- Masalah kulit pucat
- Degupan jantung pantas
- Cepat letih
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Kerap berasa pening
- Sejuk dan kebas
Amalan pemakanan seimbang dan kaya dengan zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah. Makan sayur dan sumber protein mengikut sukatan bermakna mendapat zat besi, vitamin B12 dan folat yg mencukupi.
Talassemia adalah gangguan pada genetik darah. Badan individu talassemia menghadapi kesukaran untuk menghasilkan cukup hemoglobin yang menyebabkan masalah kekurangan darah merah (anemia). Kekurangan hemoglobin akan menyebabkan organ tidak dapat berfungsi dengan cekap kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Talassemia boleh dibahagikan kepada dua iaitu alfa dan beta.
Talassemia alfa major adalah keadaan serius dan biasanya pesakit akan meninggal dunia ketika dilahirkan. Pesakit talassemia major pula akan menghadapi pelbagai masalah sepanjang hayat mereka.
Talassemia beta adalah gangguan genetik darah atau masalah keturunan yang diperolehi daripada ibu, bapa, atau kedua-duanya.
Antara simpton yang biasa dialami penghidap talassemia major ialah:
- Cepat letih dan lemah
- Kulit pucat atau kelabu
- Demam kuning
- Perut menjadi buncit akibat hati dan limpa membengkak
- Air kencing berwarna gelap
- Pertumbuhan dan tumbesaran bayi terencat
- Bayi meninggal dunia sebelum atau ketika dilahirkan
Beberapa langkah boleh diambil bagi menjalani kehidupan normal.
- Pesakit disarankan mengambil suntikan vaksin influenza dan pneumonia setiap tahun utk mengelakkan jangkitan
- Mendapat cukup bekalan asid folik dan Vitamin B12
- Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Dapatkan kaunseling genetik jika kedua-dua pasangan adalah pembawa
Petikan dari M*tr* Ahad
1 comment:
info tentang talassemia kat sini - Talassemia Diwarisi
Post a Comment