Followers

Monday, August 22, 2005

::Kahwin Muta'ah::

Kebelakangan ni aku semakin moskil dengan keadaan keliling aku. Semakin banyak cerita yang pelik2 timbul di sebalik kehidupan seharian kita yang bergelar makhlukNya. Aku yang kurang pengetahuan yg mendalam dalam bab2 agama ni semakin pening nak memahami sesuatu benda contohnya tajuk entri aku ni Kahwin Muta'ah.

Ni sedikit info yg aku dapat dari carian yang aku buat akibat kemoskilan yg terlampau. Hope sesapa yang tahu dan arif dalam hal ni boleh bagi pendapat pada aku.

Sumber 1
Baik mutaah ini diperkenalkan oleh golongan syiah imamiyyah, kebanyakan mereka terdapat di Iran sekarang... mazhab ini adalah satu mazhab yang dianggap sesat oleh ahli sunnah wal jamaah kerana mereka menghina sahabat2 Rasulullah yang tidak ada pertalian dengan Ali b. Abi Talib. Ringkas cerita, mutaah ni adalah perkahwinan secara kontrak... mungkin 1 malam, seminggu atau berapa sahaja masa yang ditentukan oleh wanita untuk ditiduri... kaedah ini sama macam p**ac*r(ooppss)... konsep yang sama tapi istilah berlainan.

Sumber 2
Mutaah berasal daripada kata dasar mata'a bererti membawa. Tetapi dalam undang-undang perkahwinan Islam,mut'ah ada dua pengertian yang masing-masing mempunyai hukum berbeza-beza:
  1. Bayaran ganti rugi kerana cerai: Seseorang yang bercerai diwajibkan membayar mutaah kepada bekas isterinya. Ini jika suami yang hendak menceraikan isterinya(bukan disebabkan permintaan isteri). Mutaah itu biasanya separuh daripada mas kahwin yang dibayar dahulu.
  2. Kahwin mutaah: Seseorang yang hendak berkahwin tetapi hanya dalam tempoh tertentu sahaja. Mereka yang berniat hendak kahwin dalam tempoh tertentu maka tindakkannya salah dan berdosa. Kalau tempoh tertentu itu dinyatakan dalam akad maka perkahwinannya tidak sah. Pendek kata kahwin mutaah adalah haram. Menurut fahaman Syiah,kahwin mutaah ini wajib dan pahalanya besar berdasarkan firman Allah: "Maka jika kamu telah bersenorokan dengan mereka(perempuan)maka berilah mereka upah yang dijanjikan."(An Nisa':24) Mereka fahamkan ayat ini sebagai bermaksud lelaki boleh berkahwin dengan mana-mana perempuan pada bila2 masa dan setelah disetubuhi bayar upahnya,kemudian cerai dan berkahwin lagi kalau mahu. Sistem ini hampir sama dengan sistem pelacuran. Perkahwinan cara ini cukup hanya dengan ada lelaki dan perempuan yang berkenaan,tidak perlu saksi dan wali.

Sebenarnya ayat tadi tidak bermaksud begitu. Upah yang dimaksudkan itu ialah mas kahwin yang dijanjikan. Mereka yang menjanjikan mas kahwinnya tunai, wajib membayarnya sebelum melakukan persetubuhan,tetapi yang menjanjikan mas kahwinnya hutang bolehlah memberikannya selepas bersetubuh. Boleh jadi juga yang dimaksudkan itu layanan yang baik selepas mendapat nikmat persetubuhan. Islam tidak mahu seseorang yang semasa hendak bersetubuh berbaik dengan isteri tetapi selepas selesai dilayannya saperti hamba yang hina.

Sumber 3
Sumber yang ni agak panjang utk aku ceritakan dekat sini. Yang ni agak lengkap dengan perbezaan antara kedua jenis perkahwinan berserta dengan beberapa dalil. Boleh baca dekat sini ye.

Macam mana ye kalau kita tahu pasal benda ni tapi takut untuk memberi nasihat pada yang berkenaan?

No comments: