Followers

Tuesday, September 04, 2012

::Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012::

dahsat sungguh ni..lebih sebulan ko tak hapdet. bz la sgt kan? padahal mood nk ngarang tu maleh mengatasi segalanya..

Masih lagi kita di bulan Syawal, so aku sefamily nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Raya tahun ni sedikit suram sgn ketiadaan Allahyarham bapa mertua ku yg telah kembali ke rahmatullah pada 01/04/2012 yg lalu. Hari Jumaat, 2 hari sblm raya kami dh kemas2 barang gerak ke rumah mak mertua. Abi nak pastikan mak takde sedih2 sgt, meriah la sikit ngan 2 org budak chicky wicky (kak Hasya & Dik Faa). Pepagi raya che su dh order Nasi Beriyani ngan mak, so bertungkus lumus la kami mlm tu sedia bahan2. kang senang celik mata esoknya tanak nasi ngan goreng je ayam.

Menu buka puasa last day, aku try masak Ayam masak Masala..ooo gitu rupanya garam masala ye. umi ni 'peghok' skit, dok kenal bahan ni. try2, alhamdulillah jadik. sedikit pedas coz gatai tgn tambah ciliboh masa numis. nnt i put the resepi ye..konon!

Maleh nk transper2 gambo dr kamera lg (padahal aku tak jumpa tang mana dh letak cable nk transfer).. so sila jamu mata dgn gambar2 ni saje ye.

Anak2 Umi & Pakcik 'Gem'

Ngan sepupunya Haiyul Syamil
Me, Diena, Bie(tuan tanah open house), Ruby & Mar

Selamat Pengantin Baru buat Fa Mi & wife (Lily, Nik, Fa Mi, wife, Kak Hasya, Mar, Umi, Abi)

Open House umah sendiri blm berjaya dilaksanakan utk tahun ini..insyaAllah ye kawan2..akan ku war-warkan utk tahun depan ye..

Saturday, July 28, 2012

::Oh My English!::

Pertama kali tonton sitcom ni last week kat umah mak ayah aku. Al-maklum la, kat rumah tak dipasang ngan piring astro ni..tak larat Umi ngan Abi nk gaduh ngan puteri2 berebut remote. yg dpt nengok 6 chanel tu pon jenuh duk gaduh, ini kan plk berpuluh siaran..pecah rumah kang hehheehhee

Sitcom ni not bad, banyak membantu kita utk perbetulkan kita nye English sama ada dari segi pronunciation or vocabulary. td duk jenguk2 jugak kat web astro, siyes mmg menarik. Sitcom ni lebih kurang adaptasi dari citer Mind Your Language satu ketika dulu. Cuma utk MYL melibatkan golongan dewasa dan OME lebih kepada pelajar2 sekolah menengah.

Jom jenguk al-kisah OME ni through Laman Astro. Kat web ni korang berpeluang nk join exercises, kenal watak2 dlm sitcom ni, and nengok episod2 yang ada. :)

The info
Ni episod baru rasanya, tak tengok lagi


Ni Mr Henry, diorang nye English teacher. Mr. Henry pon ada BLOG jugak.



Friday, July 27, 2012

::Menu pilihan Abi::

3 hari lepas (lamanyer citer), menu untuk iftar adalah pilihan Abi. As requested, Abi nak ketam masak berlada..erm sound nice. tp, utk anak2 Umi hanya rebus je ketam tu.

Blk dari opis kol 4.30ptg kami ke Hiliran Jejawi (jln ke losong kepok lekor) utk dptkan bekalan ketam yang fresh..harga? RM25.00 per kg. Mahal jugak, sebab sehari sebelum pose pon kami ada beli ketam ngan harga RM22.00 per kg. Uihhhh mmg cepat btol kalau bulan puasa ni harga nak naik. Takpe, demimu Abi sayang, Umi pilih2 dlm 4 ekor & abang tu kasik RM24.00 je. Alhamdulillah..

Umi pon beli jugak sotong sket dlm stengah kilo, untuk stok hari lain plk. lain2, erm takpe la dulu. Singgah jgk kedai jap beli gulai daging cincang coz bila dh goreng berlada ketam tu nanti takde plk lauk yang berkuah.

Gedegang2 umi kat dapur, ngam2 hidang makan trus azan maghrib. letihnya rasa, ngan masam, hanyir bau sotong ketam.. lepas makan kurma & minum air milo panas Umi g mandi dulu. Mintak maaf bang, busuk sgt dh badan. Abi pun menghayati dulu lauk pauk tu.

menu iftar kami on that day : Ketam masak berlada, ketam rebus (anak2 punya), kailan goreng belacan, gulai daging cincang (tunjuk je), kurma (wajib ada ni), milo panas (for umi & abi) and 100 plus utk Abi & anak2.

Menu Iftar hari ke-4





Ketam ni Umi masak gaya Wan masak, tp of coz resepi mak lagi best sebab biasanya mak letak telur sebiji.

Ketam masak berlada

bahan2:

  1. Ketam 3 ekor, potong dua and ketuk2 sket supaya senang masa nk mkn nnt
  2. Bawang merah dlm 3 ulas (tumbuk)
  3. Bawang putih 2 ulas (tumbuk)
  4. Sehiris halia (tumbuk)
  5. Cili boh 2 sudu besar
  6. Sos tomato sket
  7. Sos tiram 1 sudu (tak letak pon takpe)
  8. Garam secukup rasa
  9. Gula 1 sudu kecil
  10. Belacan sket
Cara nak masak:
  1. Umi selalunya akan tumis cili boh dulu bg garing sket. then Umi masukkan gula sbb mak kata takmo bg cili boh hangus :)
  2. masukkan bahan yg ditumbuk
  3. dah garing masuk sos tomato, sos tiram ngan belacan
  4. Sedikit air sebab nak kasik berkuah, biar kuah sedikit pekat
  5. Masukkan garam secukup rasa 
  6. Masukkan ketam, goreng sampai masak. Umi tutup kejap coz ketam tu agak besar and kulit keras.
  7. dah ok, angkat & hidang

heheheh bukan main ko ye ada resepi. tp alhamdulillah, memenuhi citarasa Abi. anak2 tak brape berkenan sebab pedas..cili boh ni jenis pedas & merah cantik je.

kalau nak rebus je ketam tu, Umi ketuk2 serai sebatang, bawang putih 2 ulas, bawang besar size sederhana (separuh je pon takpe), sehiris halia, letak garam & gula sikit. pastikan air tak banyak sgt, nnt ilang manis ketam.

ok, selamat la korang mencuba :)

Sunday, July 22, 2012

::Salam Ramadhan dan Senaman muka::

Dah lama sgt tak mencoret di dada blog..huwaaaaaa blog aku ada anggota gitew :)

Alhamdulillah, syukur padaMu kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Semoga pada tahun ni kita dapat melaluinya dengan penuh keberkatan. Amiin..

asalnya wallpaper dari sini. udah di'edit'


Apa yang nak di'tepek' di sini mmg menjadi lawak bagi kebanyakan orang. but yes, it's true! Penggunaan bahasa di tempat yang berbeza akan menjadi satu kelucuan buat orang lain. mcm slang org ganu ni mmg sekali dgr cam "dia ni ckp ape" padahal sama je pon.

Perkara ni mmg akan berlaku bila u try ur best utk standardkan bahasa tu. Hari tu moon ada jugak post entri dia guna bahasa ganu ni..hok terik ni aku pulok nok buboh sini biyar oghang bace belake. nok suke selok pon dakpe... doh semer oghang macang layu do'oh, metang2 la ye je pose :P hahahah..  

ok meh kita tengak sama2..



jgn plok gi PARAM ptg kang mitok "air kelapa se, isi nyar nok lebih" paghok..paghok....

Friday, July 13, 2012

::Exam anak didik & kecemasan::

wah..minggu ni exam lagi.. mcm tiap2 bulan je exam kan? mula 9hb - 11hb Julai 2012. harapnya semua akan lulus, tp harapan hatiku...terkandas jugak budak2 ni.. bukan kandas pon, ditangguhkan diorang nye verifikasi, final exam ngan presentation final project. Untung laaaaa..konon!

sakit ati ngan diorang Allah je Yang Mengetahui..aduh, tebal muka aku ni bila meeting ngan PPL pasal status diorang. mau taknya kesemua budak2 DKM tangguh exam. not good sungguh!

Hari pertama exam aku dh nmpk ura2 mcm diorang ni tak bersungguh nak exam. semua benda tak siap! dari fail portfolio hingga la ke report projek. mau tak paneh aku ni...

Hari kedua, tgh2 diorang duk syok jawab amali tetiba kecoh..." cepat2, tutup semua plug..ambik barang berharga..ADA KEBAKARAN".. ish aku kalau org panic, aku nk buat rileks pon tak reti..trus mcm "amik semua ye, beg2, sijil2 yg pernah bwk mai opis..".. settle shut down, tgk dulu kot2 budak2 tak abih turun lagi, trus la Umi pon ngan nebesnya jalan turun, tingkat 1 je pon.. area mezzanine floor dh bau dh asap..sampai bawah nmpk dh penuh sisa2 dr alat pemadam api yg diorang guna nak sembur dkt main power bangunan.

Alhamdulillah, takde pon yg cedera..cuma ibu mengandung la muntah2 tak tahan bau kesan semburan tu. dan hasilnya, kami bergelap sampai ke hari rabu..ngan panasnya, gelapnya..rosak kat fius, so amik masa sket nak repair. deal ngan TNB, ngan kontraktor..biasa la..

Ape pon, sila beringat ye kawan2..kalau berlaku kecemasan, pastikan barang2 berharga dicapai bersama & please perati ada tak kawan2 tertinggal..

Thursday, June 14, 2012

::Family Trip Jun 2012::

Ini citer sudah lama kene peram..dah basi..dah lama.. heheheh takpe2..

Last 8 & 9 Jun 2012 kami sefamily..bukan family aku aje, seangkatan anak2 en hussin ye, skali ngan menantu2 and cucu2 telah ke pulau kapas utk cuti2 malaysia kami. Trip 2 hari 1 malam ni mmg besh walaupon ada sedikit hiccup.

Bertolak dari Jeti Marang lepas solat Jumaat, 8/6 lebih kurang kol 3.00pm. Hangkut segala barang mamcam rupa dh nak bermastautin kat sana heheheheh. maklum la masing2 ada bawak anak kecik, bekalan kene cukup.

kami stay kat Kapas Coral Resort yang mmg menarik dan sedikit jauh dari resort2 lain. bersebelahan ada Resort makcik Gemuk. Pakej yg kami ambik dalam RM75/dewasa and kanak2 under 12yrs separuh harga..sendiri kira aaaa :)

Dalam pakej ni termasuk bilik yg ada air-cond, dinner ala2 bbq, breakfast and lunch, included snorkeling skali. Jom la tengok2 gambar. Umi sedikit maleh nak bercerita, let the photos do the job ;)

Kat Jeti Marang sebelum bertolak. Ni anak2 Umi and sepupu2nya..and Mak Lang

Tu jeti kat pulau ye hehehe tangga kayu aje

Tengah loading turun barang2 and family members

Itu kami nye bilik2 ye..every rumah is a bilik :) Memang nice. Sebelah kiri ni bilik kami sefamily, yg straight ahead mak ayah nye honeymoon room :) kiranya kami conquer dlm 6 bilik hhahhaha

Ni time snorkeling kat area coral, Umi tak pegi sbb Abi tak brape sihat

Ni Geng Bas Sekolah heheheheh

Ni la satu2nya gambar kami sefamily..dah nak balik ni

Sesi wajib, gambo dulu sblm gerak balik :)



Ada cadangan supaya jd annual event utk Keluarga Hussin. tapi dengan pesanan ye, menabung la dari awal utk kebahagiaan semua.. hahahahahahah

Wednesday, May 23, 2012

::Norma telah kembali ke rahmatullah::

Cerita mengenai Norma ni telah aku baca sejak tahun lepas lagi. aku follow blog Moon, birasnya.. Semalam baru aje baca blog beliau mengenai perkembangan Norma. Macam mana kuatnya dugaan, dan kuatnya semangat diorang sekeluarga berusaha untuk memastikan Norma kurang menderita akibat penyakitnya.

Tiba2, bukak blog pepagi ni terbaca lagi dari blog Filla yang Norma telah kembali ke rahmatullah semalam dalam kol 12 tgh malam. Innalillah...semoga rohnya tenang di sana..

Salam takziah dari eda sekeluarga buat Moon, Sutan, Talib and family. Buat baby Rafiq, kenangan bersama mamanya yang byk dicoretkan oleh Moon akan menjadi kenangan indah buat dia.

Kalau korang nak baca lagi kisah Norma bolh baca kat blog Moon

Kisah Norma byk memberi aku kesedaran tentang kasih sayang antara suami dan isteri, keluarga tak kira in laws or family kita. Aku lebih menghargai setiap saat bersama family and usaha utk pastikan aku terus tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan seharian. Hari2 tak sabar nak balik, nak peluk anak2, peluk hubby. Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada keluarga mereka dalam menghadapi dugaan ini. Diorang dah cuba yang terbaik buat Norma, dan setiap kasih sayang dan usaha tu telah membantu mengurangkan segala berat tanggungan sakitnya.

Semoga kita sama2 dapat mengambil iktibar dari ikatan kasih sayang yang diorang tunjukkan dalam menghadpi semua ini. Amiin.

Al-fatihah buat Norma.

Monday, May 21, 2012

:: Aku Ada, Kau Ada ::

Melayan anak2 daraku dgn versi ke laut diorang...ni OST filem "Aku Ada Kau Ada" ye.. "Beginilah Caranya" nyanyian Saheizy Sam ngan Yana Shamsuddin..joommm layan Zaaassssszzzzz..

Friday, May 18, 2012

::Handbag baru::

Jalan2 hari tu, bukan takat anak2 je dapat kasut baru, Umi pon dapat handbag baru, Abi belikan.. tenkiu bang. Dah lama sebenarnya Umi teringin nak ada handbag yg dibuat dari kain jeans..sekali pusing2, nampak la sale handbag yg disusun dlm rak. Saje2 la test, tgk sale mcm ooo ok 70% ye..menarik ni.

Galas kat bahu, erm ok jugak terletak aje. then Abi pon cakap "Cantik la Umi, nak? ambik la"..ape lagi hatiku terus berbunga riang..pucuk dicita ulam mendatang hahahahahaha." Btol Abi?"...sambil senyum "abg offer ni, nak ambik la"..Then i test 2 3 design tgk mana yg cantik and lastly...ini yg dipilih...

Ish senget plk, maleh nak edit

Cantik kan?

Ni dah dikira hadiah 2 dlm 1 ni, satu utk anniversary, satu utk hari Ibu...tenkiu so much!

Thursday, May 17, 2012

::My kids BubbleGummers::

Last Friday punye xtvt, jalan2 di Giant sambil2 nak carik kasut baru buat kakak. Subhanallah, cepatnya anak umi besar, kasut2 and sandal dia sumer dh kecik. 1st stop kat Bata, sebab situ byk pilihan kasut budak2 and mak budak yang cantik2 and tahan lasak. Aku jenis tak kesah sgt brand, asalkan selesa pakai n tahan lama, and of coz tahan lasak.

Ada sepasang yg kakak try, cantik sgt kaler purple. Tapi "Ni je kak size yang tinggal" aduhai, frust plk rasa. takpe2, pusing2 dulu ye..ish cantik plk yg sepasang ni, biarlah ada size yg nak. Tapi mmg la tak dapat nak beli sepasang je utk kakak, kene jugak la sepsang untuk adik. untuk dua pasang tu, just for RM40. oklah kan, cantik pon cantik.

Apesal pilih BubbleGummers? heheheh corak and design yang cantik..lagipon lasak kalau budak2 pakai. Last beli utk b'day kakak masa umur 2 thn, dia pakai sampai la koyak2 tapaknya. Lagipon, kalau jalan2 kat lantai shopping complex takde la licin sgt sbb most of them biasanya tapak getah, grip sikit la.

Meh kita tgk kasut anak2 umi ni ye..yg kakak punye umi dah derhakakan rupa asalnya :)

Umi dh tambah tali from her old shoes

Btk asal macam yg adik punya belah kanan.hehehe

Wednesday, May 16, 2012

::Selamat Hari Guru 2012::

Setiap tahun on 16th May akan ada sambutan Hari Guru. Sempenan hari guru tahun ni, teringin nak ucapkan terima kasih tidak terhingga di atas jasa diorang mendidik dan memastikan semua pelajar mendapat ilmu yang boleh digunakan sepanjang hayat mereka.

Aku salah seorang pendidik juga officially sejak tahun 2007. Kalau sebelum2 tu ada jugak jadi Jurutunjuk kat Sekolah Teknologi Maklumat, UUM. ish buleh consider cikgu ka?

Semalam menjalankan misi bersama anak2 menyiapkan kad ucapan hari guru buat teacher2 kat Tadika Rossa. Umi pon satu, balik bnk in duit semalam singgah kedai beli 1 je kad ucapan. Anak2 umi biasanya nak satu sorang, baru feel. "Saya nak bagi teacher faziha, adik nak bagi teacher huda". dan akhirnya umi la jadi mangsa main gunting2 kertas, brochure utk buat artwork ngan diorang. ala yg dulu2 kita duk tampal2 huruf menjadi ayat best tu, ape org panggey patchwork jugak ke? hehehe tak reti umi nak ckp..

dah siapkan satu kakak punya, satu lagi adik faa punya. ish lupa plk nk copy gambar kad yg diorang deco2 and conteng2. adik la tak brape nak layan coz dah mengantuk yang amat. last2, umi yg siapkan sesi tampal2. conteng2 tetap diorang jugak.. nampak la kakak muka puah ati sungguh ngan hasil kejenya.

Ape pon buat semua sahabat di luar sana yang bergelar cikgu, ustaz, ustazah, madam, teacher, lecturer, puan yang menjadi pendidik anak bangsa, Umi nak ucapkan Selamat Hari Guru dan teruskan usaha murni kalian dalam mencurahkan ilmu yang akan diamalkan oleh kami serta generasi akan datang dunia dan akhirat. Amiin & tenkiu very much!

