Followers

Saturday, June 04, 2005

::Lena yang panjang::

Lama aku tak jenguk ke blog kesayangan aku ni. Mintak maaf banyak2 ye. Kan baru2 ni aku bz ngalahkan menteri hihihihih :D

Lima hari kat Terengganu, macam2 hal jadi. Ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan dan tak kurang jugak yang buat aku termangu2 sendiri. Thanks buha sebab sudi ikut aku balik Trg. Aku mintak maaf kalau layanan yang diberi tak seberapa pada hang. Nanti cuci gambar tu cantik2, aku buh dalam photodope aku ye.

Dalam hidup ni kan, kadang2 kita terlupa siapa kita. Aku? Selalu sangat kot terlupa siapa aku sebenarnya. Tindakan yang aku ambil tanpa aku sedar melukakan insan2 yang aku sayang. Astaghfirullah al 'azim, teruknya aku. Masihkah ada waktu untuk aku membetulkan semuanya? Masihkah ada peluang untuk aku melaluinya. Perjalanan hidup ni masih jauh di hadapan, tapi salahkah untuk aku berpaling melihat ke belakang? Menjadikannya satu pedoman, satu peringatan?

Terima kasih sayang atas nasihat yang diberikan serta teguran yang menyedarkan aku dari lena yang panjang. Terima kasih sayang kerana membimbing aku ke jalan yang betul. Ketabahan hatimu, keteguhan kasih sayangmu telah membangkitkan semangat yang semakin hari semakin pudar dalam hidup ni. Alhamdulillah, semangat tu tak terus hilang dari dalam diri ini. Andai ia terjadi entah apa yang akan aku lakukan. Terumbang ambing sendiri.

PadaMu Ya Allah aku bermohon agar dikuatkan imanku, teguhkan pendirianku untuk melalui liku-liku kehidupan mendatang. Semoga aku tabah menghadapi dugaanMu.

No comments: