Followers

Sunday, December 31, 2006

::What to DO??::

Do i need to change?
Do i need to buy new things?
Do i need to change my job?
Look into urself, u'll know what to do..
Muhasabah diri wahai edaleeja..
letak cermin 5 kaki pun tak guna kalau kita tak cermin sedalamnya..

Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur..
Ada yang masih aku perlu baiki..
Ada yang perlu aku tingkatkan..
Ada yang memang perlu aku kukuhkan..

Ya Allah, Tabahkan hati hambaMu ini..

Salam AIdiladha buat semua..

Thursday, December 21, 2006

::Ungu - Tercipta Untukku::

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu

Sunday, December 10, 2006

::Cepatnya masa berlalu::

Tup tup hari ni dah 10hb Disember. Sebelum terlupa, a very hepi birthday wishes goes to ny dear friend, Maya Adzlianie. Semoga dia sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Hari ke-10 bulan terakhir utk tahun 2006, rasa macam2 dah jadi sepanjang tahun ni. Big changes in my life, and another one is yet to come. i'm going to be a mother soon. Excited? Really, but nampak mcm biasa je. Even barang2 blm beli satu pun lagi. Jgn terkejut ye, memang satu hape pun blm beli. List je dah ada. Nama baby pun tak terpikir lagi ni. Kene list out for boy and girl since i don't know gender nya lagi. hehehehehee

Makin hari makin bz ngan keje2 admin. Lepas je kejohanan makin byk yg perlu aku settlekan. This morning ada post mortem part II. Byk la teguran yg masing2 kene consider and take note btol2. Lepas ni kene be prepared for the big event in 2008. Tadi duk copy2 gambar yg sorang foreigner rider dari USA ni snap sepanjang SCTEC2006. Nak nengok blh jenguk sini ye ----> http://www.endurance.net

Baru kol 3.15pm and i've already had my lunch. Terasa mcm nak ngunyah lagi, boleh? Jap gi la pi bancuh milo, kasik kenyang sekejap. Ok dear friends, take care.

Thursday, November 30, 2006

::Dua minggu sekali::

Alhamdulillah, skang dah mencecah minggu ke-30. Another 10 weeks (ye ke?) before i deliver my baby. Semalam gi checking lagi kat klinik, and so far so good. Me and my baby are in good condition. Dapat satu carta utk tanda pergerakan baby. Sesi pantauan la ni, kot2 kalau baby kurang gerak maybe ada yang tak kena kot. Dalam sehari, sekurang2nya 10 kali dia gerak within 12 hours(9am-9pm). Rasa baby ni sepanjang hari je gerak :) cemana nak tanda tu? hehehehe

My dear hubby pun excited bila dapat rasa baby gerak2, tendang tangan dia. Kekadang tu nmpk cam berombak je perut ni. Subhanallah, Agungnya ciptaanMu Ya Allah. Barang2 utk baby blm prepare ape2 pun lagi ni. Even aku sendiri pun tak prepare awal2 brg yg nak kene bawak gi spital bila sampai masa utk due nanti. Pesanan dari kawan2 & family suruh aku siapkan brg2 tu dlm satu beg utk senang hubby capai bila emergency nnt. Pelan2 la ni nak mencari brg2 tu semua.

2 mlm lepas ada buat solat hajat ngan tahlil kat rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Makanan pun enough for semua tetamu yg datang. Aku berdoa semoga diberkati dan mendapat perlindungan daripadaNya, insyaAllah.

Monday, November 27, 2006

:Pedang vs Lidah:

Pagi ni bukak mail yg dah berhari-hari tak dijenguk. Ni sumer gara-gara bz sgt ngan Sultan's Cup (uweekkk, cam hampas). Terbaca satu email dari kawan skolah..and it's really true!

Imam al-Ghazali ada bertanya pada anak-anak didiknya.


"Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Serentak anak-anak didiknya menjawab, "Pedang"

"Benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati."

Wednesday, November 15, 2006

::Busy kene handle SCTEC 06::


Dalam 2 minggu ni, terasa mcm bz nya dengan tugas2 persiapan untuk Sultan's Cup Terengganu endurance Challenge 2006. Mai la jenguk kat Tapak Endurance di Lembah Bidong, Setiu. Event will be held there from 25th to 26th November.

Dah abih event nanti baru cerita ye. Byk ni kes sensasi..pressure sana sini esp from one of the temporary staff here. oopppssss jgn la kantoi ngan boss :D

Monday, November 06, 2006

::Raya yang berbeza::

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyambut Syawal yang mulia ni. Tapi mcm pesan dari hucs, jgn la kita terlalu gembira, bersedih la sama sebab Ramadhan dah tinggalkan kita. Adakah akan ada Ramadhan yang akan datang buat kita? Sama2 la kita doakan.

~Day before Hari Raya~
Tgh excited kemas bilik, dapat la call from opis. "Kak Liza, blh datang opis ke?Mari amik ur gaji". Alhamdulillah, my first salary untuk keje ni. Rasa terharu plk, dapat 'duit raya' dari boss. hehehe merasa la adik2 aku duit raya tahun ni. Before this, tak pernah lagi aku bagi duit raya dekat diorang. Dapat kasik mak, mak mertua, anak2 sedara. Nak belikan hadiah raya dah tak sempat ni. takpe la, kak ja doakan semua selamat sejahtera di bawah lindunganNya.

Tahun ni first time aku beraya as a wife dan involved ngan family baru. Suasana tu agak berbeza jika aku nak bandingkan ngan keadaan kat rumah family aku. Tak adil sebenarnya untuk aku banding2kan. Setiap family ada cara dia sendiri. For me, i miss those moments preparing kuih raya and gantung langsir ngan adik2. Kat sana takde byk persiapan yang dibuat. Mlm raya semua bawak hal masing2, takde la terasa sangat nak raya. Semua dah besar panjang kot, takde la nak lari2 keliling rumah sambil main bunga api.

Lepas Isya' dengar takbir raya, sayu nya rasa. Tapi ku tahan jua ayaq mata ni jgn bagi berlinangan. Prepare baju melayu abang nak bwk masa gi kedai esoknya. Gi kedai? Ada orang menempah juadah untuk raya pertama ni. Lepas tu iron my baju kurung plk. uih boleh muat lagi tau baju kurung. 'Uniform' nanti hari lain aku pakai.

Lepas tu tolong adik ipar ngemas sikit2. Mak mertua masak rendang, makan ngan ketupat daun palas. Sedapnya bau..terus perut ni rasa lapar. hehehee baby tak sabor tunggu pagi esok. Around 12.30 baru masing2 masuk tidur.

~Day of Aidilfitri~
Seawal jam 5 pagi my dear hubby dah berangkat ke kedai dgn ayah mertua ku. Tengah mamai2 tu salam la ngan abang. Mohon ampun dan maaf zahir & batin. Sedihnya, rasa terharu sungguh! Then, sempat lagi aku sambung tidur. Around 6.15 am aku bangun, mandi sunat Aidilfitri, solat subuh then ke dapur. Tgk macam takde org bangun lagi. Agaknya semalam letih ngemas mana2 yang patut kot. Kemas2 meja, jerang air. Panaskan rendang ngan goreng ketupat. Then mak mertua keluar, tgk ape aku buat. Bancuh air kopi seteko, then gi potong kek gula hangus yg aku bakar semlm. Itu je kek yg aku betul2 xpert buat.

Dalam kol 8 siap2 gerak gi kedai. nak solat sunat kat area situ. Masjid dekat benor. Tgk kat jalan semua cantik2 dan ensem2. Yang kecik2 comel sungguh berbaju melayu ngan kain samping. Pelan2 drive sebab semua mcm tak perati dah kiri kanan jalan.

Lepas solat sunat baru la nmpk abang yg ensem berbaju melayu warna biru kundang. Aku cukup suka la tgk org pakai baju melayu. Kacak gitu! Tunggu org yg menempah amik nasi diorang, then gerak ke Gong Kapas. First stop kat rumah abag ipar nak jumpa tok. Sekali sunyi sepi je cuacanya. Then off we go to my family's house. Yahoo!! dapat jumpa mak ayah adik beradik. Macam biasa, mak akan buat pulut kuning+gulai daging. Ada sate ngan rendang jugak. Baby gerak2, lapar ye sayang? Salam mak ayah, pass duit raya utk adik2 ngan anak2 sedara. Klik2 kejap then gerak ke tempat lain. Aku tak masuk gmbr family tahun ni :(

Around 2.30pm kitorang balik ke kedai. Ada lagi preparation nak kene buat utk tempahan hr esoknya. Lepas Maghrib baru balik ke rumah. Penatnya badan ni. Dah la jln 'jem' yang amat sangat. Bila dah sampai rumah, kompem tak kuo dah. Berderet2 kereta duk beratur. Sabar ye semua, berhati-hati di jalan raya.

Untuk hari2 berikutnya pun macam sama je life aku time raya. Ada kesempatan aku balik jgk ke gong kapas. Saje la carik alasan, nak merasa kemeriahan tetamu mai rumah. Belah mlm je dapat jalan2 ke rumah jiran, ye la masing2 bz ngan agenda diorang termasuk la family mertua aku. Duit raya tahun ni tak banyak yang masuk, keluar je. Thn depan suh baby la collect duit bebanyak. hehehehe bukan utk mak ayah dia, utk masa depan dia. Nak kene la ajar menabung dari kecik kan?

~gambar2 berkaitan tak berjaya upload lagi. Tunggu........~

Monday, October 16, 2006

::Biskut raya::

Petang semalam lepas opis hour hubby datang jemput. Wah skang dah berhantar berjemput plk cik puan ni. Takde la, dia dah ok sikit and dah boleh pelan2 drive kereta dia. Then singgah kat bazar sekejap beli sup tulang and sambal sotong, nyummy! Semalam dah plan nak singgah kat umah mak, amik sikit baju hehehehe stok dah kehabisan.

On the way balik near Pejabat U**O ada plk sesi menahan kereta yang lalu lalang utk pass juadah berbuka. Akaii ka depa ni. Mau kalo org tak sempat ngelak free2 je kene guk. Hubby sempat la brenti kesian depa duk tengah jalan pass kuih. Dapat 2 tupperware kuih 'akok', alhamdulillah tima kasih.

Sampai kat umah, gi solat asar dulu. Then nyibuk la aku ni jenguk biskut2 raya yg dah adik aku buat. Ada jugak aku nye bahagian utk bawak balik rumah satu lagi.Tima kasih nana. Rasanya kene jugak hulur dekat dia, ye la barang2 buat biskut raya bukan murah. Ada biskut milo, bunga dahlia, biskut koko crunch, and butter cookies. Coming soon tart nenas, biskut nestum ngan almond london. Baru je plan ngan adik ipar nak buat sejenis dua. Tapi kang kalo byk sangat kot membazir. Sana takde org makan sangat. Permintaan biasanya kerepek, kepok, kuih tradisional. Tengok la mcm mana, kot la nak buat kek je ke.

Teringat masa duk Kedah dulu selalu duk tempah kuih raya. Paling best tempah ngan Ummi aka K'Dilah. Biskut dia semua best2 especially choc ball yang digolek2 atas choc rice. Sedapnya.. satu lagi ngan Along, selalu tempah kek coklat. Ibu dia buat best, sekali gigit terasa sungguh betapa coklatnya. hehehehe aik aik pose eda!

Dah besar ada yang cakap tak best dah nak makan biskut raya, tapi pada aku biskut raya la yang paling dinanti. Ye la, selalunya sethn tu payah benor org nak buat berkali2. Sekali jek!

Thursday, October 12, 2006

::Kenangan Terindah::

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus

~Feel like to hear this song~

Wednesday, October 11, 2006

::Berbuka::

Lepas 15 hari puasa selalunya dah ramai yang organize majlis bukak pose aka iftar (semlm tersilap taip, soweeyyy). As for my ex-schoolmates, perancangan tu dah lebih seminggu tapi still tak jadi lagi. Bukannya ape, bila masing2 dah berkeluarga dah ada komitmen lain susah sikit la. Bila dah dapat tarikh, kadang2 ada yg can't make it. Takpe, asal ada yang menyokong tak kisah la brape org yang datang. Kali ni pun aku tak dapat nak join sekali. Keadaan tak mengizinkan. Aku doakan semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Len kali blh cuba organize lagi ye, mana tau kot la dapat join :)

Sama jugak ngan kawan2 research nun jauh di Kedah, dengar2nya tgh organize majlis jugak on 16/10 ni. Aku tak dapat la nak join sekali, jauh beno la yang. Kali ni tempat yg terpilih sama mcm dulu jugak DarulAman Golf & Country Club. Last time pun aku tak join kat sana, just doing a walk to remember with Buha and Alizam hehehehee. InsyaAllah panjang umur boleh la bwk hubby ngan my baby jalan2 gi sana.

Berbuka kat mana2 pun sama je, yang penting kita hayati bulan Ramadhan ni. Jgn lupa pada mereka2 yg hidup serba kekurangan. Macam mana la diorang berpuasa, mungkin seperti hari2 biasa diorang di mana makan minum sekadarnya. Paling penting wahai kawan2, bersederhanalah dan jgn membazir.

tetiba teringat kat 'my mate'
"kiTe baNYak pERsaMAan yaNg aKAn bUAt gUa tErsENyum pANjaNGgGg"

Sunday, October 08, 2006

::Dah setengah bulan ni::

Alhamdulillah syukur pada hadrat Illahi kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNya. Hari ni dah hari ke-15 kita semua berpuasa. Rasa macam cepat je masa berlalu. Tup tup dah tinggal lagi 15 hari sebelum Syawal tiba.

Aku so far so good. Alhamdulillah masih mampu menjalani ibadah puasa dengan tak 'ponteng'. Alasan 'mak labu' tak boleh la aku guna untuk tak berpuasa. Selagi termampu aku laksanakan jugak tanggungjawab ni. Baby pun paham je time puasa ni. Takde plk terasa sangat tahap kelaparan tu. Mulanya perit jugak coz i don't really into alahan yang teruk. Sebelum ni sepanjang masa makan nye part, no prob :). First day puasa terasa jugak la, tapi Alhamdulillah semuanya ok untuk hari yg seterusnya.

Last khamis masa on the way balik keje sempat la ronda2 sambil gi beli makanan kucing2 kat rumah. Then singgah jap kedai cendol utk tapau bawak balik. Kali ni bukan 'cendol suam' ye hehehehehe, sejuk ni. Sampai traffic light kat jalan kamaruddin terasa mcm panjangnya kereta beratur. OOoooo ada pakcik trafik kat depan tgh buat keje. Bagusnya tolong jaga lalulintas. Kebetulan kat situ ada satu bazar Ramadhan yang setiap tahun memang meriah yang amat. Bergaya btol pak trafik ni kontrol lalulintas. Kekadang terlintas jugak kat kepala aku ni tak susah hati ke dia kot2 la ada yang terbabas tak sempat ngelak. Isshhhh2 ko ni eda itu yg dipikir. Berkhidmat untuk negara gitu :)

Time pose ni, ada jugak yang tak sabar kan? Tapi ramai juga yang bertimbang rasa memberi laluan di kala org lain dah terdesak, dah lama banget nunggu nak lintas jalan tu. Tima kasih rakyat mesia.

oOoo lupa plk, congrats to Semah and hubby for their new born baby boy early this morning. Syoknya dapat beraya ngan orang baru kan? Jaga diri bebaik dik, selamat berpantang. Oklah, blm mula keje lagi ni. Till then, c u!

Monday, October 02, 2006

::My first day at YDSM::

Yesterday was my first day working at Yayasan Diraja Sultan Mizan. Alhamdulillah aku diterima kerja kat situ as one of the Secretariat member for FEI-WEC 2008. Takde ape yang menarik on the 1st day. Cuma kenal2 ngan semua staff and do simple task je. Actually aku belum tahu lagi ape keje aku kat sini, and ape sebenarnya bidang keje tu. Masa interbiu hari tu dia just cakap aku akan terlibat dengan pentadbiran dlm sekretariat ni.

My 1st task semalam utk draft satu surat and a notice for a course that will be held tomorrow and on 9th oct. Ala2 kerani je keje ni, i don't mind pun. Daripada aku duk melangut tak tau ape kan? Lepas setel surat tu, fax and then fotostat satu utk letak dlm file. Uiksss kene handle filing jugak ke? Notice pasal kursus tu tak jadi buat sebab dah ada yg setelkan awal2 and this secretary didn't know. Lega la aku, pening pikir ayat tadi ni.