Tuesday, May 15, 2012

::Made by Kakak & Adik::

seperti yang diwar-warkan, ni gambar kad made by kakak and adik..umi love uols :)

Made by Kak Hasya


Made by Dik Faa



Monday, May 14, 2012

::Selamat Hari Ibu::

Kalau nak ikutkan, hari-hari boleh kita katakan Hari Ibu, iye? heheheh.. Semua org dah post citer sambutan hari ibu masing2..

As for me, got few sms ucapan hari ibu, and a really spesel one comes from my dear hubby. Terima kasih abang. Suka sangat sebab kadang2, kebiasaannya en hubby jarang sikit cakne mende2 gini. So bila dpt je wish dari dia semalam mmg really make my day hahahahhahahaa.

Ptg semalam balik dh lewat sebab settlekan problem ngan wahai anak didik yg dah besor panjang ni. Kami paham, jiwa remaja yg suka nak memberontak dan melepaskan marah pada apa saje yg ada depan mata. Pertimbangan yang wajar belum nak ada ni, walaupon diorang ni sebanrnya tahu mana satu betul, mana satu salah. yang mana boleh, yang mana tak boleh. Harap, kejadian ni dah tak berulang and pihak pengurusan pon tengah mengusahakan.

My adik nana belikan KFC set semalam utk sesi makan2 kat rumah mak. Siannya Puan Mok Leha ni gigi dia plk sakit semalam. dah tak lalu nak makan, nak melayan cucu pon takde selera...sure lapar perut dia. Adik aku pon belikan bubur ayam McD kot la dia buleh nak telan. last2, anak ku sayang yang makan, mujur ada 2 mangkuk.

Masuk2 rumah, dua puteri ku berlari2, peluk aku then wish me "Selamat Hari Umi, saya sayaaaang umi" wah, so sweeeettttttt... "tenkiu adik, kakak"..

Nanti2 nak upload gamabr kad made by diorang. Tenkiu teacher Tadika Rossa ajar diorang buat kad cantik2.

Ape pon, wish semua blogger Selamat Hari Ibu, Mama, Umi, Mak, Mummy, Ama, Chek. Semoga kita semua semakin tabah dalam mendidik dan menjaga amanat dari Allah serta sama2 memastikan kebahagiaan keluarga dunia dan akhirat. Amiin....

Saturday, May 12, 2012

::Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr::

Seringkali kita dengar tiap kali majlis, mesyuarat or perjumpaan dimulai dengan Umul kitab Al-Fatihah dan diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr dan tasbih Kafarah.

Dulu kecik2 zaman skolah aku mmg selalu dgr org sudahi dengan bacaan doa ni dan surah yg dinyatakan tapi tak tahu macam mana bacaan doa tersebut. Seriously not just me. Even baru-baru ni pon masih ada yang menyuarakan diorang still tak tahu bacaan doa tu.

Hari ni, aku nak share doa tu untuk tatapan semua. Semoga lepas ni kita sama-sama dpt amalkan bacaannya. Takde la abih je majlis korang baca surah al-Asr saje ye.



 Sumber kutipan maklumat di Rinsya Ryc dan zikrihusaini Tenkiu very much!


Thursday, May 03, 2012

::Saya belajar di sini::

Saya pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun sejak tahun 1991 - 1995 (u count my age arrr hehehe). Pengalaman belajar di sekolah ni memang byk mendidik jadi orang yg berguna. Lima (5) tahun berada di sini aku punya ramai sahabat2 kala suka dan duka. seriously talk la, mmg sampai skang kami masih lagi contact each other.

Baru2 ni, selepas hampir 16 thn aku kembali ke sekolah. Saja2 memenuhi jemputan my dear sahabat & En Abg Angkat utk berjumpa. Plus, diorang baru je selesai satu program dgn para pelajar Tingkatan 3. Buleh la nak kata mcm i'm sort of nyibuk je sebenarnya hehehe dasar muka tembok gitu kan? Buat dok tahu je..

Gi minum2 air jagung kat blakang sekolah..pergghhh masih seperti dulu and u know, skang dah ada air jagung float. hehehe ke aku yg tak tahu ni...

InsyaAllah, ada rezeki, panjang umur akan ku jejak kembali ke sekolah ni.

Monday, April 30, 2012

::Kali ke-6::

 Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke-6 Ulangtahun Perkahwinan kami. Aku doakan supaya kami sentiasa di bawah lindunganNya dan dirahmati dunia & akhirat. Tabahkanlah hati kami berdua dalam menempuhi segala dugaan, cabaran, suka dan duka dalam memastikan rumahtangga ni kekal bahagia.

Kuatkanlah semangat kami dan berilah kesabaran dalam mendidik zuriat dariMu supaya mereka akan membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

Amiin.

Saturday, April 28, 2012

::Doa dari sahabatku::

"Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni
kami.”

“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”

“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”

“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”

“Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat- sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.”

Wednesday, April 25, 2012

::Kurangkan sakit kepala::

Semalam balik keje, mandi2..basuh baju (pakai mesin basuh) heheheh..lepas maghrib, makan malam. time ni kepala dah denyut2 yg amat, ish jarang2 jadik ni.

cuaca skang mmg panas terik, time balik keje bawak keter tahan silau matahari..pon menambah sakit kepala jugak. isshhh tak tahan ni. mintak abang picit2 kat urat kepala yg tegang ni ha..sakit btol la.

teringat tips dari Mok Leha kesayangan utk kurangkan sakit kepala, kurangkan ye, bukan kasik ilang terus.. jom baca :

  1. Ambik sebiji limau nipis yg agak sedang saiznye. kalau kecik guna la 2 biji, ikut selera.
  2. Perah jus limau nipis tu dlm cawan. Nak dpt byk jus, korang golek2 & penyek2 sket ngan tapak tangan sblm potong.
  3. Ambik garam kasar dlm 2 3 ketulan kecik.
  4. Kacau  bg larut garam tu, then minum. takmo campur2 air masak ke, ais ke ye. baru pior.
  5. InsyaAllah sakit kepala akan kurang.
Aku selalu try cara ni dan alhamdulillah menjadik for me. selamat mencoba!

