Last thursday, dengan berjayanya aku main 5 game. eh 5 ke 6 ye? Lupa plk aku sebab tak perform sgt kot. Ptg khamis tu aku follow sorang adik ni balik umah dia kat Alor Janggus. First time gi umah dia, jauh jugak ye. Sesampai kat umah dia, tukar baju then layan laksa Kedah. perrgghhh sedapnya Kak Chaq dia masak. Dah kenyang, kami ronda2 tepi laut sambil menghayati sunset. Thanks dik, bwk akak gi sana. Sempat la sesi bercerita sambil ngumpat skit2.. heheheh sempat lagi tu!
Lepas maghrib, sekali lagi aku susahkan dia utk hantar aku gi City Plaza. Aku ada janji ngan sorang kawan kat sana. Dia dgn bestnya nak blanje aku main boling. Sian jugak dia, penat2 drive dr penang sebab nak main boling ngan aku. Thanks laling :D Bermula la sesi menggolek bola, terasa sedikit kekok utk memulakan balingan. Step pun aku dah mcm nak lupa. Cara baling cemana ye, ish mcm mana boleh tak ingat ni?
Dalam duk tak ingat, 1st game aku cuma 144? uih kira ok la sebab dah dekat setahun tak main. Tapi, tu bukan average aku. Takpe la, main pun for fun je sambil bersembang ngan kwn aku. Dia ada jugak tanya aku tip2 nak main, ingat aku tau agaknya. Aku bgtahu la ape yg dah aku pelajari sebelum ni dr sahabat2 aku geng2 boling. Kebetulan masa tu salah sorang adik jr yg satu team boling UUM ada sekali. Boleh la tanya pendapat adik tu pasal boling. Dia siap boleh gelakkan aku nye score, ceshh mentang2 la dia hebat :Þ
Layan sampai 3 game dulu, tiba2 kawan aku sengih..apesal plk laling ni sengih2, "kita tambah lagi 2 game ye?"..aku dah rasa penat, tp "ok je, ikut la." main la lagi, jari dah rasa sakit sebab house ball tu tak berapa sesuai. Ditambah plk ngan keadaan sekeliling, "pengaruh rakan sebaya", "pengaruh alam sekitar", "tekanan emosi rakan sebaya" sume ada la masa tu. penat aku kontrol 'machi' baling bola.
Satu geng bebudak remaja yg main sebelah lane aku buat2 havoc plk. Sedikit terganggu ngan diorang, score aku 108 je. Geram jugak la, tp nak buat mcm mana, kawasan public. Bukan harta aku pun Kedah Bowl tu kalo nak marah2. Main jugak la, yg geramnya bola yg dah syok aku guna utk main pun diorang belasah jugak tu. Macam la tak boleh pi carik sendiri. Ye la, gedegang sana gedegang sini, bola pun golek ke belakang, ape kes? Sah2 la diorang tak muat bola aku guna, jari aku bukannya besar sgt kecik je. Pulun jgk nak amik bola tu baling. Last2 ke belakang baling nya. Nak gelak, kesian. Lagi pun aku dah tensen masa tu.
Balik UUM dlm kol 11.30, ronda2 keliling U bg dia hayati skit suasana yg tak pernah dia rasa lepas dia kuo dr UUM ni. Teruja ye laling? hahahahhaa baru u tahu kemajuan dlm ni ye? Siap ada traffc light tu, ronda dewan mas tgk jam besar, ronda2 kolej lama tempat kenangan ;) letih pun ilang ye, sebab seronok.
Hari ni, badan aku sakit2 lagi sebab tak stretching pun sblm main hr tu. Served u right la eda. sape suh tak regang2 dulu :D Aduh lengan dah besar sebelah ni..
Storm - Spare Aqua Sparkle(bola kesayangan aku)
Technical Specifications Coverstock Polyester Weight Block Traditional 3-piece core Ball Color Aqua Sparkle Ball Finish 3500 grit Polish Radius of Gyration 2.690 (High) Differential Low (.010) Durometer 84-86 Track Flare Low (1") |
Increase your spare percentage (and your average) with this hard polyester from Storm. Specifically designed to go through the mid-lane and produce little backend, the Spare Storm is a must for making those pesky corner pins.
No comments:
Post a Comment