Aduh, dah lama aku tak kene sergah ngan sesiapa ni. Tetiba satu petang, bagai nak luruh jantung aku ni.
Hari isnin, dalam pukul 6 lebih aku ngan Cikyah gerak balik rumah. Hari tu kami jln kaki sambil hirup udara petang yang segar. Keluar dari lab, kunci grill then jalan keluar. Terdengar bunyik segugus kunci dr bahagian depan lab, dan hati aku kuat mengatakan tu bunyik kunci sorang lecturer yg aku cukup risau untuk bertembung. Cemana ni, buat tak tau la. Kitorang terus je jalan sambil ngumpat sikit2 (tak baik btol la). Tetiba, lecturer tu pusing tgk kami, cover2. Buat2 la garu2 dahi skit utk cover muka. Kecut gak perut aku ngan Cikyah. Sambung sembang lagi lepas tu, elok je nak langkah keluar dr satu pintu kat tangga ni..
Astaghfirullah al a'zim, sakit jantung aku ngan Cikyah. Rasa darah tak sampai ke muka pun, tersirap (Izhar, 2005). Dua2 mengurut dada menenangkan hati yang dup dap dup dap ngalahkan enjin keretapi ni.
Kucing..oh kucing, jangan buat lawak camtu lagi ye. Elok plak dia jenguk kepala kat tepi tangga tu. Aku duk bayangkan kasut si lecturer tu je. Cikyah lagi best, ada ke membayangkan kepala lecturer tu jenguk kat tepi tangga. hahahhahaa lawak btol la. Kucing tu pun terkejut tgk kitorang ni. Ye la, elok je aku duk sembang ngan Cikyah pasal lecturer tu, tetiba je nmpk plk kepala kucing jenguk kitorang. Kalau korang la, tak ke terfikir yang lecturer tu akan patah balik?
Aduhai, rasa macam tak berpijak pada bumi yang nyata. Petang tu kitorang balik dengan penuh debaran dan gelak ketawa. Dan semalam, duk imbas balik kejadian ptg isnin tu. Haru btol!
No comments:
Post a Comment