Followers

Monday, February 28, 2005

::Pelangi Petang::

hehehe gelak skit sblm citer ngan korang... hari ni tanggal 28 Februari 2005, aku berjaya memiliki sebijik pen drive Kingston 512MB.. fuh lega tu..dah lama aku idamkan nak beli tp ongkosnya sik ada..alhamdulillah, tercapai jugak hasrat aku..rezeki mengajar pakcik² ngan makcik² tempoh hari...

seingat aku,dua hari lepas bumi sintok dibasahi hujan.. Alhamdulillah, syukur pd Allah..sejuk sikit malam tu...tapi takde la nampak pelangi, hujan turun time maghrib...lagu kat bawah ni dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad.. saje la tampal sini, share ngan korang..satu ketika dulu pernah jd salah satu lagu peberet...zaman skolah² nye citer la ni... jom baca lirik :D


Ku meniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Sunday, February 27, 2005

::kursus asas komputer di kodiang::

assalamualaikum kawan2....

dkt seminggu aku tak update blog aku ni...takde benda nak citer...life mcm biasa je..tak hapening sangat pun..tp 4 days ago, aku sibuk menjadi tenaga pengajar kepada penduduk di Pekan Kodiang..

aku, aya, and alizam diminta jadik tenaga pengajar utk ajar Microsoft Office (word, power point&excel)..student kitorang dlm 20 org je..sume yg dah berumur.. paling muda pun dalam 20-an..pakcik² ngan makcik² ni mmg takde pengalaman ngan komputer....

first day, aku handle dulu kelas ni memandangkan aku pernah dah jadik 'cikgu' sblm ni utk kursus yg sama...ajar ape komputer, mouse tu mcm mana, keyboard tu ape...sume² la psl komputer...pening gak la nak explain...tapi kena byk bersabar la sikit..diorang ni, kita kene ulang byk kali benda yg sama..mcm mana nak buat new document, save mcm mana, close mcm mana....mmg btol² UJI KESABARAN AKU!!!

penat jgn kata la, tapi sengih pi la lagu mana pun...jgn bg diorang tahu kita tensen ajar diorang..nanti terasa hati diorang...ni penat tak ilang lagi...ye la, kursus tu start kol 8.30 pg (7.30 aku & kawan2 dah gerak gi kodiang), sampai la kol 4.30 ptg...ngan cuaca skang ni panas gila2...biasa la..

yg pasti, aku sronok ajar diorang, celik IT gitu...sume baik la..semalam masa penutup, diorang bg cenderahati...cantik, frame gambar yg ada skali jam kat tepi...terharunya...hrp diorang akan gunakan ape yg dah dipelajari selama 4 hari tu..insyaAllah

Monday, February 21, 2005

:: Bicara Nur Kasih 2 ::

semalam aku ngan housemates and kengkawan lain pegi join bicara nur kasih 2 kat dataran ape ntah... "Sucikah cinta diselimuti noda?".. wah panas topik semalam..ahli2 panel pun best - Ustazah Siti Nor Bahiyah (cakar harimau :Þ) dan Sdr Mohd Syahril (in-team)..

walaupun penat sebab ptg tu ada game netball inter-fakulti, aku gagahkan jugak pegi dgr bicara tu..teringin nak tgk ustazah bahiyah dr dekat..cantik, keibuan, tegas orgnya..eh salah niat ni pegi ceramah..bukan takat nak tgk ustazah je, tp mmg nak dgr isu yg dibincangkan...

semua idea dan perbincangan kedua2 panel disamping moderator yg bijak mencelah makin hangatkan lagi perbicangan...mcm mana yg dikatakan cinta suci, mcm mana memelihara perhubungan agar diberkati Allah...

Cinta suci dibahagaikan kepada 3 tahap:

Cinta Agung
Cinta yg agung dikatakan cinta yg sebenar-benarnya suci murni iaitu cinta kepada Allah. Cinta tahap pertama ni melebihi cinta kita sesama manusia. Cerita2 zaman Rasulullah s.a.w banyak menggambarkan cinta yg agung terhadap Allah.

Cinta Pertengahan
Cinta pd tahap ni merupakan cinta sesama manusia yg berdasarkan batas2 yg ditetapkan oleh syariat.

