Followers

Wednesday, November 30, 2005

::Monsoon Cup 2005::

Semalam bermulanya satu event yg berprestij iaitu Monsoon Cup 2005. Ia berlangsung di Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Sejak balik dari Kedah last week aku duk nampak la banner gantung sana sini duk war-warkan pasal event ni. Macam menarik je kan?

Pegi pasar besar Kedai Payang pagi semalam ngan mak lebih kurang pukul 9 pagi. Jalan sana sini dah start tutup, pening gak la aku nak carik parking. Last2 masuk je satu kawasan car park yg ada kat area situ. Jalan2 beli sayur nampak la org duk bertengek kat tepi benteng mengadap ke kuala sungai. Wah2, kapal dah mula belayar. Alahai, rugi tak bawak kamera ayah. Boleh la snap2 2 3 keping.

Kat bawah ni aku citer skit ooppsss, i mean copy paste pasal event ni.




29 November - 4 December 2005.
Pulau Duyung, Kuala Terengganu, Malaysia



The Monsoon Cup 2005 is part of Malaysian Prime Minister YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's vision and plans to develop the state of Terengganu on the east coast of Malaysia. This prestigious international regatta aims to serve as a catalyst to promote both the sports and tourism sectors in Malaysia.

Organised by the Terengganu State Government, The Monsoon Cup 2005 celebrates its inauguration and debut as the 50th official event of the
Swedish Match Tour, and serves as the Malaysian leg for the prestigious international sailing event. Dubbed 'The Formula One of Sailing', this professional sailing series was formed in 2000 to unite the world's best match-race regattas under one banner.

The Swedish Match Tour comprises nine events in nine specially selected locations around the world. As the leading professional sailing series in the world, the Tour events are recognized as must-attend regattas on the match-race circuit. The event will award a MYR 400,000 (approximately $105,000) prize purse.



Ape lagi kawan, meh la maghi tranung ghama-ghama tgk monsoon cup :)

Monday, November 28, 2005

::Kerahan tenaga::

Sabtu 26 hb abang aku ada buat open house. Kak ipar tempah je nasi ngan sate. Senang skit keje. Pinggan mangkuk gelas sume beli yg pakai buang. Pagi tu bangun, mandi2 then bekpes. Layan anak sedara yang dua org tu main sambil tgk DVD Robots. Diam la kejap diorang ngadap kartun tu.

Hari sblm tu dah tolong abg jang ngan ayah pasang khemah kat laman rumah. Berat ni nak angkat. Takpe, boleh kot. Ayah ngan abg jang angkat, aku ngan k'salwa masukkan tiang kaki khemah. Ish nyibuk plk budak 2 org ni nk nolong. Aku janji nak tiup pool utk diorang mandi2. Takpe la, kasik syok skit. Dah pasang khemah, abg jang la tolong tiup utk diorang. Mak ngah isi air je la ye. Korang main la puas2.

Dkt kol 11 esoknya aku follow k'salwa pegi F&G beli brg2 skit. Then tunggu org hantar sate kt tempat yg dijanjikan. Sedapnya bau sate tu. Balik rumah campur kuah kacang yg k'salwa masak skit pg tadi. Ok, cukup rasa. Abg jang ngan cenor g amik nasi kat Bangi, jauh btol. Nasi minyak+ayam masak madu+rendang tok+dalca+jelatah. Org tu caj RM5 per head. Murah kan? Lauk2 dia pun sedap sangat. Sampai umah hidang semua dlm bekas lain, then letak kat meja bwh khemah. Banyak jugak ni.

Kol 1 lbh tetamu dah start datang. Aku masa tu tgh syok ratah ayam. Mintak diri nak naik solat & siap2. Masa turun dah ramai yang datang. Semua tgh makan. Salam2 then mulakan tugas aku menghidang dan tambah ape yg dah kurang. Air dah bancuh, tembikai dah potong. Ok kot, blm peak hour lg.

Penat toksah kata la, walaupun tak kene basuh pinggang gelas. Agaknya cuaca panas sgt kot. Lebih kurang pukul 6 ptg tetamu dah kurang skit. Angkat lauk2 tu sebab nk kene bukak khemah. Ada org kat taman tu nk guna plk khemah lepas ni. Susun kerusi then ayah, hasnor ngan abg jang bukak khemah. Aku ngan k'salwa bz perangat lauk2 takut basi. Basuh semua tray yg ada, mangkuk lauk.

Lepas maghrib ada lagi tetamu yg datang. Seronok tgk gelagat semua org, especially yg bwk anak2 kecik. Riuh ngan suara budak2 nangis, gelak. Yang best, ada sorang kawan k'salwa tertinggal handbag and tak sedar pun. Kitorang dah tak tahu cemana nk contact, amik hp dia then call hubby dia. Nasib baik la tekaan kami betul. Yang sorang lagi, esoknya baru sedar tertinggal kasut anak dia. heheheh macam2.

Kol 10 mlm aku dah surrender dah. Tinggal la tray tu abg jang ngan k'salwa tolong basuh. Siannya diorang. Anak2 sedara pun tak meragam sgt hari tu. Ok la, takde sesi tempik sana sini. Makanan pun takde byk sgt yg tinggal. Cukup2 utk kitorang diner 2nd round mlm tu. Sate pun abih jugak la. Yang ada nasi himpit ngan kuah kacang. Blh makan utk bekpes esok. Near 12.15 aku dah ZzZzzzzzzzZZz

Sunday, November 27, 2005

::Trg - Puchong::

Khamis baru2 ni aku, ayah & Cenor ke puchong rumah abang aku. Kami bertolak lebih kurang pukul 2.40 ptg dgn menaiki Pajero. Elok lepas Bkt Chendering adik aku tegur speeder meter tak function. Ape lagi, ayah pun brenti la dekat bengkel yg repair kenderaan Tele*om aka TM. Lebih kurang setgh jam repair, meter pun dah ok tekak pun dah ilang keringnya ngan air Nescafe ais. Nyum nyum best ni.

Lebih kurang pukul 6 ptg sampai kat Kemaman singgah amik brg kiriman M'long kat sana. Solat asar then duduk2 kejap je sblm kami teruskan perjalanan. Ayah still drive dr sini. Aku lepak2 kat belakang ngan bantal busuk aku. Bawak jugak tau :)

Lalu highway, then ayah exit ikut mana ntah. Sampai kat Bkt Goh ayah berenti nk repair lampu. Dah agak lampu tu menyuluh ngan best baru sambung perjalanan. Lepas tol Kuantan, ayah mintak org lain plk drive dan it goes to me. Next stop, hentian Temerloh utk solat & diner. Lebih kurang kol 8.30 sampai kat hentian tu then makan2 ikan patin masak tempoyak & solat. Alhamdulillah kenyang perut yg duk nyanyi dari tadi. Ayah plk drive lepas tu. Mata ngantuk ni, al maklum la perut ku kenyang.

Sampai kat tol Gombak, Pajero ada problem. Ah sudah, clutch tak function, out terus. Cemana ni, ada ada butterfly in my stomach. Jauh lagi sblm sampai Putra Perdana. Ayah tonyoh2 je gear tu kasik masuk, tayar bergolek sikit2, alhamdulillah blh jalan. Ni kalau kene brenti parah nk masuk gear 1 balik. Tawakkal je la.

Sampai kat traffic light Bukit Jalil lampu isyarat merah. Semua dah cuak ni sebab kene slow down kereta then brenti. Maknanya ayah kene usaha kasik gear blh tukar. On lampu hazard, ish tak berjaya ni.

Aku ngan cenor pun turun tolak. Mak aii, berat ni. Dah la kawasan bukit skit. Tak bergerak pun aku tolak. Amende kak ja ni, tolok dok? hehehe tak berkudrat la layan pajero ni. Alhamdulillah ada sorang abang ni tolong benti and tolak sesama, dah blh masuk gear ayah trus jalan tinggalkan kitorang. Tima kasih banyak2 ye bang. Aku tak ingat plet keter dia (Putrajaya xxx)

Dari situ aku jalan ngan cenor menuju ke kereta. Boleh ke gerak ni? Lepas ni dah takde traffic light, insyaAllah ok. Dah boleh jalan, kami teruskan ke Puchong. Jauh kat depan aku dah nmpk ada lagi traffic light, slow2..bajet lampu hijau then trus je non stop. Pass satu traffic, rasa mcm ada satu utk masuk ke taman kt rumah abg jang.

Sampai area putra perdana, lampu merah. Jauh la ayah aku u-turn nk kasik lepas traffic tu. Dalam kol 11.30 mlm kami selamat sampai. Adventure sungguh la rasanya. Geli2 perut aku risau tak sampai. Nak repair pun mlm2 mcm ni sure kene 'katok' best ni.

Pagi esoknya ayah hantar repair. Pump clutch rosak, kene la dalam RM8* utk ganti. Pajero tu pakai pam hidrolik, takde tali2. Aku tak tahu pun benda tu. Dgr je la, janji dah boleh jalan & blh balik Trg nnt. Kene plk tepon aku slmt di'bar' oleh TM. Cesh, ada overdue bill rupanya. Tak dapat nk bgtahu dia aku dah selamat sampai. Pinjam hp abg jang kasik satu sms, then he called back.

Tak dpt jugak nk contact my dear pren utk layan menggolek di ARL Bowl. Lalu tepi iOi mall pun tgk je la sign Ampang Superbowl kt situ. Sadis je. Lain kali je la ye? Malam tu aku tidur tak ingat nye la, letih yg amat.

Friday, November 25, 2005

::Report Jamuan Raya::

Lama dah nak mengarang benda ni. Walaupun ceritanya agak lama, tapi aku nk memenuhi permintaan pasaran semasa :)

Last 19 Nov kengkawan research dah sepakat untuk mengadakan sedikit jamuan bersempena dgn sambutan Syawal. Plan benda ni start lepas jamuan bukak pose dulu. Betul2 plan time aku kembali semula ke bumi sintok. Nak jugak tu tunggu aku.

Aku sampai sintok on 15 nov, btolkan tesis dulu then baru pk menu utk jamuan. Permintaan dari tahun lepas, suh aku masak laksa Trg. Ok, kali ni i grant ur wishes hehehehe. Sate+nasi himpit+kuah kacang, BBQ ayam, bihun goreng, main dish gitu. Ada la benda2 lain nanti. Kek lapis from Cikmaz, kuih2 tambahan, kerepek2, buah2. ok kot, bajet utk 25 org yang hadir. Caj rm7 je? hehehe maklum la, dah agak susut poket masing2 ni. Harapnya boleh la caj byk tu kan? Jemputan through YM je. So sorry kalau ada yg tak dapat msg or terlewat jemput. Salah aku semua tu :(

Cikmaz sampai ptg jumaat. Aku je yg ada kt umah, buha & semah ke lab meneruskan perjuangan. Malam tu kami bertiga bergosip sambil makan2 kat Restoran Rusni. Laici suam macam biasa, abg air tu dh jenguk2. Kompem dapat byk la laici kali ni. Tenkiu..hehehehe. Then ke C'lun Mart utk ronda2. jenguk kat tmpt futsal then archery. erm sejam rm5, not bad. Blh try la nnt. Bila tu eda wei??

Main masak2 lagi kali ni. Pagi Sabtu off we go to pasar changlun ngan DAV baru. Beli sume barang then singgah umah K'Z on the way blk. Lepas bekpes, mula la sesi tugasan. Aku mengerah tenaga kengkawan yg ada (thanks a lot). Potong ulam, ramas santan, blend bawang. Laksa dah rendam lama, sempat tak ni nk celur? Masa tu dah dekat pukul 1. Lepas zohor. elok2 je dalam 2 lebih kami ngangkut ke FTM foyer. Aku tukang jaga kuah, mmg berhati2 la buha drive. Kalau tak, bau santan la aku nnt.

Ramai jugak dah sampai, sibuk2 hidupkan api utk panggang ayam yg diperap oleh buha, kinah, cikyah&zahra. Sedap tau depa punye sos BBQ. Pandai korang buat. Apit tepon bgtahu air takde. Ala, silap aku tak ingatkan dia pasal suh order Siren. Sorry apit. Dia la berkejar amik sate dgn En Megat, then gegas ke Unimart beli air botol. Tenkiu tenkiu..

Meja kitorang angkut dr bilik kuliah berhampiran. Susun, hampar paper lama then hidang makanan yang ada. Hehehehe penuh la 4 meja tu. Tetamu jemputan sampai ngan buah tangan masing2. Tq utk zul&wan for the marvelous 'tira miss u'. Fadli & ija bawak sardin roll yg best. Shamsul bwk samosa sedap. Dan ada lagi benda2 lain yg aku terlupa. Meriah btol kali ni. Walaupun ada jemputan yg tak dapat hadir, takpe la insyaAllah lain kali. OOPppSsSs ada lain kali lagi tak ni???

Sblm makan dah mula dah sesi snap2 sana sini. Biasa la tu, acara wajib. Artis2 buha pun dah datang awal bwk kerepek bought frm unimart erk kantoi tag harga ada lagi..takpe2, tenkiu Izhar. Tetamu dtg dari jauh, Manaziz.

Dkt kol 6 ptg sume dah balik. Tinggal beberapa org utk jadik MPKP angkut sampah2 then susun blk meja yg dipinjam. Overall, sukses la jamuan raya ni. Sempat tapau laksa & bihun S'pore. Alhamdulillah, semua kenyang.

Laporan bergambar dah ada and boleh baca kt sini.

Thursday, November 17, 2005

::At last..::

Alhamdulillah, akhirnya semua dah selesai. Petang semalam, lebih kurang pukul 2.40pm aku ke opis FTM untuk submit my thesis. Together2 with mr. alizam untuk submit his thesis correction. As for him, that's it. Maybe need a little here and there correction after this. Congrates my friend!

Isi borang sikit, then jot down my signature. Ok, dah. Have to wait a month or two to settle down the whole reading. Hope tak banyak la kene 'bambu' nanti masa viva session. Saje la tanya K'Yati sape yg dicalonkan untuk jadi aku nye external ngan internal examiner. "P&C la Aida". Oklah, ku paham. Takut aku pegi me'ras**h' depa2 ni kot. heheheheh ye la, prosedur.

Risau jugak takut diorang mintak fee RM7** untuk proses tesis tu. Tapi K'Yati tak cakap ape pun, lega la kejap. On the way naik ke lab, terasa macam di awang2an plk. Biar betul edaleeja, ko dah berjaya submit tesis tu. Kepala aku dah ada sedikit 'tingtong' dah. Alhamdulillah, padaMu ya Allah aku memanjatkan kesyukuran.

Around 4.30 aku jalan balik. Nak kena singgah dekat opis my Mama Ku untuk hantar a copy of that tesis. Ye la, kalau tak bagi satu dekat dia teruk la aku nanti masa viva. At least she will remember ape sebenarnya yang aku dah buat tunggang langgang dlm 2-3 tahun lepas(mcm lebih je hehehe).

Jalan balik melalui library, lalu laluan biasa yg ada jambatan.. bawahnya air keruh duk mengalir. Terpandang sorang pakcik duk best menjala kat hujung tebing sana. Boleh ke pakcik?, salah tu jala2 ikan kat sini. Dulu lagi cantik la pemandangan kat sini. Hijau, nyaman. Rasa syahdu pulak bila jalan2 sambil mengenangkan susah payah ngadap research ni. Bangga dengan diri sendiri sebab aku berjaya tabah menghadapinya, gigih berusaha, sakit melawan perang rasa. Berbaloikah usaha aku ni? InsyaAllah, jgn lupa eda pada Allah. Minta padaNya supaya semua urusan dipermudahkan.

Doa mak ayah, keluarga, and sokongan tak berkesudahan dari kawan2 dan pastinya dari yang teristimewa. Sempat aku sms dia pasal tesis aku, ucapkan terima kasih.

Tapi, tugas aku belum selesai. Ada lagi yang perlu dilalui selepas ni. Nanti akan ada sesi viva, then correction lagi. Pesan Mama Ku "InsyaAllah aida, jangan risau2. Kita doa je supaya semuanya ok. Jaga diri tu". Baiklah mama.

Tidur semalam lena jugak la lepas aku dengan bersungguh2 layan 'Full House'. Balik petang ni sambung lagi la nmpk gayanya. Baru cd7, ada lg 9 ni. Boleh2, akan dihabiskan sblm blk Trg.

Tuesday, November 15, 2005

::SPM::

Semalam adik bongsu aku mula menduduki exam SPM. Wah exam penting ni. Tapi kesian jugak tengok dia, still in raya mood. Risau pun ada jugak. Mana tak nya, study pun tak sangat. Asyik beraya sakan je minah ni. Kompius gak la. Maybe dia dah prepare awal, who knows?

Teringat la jugak masa 10 thn lepas time aku ngan kwn2 kat SMSD amik SPM. Nebes, takut, risau..sume perasaan la ada. First day mcm biasa, bangun awal, solat subuh + solat sunat hajat. Off we go. Paper 1st BM I and BM II. Alhamdulillah ok je, mcm biasa la prosa klasik jadi pilihan. Karangan pun, belasah je. Time BM II, salah sorang kawan aku siap muntah2 lagi. Salah makan kot pagi tadi. Cikgu ngan pengawas peperiksaan terpaksa bergegas bwk dia ke hospital. Ptg tu, dia amik paper Sejarah kat katil hospital. Sempat la aku melawat dia. Pucat mukanya, sedih plk rasa.

Petang kalau tak silap paper Sejarah I (objektif). As usual, aku memang bermasalah ngan paper ni. Mungkin salah satu sebab aku tak suka membaca. Macam2 cara, teknik ntah ape lagi aku try. Tapi alhamdulillah, aku lulus paper ni. Cuak ni takut fail lagi mcm masa trial. hampeh la ko eda!

