Semalam nyempat layan Movie Blockbuster on TV2 - Paycheck. gambar ehsan dr Google and Wikipedia
Filem ni dah lama, tapi apesal aku tak pernah tgk? tak ambik kisah kot..ye la tu, jawapan yg tepat. heheheh semalam berjaya tahan mata tengok citer ni. For me, overall cerita best..takde berat sgt nak faham..jalan cerita pon erm ok, tersusun.
Citer ni pasal sorang reverse engineer lakonan Ben Affleck yg tugasnya, lebih kurang study teknologi yg org buat then dia akan recreates teknologi tu supaya dpt atasi pesaing. Lepas je kerja dia tu siap, kawan dia akan 'padamkan' memory pasal recreations tu utk jaga intelectual property client dia. Uhaiii buleh plk erase2 gitu je memory org. Citer la katakan, based pon on science fiction nyer buku cerita kan?
Makin menarik bila dia dapat job utk create satu alat dlm tempoh yg lama..3 thn. kalau job sblm ni, paling lama pon dlm 8 minggu je. Kawan baik dh nasihat dia but dia nak jugak teruskan. Tgk semalam bukan 3 tahun, lepas 5 minit, tiba2 keje dh siap..heheheheheh sib baik fokus btol2, kalau tak tak paham aku.
Mula pencarian memory yg hilang ni sebab ape yg dia create adalah satu alat yg kononnya buleh tgk masa depan. Dia hantar 1 sampul surat pada diri dia sendiri lepas memori semua dipadamkan. And based on those 20 things dia cuba dapatkan balik memori dia sbb client dia inject chemical yg akan hilangkan memori tp still ada memori terpendam. Hah! pening korang baca...heheheh takpe2. kalau minat, sila carik, download or ape2 je la utk tahu citer ni lebih lanjut ye?
Thnx to RTM-TV2 sebab tanyang citer2 yg best. Bagus peningkatan diorang, walaupon gambarnya tak sehebat TV3 lagi tp aku respect sbb diorang berani utk tayang cerita2 yg pada aku agak segar utk ditayangkan. Kalu tak silap, bulan lepas diorang tayang Trilogi Lord of The Rings utk 3 minggu turut2. Ilang rindu i dekat Aragorn tau hehehehehehe.
oklah, akhir kata..majulah penyiaran Malaysia utk rakyat. Bersainglah dgn sihat ye...
pssssttt : kasik kurangkan citer2 hantu buleh? tak tayang malam Jumaat buleh?
No comments:
Post a Comment