhh. Takpe la, duit dia kan. Sib baik la cover ngan rak fail, whiteboard so takde la kelihatan sangat. Dah satu hal kan, bila dah ngecat ni semua barang dah berterabur ngan keliling penuh ngan sampah. Serabut tu. The whole week keje mcm cleaner, vacuum tu mmg fully utilized (ooppsss rasa mcm pernah dgr ayat ni kan?). Takpe la, janji semuanya siap kemas.

On 01/11/2007 plk ada satu sambutan Rumah Terbuka Show*e sempena Syawal. Penat kemas opis blm ilang dah sambung utk majlis tu. Letih jugak sebenarnya nak handle majlis mcm ni. Of course yang paling risau adalah AJK Makanan and it's me! Susah hati dengan expectation yg big boss jangka. Dengan jemputan dia yg agak last minute and he expected everything goes well. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan makanan pun byk yang lebih. Siap blh tapau untuk jiran sekitar opis and bagi dkt student2 bawak balik.

Start pukul 9.30pg and ends around 5.30pm. Kemas2 sikit je sbb the next morning nak datang opis balik mengemas. Oklah, letih dah citer sebab terbayang2 lagi penatnya ngangkut semua makanan, pinggan, makan hehehehe. till then, take care!

Thursday, October 25, 2007

::Salam Aidilfitri 1427H::

Raya tahun ni lebih meiah dengan kehadiran my dear Hasya. Byk jugak belanja untuk pakaian dia. Aku tak kisah sgt...anak baru sorang pun nak berkira ye. Alhamdulillah rezeki tahun ni membolehkan aku prepare semuanya walaupun dalam penuh kesederhanaan.

Pagi raya kat Gong Kapas, petang baru balik Beladau Kolam. Syok tengok sepupu2 dah ada anak..Hasya plk, seminggu sebelum raya dah start bertatih. Sibuk la dia bila tengok geng2 sebaya dik main. Eh dia pun sibuk nak berdiri nak jalan sama2. Excited btol dia.

Raya kedua macam biasa je, menjelajah lagi ke rumah sedara mara. Kali ni cik abang tak ikut sama sebab dia bz masak untuk tempahan. Hasya asyik penuhkan beg umi ngan sampul duit raya. Yang tak best ni, bila dapat je kat tangan dia sekelip mata dah masuk mulut. Memang kebanyakan baby camtu kot, tambah2 dengan gigi yang dah banyak. Sehari suntuk jalan sampai letih2 dia, ngantuk pun ditahannya.

Kawan2 pun ramai yang datang beraya ngan family masing2. Lamanya dah tinggalkan zaman sekolah kan? Rindu gak kekadang tu nak jalan2 ziarah beramai2, berkonvoi keliling KTrg ni. Umur tak selalunya kekal di situ, makin meningkat dan makin jauh meninggalkan kita.

Tahniah buat my dear Sis Ziana on her wedding day 22/10. Rugi sebab aku tak bawak kamera untuk merakamkan detik bersejarah tu. GG pun aku sempat calling2&tgk keter dia je, lagipun aku sampai dah lewat sgt. Ngan Kak Ani pun tak sempat jumpa. Panjang umur len kali la kita jumpa ye.

Salam raya dari aku sekeluarga, mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang aku lakukan.I nsyaAllah, dengan kehendakNya sama2 kita doakan supaya kita akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan menyambut Syawal.

Sunday, September 16, 2007

:: Salam Ramadhan ::



Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua blogger muslimin dan muslimat.

Wednesday, September 05, 2007

::Alhamdulillah, i'm 29::


Bismillahhirrahmannirrahim ..........

Ya Allah, Ya Tuhan Ku,

Aku sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk ku pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada diriku selama ini dan kurniakan kelazatan untuk ku dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan.

Ya Allah Ya Tuhan Ku,

Aku memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..

Thursday, July 26, 2007

:: Hasya is learning to crawl ::



My dear baby nearly 6 months old. Dah start nak merangkak and try to stand on her knees. Cute btol la :)

Wednesday, July 04, 2007


My dear Hasya is 5 months old.

Tuesday, July 03, 2007


Happy 32th Birthday My Dear. Love you so much!!

Sunday, April 29, 2007

Monday, April 02, 2007

::Frontier SUT::

Hehehehe ape kena plk post kali ni ye? Frontier? SUT? Ekceli my dear hubby bought this new vehicle last week. Alhamdulillah proses pembelian berjalan lancar. Dah lama dia idamkan kenderaan jenis ni. Mula dengan STORM, tapi masa tu ada tuntutan lain yg lebih penting. So tangguhkan dulu.

Then dia gi usha Ranger, pun tak jadi jugak. Entah la pasal ape plk. Agaknya hati kuat pada storm jugak. Baru2 ni dia ada citer pasal Triton tapi ada yg dia tak berkenan plk. Then peluang utk pick up ni pun tiba. Salesman tu kata blh terima kalo nk tolak van lama dia. So apalaga, trus la cita2 yg terkubur tu diteruskan.

Akhirnya this new Frontier SUT ni tercongok la depan umah. Terasa mcm kecik plk bila naik Frontier ni. Tapi no plet tak dpt plk yg diidamkan. Kalo nk yg cantik mau JPJ caj 200+. Rugi2.....so ikut je la running number yg ada kat JPJ skang ni, TAN 7**2.

So far, takde lagi la perasaan utk aku test drive. Risau la besor sgt2, susah ni mau bajet depan belakang kiri kanan. Kang ada yg sengih2 tengok aku drive. Even masa drive Pajero ayah pun sumer duk pandang2, inikan plk yg ni.

Tengok la, kene kumpul kekuatan dulu. Oklah, nnt dah berjaya test drive i'll tell u la the story :)
Till then, take care!

Sunday, April 01, 2007

::New Month New Job::



Alhamdulillah hari ni aku dah memulakan tugas baru as a Fasilitator kat salah sebuah kolej kemahiran di bandar K.Trg. Of coz la aku teruja sebab dah lama rasanya nak masuk bidang ajar mengajar ni. Kat kolej ni diorang tawarkan program Sijil Kemahiran yang dulunya dikenali sebagai Sijil MLVK dan Diploma.

First day blm tahu nak buat ape lagi coz person incharged is on leave. Tengok jadual macam hari2 i have a class. Jam mengajar for a week dalam 18hrs. Erk rasanya paling byk ni. Takpe, tugas tu eda. Jalankan aje!

Pagi tadi tengah nak siap2 Hasya bangun ngek2 mau susu. Kasik dia minum dulu baru aku gi keje. Sedih plk bila tengok dia walaupun time aku cium dia duk sengih2. Kenyang perut suka hati la tu heheheeh. Jap gi lunch hour, mau balik la jenguk my dear. Hubby sms wish me luck for this new job. InsyaAllah i work hard bang.

Doakan aku ye kengkawan semoga tabah menempuh pelbagai pe'el student2 kat sini. Till then, take care!

Friday, March 23, 2007

::Rejeki::

Alhamdulillah, aku masih lagi direstuiNya untuk bernafas di muka bumi ni.

Hari Selasa lepas aku dipanggil utk menghadiri satu interbiu kat kolek kemahiran. Nak pergi ke idak ni ye? Diskusi ngan hubby sikit sebanyak, trus decide i need to try this one. Kalo ikutkan hati terasa masih ingin bersama 'geng kuda' tu. Ada rasa kesian dekat salah sorg kakak kt situ, tak kurang juga rasa bersalah sebab aku ni kan masih lagi bercuti 4 pantang. Cuti bergaji, then kalo dpt keje tu nk hantar surat resign. Terasa kijamnya guwe!

Lepas mempertimbangkan byk perkara, aku rasa nk gi interview tu. Sembang2 ngan 2 staffs kat situ diorang mmg nak amik keje menggantikan staff yang brenti mengejut. Alhamdulillah, rejeki baby ni.

2 hari lepas tu aku dah dapat service agreement. Start keje on 1st of April 2007. Tak lama dah tu kan? Aduhai kene tinggalkan Hasya kat umah. Mampu ke bertahan? Risau takut dia tak berapa mau hisap susu botol. Nnt la nak suntik semangat dekat dia. InsyaAllah ok la nnt.

Kene susun acara idup ni semula la. Cuti dah hampir 2 bulan, semua nak kene tune balik. Oklah ye, mau sambung baca agreement. Till then, take care!

Thursday, March 22, 2007

::Aku kena TAG lagi::

Salam sejahtera buat semua. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Last month, hehehehe lama dah tu kan? Aku dengan tak rasminya telah di'tag' oleh zampeada. Cesh, tak semena2 ketika berpantang aku kene tag. Tapi aku tak kisah sgt sebab kalo tak silap aku pun pernah jugak tag dia.

Tag kali ni pasal 6 perkara pelik tentang diri sendiri. So, here goes mine:
  1. Kalo makan burger aku akan makan slice by slice starting ngan roti and of coz daging burger tu la yg akan kendian sekali terjun ke tekak ku.
  2. Kalo terlalu sakit hati, mau meleleh ayaq mata ni.
  3. Aku boleh jln2 satu hari just for window shopping je.
  4. Kat hostel dulu aku selalu je dpt title loker paling kemas sampaikan loker org lain pun aku blh tolong kemaskan :P
  5. Ada org cakap tangan aku ni mcm 'tangan sambung'...ye ke buha?
  6. Aku suka tengok org kidal buat keje, tak kisah la menulis ke main alat muzik ke masak ke?
Pelik ke? Macam biasa je, nothing weird. Aku dengan baik hatinya takmo tag sesape dah. Till then, take care!

Tuesday, March 13, 2007

::Sekalung Tahniah::

Before i wish all my good friends, nak inform hari ni Hasya dah 38 hari. Ada byk hari lagi Ummi kene pantang ni. Ekceli dah start makan macam2 dah, tp not too much. Just rasa2 je la. Ais of coz forbidden. Kekadang bancuh air sirap or sunquick sejuk utk dear hubby, buat2 la rasa skit. Oopppssss kalo mak tahu ni leter sehari la nmpknya. Nana, ssssyyyyyy.

Ok back to the topic. Firstly, congrats to Buha for her MScIT convocation last 2 days. Sorry aku tak dapat nk share those hepi moments with u. Hanya mampu wish dari kejauhan saje. Finally, ur dream comes true Buha! InsyaAllah dengan berjayanya kita kali ni dapat mengubah hala tuju masing2.

For newly wed are-c-iah & abg zahir. Semoga korang dirahmatiNya dan sentiasa berbahagia. Cepat2 la join d club cikyah!

To Maya for her new born baby girl. Syafiqah Diana ke? Petang semalam dia selamat deliver normally a baby girl yang beratnya 3.3kg. Kus semangat, sihat btol. Ramai la geng Hasya tahun ni.

Aduh, tak lama lagi dah nak masuk keje. Cemana la nak tinggal Hasya ni. Boleh kot dia bawak diri. Heheheheeh bukan tak biasa, rumah Ki ngan Wan dia jugak nnt aku tinggal time keje. Nak kene pikir2 mau kasik susu tepung ape plk kt dia. Kalo ikut ati mau fully breastfeed, ntah la. Byk la alasan ko eda! Tengok la cam mana. Till then, take care!

Friday, February 09, 2007

::New born baby girl::


Alhamdulillah, hari Sabtu 3 Feb. 2007 bersamaan 15 Muharram 1428H aku selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 2.87kg. Tepat pukul 6.53 pagi, Nur Hasya selamat lahir di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Ummi ngan baby sihat walafiat.

2 3 hari ni Hasya duk ulang alik ke klinik utk check jaundice. Mulanya agak tinggi, ye la awal2 balik rumah tak dapat nak susukan dia lagi. Susu blm banyak produce. Tapi skang alhamdulillah dah ok.

Thanks pada semua yang mendoakan aku ngan baby selamat. For those yang sms ucap tahniah, tima kasih. Sori ye tak dapat nak citer panjang, penat lagi la. Nak duduk pun lenguh belakang ni. My fotopages dah update ngan gambar Hasya. Sila-sila la melawat ye http://edaleeja.fotopages.com

Tuesday, January 30, 2007

::Not Yet::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua..

Alhamdulillah, aku masih lagi sihat walafiat. Of course la makin dup dap je ni. Nak mintak maaf la ngan semua kalau ada salah dan silap sama ada sedar dan tak sedar. Aku hanya insan biasa, kadang2 tersasar melukakan hati orang. So sorry dear friends. mohon halalkan semua makan minum aku ye. Harap korang semua dapat mendoakan aku ngan baby. Till then, take care!

Tuesday, January 16, 2007

::Rindu padanya::



Tadi browse PC kat opis ni, terpandang satu gambar yang btol2 mencuit kotak kenangan aku. It looks a lot like my AKI. Aduh rindunya dekat kucing besor aku tu. Ilang dah hampir 2 tahun ni, ntah idup ke idak.






Ketentuan Allah yang aku hanya mampu membela dia buat sementara waktu. Aku redha, jika dia masih idup semoga dia dipelihara dengan baik oleh orang lain.

Sunday, January 14, 2007

::first Entry for new Year::

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ni..

A little bit late for my first entry for year 2007. Takpe la kan. Hope semua sihat dan dalam keadaan yang aman bahagia menyambut kedatangan tahun baru. Tak lama lagi pun kita akan menyambut tahun baru 1428Hijrah. Jgn lupa ye kawan2, doa akhir tahun dan doa awal tahun. Sama-samalah kita berdoa dan mensyukuri segala nikmat Allah kurniakan pada kita.

Aku masih lagi berkerja, blm cuti lagi. Rasanya sampai masa nanti cuti la kot. Ape pun congrats to my dear friend I.da for her new born baby boy, Emir Faiq. InsyaAllah saya akan menyusul nanti hehehehehe.

Tengok planner opis utk 2007 a bit pack with lots of event and trial-run. As for me, just bz buat2 surat je la. Takde la nak kene ke TIEP jalankan tugas. Ngadap pc kat opis je la nampak gayanya.

oklah ye, ada lagi benda nak kene buat. faxes, letters, handouts...errrgghhh penat gak pikir. jaga diri ye semua, have a wonderful day!

Sunday, December 31, 2006

::What to DO??::

Do i need to change?
Do i need to buy new things?
Do i need to change my job?
Look into urself, u'll know what to do..
Muhasabah diri wahai edaleeja..
letak cermin 5 kaki pun tak guna kalau kita tak cermin sedalamnya..

Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur..
Ada yang masih aku perlu baiki..
Ada yang perlu aku tingkatkan..
Ada yang memang perlu aku kukuhkan..

Ya Allah, Tabahkan hati hambaMu ini..

Salam AIdiladha buat semua..