Masa SPM, aku duk hostel. Dah memang namanya "Sekolah Berasrama Pe**h". Alahai rindu plk kat korang2 Semesdians95. Ramai yang dah bawak haluan masing2. Berkeluarga, berkerjaya, bagusnya.

Semalam sempat la tgk paper BM dia. Eh sekarang dah miskin ke? Kertas kaler putih je? Kitorang dulu kaler biru. Kalau putih biasanya 'Soalan Simpanan', kompem soalan dah bocor byk kali. Ntah la, jimat kos kot guna kaler putih. paper pun ringan je. Hehehehe mampus aku kalau gomen tahu aku kutuk2 ni :D. Apa2 pun, all the best to you Deq Su and HAPPY BIRTHDAY!!.

Saturday, November 12, 2005

::Seminggu lalu::

Dah seminggu berlalu sejak kita meraikan Aidilfitri. Aku masih di sini beraya lagi. InsyaAllah Isnin ni kembali menunaikan tugas yang semakin hampir untuk diselesaikan.

Kalau seminggu lalu kita tengah sibuk menyiapkan segala persiapan menyambut raya, kini kemeriahan tu dah semakin berkurangan. Bagi aku, raya tu sebulan hehehhe sakan la ni, beraya. Bagi yang puasa 6, hari Khamis hari tu diorang sambut raya. Ada yang cakap, lagi meriah dari first day raya. Perasaan tu berbeza, kata mereka. Aku masih belum mula puasa 6 hari di bulan Syawal. InsyaAllah, aku akan buat jugak nanti. Hari tu jugak si dia sekali lagi datang beraya bersama keluarganya. Meriah jugak la. Ensem as usual, (aku kata ye). Org nak cakap tak ensem pun cakap la. Masing2 punya opinion. Hehehehe. Still takde duit raya pun. Kene ingatkan lagi sekali ni.

Cakap pasal duit raya, di ketika usia dah cecah 27 tahun ni aku still collect duit raya lagi. Tak malu betul la. Patutnya awak yang donate. Aku masih belum keje la wei, boleh dimaafkan. Tapi ye la, org dah hulur..kita terima je la. Terima kasih.

Open house tak yah citer la, sana sini ter'open'. Kenduri kendara pun meriah la jugak. Almaklum la sekarang sekolah tengah cuti. Aku macam amroth jugak la asik dapat soklan cepu cemas dari sedara mara. Biasa la tu, takde dah topik nak dibualkan nak ditanya. Itu la soalan wajib. Aku pasrah je. Senyum sengih 2 3 kali, paham la diorang. InsyaAllah, tengah usaha ni. Hahahhaha

Nanti balik sana diorang plan nak buat makan2 lagi ye? Boleh aje aku ni makan. Tak kisah ye ape menu, janji kenyang and sume hepi. I'll be back!!!!

Sunday, November 06, 2005

::Raya..raya..raya::

Salam aidilfitri buat semua. Alhamdulillah kita berjaya menjalani ibadah puasa dengan baik walaupun kene ganti beberapa hari. Standard la tu. Walaupun hari ni dah 4 hari kita beraya, namun kemeriahan beraya tu tetap dirasai. Bagi aku, walaupun usia dah menjangkau 27 tahun raya tetap raya. Bezanya, duit raya tak dapat la nak kumpul banyak2 ;)

Malam raya dapat ucapan istimewa darinya. Terharu jugak la sket2. Pagi raya pertama macam biasa lepas solat raya salam2 ngan mak ayah adik2, kitorang gerak ke rumah nenek. Sampai sana salam nenek dan terus ke kubur allahyarham datuk. Sayu tetap terasa walau hampir 10 tahun datuk meninggal dunia. Masa sampai tadi pakcik2 makcik2 takde lagi yg sampai. Kami keluarga pertama hehehehehe. Borak2, bermaafan, makan2 then off we go. Pegi jalan tempat lain pulak. Destinasi wajib ketika raya ada lagi 3 buah rumah.

Dalam pukul 2.45 ptg baru kami balik rumah. Penat, ngantuk semua ada. Selesai solat zohor je rumah ni mula dikunjungi tetamu. Meriah meriah meriah! Itu la word yang dapat aku gambarkan.

Kedatangan insan tersayang memang dinantikan, memang aku harapkan. Dah menjelang petang baru la si dia sampai berbaju melayu warna merah hati. Ensem, sedondon gitu. Hehehe, thanks bang sudi datang. Lain kali datang la lagi. Bawak duit raya sekali ye.

Kene stop cerita la, tetamu dah makin ramai. Nanti2 sambung cerita sambil menonton gambar2 raya ye. Will be uploaded sooner or later.