Followers

Thursday, March 23, 2006

::sekretariat?::

Ptg semalam aku gi interbiu ngan sorang Dato'. Mulanya mcm nebes jugak sebab aku tak pernah plk duk sembang2 ngan org ada pangkat ni. Mmmg btol dia pun manusia jugak, cuma feel dia tu berbeza. heheheheheehe

Mulanya dia cerita ape bidang keje yang dia nak kasik ni. Mcm confirm? Eh takde la, blm lagi. Rupanya dia ni salah sorang board utk Yayasan Kebajikan Perkasa Alam. Sebuah kelab sukan yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Mizan. By 2008, Terengganu akan jadi tuan rumah untuk International Endurance. So, dicadangkan la satu sekretariat utk handle this big event. Kalau ikutkan every year ada endurance dalam bulan 8. Menarik je bunyi nya walaupun aku tak berapa tahu pasal kuda2 ni.

As for me, background IT student ni diminta utk handle satu system. Aku cakap la, kalau melibatkan programming lebih2 kene la aku study dulu. "Itu takpe", katanya. Sistem ni akan rekod kuda yang register utk the competition, then this data is then send ke semua bhg veterinar, stable, time keeping and so on. Kalau kata time pertandingan tu, each result jugak akan direkod secara automatik dan dihantar ke semua bhg on the spot. Erm..pening jugak aku dengar. Banyak tu nak kene buat. Yang aku risau, cara dia cakap mcm aku plk kene handle semuanya. Tapi ye la, sure ada team yg handle benda2 ni.

Biasanya urusetia akan involve from the beginning starting from promoting, flyer, banners, buku aturcara, hospitality, security etc. Lepas abih dia citer semua tu, then dia tanya "dulu awak pernah keje gaji dia bayar mcm mana?" Aku cakap je la, saya tak pernah la btol2 keje cuma jadi practical trainee ngan instructor. Gaji kecik2 je. Lagipun aku takde pengalaman keje so tak blh la nak demand kan? Dia senyum je. Then ada la dia kasik satu cth proposal utk develop website Endurance 2008 tu. Utk aku dapatkan sedikit sebanyak maklumat pasal benda ni.

Semlm ada la belek2 proposal. Bagus sangat company tu nye cadangan and also its profile. With few examples and suggestions. Kalu aku pun accept je proposal tu. Memenuhi citarasa :)

Kalau dapat Alhamdulillah, boleh je aku kenal2 ngan sukan kuda ni. Mana la tahu asalnya nak jd sekretariat je, sekali aku plk yg bertanding sekali. erm, sekor kuda berape hinggit ye? Ahaks!

No comments: