Followers

Monday, February 21, 2005

:: Bicara Nur Kasih 2 ::

semalam aku ngan housemates and kengkawan lain pegi join bicara nur kasih 2 kat dataran ape ntah... "Sucikah cinta diselimuti noda?".. wah panas topik semalam..ahli2 panel pun best - Ustazah Siti Nor Bahiyah (cakar harimau :Þ) dan Sdr Mohd Syahril (in-team)..

walaupun penat sebab ptg tu ada game netball inter-fakulti, aku gagahkan jugak pegi dgr bicara tu..teringin nak tgk ustazah bahiyah dr dekat..cantik, keibuan, tegas orgnya..eh salah niat ni pegi ceramah..bukan takat nak tgk ustazah je, tp mmg nak dgr isu yg dibincangkan...

semua idea dan perbincangan kedua2 panel disamping moderator yg bijak mencelah makin hangatkan lagi perbicangan...mcm mana yg dikatakan cinta suci, mcm mana memelihara perhubungan agar diberkati Allah...

Cinta suci dibahagaikan kepada 3 tahap:

Cinta Agung
Cinta yg agung dikatakan cinta yg sebenar-benarnya suci murni iaitu cinta kepada Allah. Cinta tahap pertama ni melebihi cinta kita sesama manusia. Cerita2 zaman Rasulullah s.a.w banyak menggambarkan cinta yg agung terhadap Allah.

Cinta Pertengahan
Cinta pd tahap ni merupakan cinta sesama manusia yg berdasarkan batas2 yg ditetapkan oleh syariat.

Cinta yg dikeji
Sama2lah kita elakkan cinta pd tahap ni..cinta pd tahap ini dikatakan cinta yg berdasarkan pada hawa nafsu semata2..


dlm pada usaha utk mencapai kesucian cinta ni, ustazah bahiyah ada bg beberapa tips. tips yg pertama drpd beliau ialah mengelakkan daripada 4P (Pandang², Pegang², Peluk, dan Penzinaan)..bila dipikirkan, memang setiap P tu mmg bahaya, memang byk digoda oleh bisikan syaitan..

satu soalan dr student IPDA berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan membawa kepada tips seterusnya drp ustazah..kata beliau, dlm memastikan sau hubungan yg diberkati Allah, berdasarkan syariat, dan suci perlulah kepada beberapa T.

Tolong-menolong
apabila menjalinkan hubungan sama ada yg dah berumahtangga atau pra rumahtangga(yg dah bertunang mcm Sdr Syahril In-Team), tolong menolong antara satu sama lain adalah penting..tolong pasangan kita dlm menjaga perhubungan..kuatkan semangat dia dlm mencapai kejayaan dsbg.

Tegur-menegur
tegur menegur ni jugak penting dlm hubungan sesama manusia. tegur mana yg dia buat silap..terima teguran dia pd kita..jgn plak terima seadanya sampai benda yg mmg sah silapnya kita tak tegur. tegur la dgn cara yg paling baik dgn kata2 yg lembut..

tambat-menambat
ni bukan tambat kaki ke tambat ape tau..tambat hati pasangan kita.. mcm mana caranya, berpakaian kemas, berketrampilan menarik..bukan saja luaran tapi dalaman. kalo kita tgk mak kita kat umah pun, time ayah nak balik keje..mesti dia bersiap cantik2, pakai baju yg elok2..wangi..bukannya nak kene tempek bedak tebal2, kaler2..cukup sedap mata suami memandang..

Tolak ansur
ni dikatakan paling penting dalam sesuatu perhubungan. kalo takde tolak ansur, payah ooo...boleh cetus perang ni :D ..takdelah, kalau kita sama2 tolak ansur insyaAllah perhubungan tu berjalan lancar. jgn la seminggu dia tak antor berita kita pun 'ketegaq' takmo tepon ke sms ke tanya kabo...ape salahnya kita yg mulakan dulu..eceh, pandai plak aku ni..tak la, copy paste kata2 ustazah semalam...

timbang-menimbang
timbang ape ni? timbang berat ke? eh takdelah..timbang perbuatan yg dilakukan oleh dia...jgn kita terus judge dia atas perbuatan dia.. ok, contohnya bila berjauhan..dia tak tepon ke, tak sms ke, tak anto surat ke, email ke..jgn kita pk yg bukan2.."tunang aku ni ada awek lain ke?".."awek aku ni, kuo ngan org lain ke sampai tak angkat tepon"..cuba berfikiran positif, mungkin dia sibuk, credit tepon dah abih, keje banyak, dia sakit ke?..mana kita nak tau kan..

syahril kata, "Jangan mengharapkan seorang perempuan semulia dan sesetia Fatimah Az-Zahra andai dirimu tak sehebat Saidina Ali"..sama2 la kita menerima jodoh dan pasangan kita seadanya..

alhamdulillah, byk yg dibincangkan sedikit sebanyak memberi pengajaran dan panduan buat aku dan kawan2 yg lain..menilai kembali perhubungan dan cinta suci kita..tak kira pd ibu bapa, kaum keluarga, sahabat handai, dan yg paling utama..setakat mana sucinya cinta kita pada Allah Taala...

1 comment:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!