Tahun 2005 banyak menyimpan suka duka dalam kehidupan aku. Kalau di awal tahun aku menyimpan harapan untuk sudahkan ape yang dah aku mulakan, alhamdulillah aku dah berjaya menjadikan impian tu satu kenyataan. Tesis research aku dah menampakkan hasilnya, cuma tunggu beberapa stage lagi. Dan tahun ni akan menjadikan stage tu satu harapan dan impian di tahun baru. InsyaAllah, aku doakan semuanya berjalan lancar.
Menuju konvo 2006, kata kawan2 Senja.com aku. Iye, semoga kita sama2 berjaya. Biar ramai yang conquer Dewan MAS tu nanti. Aku nak bahagiakan mak ayah aku melihat anak dia berjaya. Dah banyak duit ayah perabih untuk aku kat Sintok tu. Walaupun tak pernah aku dengar dia merungut kenapa aku lambat habiskan, aku tahu harapan tu menggunung.
Single not available? Hahahahahah tahun depan harapan untuk bertukar status. Semoga dipanjangkan usia dan dipermudahkan jodoh aku. Orang kata jodoh tu ada, pertemuan je tak tahu lagi macam mana. Sabar ye sayang, tak lama dah rasanya. Ye ke? Hehehehehehe doa je semoga berkekalan..
Kerja? Ye, aku nak kerja. Salah aku banyak sangat main2 masa degree dulu. Semua pertikaikan my cgpa when applying for 'that' post. Aku tahu aku tak pandai, tapi salah ke aku diberi peluang. Sabar lah eda, cuba lagi ye. Ada la rezeki hang. Teruk rasanya bila tak kerja ni. Nak buat satu2 benda pun terbantut dek kerana poket ku kosong. Bila nak sama2 tolong mak ayah ni? Bosan sih duk sesaja kt umah. Asik jd 'supir' je skang ni. Takpe, aku rela demi keluarga ku. Kak ja gi situ, kakja amik adik, kakja meh gi pasar. Tapi ada jugak la yang nak bawak mak jalan2 hatta ke pasar cuma ;)
Blog aku juga muncul di awal tahun ni. Menjadikan setiap detik waktu perjalan hidupku tercoret di dada screen. Terima kasih wahai pembaca blog ni atas kesudian korang menjengah dan berkongsi segala suka duka aku. Harapan aku semoga tahun2 akan datang aku masih diberi keupayaan untuk mencoret dan menyonteng di sini. Thanks Blogger and all my friends who brought me to this world of blogging.
Prosperity burger kembali lagi, dan aku mula rindukan teman2 yang sama2 in love with it..Mungkinkah waktu itu akan muncul lagi? So sweet..
Selamat menyambut kemunculan 2006, semoga apa yang korang impikan menjadi kenyataan. Jaga diri baik2 and hepi holidays!