Thursday, December 21, 2006

::Ungu - Tercipta Untukku::

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu

Sunday, December 10, 2006

::Cepatnya masa berlalu::

Tup tup hari ni dah 10hb Disember. Sebelum terlupa, a very hepi birthday wishes goes to ny dear friend, Maya Adzlianie. Semoga dia sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Hari ke-10 bulan terakhir utk tahun 2006, rasa macam2 dah jadi sepanjang tahun ni. Big changes in my life, and another one is yet to come. i'm going to be a mother soon. Excited? Really, but nampak mcm biasa je. Even barang2 blm beli satu pun lagi. Jgn terkejut ye, memang satu hape pun blm beli. List je dah ada. Nama baby pun tak terpikir lagi ni. Kene list out for boy and girl since i don't know gender nya lagi. hehehehehee

Makin hari makin bz ngan keje2 admin. Lepas je kejohanan makin byk yg perlu aku settlekan. This morning ada post mortem part II. Byk la teguran yg masing2 kene consider and take note btol2. Lepas ni kene be prepared for the big event in 2008. Tadi duk copy2 gambar yg sorang foreigner rider dari USA ni snap sepanjang SCTEC2006. Nak nengok blh jenguk sini ye ----> http://www.endurance.net

Baru kol 3.15pm and i've already had my lunch. Terasa mcm nak ngunyah lagi, boleh? Jap gi la pi bancuh milo, kasik kenyang sekejap. Ok dear friends, take care.

Thursday, November 30, 2006

::Dua minggu sekali::

Alhamdulillah, skang dah mencecah minggu ke-30. Another 10 weeks (ye ke?) before i deliver my baby. Semalam gi checking lagi kat klinik, and so far so good. Me and my baby are in good condition. Dapat satu carta utk tanda pergerakan baby. Sesi pantauan la ni, kot2 kalau baby kurang gerak maybe ada yang tak kena kot. Dalam sehari, sekurang2nya 10 kali dia gerak within 12 hours(9am-9pm). Rasa baby ni sepanjang hari je gerak :) cemana nak tanda tu? hehehehe

My dear hubby pun excited bila dapat rasa baby gerak2, tendang tangan dia. Kekadang tu nmpk cam berombak je perut ni. Subhanallah, Agungnya ciptaanMu Ya Allah. Barang2 utk baby blm prepare ape2 pun lagi ni. Even aku sendiri pun tak prepare awal2 brg yg nak kene bawak gi spital bila sampai masa utk due nanti. Pesanan dari kawan2 & family suruh aku siapkan brg2 tu dlm satu beg utk senang hubby capai bila emergency nnt. Pelan2 la ni nak mencari brg2 tu semua.

2 mlm lepas ada buat solat hajat ngan tahlil kat rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Makanan pun enough for semua tetamu yg datang. Aku berdoa semoga diberkati dan mendapat perlindungan daripadaNya, insyaAllah.

Monday, November 27, 2006

:Pedang vs Lidah:

Pagi ni bukak mail yg dah berhari-hari tak dijenguk. Ni sumer gara-gara bz sgt ngan Sultan's Cup (uweekkk, cam hampas). Terbaca satu email dari kawan skolah..and it's really true!

Imam al-Ghazali ada bertanya pada anak-anak didiknya.


"Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Serentak anak-anak didiknya menjawab, "Pedang"

"Benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati."

Wednesday, November 15, 2006

::Busy kene handle SCTEC 06::


Dalam 2 minggu ni, terasa mcm bz nya dengan tugas2 persiapan untuk Sultan's Cup Terengganu endurance Challenge 2006. Mai la jenguk kat Tapak Endurance di Lembah Bidong, Setiu. Event will be held there from 25th to 26th November.

Dah abih event nanti baru cerita ye. Byk ni kes sensasi..pressure sana sini esp from one of the temporary staff here. oopppssss jgn la kantoi ngan boss :D

Monday, November 06, 2006

::Raya yang berbeza::

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyambut Syawal yang mulia ni. Tapi mcm pesan dari hucs, jgn la kita terlalu gembira, bersedih la sama sebab Ramadhan dah tinggalkan kita. Adakah akan ada Ramadhan yang akan datang buat kita? Sama2 la kita doakan.

~Day before Hari Raya~
Tgh excited kemas bilik, dapat la call from opis. "Kak Liza, blh datang opis ke?Mari amik ur gaji". Alhamdulillah, my first salary untuk keje ni. Rasa terharu plk, dapat 'duit raya' dari boss. hehehe merasa la adik2 aku duit raya tahun ni. Before this, tak pernah lagi aku bagi duit raya dekat diorang. Dapat kasik mak, mak mertua, anak2 sedara. Nak belikan hadiah raya dah tak sempat ni. takpe la, kak ja doakan semua selamat sejahtera di bawah lindunganNya.

Tahun ni first time aku beraya as a wife dan involved ngan family baru. Suasana tu agak berbeza jika aku nak bandingkan ngan keadaan kat rumah family aku. Tak adil sebenarnya untuk aku banding2kan. Setiap family ada cara dia sendiri. For me, i miss those moments preparing kuih raya and gantung langsir ngan adik2. Kat sana takde byk persiapan yang dibuat. Mlm raya semua bawak hal masing2, takde la terasa sangat nak raya. Semua dah besar panjang kot, takde la nak lari2 keliling rumah sambil main bunga api.

Lepas Isya' dengar takbir raya, sayu nya rasa. Tapi ku tahan jua ayaq mata ni jgn bagi berlinangan. Prepare baju melayu abang nak bwk masa gi kedai esoknya. Gi kedai? Ada orang menempah juadah untuk raya pertama ni. Lepas tu iron my baju kurung plk. uih boleh muat lagi tau baju kurung. 'Uniform' nanti hari lain aku pakai.

Lepas tu tolong adik ipar ngemas sikit2. Mak mertua masak rendang, makan ngan ketupat daun palas. Sedapnya bau..terus perut ni rasa lapar. hehehee baby tak sabor tunggu pagi esok. Around 12.30 baru masing2 masuk tidur.

~Day of Aidilfitri~
Seawal jam 5 pagi my dear hubby dah berangkat ke kedai dgn ayah mertua ku. Tengah mamai2 tu salam la ngan abang. Mohon ampun dan maaf zahir & batin. Sedihnya, rasa terharu sungguh! Then, sempat lagi aku sambung tidur. Around 6.15 am aku bangun, mandi sunat Aidilfitri, solat subuh then ke dapur. Tgk macam takde org bangun lagi. Agaknya semalam letih ngemas mana2 yang patut kot. Kemas2 meja, jerang air. Panaskan rendang ngan goreng ketupat. Then mak mertua keluar, tgk ape aku buat. Bancuh air kopi seteko, then gi potong kek gula hangus yg aku bakar semlm. Itu je kek yg aku betul2 xpert buat.

Dalam kol 8 siap2 gerak gi kedai. nak solat sunat kat area situ. Masjid dekat benor. Tgk kat jalan semua cantik2 dan ensem2. Yang kecik2 comel sungguh berbaju melayu ngan kain samping. Pelan2 drive sebab semua mcm tak perati dah kiri kanan jalan.

Lepas solat sunat baru la nmpk abang yg ensem berbaju melayu warna biru kundang. Aku cukup suka la tgk org pakai baju melayu. Kacak gitu! Tunggu org yg menempah amik nasi diorang, then gerak ke Gong Kapas. First stop kat rumah abag ipar nak jumpa tok. Sekali sunyi sepi je cuacanya. Then off we go to my family's house. Yahoo!! dapat jumpa mak ayah adik beradik. Macam biasa, mak akan buat pulut kuning+gulai daging. Ada sate ngan rendang jugak. Baby gerak2, lapar ye sayang? Salam mak ayah, pass duit raya utk adik2 ngan anak2 sedara. Klik2 kejap then gerak ke tempat lain. Aku tak masuk gmbr family tahun ni :(

Around 2.30pm kitorang balik ke kedai. Ada lagi preparation nak kene buat utk tempahan hr esoknya. Lepas Maghrib baru balik ke rumah. Penatnya badan ni. Dah la jln 'jem' yang amat sangat. Bila dah sampai rumah, kompem tak kuo dah. Berderet2 kereta duk beratur. Sabar ye semua, berhati-hati di jalan raya.

Untuk hari2 berikutnya pun macam sama je life aku time raya. Ada kesempatan aku balik jgk ke gong kapas. Saje la carik alasan, nak merasa kemeriahan tetamu mai rumah. Belah mlm je dapat jalan2 ke rumah jiran, ye la masing2 bz ngan agenda diorang termasuk la family mertua aku. Duit raya tahun ni tak banyak yang masuk, keluar je. Thn depan suh baby la collect duit bebanyak. hehehehe bukan utk mak ayah dia, utk masa depan dia. Nak kene la ajar menabung dari kecik kan?

~gambar2 berkaitan tak berjaya upload lagi. Tunggu........~

Monday, October 16, 2006

::Biskut raya::

Petang semalam lepas opis hour hubby datang jemput. Wah skang dah berhantar berjemput plk cik puan ni. Takde la, dia dah ok sikit and dah boleh pelan2 drive kereta dia. Then singgah kat bazar sekejap beli sup tulang and sambal sotong, nyummy! Semalam dah plan nak singgah kat umah mak, amik sikit baju hehehehe stok dah kehabisan.

On the way balik near Pejabat U**O ada plk sesi menahan kereta yang lalu lalang utk pass juadah berbuka. Akaii ka depa ni. Mau kalo org tak sempat ngelak free2 je kene guk. Hubby sempat la brenti kesian depa duk tengah jalan pass kuih. Dapat 2 tupperware kuih 'akok', alhamdulillah tima kasih.

Sampai kat umah, gi solat asar dulu. Then nyibuk la aku ni jenguk biskut2 raya yg dah adik aku buat. Ada jugak aku nye bahagian utk bawak balik rumah satu lagi.Tima kasih nana. Rasanya kene jugak hulur dekat dia, ye la barang2 buat biskut raya bukan murah. Ada biskut milo, bunga dahlia, biskut koko crunch, and butter cookies. Coming soon tart nenas, biskut nestum ngan almond london. Baru je plan ngan adik ipar nak buat sejenis dua. Tapi kang kalo byk sangat kot membazir. Sana takde org makan sangat. Permintaan biasanya kerepek, kepok, kuih tradisional. Tengok la mcm mana, kot la nak buat kek je ke.

Teringat masa duk Kedah dulu selalu duk tempah kuih raya. Paling best tempah ngan Ummi aka K'Dilah. Biskut dia semua best2 especially choc ball yang digolek2 atas choc rice. Sedapnya.. satu lagi ngan Along, selalu tempah kek coklat. Ibu dia buat best, sekali gigit terasa sungguh betapa coklatnya. hehehehe aik aik pose eda!

Dah besar ada yang cakap tak best dah nak makan biskut raya, tapi pada aku biskut raya la yang paling dinanti. Ye la, selalunya sethn tu payah benor org nak buat berkali2. Sekali jek!

Thursday, October 12, 2006

::Kenangan Terindah::

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus

~Feel like to hear this song~

Wednesday, October 11, 2006

::Berbuka::

Lepas 15 hari puasa selalunya dah ramai yang organize majlis bukak pose aka iftar (semlm tersilap taip, soweeyyy). As for my ex-schoolmates, perancangan tu dah lebih seminggu tapi still tak jadi lagi. Bukannya ape, bila masing2 dah berkeluarga dah ada komitmen lain susah sikit la. Bila dah dapat tarikh, kadang2 ada yg can't make it. Takpe, asal ada yang menyokong tak kisah la brape org yang datang. Kali ni pun aku tak dapat nak join sekali. Keadaan tak mengizinkan. Aku doakan semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Len kali blh cuba organize lagi ye, mana tau kot la dapat join :)

Sama jugak ngan kawan2 research nun jauh di Kedah, dengar2nya tgh organize majlis jugak on 16/10 ni. Aku tak dapat la nak join sekali, jauh beno la yang. Kali ni tempat yg terpilih sama mcm dulu jugak DarulAman Golf & Country Club. Last time pun aku tak join kat sana, just doing a walk to remember with Buha and Alizam hehehehee. InsyaAllah panjang umur boleh la bwk hubby ngan my baby jalan2 gi sana.

Berbuka kat mana2 pun sama je, yang penting kita hayati bulan Ramadhan ni. Jgn lupa pada mereka2 yg hidup serba kekurangan. Macam mana la diorang berpuasa, mungkin seperti hari2 biasa diorang di mana makan minum sekadarnya. Paling penting wahai kawan2, bersederhanalah dan jgn membazir.

tetiba teringat kat 'my mate'
"kiTe baNYak pERsaMAan yaNg aKAn bUAt gUa tErsENyum pANjaNGgGg"

Sunday, October 08, 2006

::Dah setengah bulan ni::

Alhamdulillah syukur pada hadrat Illahi kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNya. Hari ni dah hari ke-15 kita semua berpuasa. Rasa macam cepat je masa berlalu. Tup tup dah tinggal lagi 15 hari sebelum Syawal tiba.

Aku so far so good. Alhamdulillah masih mampu menjalani ibadah puasa dengan tak 'ponteng'. Alasan 'mak labu' tak boleh la aku guna untuk tak berpuasa. Selagi termampu aku laksanakan jugak tanggungjawab ni. Baby pun paham je time puasa ni. Takde plk terasa sangat tahap kelaparan tu. Mulanya perit jugak coz i don't really into alahan yang teruk. Sebelum ni sepanjang masa makan nye part, no prob :). First day puasa terasa jugak la, tapi Alhamdulillah semuanya ok untuk hari yg seterusnya.

Last khamis masa on the way balik keje sempat la ronda2 sambil gi beli makanan kucing2 kat rumah. Then singgah jap kedai cendol utk tapau bawak balik. Kali ni bukan 'cendol suam' ye hehehehehe, sejuk ni. Sampai traffic light kat jalan kamaruddin terasa mcm panjangnya kereta beratur. OOoooo ada pakcik trafik kat depan tgh buat keje. Bagusnya tolong jaga lalulintas. Kebetulan kat situ ada satu bazar Ramadhan yang setiap tahun memang meriah yang amat. Bergaya btol pak trafik ni kontrol lalulintas. Kekadang terlintas jugak kat kepala aku ni tak susah hati ke dia kot2 la ada yang terbabas tak sempat ngelak. Isshhhh2 ko ni eda itu yg dipikir. Berkhidmat untuk negara gitu :)

Time pose ni, ada jugak yang tak sabar kan? Tapi ramai juga yang bertimbang rasa memberi laluan di kala org lain dah terdesak, dah lama banget nunggu nak lintas jalan tu. Tima kasih rakyat mesia.

oOoo lupa plk, congrats to Semah and hubby for their new born baby boy early this morning. Syoknya dapat beraya ngan orang baru kan? Jaga diri bebaik dik, selamat berpantang. Oklah, blm mula keje lagi ni. Till then, c u!

Monday, October 02, 2006

::My first day at YDSM::

Yesterday was my first day working at Yayasan Diraja Sultan Mizan. Alhamdulillah aku diterima kerja kat situ as one of the Secretariat member for FEI-WEC 2008. Takde ape yang menarik on the 1st day. Cuma kenal2 ngan semua staff and do simple task je. Actually aku belum tahu lagi ape keje aku kat sini, and ape sebenarnya bidang keje tu. Masa interbiu hari tu dia just cakap aku akan terlibat dengan pentadbiran dlm sekretariat ni.

My 1st task semalam utk draft satu surat and a notice for a course that will be held tomorrow and on 9th oct. Ala2 kerani je keje ni, i don't mind pun. Daripada aku duk melangut tak tau ape kan? Lepas setel surat tu, fax and then fotostat satu utk letak dlm file. Uiksss kene handle filing jugak ke? Notice pasal kursus tu tak jadi buat sebab dah ada yg setelkan awal2 and this secretary didn't know. Lega la aku, pening pikir ayat tadi ni.

After lunch break (eh pose la), Dato' ask me and Tn Haji (also new employee) to see him. Dia suh 'study' pasal event terdekat sebab kami ni bukannya tahu sangat pasal kuda. Coming event is in November, and satu lagi the big event World Endurance Championship thn 2008 nanti. Ramainya orang ternama yang involve, kebanyakannya EXCO2 kerajaan. Mana la aku kenal depa ni semua. Tgk je la dulu nama2 ni, nnt baru hapal la sape2 yang terlibat.

Oklah, nanti sambung cerita ye. Nak sambung study ni heheheheh. Till then, have a nice FASTING MONTH. Semoga kita sama2 manfaatkan bulan yang mulia ni dengan meningkatkan amal ibadah padaNya.

Thursday, September 28, 2006

::Dah lega::

Alhamdulillah, baru ni gi bukak simen kat kaki my dear hubby. Ada jugak yang tak best sebab bukannya trus bukak tapi diganti dgn 'new stokin' sebabnya simen yg dulu tu dah tak sesuai, dah longgar. We decided to use a lighter bandage yg diorang panggil fiber. Tapi mahal sikit la, dalam 2 rolls for RM85. Takpe la, biar abang selesa sikit. Itu pun lepas seharian kitorang nunggu kat klinik tu, tak sampai 10 minit je jumpa doktor and just to inform us utk ganti balutan baru. Cesh, tak cakap awal2. Ni sampai nunggu sikit punya lama. Sib baik la tak pose lagi masa tu.

Balik rumah, abang dah rasa mcm makin susah plk nak jalan. Terperasan la masa ganti balut tu diorang suh abang bengkokkan sikit kaki. Jadinya kedudukan kaki dah tak stabil, dari guna 1 tongkat dah nak kene pakai 2. Malam tu tidur dia tak selesa. Terasa sakit kat lutut and pergelangan kaki. Naked ooppsss nekad nak bukak jugak balut tu esok. Takpe, kita gi esok ye bang. Bila discuss balik ngan mak ayah, nak try gi umah Pak Abu mintak dia tengok mcm mana lutut abang ni.

Pergi rumah Pak Abu dia check kaki katanya 'tak masuk btol ni'. So off we go to the clinic utk bukak balik balut, then petang pegi semula umah dia utk dia urut. Alhamdulillah, lepas tu abang dah boleh bengkok kaki sikit. Pakai bandage ngan ubat tradisional for one day and off the bandage from his knee. So far, makin sihat la my dear and makin ceria. Skang duk latih jalan la hari2. Try lipat kaki tu pelan2. Gigih gitu :)

Dapat la dia beraya tanpa simen. hehehehe kalo tak after raya baru boleh bukak fiber yang tersarung baru ni. Syukur padaNya..

Tuesday, September 19, 2006

::Update cerita lama::

Lama dah aku nak update cerita sepanjang Konvo UUM '06. Tiap kali nak update cerita je ada la hal2 yang tak dapat nak dielakkan. Gambar2 tu nanti aku letak kat fotopages ye. Aku bertolak dari K.Trg hari Sabtu, 9 September 2006 kol 12 lebih. Lewat kan? Mulanya memang nak awal la, tapi disebabkan mak ayah memenuhi undangan perkahwinan and my bro apih had a futsal tournament pagi tu jugak. Lastly, we decided to let him go to Kedah by bus. Sampai Alor Setar umah family kak ipar lebih kurang kol 11 malam. Perjalanan memang memenatkan especially for my hubby. Kaki duk berbalut simen dan duduk pun tak selesa. Siannya tgk dia. Tapi takmo jugak tu mengaku sakit. I'll try my best to make him as comfort as possible. Tu je sayang termampu bang.

Esoknya kene fetch my bro kat Shahab Perdana. Dah pesan dah jgn tidur lepas dah masuk area Sg. Petani. Agaknya letih sangat main futsal, dia trus terlajak sampai a ke Kangar. Off we go to Kangar la pepagi buta tu. Aku drive kali ni memandangkan ayah tak biasa sangat. Ingat nak ikut jalan kampung tp aku pun risau takut silap jalan. Around 6.30 am baru la dapat amik dia. Brenti solat Subuh then aku trus ke UUM amik jubah ngan Maya. Erm cantiknya, terharu ngan jubah yang ada 2 stripes tu heheheehehe. Dapat la satu cenderahati yang aku kira bukan dapat tapi aku beli, thumbdrive 512MB. Not bad, kecik je ngan ada cop uum kat situ.

Mata dah ngantuk yang amat, ayah plk drive balik Alor. Sampai sana tgk hubby tgh duk layan 'cik lena' lagi. Penat ngan sakit semua ada. Aku pun join la lagi sikit layan mata yang ngantuk ni. Around 11 am baru nak bangun, mandi and 'brunch'. Lepas Zohor kami ada planning lain plk. Ada hal yang kene setel. Ptg pun tak ke mana2, semua berehat je kat umah. Aku nak jalan tapi badan pun letih sgt ni, ingat dapat la jumpa hang Buha. Dah bawak Pajero, minyak mcm ayaq mata je mengalir, laju tak brenti. So, tangguh dulu la. Esok my session utk dapatkan scroll yang lama aku idamkan. Iron baju ngan jubah dulu sebelum tido, testing seround. Erm ok la kot.

Esok seawal kol 5 pagi aku dah kejutkan abang nak siap2 ke UUM. Aku kene ada kat dewan TSO around 7.30 am. Siap2 pun dah kol 6.40 am masa tu. Sempat ke ni? Tudung plk buat hal, penyek semacam. Tak vougue la aku nanti. Nak iron tudung lain dah tak sempat, so belasah je la. Abang dah sengih2 tgk aku muncung gara2 tudung yang 'pening' ni. Ingatkan sibuknya jalan tapi cam biasa je. Guard UUM did their job well la kiranya sebab tak teruk sangat jam nak masuk sana. Sampai je suh ayah aku drop depan FE, aku jalan la kalut2 ke dewan TSO. Penatnya ya Allah. Sabar ye baby, ummi penat jugak ni rushing.

Tak perasan Mija call, so i went straight to TSO. Tgk ramainya graduan2 hehehehehe. Rasanya kalo utk master student sure kat depan ni. Jalan2, tgk no kerusi trus nampak K'Yati. "Awat lambat ni eda? cepat2". Senyum je la aku pun. Then nampak la mija yang dah ready kat kerusi dia. Selang satu kerusi je ngan dia. Guess what, Alizam suppose duk next to me. Sedihnya ko tak masuk ali. Kalo tak penat la duk layan gosip. Btolkan tudung penyek ni, tapi tak berjaya dah. So let it be like that la. Yang penting i got my Ijazah. Sembang2 ngan mija, cari2 k'Ani. Dah nampak K'Z duk usha2 carik kami. Sakan dia, lady in purple pagi tu. Then nampak la K'Ani melambai dari belakang. Bosan dia kata, takde yang duk dekat ngan dia.

