Followers

Saturday, March 18, 2006

::Cerita lagi::

Lupa la nak mention pasal adik bongsu aku yang dapat result SPM tu. Alhamdulillah ok resultnya. Pada aku cemerlang, Congrates Diksu! Tadi duk pening2 tolong dia isi borang UPU. Tengah moskil lagi nak amik ape. Aku pun tak berapa nak tahu jugak. Awalnya dia minat nak amik forensik, tapi risau plk dia tak berapa strong BIO. Tapi tak salah utk try. Sains hayat ngan Sains Fizikal, aku tak tahu ape la bezanya. Aku dulu masuk matrik UUM, takde plk jurusan ape2. Macam global je yg kitorang study masa tu. Dia pikir sekali nnt nak jadi ape lepas abih blajo. Aku mintak dia tanya abg ngan kakak ipar aku plk mcm mana. Tgk mcm tak terisi pun lg jurusan yg dia nak amik ;)

Last Tuesday pegi Kuantan, pakcik ada operation tonsil. Pesal nak buang ye? Aku pun ada jugak, cuma bengkaknya di kala aku demam dan sakit tekak yang terlampau. Ape effect dia kalau buang? Ish, takde la ngeri sgt. Ingatkan dia nak tebuk2 leher, rupanya 'gerudi2' dari dlm mulut je. Pahtu tonggang keluar. Sempat la tgk tonsil yang dah dikeluarkan tu. Ketul2. Ok la, dia pun dah selamat blk rumah. Cuma kene kerap makan eskrem sbb nak kasik lega cepat.

Lepas gi tgk dia operate kat KPJ (medik TV ni) kitorang ronda2 la sekitar kuantan sambil aku buat keje shopping2. Adik hadiahkan diri dia ngan satu set perfume BodyShop, sempena ngan result SPM yang best. Aku beli kasut nak letak atas dulang. Tgh sale, jimat sikit la. On d way balik singgah makan kat gerai di Balok yang sediakan Gulai Kawah. Nyum nyum, sedap tu gulai daging dia. Siap bungkus bwk balik. Dalam kol 10 jugak la baru sampai rumah, gara2 anak2 dara dia bz shoping, termasuk la mak ayah hihihihihhi.

Hari ni sibuk mengemas ape yang patut. Mak mintak punggah barang2 yang nak guna nnt. Lepas tu susun balik segala barang yang ayah aku shopping kat Kuantan. Microwave, deep fryer, induction cooker. Wah sakan ayah aku kan? Yang paling best, disebabkan dia shoping pakai credit card, dia dapat percuma satu AW-22 set DVD ngan sound system. Makin meriah la adik2 aku layan. Penat wei ngemas itu ini. Mata dah rasa berat ni, 'cik lena' dah mai la. Ok ye, len kali sambung lagi. Daaaaaaaa

No comments: