Followers

Monday, September 29, 2008

::Salam Lebaran::



Mohon Maaf Zahir & Batin buat semua tetamu blog ni tak kira di mana saja anda semua berada. Take Care!

Monday, September 22, 2008

::Novels::

Bercerita pasal entri kali ni, guess what? I LOVE NOVELS!!! Selalunya aku suka baca malay novel. Cerita yang tak berat, senang layan. Banyak novel berkisar dalam kehidupan harian kita. Banyak jugak yang aku pelajari dari bacaan aku walaupun hanya dari sudut pandangan or imaginasi penulis tu sendiri.

Ada jugak antara penulis tu yang 'masuk' ke dalam penulisan dia and of course to make it sound real. Betul, ada sorang penulis ni menjejakkan kakinya ke UK untuk rasa sendiri suasana di sana utk diceritakan dalam novel karyanya. Kita yang baca ni pun dapat la membayangkan sendiri mcm mana keadaan sekitar tu. Terasa mcm jejak kaki kat UK je hehehehehehee. Bestnya kalau betul2 dpt pegi kan?

Time pantang ni pun dah dekat 10 novel aku baca balik. Bosan jugak asyik tidur je manjang, layan la novel. Dalam semua novel tu termasuk la satu novel karya Danielle Steel. Tu dia novel omputih kali ni.

Kisah penulis drama bersiri, Bill Thigpen yang terlalu taksub ngan kerja sampai ditinggalkan isteri dan anak2. On the other side sorang wanita, Adrian Townsend yang ditinggalkan suami sbb dia pregnant anak suaminya. Bill dan Adrian ter'jumpa' dan the fall for each other. Banyak la suka duka diorang lalui sepjg perkenalan sehinggalah pada saat Adrian bersalin. Tetiba je si husband, Steven came back dan ......

Korang kene baca, tapi yg bestnya happy ending. Lepas masuk keje nnt aku nak carik lagi novel2 yg dah lama aku nak beli. Aku duk syok baca novel2 ni, ada jugak la majalah agama yang dibaca. Alhamdulillah, byk pengajaran melalui majalah Anis dan Nur yang aku baca.

Moral of the story, jgn asyik khayal aje dalam dunia fantasi, tambah la sekali ilmu agama untuk kukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Friday, September 05, 2008

::Kelab 3 kupang::

Hepi birthday 2 u
Hepi birthday 2 u
Hepi birthday 2 Umi
Hepi birthday 2 u...
iyup mi iyup
fuh!
yeaaaaaa!!!!
Hug n kisses to my dear abang, Hasya n Syifaa..

Alhamdulillah, aku masih lagi mampu bernafas dan mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan. semoga aku sekeluarga akan sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dirahmatiNya. Amin

Terima kasih atas ucapan, sms, call, email dan doa dari my family dan semua kengkawan.

Tuesday, September 02, 2008

::Ramadhan::

Salam Ramadhan buat semua. Semoga ketibaan ramadhan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.

Jenuh la hang eda ganti puasa tahun ni. Sedih sebab tak dpt nk merasai kenikmatan menyambut hari pertama ramadhan dan mlm pertama terawih. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

Saturday, August 30, 2008

::Meng'update' cerita::

Alahai lama btol tak masukkan entri untuk blog ni..sawang tahap gaban dah blog ni. Hajatnya mau menukar skin baru, tp tak abih2 lagi aku edit.ok, meh nak citer apa yg dah jadi sepjg aku tak update blog.

~Mei 2008~
Sambut hari pekerja dengan melepakkan diri kat rumah sambil melayan Hasya. Makin banyak kerenah mek Hasya ni. Orang dah makin besar, byk la idea2 kreatif dia tu.

Kat opis plk anak2 didik belanja makan sempena sambutan Hari Guru. Alhamdulillah, rezeki. Bodek ke? hehehe takde la, diorang memang mcm tu. Budak kelas Caldera, pelatih kursus Diploma Kemahiran Sistem Komputer. Depa tengah kaya coz baru je dapat elaun tertunggak.

Bulan ni jugak ada intake baru yg kebanyakannya dtg dari luar negeri Trg. 1st time la terima student dr pelusuk semenanjung. penatnya dh start dgn preparation utk penginapan, jadual kelas, hari pendaftaran dan orientasi. semuanya berjalan lancar dan ada jugak la here n there yg perlu diperbaiki lagi.

~Jun 2008~
Rasanya dlm bulan ni i've got a promotion dgn sedikit increment + elaun tambahan. Alhamdulillah, rezeki anak. Kene handle bhgian akademik. syukur padaNya.

Aku dah slow2 beli brg keperluan baby yg bakal tiba early August. iye, my 2nd baby. Sikit2 je beli coz brg Hasya byk lg yang boleh dipakai, tak usah nak membazir sangat. Tp of coz ada jugak 2-3 pasang baju baru utk baby. Tak kan asyik 2nd hand aje kan.

~Julai 2008~
Bulan yg bz dgn exam student esp 1st batch Dip Kemahiran Sistem Maklumat dan Sistem Komputer. Report tak siap, projek terabur, portfolio ntah ke mana. Pening gak paler nak ngejor. Dengan dokumen nak kene sain, kene validate. Pejam mata je la mana2 yg tertinggal.

Rezeki company dpt berpindah ke building yg lebih selesa. Aku just nolong packing ape yg patut je. Diorang tak kasik 'mak2 buyung' sibuk2 angkat brg2 berat. Penat btol nak punggah semua benda, dah la opis tu tinggi nak kene ngangkut brg2 yg nkkene bawak turun. opis baru takpe la ada lif, yg ni kudrat manusia jugak kene guna. 21hb aku dah start cuti tanpa gaji. Merehatkan diri in case due awal. Bosan jugak duk rumah tak buat ape2. Tp kalau aku ke opis takat lagaknye mcm mandur tak best jgk. Org lain duk bz pindah barang, aku jd penonton je? Tak dapat.......

~Ogos 2008~
Kalo nak ikutkan due date 080808, tp baby takmo keluar lagi. Aku pun tak kisah, yg penting kesihatan umi ngan baby. Tp dalam hati dah berdebar2 dah. Nurse tmpt checking tu dah pesan, kalo nxt week tak bersalin jgk, nnt dia kasik surat then warded HKT.

Alhamdulillah 110808 pukul 8.27 am aku selamat lahirkan baby girl seberat 3.1kg. Dah dapat 2 org princess!! Aku dan hubby decided to named her Nur Syifaa.

Tuesday, April 29, 2008

::Happy 2nd Anniversary::

Alhamdulillah, usia perkahwinan aku dah menjangkau 2 tahun. Banyak dah pahit manis yang dah dilalui bersama. Harapan aku semoga ikatan ini akan sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa. Semoga Dia sentiasa memberkati rumahtangga kami. Amin




Another year to create precious memories together.
Another year to discover new things to enjoy about each other.
Another year to build a life rich in love and laughter.
Another year to strengthen a marriage that defines "forever."

Sunday, March 30, 2008

::Welcome dear friend::

Seawal 8.10am aku dapat call dari Maya. Dia bagitahu nak datang Trg. Wah bestnya..dah lama sangat tak jumpa dia. Of course her daughters and hubby will come along. Excited btol dapat sembang ngan dia pagi tu.

Letak je tepon, mula la dalam kepala ni plan macam2. First, kene bgtau abang dulu pasal maya sefamily nak datang. Then baru discuss plan mcm mana.

Pagi Khamis diorang sampai and stay kat Asrama Majlis Belia dan Sukan, dekat ngan rumah aku. Agak2 kalau laung kuat sikit blh la dengar kot. Dia join dulu bebudak kolej dia pegi tour sekitar Trg, mlm baru plan bwk diorang dinner. Dalam kol 8.30pm aku sefamily jemput dia dan bwk gi makan kat kedai area K.Ibai. Alhamdulillah, makan semua ok. Tengok anak2 dia pun dah penat sangat.

Hasya plk bukan main excited dapat jumpa kawan. On d way balik Fisya dah lena, Dania pun dh ngantuk. Hasya? Tak abih lg tunjuk laku dia. Malu umi Sya ni. Esoknya aku nk ke Pasar Payang tolong maya beli cadar batik. Plan jumpa kat Losong, tp last2 kat Taman Tamadun Islam. Sembang sikit2, then diorang bertolak balik. Katanya bebudak tu semua nak singgah Rantau Panjang plk.

Takpe la maya, orang dah seronok btol dapat jumpa awak, update mana2 cerita kengkawan semua. InsyaAllah nnt orang plk sefamily ke Kedah ye.

Tuesday, February 19, 2008

::Detik 19 Feb::

2 thn lepas, pada hari ni la aku dah berjaya melepasi satu tahap yang paling sukar. Dah bergelumang hampir plus minus 6 thn baru la berjaya. Alhamdulillah, minor corrections. Berkat doa semua. Thanks a lot to my dear Mama Ku Ruhana for her patience and understanding. heheheheeh...

Aku struggle siapkan jugak within a week semua corrections. After my wedding, ke sintok balik utk setelkan binding thesis tu. Thnaks my dear, sokongan abang la paling diharapkan masa tu. Skang pun sentiasa mengharap jugak!

Ape pun, aku bersyukur sangat2. Penat lelah selama ni dah berbalas dengan sehelai kertas kuning air tu :D

Sunday, February 03, 2008

::One year old::

Tup tap my dear Hasya is already setahun. Alahai, dah besar anak Umi ngan Abi ni. Kejap je kan masa berlalu. Kitorang tak tahu nak bagi ape pada dia. Sya, umi ngan Abi loves u so much.

Balik keje petang tu aku ke kedai kek belikan dia satu kek blueberry. She really enjoyed it. Pakcik makcik dia plk sibuk belikan hadiah. Mak aku tolong goreng bihun putih. Sakan sambut birthday dak kecik tu. Kebetulan plk ada yg bagi laksa penang. Ape lagi, aku pun ambik peluang la siram kuah laksa tu atas bihun goreng. Trus terkenang saat di Sintok selalu buat benda ni. Buha, aku rindu bihun goreng kuah laksa!!! Hehehehehe..

Nanti aku letak gambar birthday girl.

Sunday, January 27, 2008

::Tahun Baru 2008::

Dah masuk tahun baru..ape azam aku? Jadi lebih baik dan lebih baik lagi, dari semua segi. As a wife, as a mother, as a child and especially as a muslimah.

Mak ayah aku dah selamat tiba dari tanah suci. Alhamdulillah sihat walafiat, cuma ada sikit batuk dan selsema. Jelas betapa gembiranya diorang, dan betapa rindunya diorang pada Tanah Suci tatkala menceritakan pengalaman terindah tu pada anak2.

Tengok gambar2 dalam hp ayah buat aku adik beradik rasa teruja. Malam tu dekat pukul 1 pagi baru aku masuk idur. Tak tertahan sangat dah. Hasya plk punya la excited jumpa ki ngan wan dia. At first cam malu2 gitu, lama tak tengok kot. Lepas tu, hyper bukan main la.

Yang pasti, pengalaman diorang aku jadikan iktibar dan pembakar semangat utk turut serta satu hari nanti menjejakkan kaki ke sana. insyaAllah