Dalam kol 8 lebih kami diarahkan ke DMas. Jalan lagi ke ni? Penatnya. Tgh jalan msg abang suh dia duk kat belakang TE sebab ada skrin kat situ. Dia cakap ada kat pintu dpn DMas. Sian plk nak suh dia jalan lagi Sib baik apih ada tolong teman dia. Mak ngan ayah masuk dewan. Start upacara ngan ketibaan dif terhormat Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh. Bacaan ayat al-Quran surah Luqman. Nak menitik air mata ni bila dengar qari tu baca sambil aku tgk sekali terjemahan. Suh baby duk dendiam dengar bacaan tu, pesan Luqman pada anaknya. syahdu je rasa.

Lepas bacaan doa, ada ucapan then sesi ke-5 dimulakan. Of course, kami la pi naik dulu. Lepas satu debaran. Kat atas stage, nampak Mama Ku. Senyum je mama pada aku ngan muka lega. Agaknya dah ilang dah beban menangung aku yang berkurun nak siapkan research ni. Alhamdulillah, selesai la semuanya. Tang nak nunggu semua course abih tu yang seksa. Lenguh2 pinggang aku ni. Time keluar satu hal plk, ramainya orang. Cam mana nak carik abang ni. Aku call dia janji kat mana2, then tepon ayah. Risaunya duk pikir macam mana la abang nak turun tangga ngan orang penuh sesak tu. Baik2 ye bang jalan. Lepas jumpa, bergambar lebih kurang 2 3 keping trus carik tempat nak duduk. Perut lapar ni. Layan nasi kandar kat tepi cafe atas bukit FTM tu. Kenyang kejap.

Lepas tu aku ke lab amik barang2 yang ada kat situ. Masuk2 ada Cikyah ngan Bi Lynn je. Ingatkan zampeada ada. Sunyi je lab, terasa la lainnya perasaan masa tu. Aku sempat duk kejap kat kerusi buha. Sempat ke aku jumpa diorang ni. Then beralih ke meja aku yang kini jadik tempat Apit bertapa. All the best dik! Tinggalkan buku aturcara Majlis konvo tu dekat Alizam. Kenang2an buat hang Ali..

Angkut barang, trus turun bawah. K'Yati call, kasik bunga. Sempat dia tegur aku dah berisi. Ye la, orang skang dah ada' isi' memang la makin chubby. Next station, Mall. Plan nak bergambar ngan family & abang. Sekali tengok rupanya nye ku kenal camera man tu, Apit! Isi form, then gambar2. Penat sangat ni..next kene buat gi setelkan yuran, hantar jubah, amik transkrip. Time bayar diorang cakap utang sekali ngan caj utk viva hari tu. Aikkk kata dah selaraskan semuanya, kata tak payah bayar. So aku bayar dulu yuran lain, yg tu hold dulu. Went to TSO utk pulang jubah then setelkan pasal yuran tu. Diorang agree to let me take my transcript. Nanti diorang inform balik pasal yuran viva tu.

Aduh, lega sangat rasanya. Masa tu jam dah kol 4.30 pm. Muka sorang2 dah penat, especially my dear hubby. Sabar ye bang, dah nak balik ni. Jumpa maya kejap kasik dia buah duku ngan sikit kuih. Sempat main pegang perut aku, sibuk tak nampak mcm orang ngandung. hehehehe anak first maya, susah la nak nampak lagi. Dia pun sama, takde la ketara nampak perutnya. Wah2 edaleeja, cerita perut ibu mengandung ye...

Dalam kol 5.40 pm sampai Alor Setar. Tak sempat singgah Jitra jumpa buha. Mintak maaf sangat2 buha, semua orang letih yang amat. Hati ni memang nak sangat jumpa hang, share this beautiful moment. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi ye. Cepat2 la hantar kad wangi, mau ke Bdr Baru lagi ni :)

Esoknya dah nak bertolak balik. Sempat jugak aku gi makan kat kedai tepi kilang bata. Nyum2 sedapnya. Then ke Pacific jap teman Apih beli perfume dia. Aku sempat la belikan tudung buat mak, mak mertua ngan adik ipar aku. Abang? Sorry ye sayang tak sempat nak belikan abang ape2. Bertolak dari Alor dah kol 2 pm. Lewat la nampak gayanya sampai Trg. Sepanjang jalan abang la paling seksa menggayakan dudk dia. Kat Baling beli satu comforter kat Borong sakan, utk apih landing kat belakang pajero. heheheheeh korban la dik kejap. Abang mula tak sedap badan kat area Bkt Bunga, Kelantan. Kepala dah pusing2, loya2. Kaki pun terasa sakit. Sampai area Saujana, Trg dia dah flat. Tak tertahan sakit kepalanya. Sedih dgr suara dia ngadu sakit, and last dia nye klimaks masa kat area Gong Badak. Segala isi perut dia muntahkan. Sampai dah takde ape2. Sabar bang, kejap je lagi nak sampai umah. Sampai dah kol 4 am. Trus bentang comforter bagi dia tido. Alhamdulillah dapat jugak dia tido ngan lena.

As for me, aku bersyukur semuanya dah selamat. Tinggal nak tahu khabar berita pasal yuran viva tu. ANd aku berharap sangat kawan2 yang lain akan menyusul secepat mungkin. InsyaAllah semuanya akan ok, yang penting CAIYO!

Tuesday, September 05, 2006

::It's My Birthday::



Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana aku masih lagi mampu bernafas di muka bumiNya. Hari ni genap umurku 28 tahun. Sweet 28 lagi hehehehehe. Semlm ucapan awal aku terima dari Buha sebab dia dah tak mampu nak celikkan mata dia.

Detik 12 t/malam my dear husband wish me a very hepi besday. Doanya semoga aku dipanjang kan umur dan sentiasa ceria selalu. Dikurniakan anak yang soleh yang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang taat pada kedua ibubapa nya. Terima kasih bang. Air mata ku menitik lagi. Abang sedih sebab tak dapat nak bagi ape2 hadiah sempena hari lahir ku. Pada aku, dia sihat dan selamat adalah hadiah yang paling berharga.

I've got my first maternity dress from my dear Mak and family. Thank you Mak. Ciuman dari mak ku terima mlm tadi. Adik2 pun tak tido lagi semalam, ada ala2 mcm nak raya plk esoknya. Mak sibuk masak gulai daging nak makan ngan pulut kuning esok. Ish, susah2 aje ;)

SMSs from my dear friends; Buha, Maz, Bie, Ruby, Ainee, Ena, Pjot and my abg jang & family. Terima kasih atas doa kalian.

Monday, September 04, 2006

::Makin sihat::

Alhamdulillah abang makin sihat. Boleh je jalan sendiri, tapi aku pastikan jugak aku ada kat sebelah sebagai 'tongkat asli' dia. Aku plk yang diserang demam, batuk & selsema. Seksa plk rasanya. Tapi aku takmo la tunjuk dekat dia yang aku tak larat. Nanti dia usaha nak buat sendiri semua benda.