Tuesday, April 24, 2012

::Anger Management::

Me jenis yg mmg baran and garang..ngan my daughters lagi la..mcm singa. Subhanallah, teruk kan? dgn anugerah, amanah Allah pon aku sanggup marah2. maybe keje yg byk & dlm keadaan stress aku trus cepat je nak ngamuk ngan diorang... aku paham, they need my attention sebenar2nya. Umi mintak maaf sayang... :(

Ni antara cara kawal kemarahan yang diajar oleh Rasulullah SAW:
  1. Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

Anak-anak dara kesayangan Umi & Abi

Kalau kita rasa nk marah anak2, sila ikut tips ni ye:
  1. Fikir dulu sblm nak marah atau menyembur anak kesayangan tu. Kalau kita sendiri la, best ke kene marah? Ape plk kita rasa?
  2. Banyakkan beri kesedaran dari kita marah dia. Maksudnya kene bg sebab dan akibat pasai pa depa tu kita marah.
  3. Cuba utk faham emosi dan keinginan diorang. mcm yg pernah cikgu kak hasya cadangkan suh umi bawak kakak gi dating. berdua je, takyah bwk adik..alhamdulillah, siyes talk sesi dating hari tu mmg membantu
  4. Tunjukkan kasih sayang pada anak2 kecik tu, dr segi kawalan suara, bahasa yg kita guna, sentuhan, perbuatan.
  5. Elakkan ayat2 negatif pada diorang.. jgn rendahkan diorang depan org lain
  6. Pantau masa diorang ni duk tgk citer kat TV. Sebab tu la ada syarat kalau TV tayang citer ada kategori SG, U, SX..ha utk kita tolong control la ape yg dia tgk.
  7. Paling penting, banyakkan baca ayat2 suci al-Quran supaya hati diorang ni sentiasa tenang..dengar ckp mak ayah, beradab, sopan..
Dalam byk2 perkara, ada yg aku tak buat lagi..dan aku dh terbuat yg tak elok... Ya Allah, ampunkan dosa aku dalam kelalaian mendidik anugerahMu. Tabahkanlah hati ni, tetapkan iman ku..Amiinn..

Monday, April 23, 2012

::Tolong ambik kesah ye::

Ibu2..bapak2 yang jadik bos ke, CEO ke, Tuan Besar ke... jom, meh la baca, meh la ambik kesah. i copy paste je dari blog CheKiyah aka CK





saya setuju!!!!

Sunday, April 22, 2012

::Mata sape lagi coklat?::

Baca dah tajuk entri tu? ni la alkesahnya adik beradik ku tetiba dlm keadaan sedikit sengal..time kenduri sepupu hari tu tetiba je dipanggey nye semua adik beradik aku..'meh kita tgk, mata sape lagi coklat'.. buleh plk? time org sibuk ngangkat lauk deme duk banding2 kaler mata ye... ishhh poyo an! nnt i bgtau ye mata sape paling coklat hehehehehe

ni i copy paste ye..

Coklat (kelihatan seperti hitam)
•Warna paling dominan di banyak bahagian dunia terutamanya di Asia Timur, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan dan Timur Tengah.
•Turut dikenali sebagai honey eyes dan sering disalah tafsir sebagai amber.






banyak lagi tau warna2 mata asli, ada tujuh(7) kaler mcm yg dlm laman web tu tulis

"Penduduk dunia telah dikenalpasti mempunyai tujuh jenis warna mata iaitu biru, coklat, kelabu, hijau, hazel, merah dan amber."


paling coklat hehehehehe mata sape coklat??? jeng jeng jeng.... heheheheh ME!!!

Saturday, April 21, 2012

::Layan filem::

Semalam nyempat layan Movie Blockbuster on TV2 - Paycheck. gambar ehsan dr Google and Wikipedia



Filem ni dah lama, tapi apesal aku tak pernah tgk? tak ambik kisah kot..ye la tu, jawapan yg tepat. heheheh semalam berjaya tahan mata tengok citer ni. For me, overall cerita best..takde berat sgt nak faham..jalan cerita pon erm ok, tersusun.

Citer ni pasal sorang reverse engineer lakonan Ben Affleck yg  tugasnya, lebih kurang study teknologi yg org buat then dia akan recreates teknologi tu supaya dpt atasi pesaing. Lepas je kerja dia tu siap, kawan dia akan 'padamkan' memory pasal recreations tu utk jaga intelectual property client dia. Uhaiii buleh plk erase2 gitu je memory org. Citer la katakan, based pon on science fiction nyer buku cerita kan?

Makin menarik bila dia dapat job utk create satu alat dlm tempoh yg lama..3 thn. kalau job sblm ni, paling lama pon dlm 8 minggu je. Kawan baik dh nasihat dia but dia nak jugak teruskan. Tgk semalam bukan 3 tahun, lepas 5 minit, tiba2 keje dh siap..heheheheheh sib baik fokus btol2, kalau tak tak paham aku.

Mula pencarian memory yg hilang ni sebab ape yg dia create adalah satu alat yg kononnya buleh tgk masa depan. Dia hantar 1 sampul surat pada diri dia sendiri lepas memori semua dipadamkan. And based on those 20 things dia cuba dapatkan balik memori dia sbb client dia inject chemical yg akan hilangkan memori tp still ada memori terpendam. Hah! pening korang baca...heheheh takpe2. kalau minat, sila carik, download or ape2 je la utk tahu citer ni lebih lanjut ye?

Thnx to RTM-TV2 sebab tanyang citer2 yg best. Bagus peningkatan diorang, walaupon gambarnya tak sehebat TV3 lagi tp aku respect sbb diorang berani utk tayang cerita2 yg pada aku agak segar utk ditayangkan. Kalu tak silap, bulan lepas diorang tayang Trilogi Lord of The Rings utk 3 minggu turut2. Ilang rindu i dekat Aragorn tau hehehehehehe.

oklah, akhir kata..majulah penyiaran Malaysia utk rakyat. Bersainglah dgn sihat ye...

pssssttt : kasik kurangkan citer2 hantu buleh? tak tayang malam Jumaat buleh?

Sunday, April 15, 2012

::Kenduri & B'day lagi::

14/4/2012 Majlis kawen sepupu di kemaman..lebih kurang sambut menantu la ni. Raja sehari mmg cam raja dh, kuning. Tahniah buat Megat Azlan dan Nora.


15/4/2012 Road tax kereta Myvii ku dah tamat..ptg baru dapat. esok je la tampal. hari ni jugak b'day Mak Lang aka Nana.. Selamat hari lahir, semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya. Anak2 aku plk sibuk tanya dia, maklang beli kek dok? kek gambo ape? issshh dok kan la b'day girl beli kek sdiri, ke guane? kek ni Adik Su sponsor, tenkiu dik. me? sponsor pizza seround heheheheh..here's the cake..besttttt



 

Friday, April 13, 2012

::Kehilangan::

1hb April 2012, kami kehilangan 'bak' kesayangan aka my ayah mertua. Petang sabtu, keadaan dia dh memang teruk sangat2 tenat. dah tanya abang nak tido sana ke? dia kata takpe..esok je la. dgn hati yg agak berat, malam tu kami balik tidur kat 'Rumah Kita'.

Paginya, dear hubby tak bukak kedai, aku plk gi opis mcm biasa dgn hati yg tak tenang. Pepagi dh bg tau opismate, my bak dah nazak..so mintak tolong kalau2 dgr hp bunyi tolong panggil. Dlm kol 10.30 hp dh ringging 2 kali, aku masa tu kat tgh2 foyer bg komen pasal report anak2 buah.

2 missed call from hubby, jantung ni dh degup laju..ya Allah, kuatkan semangat. call abang and ayat dia 'Sayang, kaki Bak sejuk dh sampai lutut'..terus 'ok, sayang balik.' Air mata dh genang2, bila ckp je ngan kak na, laju je air mata ni keluar. bgtau HR, call my boss..then trus balik. Bwk keter pon mcm ape je, nangis2.. lantak le kalu org tgk, pedulikan..

Dalam hati duk doa supaya sempat la jumpa bak..Ya Allah, tabahkanlah hati aku..dah dekat area losong tu baru la..eh apesal aku tak gi jemput anak2 kat tadika ni..ish liza2..tgk minyak plk dh kelip2, aduhai masa ni jugak ke? brenti kat Shell, isi minyak ngan hidung merah, mata duk berayaq lagi, buat dek je. nampak abang ipar pon duk isi minyak jugak...

Shoot tu rumah, amik wuduk baca Yassin. aku tak mampu nk ngadap muka mak, adik n my hubby. ramai dh start datang, aku tolong la mana2 yg mampu kat dapur.

Allahyarham meninggal lepas azan Asar, lepas lebih kurang 20 minit mak dia (my nenek) yang uzur sampai dari Dungun. Sedih masa tok ckp dia dah ampunkan dan halalkan semuanya dunia dan akhirat.

Urusan jenazah berjalan lancar tanpa gangguan. Alhamdulillah, selamat dikebumikan malam tu jugak. Lepas selesai baru la terasa penat. Kol 12 tgh mlm ajak abang balik rumah jap ambik barang utk stay kat umah mak utk 2-3 mlm.

Hari ni dah 13 hari Allahyarham pergi, dan aku masih lagi duk terbayang2 keramahan dia..anak2 especially kak hasya paling sensitip kalau tanya pasal 'Ki' dia. Mula la muka tu, mata genang2.. Dah 2 minggu kehilangannya..semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah

Tuesday, March 13, 2012

::Al-Fatihah..adik Dirang::

Semalam tengok berita dh di penghujung..masa tu terpampang wajah allahyarham adik dirang...polis dah mengesahkan kematiannya melalui ujian DNA ke atas penemuan rangka tulang yang terbakar di ladang kelapa sawit.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amiin...Al-Fatihah

Gambar ni copy dari blog Hazrey, dan boleh sambung baca kat blog beliau.

Ya Allah, lindungilah anak-anak ku, ampunilah dosa mereka..berkatilah kehidupan mereka. Ya Allah, aku juga memohon agar diberi kesabaran dalam mendidik anak-anak ku..Hindarilah kelekaan dan kealpaan dalam aku menunaikan tugas menjaga amanah Mu..

Thursday, March 01, 2012

::Layan lagi::

Berkali-kali melayan citer yang best ni..hero pon ensem, i like!!!

sape tengok? sape tengok? best kan????!!!!


gambar ni belas ehsan men'copy' dari covershut.com

Thursday, February 09, 2012

::My Hasya is 5::

Alahai..ni sepatutnya dh jadi entri yg lepas ni..nama pon citer udah basi..takpe2, mau citer jugak.

Jumaat lepas on 3/2 adalah birthday Kak Hasya yang ke-5. Udah beso anak dara Umi ni. Hari Rabu dah siap2 beli kek utk dia bawak ke tadika utk sesi potong2 kek ngan kengkawan. Kek sendiri pilih ok, angry bird. Ni gambo lepas balik beli kek utk dia.

Time ni Umi still bz2 ngan Bengkel Pelancongan, kol 11 mlm baru sampai rumah.

Ptg jumaat on her b'day Abi bawak gi Pantai Batu Burok sebab cik kakak ni nak naik kuda. heheheehe... Dua2 anak dara ni pilih sendiri kuda memasing. Ingatkan nak suruh adik naik sama2 kakak, rupanya anak ku kental, pilih kuda yg besor, naik sorang2. Jom kita tgk aksi anak² Umi.

Monday, January 30, 2012

::Inception::


Aku pening tgk citer ni, kene plk masa tgk dh start suku jln cerita. Lagi umi tak paham hokey.. Mimpi dlm mimpi dlm mimpi... Nnt2 nak kene tgk semula la citer ni, mcm menarik tapi berat sgt wei jln citernye..denyut2 kepala.

Meh baca2 sinopsis dia kat Film Filia

Saturday, January 28, 2012

::Makan dan makan lagi::

Last week, 24/01/2012 mmg hari yg penuh dgn aktiviti makan..dan makan..

Awal pg (heheh awal ke?) dlm kol 10pg aku & anak2 dh menunggu kengkawan umi kat kedai dear hubby utk sesi breakfast. Bila dh ada kt kedai abi, anak2 ngan tak sabornye order nasi minyak ayam goreng dua! Tima kasih abang, belanja kawan2 sayang ni...

Semua kwn ni yg satu sekolah dulu SM Sains Dungun. Biena ni mmg yg paling lama btol aku tak jumpa, since after SPM trus je menyepi. Cikgu sekolah, ngajor Sains & PJ Ting.1. Tetap maintain cam dulu and expected her new Vios. wah wah, semua ganti kereta baru ye. Mar, mung bila lagi? hehehe..ok, ni antara yang ada masa bekpes, me, Sitt, Mar, Biena, Bie..



Next stop, rumah kita baru..hehehehe alahai, tadok plk gambor nok tepek kat sini. Yg ikut utk sesi kenal rumah baru aku-Bie, Mar & Biena je sebab Sitt ada agenda lain sementara utk ke next stop, lunch kat umah Ruby.

Ok, ni masa makan2 kat rumah Ruby. tqvm utk lauk pauk yg memang meriah. Carbonara fettucini yg nyummy ngan nasi putih+sayur campur+ikan sweet sour+ayam masak merah idaman kami masa kat hostel dulu. heheheh memang terrrbbbaaeeekkkk!!!! Mar, tq utk cream puff mutual friend Bie.. hehehehe mmg lawak btol.

Wednesday, January 18, 2012

::Cantik di mata, indah di hati::

Wah wah tajuk entri tak tahan..bukan ape ni, nak share sesuatu ngan semua..

Cantik. Semua orang ada definisi tersendiri atas perkataan ni. Cantik hanya pada perkataan, pada luaran, pada fizikalnya or pada dalamannya. Atas pendapat masing2. As for me, cantik tu menyimpan banyak makna. Luaran dan dalaman. Pada aku, dalam mau jaga..luar pun mau elok. Jgn sampai org ckp"harap muka je cantik, hati busuk..pelaku buruk" heheheh btol2 i setuju!

Indahnya, cantiknya dalaman bergantung kepada tahap kerohanian kita, mcm mana kita pelihara. Dari segi amalan yang kita lakukan. Kecantikan tu akan terserlah dengan sendirinya. Benda2 sampingan tu cuma menambahbaik je..kan? kan? pandai la ko ni... bukan ape, itu pendapat aku la kan.

Hari tu gi makan sefamily kami, makan ala2 omputih. Umi dgn lamb chop nya, Abi dgn chicken chopnya and adik kakak dgn mushroom soup. Owner kedai tu my hubby boleh kata kenal la jugak. Kalau terjumpa, sometime bertegur sapa. Kalau dh kalut sgt, angkat tgn je la kan? Tapi mlm tu my hubby keluar statement "Bila dh kita ni start ubah cara penampilan, jgn la sikap tu tak mau nk ubah" aku pon pandang keliling, perati jugak diri sendiri "aku ke??" oOOooOoo rupanya tadi dia ada tegur owner tu yg penampilan skang ni dh berjubah, berkopiah. Tapi tau ape feedback dia dpt? senyum pon idak..mau lagi bertegur bersalam.. Sabar ye bang, agaknya dia bz kot.

Cakap2 bab cantik, last year (uisshhh lama punya cerita ni) dlm early Nov aku ada start pakai produk cantik ni. Ada jugak pergi bengkel dia. Masa bengkel dia ajar cara cuci muka, penjagaan muka and last session plk make up time!

Wahai kawan2, nak cuci muka bukan main tonyoh2 aje ye.. ok, biasanya cuci muka kita guna 3 jari kecantikan iaitu jari hantu, jari manis & jari kelingking kedua2 belah tgn ye. Meh kita try step kat bwh ni:
  1. Ambil pencuci muka, guna salah satu jari2 yg cantik tu.
  2. Calit dekat 5 point which are dahi, hidung, pp kanan, pp kiri & dagu
  3. Basahkan 3 jari td dgn sedikit air & mulakan cucian dengan urutan membulat. Boleh?..
  4. Next, masa korang cuci kat area dahi turun ke tepi kening then lalu kat hidung. Kat tepi kening tu tekan sket dgn jari hantu. Tipsnya utk kurangkan stress.
  5. Dah settle cuci bulat2, bilas ngan air bersih.
  6. Lap muka uols ngan towel bersih
  7. Ok, tamat :)
Selamat mencuba and hiasi diri anda dengan keperibadian yang cantik bukan saja di luar, juga dari dalam.

Tuesday, January 17, 2012

::Panggilan::

Nama panggilan or cara kita bahasakan diri kita ni mcm2 kan? Aku ada beberapa nama yg dari kecik sehingga kini dh mcm koleksi (mcm le byk)

~Masa kecik~
mak, ayah, sedara mara called me KakJa. and sometimes 'mek kiting' coz kecik2 i've got really curly hair. siyes2 nye kerinting, halus2..tak daya wei nak nyikat..oo patut la Dik Faa rambut cenggitu kan? hehehehe

~Masa jadik budak sekolah~
Kawan or cikgu sekolah rendah or menengah called me Aida. My batch 95 called me 'Che Da'

~Dah masuk 'u'~
Masih lagi kekal Aida and lama sket Che Eda. My dearie geng kembara panggey jugak KakJa.

~Dah keje~
1st tempat keje guna nama panggilan Liza. 2nd tempat keje pon masih lagi aku bahasakan diri sebagai Liza. Anak2 didik panggey i, Pn. Liza heheheheh almaklum la dah bertukau status kan..

~Dah kawen~
My dearest called me Sayang. My children called me Umi and also anak sedara comeyku Hakim & Haris. Anak sedara belah aku, diorang bahasakan Mak Ngah. Kalau belah hubby plk Mok Ja.

Sebab tu la kekadang bila aku nulis blog ni kekadang eda, kekadang Umi, kekadang Sayang, kekadang Liza. So semua nama panggilan aku. Ikut la korang mana yg mudah ye. Ok, itu saja utk kali ini..tenkiu :)

Monday, January 16, 2012

::Adakah...??::

Alhamdulillah...kita semua masih lagi diberi kenikmatan untuk menjalani kehidupan kita.

