Followers

Monday, June 06, 2005

::Kerani mula bertugas::

Masa balik ke Terengganu hari tu, aku berjaya memujuk ayah untuk memberi cuti kepada 'kerani'nya. Cuti bergaji ye. Kini dia berkhidmat untuk aku pulak la kat bumi Sintok ni. Tapi gaji dia macam mana? Nama pun cuti bergaji, buat apa aku nak pikir pasal gaji dia lagi.

InsyaAllah dia akan berkhidmat hingga hujung bulan Jun ni. Dengan berbekalkan semangat, doa dan harapan semua orang akan aku perjuangkan hingga ke titisan yang paling akhir. Makin hari ku rasakan makin mencabar, rasa masa yang ada makin suntuk.

Terima kasih ayah kerana sanggup menyediakan khidmat 'kerani' tu untuk kak ja. Kak ja akan jaga dia baik2. Banyak jugak keperluan dia yang perlu dijaga, mentenance tinggi ke? Pada aku yang tidak 'beruang' ku rasakan terlalu tinggi. Takpe, buat masa ni perlu dibetulkan sedikit alignment ngan balancing dia. Servis? Belum masanya lagi. Semoga 'kerani' ayah ni mampu bertahan dengan karenah aku sebagai bos barunya.

No comments: