Ni antara cara kawal kemarahan yang diajar oleh Rasulullah SAW:
- Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
- Diam atau tidak berbicara.
- Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
- Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
Anak-anak dara kesayangan Umi & Abi |
Kalau kita rasa nk marah anak2, sila ikut tips ni ye:
- Fikir dulu sblm nak marah atau menyembur anak kesayangan tu. Kalau kita sendiri la, best ke kene marah? Ape plk kita rasa?
- Banyakkan beri kesedaran dari kita marah dia. Maksudnya kene bg sebab dan akibat pasai pa depa tu kita marah.
- Cuba utk faham emosi dan keinginan diorang. mcm yg pernah cikgu kak hasya cadangkan suh umi bawak kakak gi dating. berdua je, takyah bwk adik..alhamdulillah, siyes talk sesi dating hari tu mmg membantu
- Tunjukkan kasih sayang pada anak2 kecik tu, dr segi kawalan suara, bahasa yg kita guna, sentuhan, perbuatan.
- Elakkan ayat2 negatif pada diorang.. jgn rendahkan diorang depan org lain
- Pantau masa diorang ni duk tgk citer kat TV. Sebab tu la ada syarat kalau TV tayang citer ada kategori SG, U, SX..ha utk kita tolong control la ape yg dia tgk.
- Paling penting, banyakkan baca ayat2 suci al-Quran supaya hati diorang ni sentiasa tenang..dengar ckp mak ayah, beradab, sopan..
No comments:
Post a Comment