Followers

Thursday, November 17, 2005

::At last..::

Alhamdulillah, akhirnya semua dah selesai. Petang semalam, lebih kurang pukul 2.40pm aku ke opis FTM untuk submit my thesis. Together2 with mr. alizam untuk submit his thesis correction. As for him, that's it. Maybe need a little here and there correction after this. Congrates my friend!

Isi borang sikit, then jot down my signature. Ok, dah. Have to wait a month or two to settle down the whole reading. Hope tak banyak la kene 'bambu' nanti masa viva session. Saje la tanya K'Yati sape yg dicalonkan untuk jadi aku nye external ngan internal examiner. "P&C la Aida". Oklah, ku paham. Takut aku pegi me'ras**h' depa2 ni kot. heheheheh ye la, prosedur.

Risau jugak takut diorang mintak fee RM7** untuk proses tesis tu. Tapi K'Yati tak cakap ape pun, lega la kejap. On the way naik ke lab, terasa macam di awang2an plk. Biar betul edaleeja, ko dah berjaya submit tesis tu. Kepala aku dah ada sedikit 'tingtong' dah. Alhamdulillah, padaMu ya Allah aku memanjatkan kesyukuran.

Around 4.30 aku jalan balik. Nak kena singgah dekat opis my Mama Ku untuk hantar a copy of that tesis. Ye la, kalau tak bagi satu dekat dia teruk la aku nanti masa viva. At least she will remember ape sebenarnya yang aku dah buat tunggang langgang dlm 2-3 tahun lepas(mcm lebih je hehehe).

Jalan balik melalui library, lalu laluan biasa yg ada jambatan.. bawahnya air keruh duk mengalir. Terpandang sorang pakcik duk best menjala kat hujung tebing sana. Boleh ke pakcik?, salah tu jala2 ikan kat sini. Dulu lagi cantik la pemandangan kat sini. Hijau, nyaman. Rasa syahdu pulak bila jalan2 sambil mengenangkan susah payah ngadap research ni. Bangga dengan diri sendiri sebab aku berjaya tabah menghadapinya, gigih berusaha, sakit melawan perang rasa. Berbaloikah usaha aku ni? InsyaAllah, jgn lupa eda pada Allah. Minta padaNya supaya semua urusan dipermudahkan.

Doa mak ayah, keluarga, and sokongan tak berkesudahan dari kawan2 dan pastinya dari yang teristimewa. Sempat aku sms dia pasal tesis aku, ucapkan terima kasih.

Tapi, tugas aku belum selesai. Ada lagi yang perlu dilalui selepas ni. Nanti akan ada sesi viva, then correction lagi. Pesan Mama Ku "InsyaAllah aida, jangan risau2. Kita doa je supaya semuanya ok. Jaga diri tu". Baiklah mama.

Tidur semalam lena jugak la lepas aku dengan bersungguh2 layan 'Full House'. Balik petang ni sambung lagi la nmpk gayanya. Baru cd7, ada lg 9 ni. Boleh2, akan dihabiskan sblm blk Trg.

No comments: