Followers

Monday, April 30, 2012

::Kali ke-6::

 Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke-6 Ulangtahun Perkahwinan kami. Aku doakan supaya kami sentiasa di bawah lindunganNya dan dirahmati dunia & akhirat. Tabahkanlah hati kami berdua dalam menempuhi segala dugaan, cabaran, suka dan duka dalam memastikan rumahtangga ni kekal bahagia.

Kuatkanlah semangat kami dan berilah kesabaran dalam mendidik zuriat dariMu supaya mereka akan membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

Amiin.

Saturday, April 28, 2012

::Doa dari sahabatku::

"Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni
kami.”

“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”

“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”

“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”

“Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat- sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.”

Wednesday, April 25, 2012

::Kurangkan sakit kepala::

Semalam balik keje, mandi2..basuh baju (pakai mesin basuh) heheheh..lepas maghrib, makan malam. time ni kepala dah denyut2 yg amat, ish jarang2 jadik ni.

cuaca skang mmg panas terik, time balik keje bawak keter tahan silau matahari..pon menambah sakit kepala jugak. isshhh tak tahan ni. mintak abang picit2 kat urat kepala yg tegang ni ha..sakit btol la.

teringat tips dari Mok Leha kesayangan utk kurangkan sakit kepala, kurangkan ye, bukan kasik ilang terus.. jom baca :

  1. Ambik sebiji limau nipis yg agak sedang saiznye. kalau kecik guna la 2 biji, ikut selera.
  2. Perah jus limau nipis tu dlm cawan. Nak dpt byk jus, korang golek2 & penyek2 sket ngan tapak tangan sblm potong.
  3. Ambik garam kasar dlm 2 3 ketulan kecik.
  4. Kacau  bg larut garam tu, then minum. takmo campur2 air masak ke, ais ke ye. baru pior.
  5. InsyaAllah sakit kepala akan kurang.
Aku selalu try cara ni dan alhamdulillah menjadik for me. selamat mencoba!

Tuesday, April 24, 2012

::Anger Management::

Me jenis yg mmg baran and garang..ngan my daughters lagi la..mcm singa. Subhanallah, teruk kan? dgn anugerah, amanah Allah pon aku sanggup marah2. maybe keje yg byk & dlm keadaan stress aku trus cepat je nak ngamuk ngan diorang... aku paham, they need my attention sebenar2nya. Umi mintak maaf sayang... :(

Ni antara cara kawal kemarahan yang diajar oleh Rasulullah SAW:
  1. Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

Anak-anak dara kesayangan Umi & Abi

Kalau kita rasa nk marah anak2, sila ikut tips ni ye:
  1. Fikir dulu sblm nak marah atau menyembur anak kesayangan tu. Kalau kita sendiri la, best ke kene marah? Ape plk kita rasa?
  2. Banyakkan beri kesedaran dari kita marah dia. Maksudnya kene bg sebab dan akibat pasai pa depa tu kita marah.
  3. Cuba utk faham emosi dan keinginan diorang. mcm yg pernah cikgu kak hasya cadangkan suh umi bawak kakak gi dating. berdua je, takyah bwk adik..alhamdulillah, siyes talk sesi dating hari tu mmg membantu
  4. Tunjukkan kasih sayang pada anak2 kecik tu, dr segi kawalan suara, bahasa yg kita guna, sentuhan, perbuatan.
  5. Elakkan ayat2 negatif pada diorang.. jgn rendahkan diorang depan org lain
  6. Pantau masa diorang ni duk tgk citer kat TV. Sebab tu la ada syarat kalau TV tayang citer ada kategori SG, U, SX..ha utk kita tolong control la ape yg dia tgk.
  7. Paling penting, banyakkan baca ayat2 suci al-Quran supaya hati diorang ni sentiasa tenang..dengar ckp mak ayah, beradab, sopan..
Dalam byk2 perkara, ada yg aku tak buat lagi..dan aku dh terbuat yg tak elok... Ya Allah, ampunkan dosa aku dalam kelalaian mendidik anugerahMu. Tabahkanlah hati ni, tetapkan iman ku..Amiinn..

Monday, April 23, 2012

::Tolong ambik kesah ye::

Ibu2..bapak2 yang jadik bos ke, CEO ke, Tuan Besar ke... jom, meh la baca, meh la ambik kesah. i copy paste je dari blog CheKiyah aka CK





saya setuju!!!!

Sunday, April 22, 2012

::Mata sape lagi coklat?::

Baca dah tajuk entri tu? ni la alkesahnya adik beradik ku tetiba dlm keadaan sedikit sengal..time kenduri sepupu hari tu tetiba je dipanggey nye semua adik beradik aku..'meh kita tgk, mata sape lagi coklat'.. buleh plk? time org sibuk ngangkat lauk deme duk banding2 kaler mata ye... ishhh poyo an! nnt i bgtau ye mata sape paling coklat hehehehehe

ni i copy paste ye..

Coklat (kelihatan seperti hitam)
•Warna paling dominan di banyak bahagian dunia terutamanya di Asia Timur, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan dan Timur Tengah.
•Turut dikenali sebagai honey eyes dan sering disalah tafsir sebagai amber.






banyak lagi tau warna2 mata asli, ada tujuh(7) kaler mcm yg dlm laman web tu tulis

"Penduduk dunia telah dikenalpasti mempunyai tujuh jenis warna mata iaitu biru, coklat, kelabu, hijau, hazel, merah dan amber."


paling coklat hehehehehe mata sape coklat??? jeng jeng jeng.... heheheheh ME!!!

