Followers

Friday, November 25, 2005

::Report Jamuan Raya::

Lama dah nak mengarang benda ni. Walaupun ceritanya agak lama, tapi aku nk memenuhi permintaan pasaran semasa :)

Last 19 Nov kengkawan research dah sepakat untuk mengadakan sedikit jamuan bersempena dgn sambutan Syawal. Plan benda ni start lepas jamuan bukak pose dulu. Betul2 plan time aku kembali semula ke bumi sintok. Nak jugak tu tunggu aku.

Aku sampai sintok on 15 nov, btolkan tesis dulu then baru pk menu utk jamuan. Permintaan dari tahun lepas, suh aku masak laksa Trg. Ok, kali ni i grant ur wishes hehehehe. Sate+nasi himpit+kuah kacang, BBQ ayam, bihun goreng, main dish gitu. Ada la benda2 lain nanti. Kek lapis from Cikmaz, kuih2 tambahan, kerepek2, buah2. ok kot, bajet utk 25 org yang hadir. Caj rm7 je? hehehe maklum la, dah agak susut poket masing2 ni. Harapnya boleh la caj byk tu kan? Jemputan through YM je. So sorry kalau ada yg tak dapat msg or terlewat jemput. Salah aku semua tu :(

Cikmaz sampai ptg jumaat. Aku je yg ada kt umah, buha & semah ke lab meneruskan perjuangan. Malam tu kami bertiga bergosip sambil makan2 kat Restoran Rusni. Laici suam macam biasa, abg air tu dh jenguk2. Kompem dapat byk la laici kali ni. Tenkiu..hehehehe. Then ke C'lun Mart utk ronda2. jenguk kat tmpt futsal then archery. erm sejam rm5, not bad. Blh try la nnt. Bila tu eda wei??

Main masak2 lagi kali ni. Pagi Sabtu off we go to pasar changlun ngan DAV baru. Beli sume barang then singgah umah K'Z on the way blk. Lepas bekpes, mula la sesi tugasan. Aku mengerah tenaga kengkawan yg ada (thanks a lot). Potong ulam, ramas santan, blend bawang. Laksa dah rendam lama, sempat tak ni nk celur? Masa tu dah dekat pukul 1. Lepas zohor. elok2 je dalam 2 lebih kami ngangkut ke FTM foyer. Aku tukang jaga kuah, mmg berhati2 la buha drive. Kalau tak, bau santan la aku nnt.

Ramai jugak dah sampai, sibuk2 hidupkan api utk panggang ayam yg diperap oleh buha, kinah, cikyah&zahra. Sedap tau depa punye sos BBQ. Pandai korang buat. Apit tepon bgtahu air takde. Ala, silap aku tak ingatkan dia pasal suh order Siren. Sorry apit. Dia la berkejar amik sate dgn En Megat, then gegas ke Unimart beli air botol. Tenkiu tenkiu..

Meja kitorang angkut dr bilik kuliah berhampiran. Susun, hampar paper lama then hidang makanan yang ada. Hehehehe penuh la 4 meja tu. Tetamu jemputan sampai ngan buah tangan masing2. Tq utk zul&wan for the marvelous 'tira miss u'. Fadli & ija bawak sardin roll yg best. Shamsul bwk samosa sedap. Dan ada lagi benda2 lain yg aku terlupa. Meriah btol kali ni. Walaupun ada jemputan yg tak dapat hadir, takpe la insyaAllah lain kali. OOPppSsSs ada lain kali lagi tak ni???

Sblm makan dah mula dah sesi snap2 sana sini. Biasa la tu, acara wajib. Artis2 buha pun dah datang awal bwk kerepek bought frm unimart erk kantoi tag harga ada lagi..takpe2, tenkiu Izhar. Tetamu dtg dari jauh, Manaziz.

Dkt kol 6 ptg sume dah balik. Tinggal beberapa org utk jadik MPKP angkut sampah2 then susun blk meja yg dipinjam. Overall, sukses la jamuan raya ni. Sempat tapau laksa & bihun S'pore. Alhamdulillah, semua kenyang.

Laporan bergambar dah ada and boleh baca kt sini.

No comments: