"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
Followers
Tuesday, August 30, 2005
::Langit ke Tujuh::
Thursday, August 25, 2005
::Bunga Bakawali::
2 malam lepas aku berkesempatan utk tengok bunga bakawali tu berkembang mekar. 4 kuntum sekali gus. Petang tu siram pokok, dah nampak dah tanda2 bunga tu akan kembang pada mlmnya. Kena tunggu ni, aku dah lama tak tengok. Dalam kol 10 mlm, dah mula berkembang. Try cium, emmm wangi dah. Naik atas balik, layan citer Des Mein Nikhla Hoga Chand (pengaruh serumah ni). Kol 12 lebih aku jenguk keluar pintu rumah. Wah! dah kembang. Subhanallah, cantik sangat2.
Bunga ni pun pernah dikaitkan dengan cerita Tajul Muluk yang diarahkan mencari bunga bakawali bagi mengubati mata ayahandanya, Sultan Tajul Arif. Stelah berjaya merentasi lautan api dan berhadapan dengan Garuda, akhirnya bunga itu dapat diperolehi. Sambungan cerita boleh baca kat sini ye?
Ni gambar bunga bakawali yang sempat ayah aku captured. Gambar2 lain boleh tgk dekat link my photodope ye.
Tuesday, August 23, 2005
::Hari ini datang lagi::
You were my strength when I was weak
Monday, August 22, 2005
::Kahwin Muta'ah::
- Bayaran ganti rugi kerana cerai: Seseorang yang bercerai diwajibkan membayar mutaah kepada bekas isterinya. Ini jika suami yang hendak menceraikan isterinya(bukan disebabkan permintaan isteri). Mutaah itu biasanya separuh daripada mas kahwin yang dibayar dahulu.
- Kahwin mutaah: Seseorang yang hendak berkahwin tetapi hanya dalam tempoh tertentu sahaja. Mereka yang berniat hendak kahwin dalam tempoh tertentu maka tindakkannya salah dan berdosa. Kalau tempoh tertentu itu dinyatakan dalam akad maka perkahwinannya tidak sah. Pendek kata kahwin mutaah adalah haram. Menurut fahaman Syiah,kahwin mutaah ini wajib dan pahalanya besar berdasarkan firman Allah: "Maka jika kamu telah bersenorokan dengan mereka(perempuan)maka berilah mereka upah yang dijanjikan."(An Nisa':24) Mereka fahamkan ayat ini sebagai bermaksud lelaki boleh berkahwin dengan mana-mana perempuan pada bila2 masa dan setelah disetubuhi bayar upahnya,kemudian cerai dan berkahwin lagi kalau mahu. Sistem ini hampir sama dengan sistem pelacuran. Perkahwinan cara ini cukup hanya dengan ada lelaki dan perempuan yang berkenaan,tidak perlu saksi dan wali.
Sebenarnya ayat tadi tidak bermaksud begitu. Upah yang dimaksudkan itu ialah mas kahwin yang dijanjikan. Mereka yang menjanjikan mas kahwinnya tunai, wajib membayarnya sebelum melakukan persetubuhan,tetapi yang menjanjikan mas kahwinnya hutang bolehlah memberikannya selepas bersetubuh. Boleh jadi juga yang dimaksudkan itu layanan yang baik selepas mendapat nikmat persetubuhan. Islam tidak mahu seseorang yang semasa hendak bersetubuh berbaik dengan isteri tetapi selepas selesai dilayannya saperti hamba yang hina.
Sumber 3
Sumber yang ni agak panjang utk aku ceritakan dekat sini. Yang ni agak lengkap dengan perbezaan antara kedua jenis perkahwinan berserta dengan beberapa dalil. Boleh baca dekat sini ye.
Macam mana ye kalau kita tahu pasal benda ni tapi takut untuk memberi nasihat pada yang berkenaan?
Wednesday, August 17, 2005
::Sakit lagi?::
Yang peliknya, aku pun dapat ubat jugak. Moskil tapi BENAR. Selama ni aku duk selalu ngadu sakit bahu gara2 selalu sangat main boling. Tadi suruh jugak dia tengok ape masalahnya. Dia pun suh aku pusing then dia pegang bahu. Aduh..sakit tu. Kebas sebelah tangan kanan aku.
"Ada tulang terkeluar ni"
"Eh ye ke? Kt mana?"
"Acu pegang dekat ni"
"Adeh..deh...deh.."
"Kene 'masuk ni"
Alhamdulillah, kejap je prosesnya. Tapi sakitnya rasa, aku yang tanggung. Dah lama mende ni rupanya, kalo tak silap masa kene teruk dulu hujung tahun 2003. Iye la, sebelum ni aku selalu gi urut tapi takde plk makcik urut tu ckp tulang aku terkeluar. Lepas urut, memang la lega kejap..nnt akan sakit balik. No wonder la tak pernah2 elok bahu aku ni. Balik tadi bahu ku berbalut, kebas tapi selesa. Dulu kalau aku angkat barang berat sikit sure terasa kebas hingga hujung jari. Ada kalanya barang yang aku bawak mcm nak terlepas dari tangan. Berdoa semoga cepat elok la bahu ni. Terus dapat warning dari mak aku "Lepas ni cukup la main2 boling tu" Huwaaaa..sadis tu. Bola, beg, kasut boling aku nak buat ape? Tak kan perap bawah katil je. Kalo jual pun blm tentu laku. Sampai ke hati ko eda nak jual bola tu. Sentimental properties tu..
Dapat ubat Bio Actery utk ditelan. Mungkin utk kuatkan tulang, baru la "Urat dawai tulang besi". Balut balut jugak, keyboard kene tekan. hehehehehe
Monday, August 15, 2005
::Info Sihat::
- Masalah kulit pucat
- Degupan jantung pantas
- Cepat letih
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Kerap berasa pening
- Sejuk dan kebas
Amalan pemakanan seimbang dan kaya dengan zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah. Makan sayur dan sumber protein mengikut sukatan bermakna mendapat zat besi, vitamin B12 dan folat yg mencukupi.
Talassemia adalah gangguan pada genetik darah. Badan individu talassemia menghadapi kesukaran untuk menghasilkan cukup hemoglobin yang menyebabkan masalah kekurangan darah merah (anemia). Kekurangan hemoglobin akan menyebabkan organ tidak dapat berfungsi dengan cekap kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Talassemia boleh dibahagikan kepada dua iaitu alfa dan beta.
Talassemia alfa major adalah keadaan serius dan biasanya pesakit akan meninggal dunia ketika dilahirkan. Pesakit talassemia major pula akan menghadapi pelbagai masalah sepanjang hayat mereka.
Talassemia beta adalah gangguan genetik darah atau masalah keturunan yang diperolehi daripada ibu, bapa, atau kedua-duanya.
Antara simpton yang biasa dialami penghidap talassemia major ialah:
- Cepat letih dan lemah
- Kulit pucat atau kelabu
- Demam kuning
- Perut menjadi buncit akibat hati dan limpa membengkak
- Air kencing berwarna gelap
- Pertumbuhan dan tumbesaran bayi terencat
- Bayi meninggal dunia sebelum atau ketika dilahirkan
Beberapa langkah boleh diambil bagi menjalani kehidupan normal.
- Pesakit disarankan mengambil suntikan vaksin influenza dan pneumonia setiap tahun utk mengelakkan jangkitan
- Mendapat cukup bekalan asid folik dan Vitamin B12
- Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Dapatkan kaunseling genetik jika kedua-dua pasangan adalah pembawa
Petikan dari M*tr* Ahad
Saturday, August 13, 2005
::Rahsia Hati::
kita berdua
harungi suka duka zaman sebaya
bersama mengejar impian
menuju puncak yg kita impikan
ku begitu jua
sering terkenang
kisah kita
jgnlah ia dipadamkan
ikatan persahabatan
kita memendam rasa
tak mungkin ku lafazkan
kita cuba mendusta
tak pernah ku fikirkan
kita tak mungkin terpisah
itulah janji yg pernah tercipta
lupakan kisah duka
kita cantum semula
rasa yg pernah terbina
dua teman yg setia
jgnlah dipersia
segala yg terjalin indah
tak pernah kita menduga
biar takdir menentukan
segalanya
Friday, August 12, 2005
::Bosan, rindu & bantal busuk::
Then, aku & buha pergi jumpa CikMaz kat Holiday Inn. Sembang2 la apa yg patut, lepas solat kene ke Shahab (bkn inspektor citer hindustan ni) utk amik brg Sureco. Lepas setel, buha nak terus blk Bdr Bharu. Drop kat stesen bas, aku pun naik HBR blk UUM. Penat jugak la sebab dah lama tak naik bas. Heheheeh sempat lagi ni utk aku basuh baju sebelum tayangan Dr Hur Jun. Selesai keje rumahtangga, bancuh air, lepak depan TV layan citer No.2 Persiaran 2.Then Hur jun, then Wong Ng (Siu Ng). Marathon ke eda sampai kol 8? Maghrib tu jgn lupa ye!!