Saturday, April 21, 2012

::Layan filem::

Semalam nyempat layan Movie Blockbuster on TV2 - Paycheck. gambar ehsan dr Google and Wikipedia



Filem ni dah lama, tapi apesal aku tak pernah tgk? tak ambik kisah kot..ye la tu, jawapan yg tepat. heheheh semalam berjaya tahan mata tengok citer ni. For me, overall cerita best..takde berat sgt nak faham..jalan cerita pon erm ok, tersusun.

Citer ni pasal sorang reverse engineer lakonan Ben Affleck yg  tugasnya, lebih kurang study teknologi yg org buat then dia akan recreates teknologi tu supaya dpt atasi pesaing. Lepas je kerja dia tu siap, kawan dia akan 'padamkan' memory pasal recreations tu utk jaga intelectual property client dia. Uhaiii buleh plk erase2 gitu je memory org. Citer la katakan, based pon on science fiction nyer buku cerita kan?

Makin menarik bila dia dapat job utk create satu alat dlm tempoh yg lama..3 thn. kalau job sblm ni, paling lama pon dlm 8 minggu je. Kawan baik dh nasihat dia but dia nak jugak teruskan. Tgk semalam bukan 3 tahun, lepas 5 minit, tiba2 keje dh siap..heheheheheh sib baik fokus btol2, kalau tak tak paham aku.

Mula pencarian memory yg hilang ni sebab ape yg dia create adalah satu alat yg kononnya buleh tgk masa depan. Dia hantar 1 sampul surat pada diri dia sendiri lepas memori semua dipadamkan. And based on those 20 things dia cuba dapatkan balik memori dia sbb client dia inject chemical yg akan hilangkan memori tp still ada memori terpendam. Hah! pening korang baca...heheheh takpe2. kalau minat, sila carik, download or ape2 je la utk tahu citer ni lebih lanjut ye?

Thnx to RTM-TV2 sebab tanyang citer2 yg best. Bagus peningkatan diorang, walaupon gambarnya tak sehebat TV3 lagi tp aku respect sbb diorang berani utk tayang cerita2 yg pada aku agak segar utk ditayangkan. Kalu tak silap, bulan lepas diorang tayang Trilogi Lord of The Rings utk 3 minggu turut2. Ilang rindu i dekat Aragorn tau hehehehehehe.

oklah, akhir kata..majulah penyiaran Malaysia utk rakyat. Bersainglah dgn sihat ye...

pssssttt : kasik kurangkan citer2 hantu buleh? tak tayang malam Jumaat buleh?

Sunday, April 15, 2012

::Kenduri & B'day lagi::

14/4/2012 Majlis kawen sepupu di kemaman..lebih kurang sambut menantu la ni. Raja sehari mmg cam raja dh, kuning. Tahniah buat Megat Azlan dan Nora.


15/4/2012 Road tax kereta Myvii ku dah tamat..ptg baru dapat. esok je la tampal. hari ni jugak b'day Mak Lang aka Nana.. Selamat hari lahir, semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya. Anak2 aku plk sibuk tanya dia, maklang beli kek dok? kek gambo ape? issshh dok kan la b'day girl beli kek sdiri, ke guane? kek ni Adik Su sponsor, tenkiu dik. me? sponsor pizza seround heheheheh..here's the cake..besttttt



 

Friday, April 13, 2012

::Kehilangan::

1hb April 2012, kami kehilangan 'bak' kesayangan aka my ayah mertua. Petang sabtu, keadaan dia dh memang teruk sangat2 tenat. dah tanya abang nak tido sana ke? dia kata takpe..esok je la. dgn hati yg agak berat, malam tu kami balik tidur kat 'Rumah Kita'.

Paginya, dear hubby tak bukak kedai, aku plk gi opis mcm biasa dgn hati yg tak tenang. Pepagi dh bg tau opismate, my bak dah nazak..so mintak tolong kalau2 dgr hp bunyi tolong panggil. Dlm kol 10.30 hp dh ringging 2 kali, aku masa tu kat tgh2 foyer bg komen pasal report anak2 buah.

2 missed call from hubby, jantung ni dh degup laju..ya Allah, kuatkan semangat. call abang and ayat dia 'Sayang, kaki Bak sejuk dh sampai lutut'..terus 'ok, sayang balik.' Air mata dh genang2, bila ckp je ngan kak na, laju je air mata ni keluar. bgtau HR, call my boss..then trus balik. Bwk keter pon mcm ape je, nangis2.. lantak le kalu org tgk, pedulikan..

Dalam hati duk doa supaya sempat la jumpa bak..Ya Allah, tabahkanlah hati aku..dah dekat area losong tu baru la..eh apesal aku tak gi jemput anak2 kat tadika ni..ish liza2..tgk minyak plk dh kelip2, aduhai masa ni jugak ke? brenti kat Shell, isi minyak ngan hidung merah, mata duk berayaq lagi, buat dek je. nampak abang ipar pon duk isi minyak jugak...

Shoot tu rumah, amik wuduk baca Yassin. aku tak mampu nk ngadap muka mak, adik n my hubby. ramai dh start datang, aku tolong la mana2 yg mampu kat dapur.

Allahyarham meninggal lepas azan Asar, lepas lebih kurang 20 minit mak dia (my nenek) yang uzur sampai dari Dungun. Sedih masa tok ckp dia dah ampunkan dan halalkan semuanya dunia dan akhirat.

Urusan jenazah berjalan lancar tanpa gangguan. Alhamdulillah, selamat dikebumikan malam tu jugak. Lepas selesai baru la terasa penat. Kol 12 tgh mlm ajak abang balik rumah jap ambik barang utk stay kat umah mak utk 2-3 mlm.

Hari ni dah 13 hari Allahyarham pergi, dan aku masih lagi duk terbayang2 keramahan dia..anak2 especially kak hasya paling sensitip kalau tanya pasal 'Ki' dia. Mula la muka tu, mata genang2.. Dah 2 minggu kehilangannya..semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah