Followers

Tuesday, April 26, 2005

::Kena ada tajuk ke? ::

Pagi 24 hb aku sampai dr Trg dekat kol 9.30 pg. Gila, 12 jam tu aku duk dalam bas. Leper dah rasa, pinggang pun sakit. Perut ape tah lagi, lapar ni. Biasanya aku akan amik tiket direct ke Changlun. Disebabkan kecuaian aku sendiri, tiket abis. So aku pun amik je la tiket yg kena lalu byk tempat Butterworth, Sg Petani, Alor Setar, Changlun, Kangar, Kola Perlis. Mau tak 12 jam.

Seat dia agak sempit kalo nak dibandingkan dengan Super VIP yg selalu aku naik. hehehe yg tu 2+1 seat, mmg la selesa. Terima kasih to Buha coz sudi jemput aku kat changlun pg tadi. Ingatkan nak tunggu je bas HBR yg masuk UUM, pahtu dia cakap nak tolong amik aku. Aku ikut je, thanks a lot. Sori dah susahkan hang utk ke berapa kali ntah? Bekpes dulu kat kedai Pakdin sambil pekena roti canai telur+air kopi ginseng. Alhamdulillah, kenyang rasanya.

Sampai Maybank, mandi2 then siap2 utk makan t'hari pulak. Eh, makan lagi? Iye la, makan, kali ni makan kat lego. Aku tak makan sebab duk terasa lagi roti telur tu mengembang dalam perut aku. Order air carrot susu, then lepak la ngan kawan2 lain sambil pau koteaw sup buha. Buha lagi yg kena hehehehe sori ye.

Ada sikit sok sek sok sek yg aku terdengar. Ish, aku pun dah tahu la, nak sembunyi apenya? Tak paham jugak la aku pun. Buat2 biasa je la kan? Setahun, jangka masa yang lama tu..aduh dup dap jugak la. Tertanya2 mcm mana la aku nanti bila berhadapan dgn situasi tu. InsyaAllah ok je.

Dan tadi, "Assalamualaikum..Hai.." ooppps, mcm biasa aku dengar je ni. Ye, selepas setahun..tiba2 lidah aku kelu utk berkata2

Hai sahabat, lamanya tak nampak. Banyak sebenarnya yg aku nak bualkan, nak aku tanya. Khabar, kerja, research. Takpe la, aku ada sahabat2 yg sudah pun sudi bertanya yg ku andaikan bagi pihak aku. Tak tahu nak ber'aksi' macam mana. Senyum, diam, tu je yang termampu masa ni. Maafkan aku sahabat andai terasa seperti aku sengaja berkeadaan begitu. Congrates ye, sudah berbaloi usaha selama ni. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar, dah lepas satu stage kan?

Dan, hari ni berlalu dengan seribu satu kenangan lalu..

No comments: