Followers

Wednesday, May 18, 2005

::Dah nak cecah 10 tahun::

Banyak dah suara2 yang duk suruh aku update cerita baru kat blog ni. And for me yang di tengah2 kekontangan idea tak mampu nak fikir topik2 yang menarik untuk dibualkan. Makin hari makin sayang, eh eh silap. Makin hari makin sibuk. Nanti aku akan bercuti panjang daripada mengadap research ni. Amboi2 eda, masih sempat bercuti ye? Bukan saje nak cuti, aku memenuhi undangan perkahwinan kawan2.

Isnin baru ni kawan aku, I.da datang UUM ngan family husband dia. Untuk ape? Adik ipar dia mendaftar kat Matrikulasi Changlun ni. So, diorang stay kat rumah sorang lagi member baik aku, Maya kat rumah Felo Kolej Eon. Makin comel kawan2 aku yang tengah mengandung ni. Berseri2 btol la, seri bakal ibu :)

Bersembang la kitorang pagi tu sambil ditonton oleh husband Maya. Sori la Faizal sebab tetiba kitorang mengabaikan awak. hehehehe. Tetiba Maya bersuara, "Eh korang, hari tu sembang ngan Pjot. Dia ada tanya tahun depan dah 10 tahun kita kenal, tak nak buat reunion kat mana2 ke?". Pejam celik dah dekat 10 tahun kitorang kenal. Diorang semua dah berumahtangga. Aku? Nantilah dulu, ada masa aku fikirkan ye. Perkenalan bermula di kelas 1.07 tingkat 3 bangunan SPAU. Kat situlah kelas kitorang masa matrikulasi dulu. Dari situlah persahabatan kami dicipta, disulami dengan kenangan2 yang pahit dan manis. Tahun depan, 2006 genaplah 10 tahun ye korang? I.da, Maya and Pjot, terima kasih atas persahabatan ini. This goes to my dear roomate too, sayang ko Cuya..

2006, banyak yang bakal berlaku tahun depan. Tapi kita hanya mampu untuk merancang, ketentuan dan ketetapan adalah milik Yang Maha Esa. InsyaAllah sahabat, mungkin kita akan berkumpul semula tak kira di mana, bila dan bagaimana keadaan kita nanti. Sayang korang..mmmuuuuaaaaahhhhhh

No comments: