Followers

Saturday, May 28, 2005

::For u my friends::


I know that you and i will be friends forever more
and will be there for one another
whatever life has in store

Because we have the kind of bond
that no one can erase
and we know exactly how to put a smile
on each other's face

We each know when the time is right
to share our point of view
and when sometimes..
saying nothing is the nicest thing to do

No matter what the future holds
i will always be so glad
because you're one of the very best friend
i could ever have

Wednesday, May 25, 2005

::From Faber Tower with Love::

hehehe lepak kat Faber Tower jap tingkat 16. Saje la ni... tak sempat citer panjang la. Nanti aku update ye.

Semalam ARL Bowl, 5 game. Highest pun 177 je..thanks to kak ina and my laling. Semalam tido tak ingat nye la :) letih btol badan ni..

Thursday, May 19, 2005

::Bz ngalahkan menteri je::

Rasa macam banyaknya plan untuk sepanjang minggu ni hingga ke hujung bulan. Harap2 semua berjalan seperti yang dirancangkan.

19 Mei 2005 : Hepi birthday to Buha
20 Mei 2005 : Jalan2 ke Arau, tengok baby
21 Mei 2005 : Kenduri Noorul & Hanis
22 Mei 2005 : Cuti Wesak (kalau rajin, aku datang lab la. Kwn2 ramai nak dtg umah ni)
23 Mei 2005 : Naik bas ke KL ngan Aya
24 Mei 2005 : Melawat Mak Long kat PJ, nak suruh dia check grammar thesis
25 Mei 2005 : Janji jumpa Hana (bakal pengantin)
26 Mei 2005 : Naik bas balik UUM
27 Mei 2005 : Sampai UUM, rehat dulu sehari
28 Mei 2005 : Naik bas balik Terengganu
29 Mei 2005 : Kenduri Hana & Dib (sori aku tak boleh pergi)
30 Mei 2005 : Rehat kat Terengganu sambil bawak Buha jalan2
31 Mei 2005 : Kenduri Shakira & Alias

Alamak penatnya rasa. Takpe2, demimu wahai kawan2 ku. Selamat Pengantin Baru pada kawan2 aku yang akan mendirikan rumahtangga. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Apesal thesis aku tak termasuk dalam jadual ni? Aduhai, kene tukar lagi ni

Wednesday, May 18, 2005

::Dah nak cecah 10 tahun::

Banyak dah suara2 yang duk suruh aku update cerita baru kat blog ni. And for me yang di tengah2 kekontangan idea tak mampu nak fikir topik2 yang menarik untuk dibualkan. Makin hari makin sayang, eh eh silap. Makin hari makin sibuk. Nanti aku akan bercuti panjang daripada mengadap research ni. Amboi2 eda, masih sempat bercuti ye? Bukan saje nak cuti, aku memenuhi undangan perkahwinan kawan2.

Isnin baru ni kawan aku, I.da datang UUM ngan family husband dia. Untuk ape? Adik ipar dia mendaftar kat Matrikulasi Changlun ni. So, diorang stay kat rumah sorang lagi member baik aku, Maya kat rumah Felo Kolej Eon. Makin comel kawan2 aku yang tengah mengandung ni. Berseri2 btol la, seri bakal ibu :)

Bersembang la kitorang pagi tu sambil ditonton oleh husband Maya. Sori la Faizal sebab tetiba kitorang mengabaikan awak. hehehehe. Tetiba Maya bersuara, "Eh korang, hari tu sembang ngan Pjot. Dia ada tanya tahun depan dah 10 tahun kita kenal, tak nak buat reunion kat mana2 ke?". Pejam celik dah dekat 10 tahun kitorang kenal. Diorang semua dah berumahtangga. Aku? Nantilah dulu, ada masa aku fikirkan ye. Perkenalan bermula di kelas 1.07 tingkat 3 bangunan SPAU. Kat situlah kelas kitorang masa matrikulasi dulu. Dari situlah persahabatan kami dicipta, disulami dengan kenangan2 yang pahit dan manis. Tahun depan, 2006 genaplah 10 tahun ye korang? I.da, Maya and Pjot, terima kasih atas persahabatan ini. This goes to my dear roomate too, sayang ko Cuya..

2006, banyak yang bakal berlaku tahun depan. Tapi kita hanya mampu untuk merancang, ketentuan dan ketetapan adalah milik Yang Maha Esa. InsyaAllah sahabat, mungkin kita akan berkumpul semula tak kira di mana, bila dan bagaimana keadaan kita nanti. Sayang korang..mmmuuuuaaaaahhhhhh

Sunday, May 15, 2005

::Selamat Hari Guru::

Esok dah 16 Mei 2005, ada satu event yang selalu rakyat Malaysia sambut. Hari Guru, ye hari untuk kita mengenang dan mengingati pengorbanan guru-guru, cikgu-cikgu yang banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan pada kita semua. Indahnya pengalaman insan yang bergelar guru, pendidik anak bangsa. Tak pernah kenal erti penat lelah dalam mendidik dan memartabatkan ilmu pengetahuan.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang telah dicurahkan pada aku. Dari kecil aku dididik, dilimpahi dengan ilmu pengetahuan. InsyaAllah akan aku gunakan segala ilmu ini ke jalan yang benar. Bermula dari Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek (3 bln je), Sekolah Menengah Sains Dungun, Matrikulasi, Degree, dan kini MScIT di UUM. Terima kasih pada semua tenaga pengajar. Pada aku, lecturer juga seorang guru..boleh kan?

Dah banyak nama2 cikgu yang aku dah lupa. Aku mintak maaf. Jika dibelek-belek sejarah silam mungkin ada yang masih aku ingat. Ada juga di antara cikgu aku yang dah meninggal dunia. Doaku semoga rohnya sentiasa tenang dan dirahmati Allah.

Pada keluarga, sahabat-sahabat aku yang bergelar pendidik, Selamat Hari Guru aku ucapkan. Terima kasih cikgu..Jasamu akan ku kenang

Wednesday, May 11, 2005

::Kena sergah::

Aduh, dah lama aku tak kene sergah ngan sesiapa ni. Tetiba satu petang, bagai nak luruh jantung aku ni.

Hari isnin, dalam pukul 6 lebih aku ngan Cikyah gerak balik rumah. Hari tu kami jln kaki sambil hirup udara petang yang segar. Keluar dari lab, kunci grill then jalan keluar. Terdengar bunyik segugus kunci dr bahagian depan lab, dan hati aku kuat mengatakan tu bunyik kunci sorang lecturer yg aku cukup risau untuk bertembung. Cemana ni, buat tak tau la. Kitorang terus je jalan sambil ngumpat sikit2 (tak baik btol la). Tetiba, lecturer tu pusing tgk kami, cover2. Buat2 la garu2 dahi skit utk cover muka. Kecut gak perut aku ngan Cikyah. Sambung sembang lagi lepas tu, elok je nak langkah keluar dr satu pintu kat tangga ni..

Astaghfirullah al a'zim, sakit jantung aku ngan Cikyah. Rasa darah tak sampai ke muka pun, tersirap (Izhar, 2005). Dua2 mengurut dada menenangkan hati yang dup dap dup dap ngalahkan enjin keretapi ni.

Kucing..oh kucing, jangan buat lawak camtu lagi ye. Elok plak dia jenguk kepala kat tepi tangga tu. Aku duk bayangkan kasut si lecturer tu je. Cikyah lagi best, ada ke membayangkan kepala lecturer tu jenguk kat tepi tangga. hahahhahaa lawak btol la. Kucing tu pun terkejut tgk kitorang ni. Ye la, elok je aku duk sembang ngan Cikyah pasal lecturer tu, tetiba je nmpk plk kepala kucing jenguk kitorang. Kalau korang la, tak ke terfikir yang lecturer tu akan patah balik?

Aduhai, rasa macam tak berpijak pada bumi yang nyata. Petang tu kitorang balik dengan penuh debaran dan gelak ketawa. Dan semalam, duk imbas balik kejadian ptg isnin tu. Haru btol!

Monday, May 09, 2005

::moody tak hari ni?::

Pakai baju kaler purple
Tudung pulak kaler oren
Eh eda hari ni buat ape
Takde ape, aku main2


Ape nak jadi ni eda? Takde la, sakit ni. Luka lama berdarah kembali. Hehehehe takde ape2 la. Injured lama terasa balik ni. Sabtu baru ni aku g Alor Setar ngan housemates then ke rumah mirul melawat Prof Zol. Lepas tu ape lagi, bowling we go! Aku, Buha, Maya, Arip n Am. Kami berlima, tapi yg main aku, maya ngan arip je. Ntah macam mana aku baling bola tu, terasa kat bahu ni. Ada sedikit 'tangkap' kat urat belikat aku, trus ke lengan. Dalam hati duk doa dah, jgn la sakit yg dulu terkena lagi.

Balik uum mlm tu, aku sapu minyak panas. Tapi hari ni mcm lagi sakit je. Badan pun dah rasa lain macam. Selalunya kalau sakit urat, kita akan demam. Patut la hari ni terasa 2 3 macam. Tahan ye eda, blk jap gi try urut lagi.

Sunday, May 08, 2005

::Selamat Hari Ibu::

Pagi tadi celik mata rasa nak telefon ayah, nak cerita pasal planning nak gi KL dan kenduri kawan2 di merata tempat.hehehehe

Ayah bgtahu dia ada dekat hospital dengan mak. Aduhai, sape pulak yang sakit ni? Pak Din, adik ayah nak kene operate hari ni. Luka akibat sinki toilet jatuh atas kaki dia makin teruk. Darah still keluar tak henti2. Sebelum ni dah 2 kali dia keluar masuk hospital, tapi luka tu still koyak balik. Macam air pancut, kata ayah. Ngeri jugak tu. InsyaAllah hari ni doktor nak operate cari salur darah mana yang problem. Kalau jumpa, bleh try sambung. Kalu tak, dia akan ikat salur darah tu. Sempat sembang ngan Pak Din kejap, then cakap ngan mak.

"Mak, selamat hari ibu."
"Makaseh."

Tiba2, line putus. Takpe la, lagi pun diorang kat hospital. Karang mengganggu pulak patients lain. Patut la semalam seharian aku tak berapa selera nak makan. Ish, instinct ke? Aku tak pernah realized benda ni cuma time ada berita buruk ke, something wrong somewhere ke mesti jantung aku ni dup dap dup dap tak tentu pasal. Makan pun tak lalu dah time tu, kepala duk pikir macam2 kemungkinan. Selalunya aku akan istighfar banyak2.

Ni lagu Burn AF - Kasih Ibu sesuai ngan tajuk entri aku kali ni. Terima kasih mak kerana melahirkan kak ja, mendidik dan menjaga kak ja sehingga bergelar insan yang berguna. Maafkan salah silap kak ja ye. Aduhai, tadi kelu nak ucapkan benda2 ni. Bukan ape, takut berderai air mata mak ngan anak. Sensitif btol la hang eda!

Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku

Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Korus:
Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu

Hanyalah kasihmu.... ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh

(Ulang semua rangkap)

Bridge:
Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya
Ohh...

Thursday, May 05, 2005

::Banyak kali try ni::

Beberapa hari yang lepas, aku ada la try posting review cerita arahan Afdlin Shauki ni. Tapi elok2 je aku click butang Save as Draft ada masalah. Angin jugak la rasa sebab dah panjang aku ngarut pasal cerita ni. Hari ni, benda yang sama berlaku lagi. untuk kali keberapa ntah, aku try posting jugak review ni

Masa balik Trg tempoh hari, adik2 aku dah goda suruh aku tengok jugak cerita ni. Ape la yang best sangat? Banyak la dialog2 dlm cerita tu yang diorang duk sebut2. Akhirnya, sehari sebelum aku balik ke sini, aku berjaya mengadap Kelibat.

Cerita dia ok je, ada part lawak, seram (skit je ni), suspen, kreatif, tak logik (tu biasa la). Afdlin berjaya menerapkan elemen2 baru dalam cerita ni. Lebih kreatif berbanding cerita2 seram yang lain. Cerita ni mengisahkan Afdlin dan partner dia Riezman yang bertanggungjawab utk menghasilkan satu cerita seram. Memandangkan sekarang semua production menerbitkan filem seram, bos mereka (Jeslina Hashim) cuba untuk menerapkan elemen yg sama pada filem terbitan baru productionnya. Bagi Afdlin yang biasa menerbitkan rancangan dokumentari, beliau merasakan adalah perlu untuk menghasilkan satu filem berdasarkan kejadian sebenar.

Disebabkan oleh ketandusan idea, dia dan Riezman telah membuat iklan kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman dlm kejadian aneh atau mistik. Seorang pekerja hotel bernama Ping Ping akhirnya menghubungi mereka mengenai satu kejadian aneh di hotel tempat dia bekerja. Berdasarkan cerita Ping Ping terdapat satu kejadian yang sehingga kini menjadi misteri di hotel tersebut. Seorang pekerja bahagian house-keeping telah mati dibunuh di tingkat 15 hotel berkenaan. Selepas kejadian itu kelibat Tanti (Sofea dlm cerita Raflesia) kelihatan berkeliaran di Tingkat 15. Afdlin dan Riezman telah berkampung di tingkat 15 bagi mendapatkan cerita sebenar berkenaan kejadian Tanti yang mati dibunuh. Pelbagai kejadian suspen dan menyeramkan yang telah dialami sepanjang mereka berada di tingkat 15.

Pengurus hotel, Mr Tan telah cuba mendapatkan bantuan dr seorang bomoh (lakonan Din Beramboi) bagi menghalau kelibat Tanti. Part ni memang best la, ada je idea bomoh tu nak kenakan Mr Tan. Salah satu dialog yang aku ingat "Mintak maaf..Tanti.." hehehe sambil2 carik reception yang bagus dgn memusing antena daun kelapa kat atas kepalanya.

Afdlin dan Riezman telah berjaya membongkarkan kejadian sebenar kematian Tanti dengan bantuan dr kakak Jes (lakonan Shahira) yang mampu berkomunikasi dengan roh. Pembunuh Tanti berjaya dijejaki dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang Afdlin dan Riezman menemuramah beberapa orang pekerja hotel tu termasuk Ping Ping, Mr Tan, Pengawal Hotel, dan Bell Boy hotel tu. Unik jugak la jalan ceritanya. Adik aku cakap lebih kurang cerita Entity, tapi aku pun blm tengok lagi cerita tu. Kalau tengok Entity, boleh lagi paham la scene dlm cerita Afdlin.

Banyak jugak la yg tak disangka2 berlaku dalam cerita Kelibat ni contohnya kemunculan watak Yanti (lakonan Nadia jugak). Boleh kot korang agak cerita ni macam mana. Meh la aku cerita ending dia. Rupa2nya, selama ni kelibat yang kelihatan dekat tingkat 15 adalah adik kembar Tanti iaitu Yanti yang berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar kakaknya. Yanti jugak la yang mengganggu pekerja dengan panggilan2 telefon dari tingkat 15. Tertipu jugak la rasa, nak gelak pun ada. Ping Ping membunuh Tanti disebabkan perasaan cemburunya setelah teman lelaki Ping Ping jatuh hati pada Tanti. Perhubungan Tanti dan pengawal hotel tu terlanjur dan menyebabkan Tanti mengandung 4 bulan. Tanti dibunuh oleh Ping Ping dlm bilik mandi salah sebuah bilik di tingkat 15. Sejak dari kejadian Tanti dibunuh, tingkat 15 telah ditutup kepada penyewa hotel.

Sesapa yang tak tengok boleh la tengok, untuk lepas tensen ok la. Tak berat sangat pun ceritanya, lawak pun ada. ok ye, have fun.

::Problem ke?::

Hari ni try posting. Tapi ada masalah "the blog you were looking was not found" ilang ke blog aku? seingat aku semalam tak edit ape pun, tak delete pun.

Ape tandanya tu? Buat keje la eda, asyik blogging je

Tuesday, May 03, 2005

::BERTAKHTA DI HATI-Farah Dhiya::

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

*
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat...lihat..
Ke dalam matamu
Cintamu bertakhta (di hati)

**
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta

Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Ulang *

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya..
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Ulang **

Monday, May 02, 2005

::Gelora Jiwa::



Novel penulisan Aisya Sofea kali ni banyak perbezaan dengan novel2 beliau yang lain. Namun begitu, ceritanya masih berkisar kepada warna warni, asam garam kehidupan manusia. Pada aku, Gelora Jiwa satu hasil yang baik daripadanya. Kalau tak best, masa kan aku sanggup 'tongkat' mata aku sampai kol 3 4 pagi semata-mata nak habiskan cerita tu. Nak berenti baca sambung esok, tapi tak berjaya nak menahan gelora hati (eceh..) untuk mengetahui kesudahan ceritanya.

6 tahun yang lepas, Intan Azureen ditunangkan dengan sepupunya sendiri atas arrangement ayah dan mak longnya. Intan merupakan seorang ketua kerani di salah sebuah syarikat di tengah2 kota metropolitan. Setiap hari Intan ke tempat kerja dengan menaiki bas. Pada suatu hari berlaku satu insiden yang akhirnya mengubah corak kehidupan dia selama ini. Gara-gara diganggu oleh seorang lelaki yang berumur ketika berada di dalam bas telah menemukan Intan dengan Hanif Ashman. Hanif, seorang lelaki kacak, berambut kemas yang mempunyai sepasang mata yang mampu memberikan ketenangan kepada Intan di kala itu. Pada asalnya cuma bertujuan untuk berlakon dan mengusir lelaki miang bertukar kepada bibit percintaan (DAP jugak ni).

Hanif merupakan seorang anak yang baik dan taat kepada kedua ibu bapanya. Disebabkan hasratnya untuk memperisterikan seorang gadis semasa di UK menyebabkan Hanif dibuang keluarga. Sejak dari itu beliau tidak lagi berjumpa atau bertanya khabar berita mengenai keluarganya. Walaupun baru mengenali Zureen, Hanif telah menyimpan hasrat untuk menjadikan Zureen sebagai teman hidupnya.

Namun begitu, langit tak selalunya cerah, mak long Intan datang berbincang dengan ibunya agar pernikahan Intan dengan tunangnya, Hanif Azman disegerakan. Intan tersepit dan keliru di antara keluarga dan kehendak hati. Di kala dia mula menerima cinta dan perhatian dari seorang lelaki bernama Hanif, kini dia terpaksa mengalah demi menepati janji arwah ayahnya dengan keluarga mak long. Azman, seorang lelaki yang agak agresif tidak pernah sekalipun bertanya jauh sekali untuk datang berjumpa dengan Intan. Nama saja bertunang, batang hidung pun tak pernah nampak.

Kini, Intan terpaksa berusaha untuk menjauhkan diri dari lelaki idamannya. Walaupun Hanif sedar akan hakikat Intan tunangan orang, dia masih lagi ingin mencuba nasibnya untuk memperisterikan Intan. Sehinggalah pada satu hari semasa mereka keluar berdua dan terserempak dengan Azman. Intan dimarahi dengan teruk oleh Azman atas alasan menduakannya. Keesokan harinya, mak long datang lagi berbincang dengan keluarga Intan. Pernikahan perlu disegerakan. Semua persiapan mula dibuat untuk melangsungkan perkahwinan anak kesayangan mak long.

Intan hanya mampu berendam air mata mengenangkan nasibnya. Hendak diluah mati bapak, ditelan mati emak. Intan pasrah menerima ketentuan dariNya. Pada masa yang sama, Intan Zureen masih menaruh harapan agar Hanif mempertahankan cinta mereka. Sejauh manakah cinta dan kasih sayang mereka mampu bertahan?

Heheheeh aku tak nak cerita dah yang selanjutnya. Nanti korang tak beli buku ni, penat aku promote. Harga buku ni dalam RM 17.00 sahaja, mampu dimiliki. Oh lupa, dalam novel kali ni ada juga watak2 dari novel beliau yang lepas seperti Farah Wahida dan Lukman Hafizi. Tu watak dalam novel Jendela Hati, kalau tak silap la.

Tadi masa ronda2 dekat site Alaf21 carik novel2 yang lain terbacalah berita pasal 'kemasyhuran' novel Gelora jiwa ni. Berita tu boleh dibaca di sini

p/s: sori, tersilap nama watak. Actually Intan Azureen, bkn Intan Zureen