Cinta yg dikeji
Sama2lah kita elakkan cinta pd tahap ni..cinta pd tahap ini dikatakan cinta yg berdasarkan pada hawa nafsu semata2..


dlm pada usaha utk mencapai kesucian cinta ni, ustazah bahiyah ada bg beberapa tips. tips yg pertama drpd beliau ialah mengelakkan daripada 4P (Pandang², Pegang², Peluk, dan Penzinaan)..bila dipikirkan, memang setiap P tu mmg bahaya, memang byk digoda oleh bisikan syaitan..

satu soalan dr student IPDA berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan membawa kepada tips seterusnya drp ustazah..kata beliau, dlm memastikan sau hubungan yg diberkati Allah, berdasarkan syariat, dan suci perlulah kepada beberapa T.

Tolong-menolong
apabila menjalinkan hubungan sama ada yg dah berumahtangga atau pra rumahtangga(yg dah bertunang mcm Sdr Syahril In-Team), tolong menolong antara satu sama lain adalah penting..tolong pasangan kita dlm menjaga perhubungan..kuatkan semangat dia dlm mencapai kejayaan dsbg.

Tegur-menegur
tegur menegur ni jugak penting dlm hubungan sesama manusia. tegur mana yg dia buat silap..terima teguran dia pd kita..jgn plak terima seadanya sampai benda yg mmg sah silapnya kita tak tegur. tegur la dgn cara yg paling baik dgn kata2 yg lembut..

tambat-menambat
ni bukan tambat kaki ke tambat ape tau..tambat hati pasangan kita.. mcm mana caranya, berpakaian kemas, berketrampilan menarik..bukan saja luaran tapi dalaman. kalo kita tgk mak kita kat umah pun, time ayah nak balik keje..mesti dia bersiap cantik2, pakai baju yg elok2..wangi..bukannya nak kene tempek bedak tebal2, kaler2..cukup sedap mata suami memandang..

Tolak ansur
ni dikatakan paling penting dalam sesuatu perhubungan. kalo takde tolak ansur, payah ooo...boleh cetus perang ni :D ..takdelah, kalau kita sama2 tolak ansur insyaAllah perhubungan tu berjalan lancar. jgn la seminggu dia tak antor berita kita pun 'ketegaq' takmo tepon ke sms ke tanya kabo...ape salahnya kita yg mulakan dulu..eceh, pandai plak aku ni..tak la, copy paste kata2 ustazah semalam...

timbang-menimbang
timbang ape ni? timbang berat ke? eh takdelah..timbang perbuatan yg dilakukan oleh dia...jgn kita terus judge dia atas perbuatan dia.. ok, contohnya bila berjauhan..dia tak tepon ke, tak sms ke, tak anto surat ke, email ke..jgn kita pk yg bukan2.."tunang aku ni ada awek lain ke?".."awek aku ni, kuo ngan org lain ke sampai tak angkat tepon"..cuba berfikiran positif, mungkin dia sibuk, credit tepon dah abih, keje banyak, dia sakit ke?..mana kita nak tau kan..

syahril kata, "Jangan mengharapkan seorang perempuan semulia dan sesetia Fatimah Az-Zahra andai dirimu tak sehebat Saidina Ali"..sama2 la kita menerima jodoh dan pasangan kita seadanya..

alhamdulillah, byk yg dibincangkan sedikit sebanyak memberi pengajaran dan panduan buat aku dan kawan2 yg lain..menilai kembali perhubungan dan cinta suci kita..tak kira pd ibu bapa, kaum keluarga, sahabat handai, dan yg paling utama..setakat mana sucinya cinta kita pada Allah Taala...

Thursday, February 17, 2005

:: 10 Muharram 1426H ::

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

hari ni, aku dah kembali ke bumi sintok ni menyambung tugas2 yg tak habis lg..alhamdulillah, sepanjang aku balik trg itu hari byk yg aku perolehi, pelajari.. insyaAllah aku akan habiskan mana yg aku dah mulakan lebih 3 thn lepas...

pejam celik dah 8 hari kita berada dlm tahun baru..sabtu ni dah sambut 10 Muharram, hari Asyura...jiran aku dah buat bubur assyura jumaat lepas, sedap btol la..sempena 10 muharram, kita digalakkan utk berpuasa sunat hari Asyura..diceritakan dlm satu hadith:

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”

Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.”

Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu.” Maka, Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

umat Islam digalakkan utk berpuasa sehari sebelum hari asyura utk membezakan di antara amalan org2 yahudi..

Daripada Ibn Abbas berkata bermaksud: “Ketika Rasulullah berpuasa pada hari Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Sekiranya pada tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9.”

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amat besar.

Antaranya seperti diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawa Rasulullah ditanya mengenai puasa hari Asyura, lalu Baginda menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi).

sama2lah kita mengamalkannya

Tuesday, February 15, 2005

:: dugaan Allah ::

last saturday ada gegaran dekat kepulauan mindanao, Filipina..kesannya terasa di perairan pantai timur semenanjung, cthnya Terengganu.. berita kematian 4 org pelajar dan seorang guru agama Sek Men Agama Tok Jiring pd hari khamis 10/2/2005 menggegarkan seluruh negeri.. kejadian ombak besar dekat pantai peranginan Merang, Setiu dikatakan telah menarik pelajar ini ke tengah laut. semoga roh mereka dicucuri rahmatNya..

for my family, mlm jumaat tu ayah terima panggilan telefon dr abg aku kat kl..dia bgtahu adik ipar kawan dia pun lemas jugak kat pulau perhentian..dlm kol 1 lebih mak kejutkan aku bgtahu nak gi hospital, ICU...aduh berat la kes ni..family abg nizam mintak mak ayah aku jenguk dulu keadaan adik dia memandangkan diorang baru je nak bertolak dr KL.. esoknya dlm kol 7.45 ayah ngan mak bersiap ke hospital..kata mak, keadaan ashraf kritikal wayar cucuk sana sini..dlm kol 11 pg ayah bawak diorang balik rumah rehat2 dulu seblm carik hotel utk diorang stay..cuti2 memang payah la nak carik hotel kat trg ni.. masa tu baru tahu cite mcm mana dia blh lemas..

actually, dia ngan 3 org member dtg trg tak bgtahu family masing2..masa kejadian tu,salah sorang dr 4 org ni dah mcm lemas la..so, ashraf yg tak berapa pandai berenang stay je kat tepi pantai..2 org ti the rescue..tiba2 dtg ombak besar, tarik ashraf ke tengah laut.. ikut kata doktor, maybe over 4 minutes dia kat dlm laut..paru2 dah penuh air laut+pasir, oksigen tak sampai ke otak..so, condition skang koma..

aku tengok mak dia dah tak terkata, abah dia mcm tgh kontrol nak marah..ye la, dtg tak cakap ngan sesapa...dah jd mcm ni susah sume org..tapi ye la, bukan dia mintak nak jadik mcm ni..sume dugaan Allah..

sepanjang minggu lepas, aku ngan family selalu gi jenguk shraf kat hospital...lagipun diorang takde sedara kat sini..aku tolong la mana yg mampu, bagi semangat, bwk makanan sikit2, teman sembang..seblm aku blk kedah, sempat gi jenguk dia kat ICU..so far dah stabil sikit..hari isnin hr tu tebuk satu lubang kat leher dia utk senang dia bernafas.. sebelum tu pun ada gak respon +ve dr dia..kuat semangat budak ashraf ni.aku doakan dia akan cepat sembuh...

mak aku pun duk berleter kat adik2 lelaki aku yg 2 org tu..kekadang kuo mlm kol 1-2 pg baru balik rumah..tak tahu ke mana pegi..ye la, hati mak ayah mana tak risau..tp budak2 tu, masuk tinge kanan...kuo tinge kiri..harap diorang amik iktibar dr ape yg dah jd tu..sebagai pengajaran, nak ke mana2 ckp la ngan mak ayah btol2..takde la risau sangat.. aku? eh aku cakap mana nak pegi, nak blk kedah pun aku ckp ngan family..tapi keje research aku yg pening ni takde la aku ckp...

Tuesday, February 01, 2005

subhanallah...sedarkah kita??

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin.....

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja.....AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU,tetapi engkau terlalu sibuk.....

Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi selama15 minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU Melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlarike telefon dan menghubungi seorang teman untuk bertanya khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKUmenanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.
Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu danmelihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya .......

masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya,tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditayangkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun namaKU, kau sebut. Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, doa, fikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU...Tapi yang KU tunggu.... tak kunjung tiba..... tak jugakau menyapaKU.

Subuh... zuhur.... Asar.....Maghrib.... Isya' dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU. tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU....
Apa salahKU padamu ...... wahai HambaKU?????

Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan,harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU....!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindunganKU, bersujud menghadap KU....Yang selalu menyertaimu setiap saat.....