assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
hari ni, aku dah kembali ke bumi sintok ni menyambung tugas2 yg tak habis lg..alhamdulillah, sepanjang aku balik trg itu hari byk yg aku perolehi, pelajari.. insyaAllah aku akan habiskan mana yg aku dah mulakan lebih 3 thn lepas...
pejam celik dah 8 hari kita berada dlm tahun baru..sabtu ni dah sambut 10 Muharram, hari Asyura...jiran aku dah buat bubur assyura jumaat lepas, sedap btol la..sempena 10 muharram, kita digalakkan utk berpuasa sunat hari Asyura..diceritakan dlm satu hadith:
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”
Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.”
Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu.” Maka, Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
umat Islam digalakkan utk berpuasa sehari sebelum hari asyura utk membezakan di antara amalan org2 yahudi..
Daripada Ibn Abbas berkata bermaksud: “Ketika Rasulullah berpuasa pada hari Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Sekiranya pada tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9.”
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amat besar.
Antaranya seperti diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawa Rasulullah ditanya mengenai puasa hari Asyura, lalu Baginda menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi).
sama2lah kita mengamalkannya
No comments:
Post a Comment