Mlm tadi tiba2 je terasa teramat rindu dekat family aku. Lama sgt dah ke aku duk Kedah ni? ish, kalo tepon rumah sure tak mampu nak menahan kolam aku ni. Baru je retak sikit2, dgr suara mak kang pecah terus. Takpe2, tahan je dulu.
Nak balik pun, aku dah janji pd diri sendiri "Selagi keje blm selesai, ko tak blh balik!".. Kene la aku bertahan dengan janji yg dah aku buat pada diri aku. InsyaAllah eda, mesti boleh. Tinggal sikit je lagi tu. Kuatkan semangat, mohon padaNya supaya dipermudahkan segala urusan.
Malam tadi spt selalunya, bantal busuk kesayanganku menjadi peneman setia..tempat aku melepaskan rindu.
Wednesday, August 10, 2005
::Kristal di G.Keriang::
Hari last mengajar di Kg Gunung Hilir kami bertiga ke Taman Rekreasi G.Keriang. Rasanya tiap2 hari kami pusing2 dalam kawasan taman ni. Pagi ni, berjaya lajak sikit perjalan terus ke kawasan tasik. Subhanallah cantiknya teratai tengah berkembang. Penuh kawasan tasik buatan tu dengan warna merah hati aka maroon. Besar sangat bunga teratai ni, lain sikit dari yg terbentang kat tasik pdg golf UUM ni.
Tengahari, selesai solat Zohor kami ke taman tu lagi (tak pueh hati lagi). Kali ni aku nak beli sedikit sovenir utk dibawa balik buat ayahbonda tersayang. Buha park AES kat tepi, then kami jalan2 dari satu kedai ke satu kedai. Mulanya dah tertarik pd satu kristal ni, sekali aku terpandang pd 2 biji gelas kat atas meja. Ya Allah, bukan ke diorang ni muslim. Terus buat2 tak jadi beli then aku ajak buha ke kedai sblh. Kebetulan kedai ni milik salah sorang peserta kursus yg lebih dikenali dengan nama "Adi Kristal".
"Pilih la cikgu, kami bg diskaun"
"Diskaun 100% la Adi" (saje la kacau dia).
Cantiknya ciptaan Tuhan. Ada satu kristal yg diletak dlm kotak kaca berharga lebih 10K. Mangaiii mahal btol ye. Dah pun dibeli oleh org Melaka dgn harga 5K. Agaknya nak dijadikan batu asas kot. hehehehe mana ku tahu!!
Aku pilih 2 pasu kristal yg dirasakan memang cantik. Satu utk ayahbonda, satu lagi spesel untuknya. Dua2 tu dapat harga diskaun, RM50. Cikgu punya pasal, sanggup kasik diskaun lebih 60%. Yeeehaaa!
Adi keluarkan lagi 3 ketul, "Ni hadiah utk cikgu2". Alhamdulillah, rezeki kami bertiga. Sebelum sambung bab Internet, kak eila kasik sovenir jgk utk kitorang. Batu kaler hijau kebiruan(lebih kurang kristal jgk) yg dia ambik dari Langkawi.
Majlis penutup berjalan seperti biasa. Ada 2 org pegawai dr KEDA, Ketua Pemuda U*NO, AJK2 UMN*. Uih, ramai plk org penting. Kami buat mcm biasa je la. Selesai majlis penyampaian sijil, ada la makan2 (ini tak boleh miss). Bihun goreng Singapore + kek batik. Nyum nyum, best sangat2 sambil pekena teh panas. Selesai semua tu, kami mintak diri dulu. Ada misson lain plk, Dr Hur Jun :)
Bertolak balik dengan membawa kenangan selama 4 hari di Kg G.Hilir tu. Terima kasih semua, semoga ilmu yg dicurahkan dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Thursday, August 04, 2005
::Exchanged it?::
Huwaaaa sume dah tukar dan aku dah maklumkan pada mak aku. Mak tak marah pun, dia cuma ckp ok jgk dah tukar sebab sekarang ni bank pun takmo amik dah duit USD. Kalo tak tukar hari tu, agaknya boleh lagi ke aku tukar lepas² ni?
Tapi, jgn la aku disamakan dengan Mr.Soros tu ye..
Tuesday, August 02, 2005
::Realiti dan Fantasi::
Realiti dan fantasi
Saat cinta bersemi
Bersama berilusi
Di situlah kita
Mengenal ertinya budi
Kasih sayang insani
Dan peribadi
Pada detik yang ngeri
Yang tak pernah termimpi
Ku dibaluti sepi
Kenangan membara lagi
Meracuni hati yang keterlanjuran
Baru kini ku akui
Kau masih milik ku lagi
Dan terus bersemadi
Hingga akhir nanti