Hari ni sembang ngan dia pasal aku nye konvo. Aduhai sedihnya bila memikirkan dia tak dapat bersama ngan aku on my konvo. Tapi dia usaha jugak nak follow gi Sintok. "Takpela, abang tak masuk, nnt abang tunggu sayang kat depan pintu". Menitik air mata aku. "dok gi boleh ke bang?" Pedih paha aku ni dia tepuk "ada ke takmo. Jgn2, sayang kene sambut kejayaan sayang"

Tengok la mcm mana. Semalam aku baru je selesaikan bayaran jubah. Kerani bank tu terkejut sebab bayaran jubah tu agak mahal dari yang pernah dia terima. "Btol ni dik? Tak silap ke amaun dia?". Aku senyum je la. Dah diorang caj banyak mcm tu, terima je la. Nanti mintak tolong Maya ambikkan. Hari ni tak sempat plk nak gi pos segala benda kalau nak wakilkan kat sesapa amik jubah tu. Esok la ye maya. Hari ni tak dan plk.

Peritnya tekak ni menahan batuk. Dah banyak air masak aku minum. Tak pergi klinik pun lagi. Nak beli je ubat batuk kat farmasi "I'M NOT ALLOWED TO DO SO" sebab nak jaga baby dlm perut ni. InsyaAllah nnt ok la ni. Suara dah ala2 rock dah ni, kuo tak kuo je suara.

Sunday, September 03, 2006

::Kesiannya dia berbalut::

Last Friday, he felt in the bathroom. Tempurung lutut dia terkeluar. Sedihnya aku tengok dia terbaring dalam bilik mandi sambil mengerang sakit. Aku try nak alih tapi makin kuat plk abang jerit sakit. Macam mana sayang nak tolong ni bang? Mak pun masuk bilik air nak tolong. Sape2 pun kan, bila terpandang mak, lagi la terasa sakitnya. Sakitnya hati aku bila dengar abang duk menahan sakit. Aku lari ke bilik amik kain pelekat lain. Try ngan mak nak usung dia keluar. Aduh, seksanya aku tengok. First time aku tgk sendiri macam mana kepala lutut kita ni boleh beralih duk tepi. Kami hanya boleh bwk ia ke luar pintu bilik air. Lepas tu langsung tak blh gerak, sure dia raung sakit. Urat dah tegang, nak tolong ape ni?! Satu rumah dah panik. Aku call rumah mintak ayah ke Paloh amikkan tukang urut bwk datang rumah.

Around 8.30pm ayah, mak and Che Muda sampai. Air mata ni dah tak brenti mengalir. Try tahan takmo nangis depan abang, tapi apekan daya hati ni terlalu sedih tengok keadaan dia. Sampai je diorang, usaha nak alih dia keluar sebab ruang kat situ agak sempit. Tiap kali try nak alih, sure raungan yg aku dengar. LAst dapat jugak pusing tubuh dia pada kedudukan yg selesa utk Che muda tu buat keje dia. Sepanjang dia try nak bagi lutut tu 'masuk' aku ada kat atas rumah. Mak Leha ajak aku duk luar tapi hati ni tetap nak ada dekat ngan abang. Aku duk kat meja makan, agak jauh dari abang. Kuatnya dia jerit tatkala lutut dia tu diurut. Aku cuma mampu berdoa je masa tu.

Kol 9 lebih, kaki abang dah boleh lurus tapi lutut dia masih blm masuk pada kedudukan yang betul. Dia dah tak larat dah, dah kering air mata menahan sakit. Rest kejap katanya. Tak tertahan nak tanggung sakit. Bila semua org beredar, aku mula duk dekat abang. Ada air mata yang mengalir menahan sakit. "Abang takmo urut dah yang. Sakit sangat ni..bagi abang pengsan la ye, bius ke". Sedihnya dengar. Ayah ngan Bak ke klinik utk dapatkan ubat bius. Tapi doktor tu bgtahu klinik 24jam je yg menyediakan ubat camtu. Dia pun nasihatkan suh bawak gi kat Emergency. Bimbang kalau2 masa tgh urut abang akan sesak nafas. Risaunya aku.

Kol 10, aku tolong abg decide utk bawak dia ke hospital. Kat sana doktor akan uruskan. Sure dia bius seround baru la lutut tu dibetulkan. Masa nak bawak turun dari rumah masuk kereta dah satu hal. Gerak sikit dia jerit, mcm mana hati ni tak lagi pedih. Diorang nak singgah dulu satu klinik ni. Sampai sana doktor tak dapat nak bius jugak. Off we go to the HKT kat emergency. Aku rush gi daftarkan abang, then diorang plk try nak bawak keluar dari kereta. Aku follow je ke ER tgk keadaan dia. Nurse inject ubat tahan sakit sementara tunggu doktor. Then baru bawak gi x-ray. Lepas x-ray kene tungu lagi.

Mata ni dah tak ngantuk dah, tapi baby dah mula mintak makan. Last aku makan ptg tu ngan abang around kol 6 ptg. Patutla dah lapar. Aku tinggalkan kejap abang sementara ayah temankan dia. Lebih kurang kol 2 pagi doktor uruskan dia. Hati ni berdoa agar semuanya selamat. Alhamdulillah, dalam kol 3 pagi semuanya dah ok. Kakinya kini berbalut simen dari paha ke buku lali. Another x-ray to be done. Aku follow tapi tak dibenarkan masuk. Lepas tu aku temankan abang kat ER sementara tunggu keputusan. Alhamdulillah lutut dia dah 'masuk' elok, so abang boleh balik. Tak perlu warded. Tunggu diorang setel borang2, aku gi bayar then bawak abang balik. Alhamdulillah tgk dia dapat jalan.

Sampai rumah G.Kapas, dia makan sikit then telan ubat tahan sakit. Trus tidur like a baby. Siannya aku tengok. Mak ayah aku tolong gi hantar mentua balik. Masing2 dah penat sgt2. Tapi kitorang bersyukur abang dah selamat dah. Next checking on 20 Sept. Harapnya semua takde masalah dan simen tu tak lagi berbalut kat kaki dia.

Wednesday, August 23, 2006

::Beberapa tahun dulu::

On this day, few years ago.. officially i'm his 'tunang'. Thanks abang, sayang love you so much! Takde ape yg spesel sangat pun. Just dia bawak jalan2 round tepi pantai. Tu pun kejap je dpt round. Al maklum la dia tutup kedai dah lewat, sampai rumah dah letih. Aku masak nasi mcm biasa je hr ni. Takde lauk yg spesel pun utk dia. Lagipun kt sini ada 5 orang je. Blm tentu semua makan malam. Dua org adik aku tu keje, sorang lagi gi kolej. Biasanya diorang balik tak makan sgt pun. Aku masak la ape yang patut.

Tengahari tadi dapat jemputan dari sorang kawan kat UUM dulu. alpegoh mau kenduri la. Ada dia msg suh snd alamat. Wifenya org perlis, kalo tak silap aku kenduri kat sana 26 Ogos and kat rumah dia di Ipoh on 2nd Sept. Semoga berbahagia wahai Kapt. Rusaimi. Mohon maaflah aku tak dapat datang.

Malamnya dapat call dari kawan SMSD dulu. Ask me some favor. Nak mintak tolong gubahkan hantaran dia nak bertunang. InsyaAllah, boleh je. Lagipun aku bukan ada keje lagi ni. Hantaran dia pun tak banyak sangat dalam 7 dulang. Nak kene tolong tempah kuih jala mas ngan makcik aku ni. Takpe, nnt aku set reminder. Semoga ko berbahagia kawan ku, ke jinjang pelamin, ke akhir hayat.

Oklah ye, nak iron seluar hubby ni. Nanti2 sambung cerita aku yang byk tertangguh ni ye. Daaaaa

Tuesday, August 22, 2006

::Invitation to...::

Tengahari tadi masa hubby hantar balik umah mak, aku notice satu surat bersampul coklat. Debaran la kejap bila tgk itulah surat yang aku tunggu2. "Invitation to the 19th CONVOCATION Ceremony". Alhamdulillah, akhirnya i made it!

Bukan takat surat jemputan dgn ayat bunga2 je dari Dato' Nordin, disertakan sekali slip bayaran yuran tertangguh ngan caj sewa jubah. Mak aii byk btol diorang caj kali ni. Tak sampai hati pulak nak suh hubby bayarkan. Banyak tu. Tapi nak buat mcm mana bang, sayang blm keje ni. Belanja nak gi sana pulak nanti. Erk, botak la kepala hubby.

Kalo nak ikutkan aturcara majlis ni mcm aku kena hari last je. Ingatkan dapat la kenyit mata kat sultan kedah. Tak merasa jugak la aku. Satu hal lagi terasa mcm student master je yang konvo. Tak kan la UUM nak buat 2 kali konvo plk? Ntah2 yang aku dapat ni for my information saje. Mungkin diorang dapat salinan lain. Ape pun, kali ni diorang susun by Faculty. Takpe la, yang penting dapat la naik stage tu bersama baby hehehehehe.

Baju mana ye nak sarung? Kebaya? Mcm tak dapat je, udah menampakkan keadaan ku ini hehehehehe. Pakai la eda baju mana2 pun. Janji vogue gitu! Ntah malas plk nak pikir2. Mak ayah aku insyaAllah ikut. Mentua blm kompem dapat join sekali. Harap diorang nak ikut la. Blh bawak jalan2 ke Kedah. Tapi semuanya kene rancang elok2.

Sedih pun ada jugak ni. Mengharapkan ramai kawan2 seangkatan yg akan sama2 naik stage tu. Tapi ape kan daya harapan kitorang je. Ape pun aku doakan korang yg lain dapat menyusul ye. Caiyo2! InsyaAllah kita jumpa di sana..

Sunday, August 06, 2006

::Sape kata tak?::

Sembang2 ngan kawan2 yang dah ada experience jd ibu macam mana keadaan diorang time pregnant. Ada yang cakap alahan teruk, ada yang rileks je. As for my mom, she had a bad morning sickness duing her first pregnancy. Pagi memang 'flat', tak bangun pun even utk sediakan saarapan sblm ayah gi keje. Dalam tengahari baru ok, bangun buat keje rumah masak makan tengahari then kembali 'flat' :D

Kak ipar plk asyik muntah je sepanjang 4 bulan yang pertama. Begitu jugak dengan beberapa org kawan aku yg lain. Sampai nak telan nasik pun tak terdaya. Yang best tu, dia tak blh bau org menumis, bau abang aku hehehehe semuanya dia kata busuk.

Aku? Awal2 takde masalah pun, alhamdulillah. Kalau sesetengah org ada tanda muntah2, tapi aku macam biasa je. My hubby la ada terasa cam mabuk2, pening kepala. Tapi it won't last long. Dah masuk 8 weeks, aku dah mula tak tahan bila org duk masak gulai. Terasa mcm pusing satu dunia. Bau dia...errrkkkkk tak dapat nak tahan. Yang best tu, kalau makan aku balun aje gulai ke ape ke. Cuma baunya tak dapat tahan. Satu lagi, panas. Badan ni cepat je terasa berpeluh2. Tapi org kata tu normal la. Makan? Erm semua no hal, boleh ditelan lagi. Cuma kekadang kalau aku teringin sgt2, aku beli jugak sikit. macam aku citer la time tengok student kat tusyen tu makan junk food, eskrem, coklat. Hai memang tergugat la, kecur air liur ku. Hahahahahahha

Harap sangat aku takde masalah pasal makan2 ni. Asam of coz aku suka sangat2 tapi kene kontrol jugak la kan. Main belasah je, khasiat bukannya ada. Susu aku minum skang ni. dah banyak kemajuan tau bukan terhad pada susu HL perisa vanilla je. Ni ada satu tin EnfaMama kat umah. Perisa coklat, best nyummy! End of this month will be my next meeting with the octor. Hope aku dan baby in good condition.

Tuesday, August 01, 2006

::Wahai gigi bongsuku::

Dah 3 4 hari aku menanggung sakit gara2 si gigi bongsu ku mahu membesar lagi. Mahu bersama2 menjenguk alam mulut, mengunyah makanan2 kegemaranku. Seksa bila bengkak kat gusi ni makin menjadi2. Nak ditelan sembarangan ubat takut tak boleh. Sapu je la 'tiger balm' kat tepi rahang ngan pipi ni.


Semalam tidurku terganggu lagi. Siannya hubby turut terjaga. Meleleh jugak la air mata ni dek kerana tak tertahan sakitnya. Bukan takat nak ngunyah, nak telan air liur pun terasa seksa. Ntah kol brape la baru lena tidur ni. Time sakit ni, perut selalu plk lapar. Tapi aku gagahkan jugak mengunyah segala ape yg menyelerakan. Sian baby kelaparan. Biasa la, 'mak labu' ni kan tengok semua makanan nampak sedap. Macam hari tu masa tusyen, aku blh share twisties ngan student aku. Nampak sedap je diorang makan hehehehehehe.


Dah tengahari, perut dah rasa lapar ni. Tapi jap lagi la, mau iron baju dulu. Hope petang ni bila adik aku bawak balik ubat, mampu la tolong aku kurangkan rasa sakit nyut nyut ni. Daaaaaa...........

Saturday, July 22, 2006

::Penat lagi ni:

Penat badan ni sebab tadi baru je balik dari menghadiri kenduri kendara kat Kemaman. Sedara belah mak aku. Peluang ni jugak utk aku bawak hubby jalan2 rumah sedara yang dkt area sana. Penat la, lepas satu rumah satu rumah. Lepas secawan secawan. Biasa la, 'orang baru' datang bertandang. On the way balik plk hujan agak lebat dengan jalan pun mcm sibuk je. Maklum le kat Trg ni cuti dari hari Khamis lagi.


Konsert AF4 mlm ni agak meriah la. Starting best la, pahtu setiap persembahan ok je. LAgu2 yang aku suka pun ada jugak diorang nyanyikan. Lagu Jatuh, lagu Cinta, lagu Bila Rindu, tang lagu Penantian (Harmoni) aku tingat trus kat hang Buha..Klasik gitu!


Aduh, letih la sampai no idea mau cerita lagi. Minggu lepas jugak aku terima byk perkhabaran gembira dari kawan2. Congrats buat Has&Nazek, Shik&Dzul, Ira&Lias for their new born babies. Semoga hidup korang makin ceria.

Monday, July 03, 2006

::For You My Dear Husband::



You'll never know
how much
your smile lights up the room
or your laughter fills my soul,
making all the little problems of the day disappear.

You'll never know
how much it means to me
when you do or say something
thoughtful and totally unexpected
usually just at the moment
I need it most.

You'll never know
how much pride I hold in my heart
for the person you are and the things you do
for your strength and your gentleness,
your courage and your determination,
your accomplishments and your dreams.

You'll never know
how much I need you by my side
in the best of times and the worst of times
and all the times in between.
It really doesn't matter where we are
or what we're doing,
as long as we're together to share it all.
I love you with all my heart and soul.


Selamat Hari Lahir ke-31 bang.
Semoga abang sentiasa berada di bawah lindungan Illahi.
Love you so much, mmmmmmmmuuuaaahhhh!!