Sabtu baru ni jiran jemput utk satu majlis bacaan Yasin. Kalau kat Trg ni, majlis mcm ni biasa nya kaum wanita saje yg dijemput. Kalau solat hajat or tahlil biasanya kaum lelaki. Kadang2 dua2 dijemput :) . Start pon lepas Zohor dlm kol 2.30ptg. Dlm kol 2.45 jugak baru majlis start. Abih bacaan Yasin, ada sedikit tazkirah dari Su Mah. Antara isinya termasuklah kesyukuran kita terhadap Allah.

Berdesup kejap bila Su Mah start "Adik kakak yg hadir hari ni, siapa yang suruh? Siapa yang paksa? InsyaAllah atas keikhlasan hati kita semua. Dan, kalau kita tak diizinkan Allah ke majlis ilmu ni, sampaikah kita? Tahu kenapa, itu tandanya Allah SWT menghendaki dan menyayangi kita pada hari ini. Memilih kita antara insan yang dipanggil untuk sama2 menuntut ilmu. Semoga kita bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan."

Kadang2, aku terpikir jugak, ada tak antara nikmat Allah yang aku lupa untuk bersyukur. Subhanallah, jgnlah aku lalai dalam mengingatiMu. Kata ustazah tu lagi, setiap nafas yang kita sedut juga nikmat yang dikurniakan. Kalau tiba2 nikmat tu ditarik balik, maka terputuslah kehidupan kita. Doa bangun tidur salah satunya, tanda kita bersyukur masih diberi kehidupan pada hari ini.

Sama2lah kita ye sahabat2 ku...

Wednesday, January 11, 2012

::Nyummylicious::

Beberapa hari dah tak update kan? byk citer sebenarnya ni tapi nak masukkan entri ni dulu sebab masih terasa kesedapannya di tekak ku.

Aku test Yogurt Blueberry Blast...errmmmm nyummylicious btol. Nanti2 nak try yg lain plk. Cuma kalau dia nye ice lagi halus kisarannya lagi best..alamak, nak kene gi layan lagi ke ni?

Semlm beli KFC Bargain utk juadah makan malam sebab umi tak daya nak masak. Masak jugak sebenarnya ptg semlm, tumis kobis+carrot+brokoli sbb set ni ada nasi tp tak berkuah..Aku kalau takde sayur, takde kuah...tersekat je ketul2 nasi kat dlm tekak aku. yg pasti, nasi ayam dia memang syeeedaaaaappppp :)

Wednesday, January 04, 2012

::Transformasi Pendidikan Vokasional::

Baru2 ni masa meeting akhir tahun my CEO ada la sebut pasal transformasi pendidikan vokasional. Pada aku, benda ni satu perkara yg btol2 positif yang dilihat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alhamdulillah, terbela jugak nasib pelajar2 kemahiran kan? hope anak didik ni semakin yakin dan takde lagi rasa rendah diri kalau nak banding ngan pelajar lepasan akademik yg lain.

Transformasi ni dicadangkan akan bermula tahun 2013. Masa perbincangan yg CEO hadir kat Putrajaya hari tu ada menerangkan yg nanti student akan ada pilihan utk ke aliran akademik mahupun vokasional (or lebih best aku nk sebut bidang kemahiran) seawal selepas selesai UPSR. Ni berdasarkan slide yg aku tgk ye... Kiranya bila diorang start sekolah menengah, kpd student yg minat kemahiran dah boleh pilih utk masuk sekolah aliran vokasional/teknik or swasta. Sijil yang dikeluarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jugak, cuma yg ni dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

So, mereka2 yg memang kurang bab2 teori ni boleh mengasah bakat yg ada, minat dll dlm kemahiran.. Takde la bila dh abih SPM, ko tak minat blajo ko gi lepak, racing2 bagai & mcm2 lagi kan? So ada la pilihan utk masa depan masing2. Time ni ibubapa pon kena mainkan peranan, cuba tunjukkan kat diorang hala tuju kehidupan tu.

Ni petikan yg diambil dari utusan online. Boleh la baca lebih lanjut ye..

"Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga."

Link

Monday, January 02, 2012

::Dh nak mula sekolah::

Januari 2012 dah muncul... Alhamdulillah Allah panjangkan usiaku dan seluruh keluarga serta sahabat handai utk menikmati tahun baru ni. Alhamdulillah, sepanjang 2011 dilalui dengan penuh suka duka.

Kami sekeluarga dah ada rumah sendiri, tercapai impian utk 2011 nk duk jugak umah baru. Walaupon blm lagi lengkap sepenuhnya, tapi aku bersyukur padaMu. InsyaAllah akan diuruskan sebaik mungkin utk keselesaan keluarga.

Anak2 umi ni 04hb baru start sekolah and masih lagi di Tadika Rossa. 01/01/2012 terkejar2 umi pagi ni kene ngantor anak2 dara ke umah tok wan kat manir. seblm kol 7.00pg umi dh gerak, singgah dulu beli bekpes utk MIL and SIL and of coz anak2 umi jugak. dlm kol 7.30 umi dh sampai, dukung anak2 yg masih lena masuk umah, then off to opis. lengang jugak la laluan, takde jem sgt pon.

Kalau nak citer pasal yuran tadika, omang aiiii mmg tak daya. Dik Faa baru nk start, so kos termasuklah uniform, alatulis &yuran Jan 2012. Campur ngan kakak dah dekat RM1K utk tadika. ErrKKkkk, alhamdulillah la tak seketul keluar sebab yuran alatulis dh bayar siap2 masa bulan Nov 2011.

Umi dah tak sabar nak tgk Dik Faa sarung uniform. Aku dh siap2 apply AL utk 04hb tu sbb 1st day diorang cuma smpai kol 11.30 saje. Lepas tu cemana anak umi? Tak kan nk gantung kat pagar kan?

Ada jugak terbaca pasal Tadika Swasta dapat subsidi yuran, tp apesal aku tak pernah dimaklumkan oleh tadika tu ye? Or is it me yg dah ketinggalan? Anybody yg tahu? kot2 utk tahun 2012 ni masih available, nak gak try apply. Save budget umi hehehehehe