After lunch break (eh pose la), Dato' ask me and Tn Haji (also new employee) to see him. Dia suh 'study' pasal event terdekat sebab kami ni bukannya tahu sangat pasal kuda. Coming event is in November, and satu lagi the big event World Endurance Championship thn 2008 nanti. Ramainya orang ternama yang involve, kebanyakannya EXCO2 kerajaan. Mana la aku kenal depa ni semua. Tgk je la dulu nama2 ni, nnt baru hapal la sape2 yang terlibat.

Oklah, nanti sambung cerita ye. Nak sambung study ni heheheheh. Till then, have a nice FASTING MONTH. Semoga kita sama2 manfaatkan bulan yang mulia ni dengan meningkatkan amal ibadah padaNya.

Thursday, September 28, 2006

::Dah lega::

Alhamdulillah, baru ni gi bukak simen kat kaki my dear hubby. Ada jugak yang tak best sebab bukannya trus bukak tapi diganti dgn 'new stokin' sebabnya simen yg dulu tu dah tak sesuai, dah longgar. We decided to use a lighter bandage yg diorang panggil fiber. Tapi mahal sikit la, dalam 2 rolls for RM85. Takpe la, biar abang selesa sikit. Itu pun lepas seharian kitorang nunggu kat klinik tu, tak sampai 10 minit je jumpa doktor and just to inform us utk ganti balutan baru. Cesh, tak cakap awal2. Ni sampai nunggu sikit punya lama. Sib baik la tak pose lagi masa tu.

Balik rumah, abang dah rasa mcm makin susah plk nak jalan. Terperasan la masa ganti balut tu diorang suh abang bengkokkan sikit kaki. Jadinya kedudukan kaki dah tak stabil, dari guna 1 tongkat dah nak kene pakai 2. Malam tu tidur dia tak selesa. Terasa sakit kat lutut and pergelangan kaki. Naked ooppsss nekad nak bukak jugak balut tu esok. Takpe, kita gi esok ye bang. Bila discuss balik ngan mak ayah, nak try gi umah Pak Abu mintak dia tengok mcm mana lutut abang ni.

Pergi rumah Pak Abu dia check kaki katanya 'tak masuk btol ni'. So off we go to the clinic utk bukak balik balut, then petang pegi semula umah dia utk dia urut. Alhamdulillah, lepas tu abang dah boleh bengkok kaki sikit. Pakai bandage ngan ubat tradisional for one day and off the bandage from his knee. So far, makin sihat la my dear and makin ceria. Skang duk latih jalan la hari2. Try lipat kaki tu pelan2. Gigih gitu :)

Dapat la dia beraya tanpa simen. hehehehe kalo tak after raya baru boleh bukak fiber yang tersarung baru ni. Syukur padaNya..

Tuesday, September 19, 2006

::Update cerita lama::

Lama dah aku nak update cerita sepanjang Konvo UUM '06. Tiap kali nak update cerita je ada la hal2 yang tak dapat nak dielakkan. Gambar2 tu nanti aku letak kat fotopages ye. Aku bertolak dari K.Trg hari Sabtu, 9 September 2006 kol 12 lebih. Lewat kan? Mulanya memang nak awal la, tapi disebabkan mak ayah memenuhi undangan perkahwinan and my bro apih had a futsal tournament pagi tu jugak. Lastly, we decided to let him go to Kedah by bus. Sampai Alor Setar umah family kak ipar lebih kurang kol 11 malam. Perjalanan memang memenatkan especially for my hubby. Kaki duk berbalut simen dan duduk pun tak selesa. Siannya tgk dia. Tapi takmo jugak tu mengaku sakit. I'll try my best to make him as comfort as possible. Tu je sayang termampu bang.

Esoknya kene fetch my bro kat Shahab Perdana. Dah pesan dah jgn tidur lepas dah masuk area Sg. Petani. Agaknya letih sangat main futsal, dia trus terlajak sampai a ke Kangar. Off we go to Kangar la pepagi buta tu. Aku drive kali ni memandangkan ayah tak biasa sangat. Ingat nak ikut jalan kampung tp aku pun risau takut silap jalan. Around 6.30 am baru la dapat amik dia. Brenti solat Subuh then aku trus ke UUM amik jubah ngan Maya. Erm cantiknya, terharu ngan jubah yang ada 2 stripes tu heheheehehe. Dapat la satu cenderahati yang aku kira bukan dapat tapi aku beli, thumbdrive 512MB. Not bad, kecik je ngan ada cop uum kat situ.

Mata dah ngantuk yang amat, ayah plk drive balik Alor. Sampai sana tgk hubby tgh duk layan 'cik lena' lagi. Penat ngan sakit semua ada. Aku pun join la lagi sikit layan mata yang ngantuk ni. Around 11 am baru nak bangun, mandi and 'brunch'. Lepas Zohor kami ada planning lain plk. Ada hal yang kene setel. Ptg pun tak ke mana2, semua berehat je kat umah. Aku nak jalan tapi badan pun letih sgt ni, ingat dapat la jumpa hang Buha. Dah bawak Pajero, minyak mcm ayaq mata je mengalir, laju tak brenti. So, tangguh dulu la. Esok my session utk dapatkan scroll yang lama aku idamkan. Iron baju ngan jubah dulu sebelum tido, testing seround. Erm ok la kot.

Esok seawal kol 5 pagi aku dah kejutkan abang nak siap2 ke UUM. Aku kene ada kat dewan TSO around 7.30 am. Siap2 pun dah kol 6.40 am masa tu. Sempat ke ni? Tudung plk buat hal, penyek semacam. Tak vougue la aku nanti. Nak iron tudung lain dah tak sempat, so belasah je la. Abang dah sengih2 tgk aku muncung gara2 tudung yang 'pening' ni. Ingatkan sibuknya jalan tapi cam biasa je. Guard UUM did their job well la kiranya sebab tak teruk sangat jam nak masuk sana. Sampai je suh ayah aku drop depan FE, aku jalan la kalut2 ke dewan TSO. Penatnya ya Allah. Sabar ye baby, ummi penat jugak ni rushing.

Tak perasan Mija call, so i went straight to TSO. Tgk ramainya graduan2 hehehehehe. Rasanya kalo utk master student sure kat depan ni. Jalan2, tgk no kerusi trus nampak K'Yati. "Awat lambat ni eda? cepat2". Senyum je la aku pun. Then nampak la mija yang dah ready kat kerusi dia. Selang satu kerusi je ngan dia. Guess what, Alizam suppose duk next to me. Sedihnya ko tak masuk ali. Kalo tak penat la duk layan gosip. Btolkan tudung penyek ni, tapi tak berjaya dah. So let it be like that la. Yang penting i got my Ijazah. Sembang2 ngan mija, cari2 k'Ani. Dah nampak K'Z duk usha2 carik kami. Sakan dia, lady in purple pagi tu. Then nampak la K'Ani melambai dari belakang. Bosan dia kata, takde yang duk dekat ngan dia.

Dalam kol 8 lebih kami diarahkan ke DMas. Jalan lagi ke ni? Penatnya. Tgh jalan msg abang suh dia duk kat belakang TE sebab ada skrin kat situ. Dia cakap ada kat pintu dpn DMas. Sian plk nak suh dia jalan lagi Sib baik apih ada tolong teman dia. Mak ngan ayah masuk dewan. Start upacara ngan ketibaan dif terhormat Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh. Bacaan ayat al-Quran surah Luqman. Nak menitik air mata ni bila dengar qari tu baca sambil aku tgk sekali terjemahan. Suh baby duk dendiam dengar bacaan tu, pesan Luqman pada anaknya. syahdu je rasa.

Lepas bacaan doa, ada ucapan then sesi ke-5 dimulakan. Of course, kami la pi naik dulu. Lepas satu debaran. Kat atas stage, nampak Mama Ku. Senyum je mama pada aku ngan muka lega. Agaknya dah ilang dah beban menangung aku yang berkurun nak siapkan research ni. Alhamdulillah, selesai la semuanya. Tang nak nunggu semua course abih tu yang seksa. Lenguh2 pinggang aku ni. Time keluar satu hal plk, ramainya orang. Cam mana nak carik abang ni. Aku call dia janji kat mana2, then tepon ayah. Risaunya duk pikir macam mana la abang nak turun tangga ngan orang penuh sesak tu. Baik2 ye bang jalan. Lepas jumpa, bergambar lebih kurang 2 3 keping trus carik tempat nak duduk. Perut lapar ni. Layan nasi kandar kat tepi cafe atas bukit FTM tu. Kenyang kejap.

Lepas tu aku ke lab amik barang2 yang ada kat situ. Masuk2 ada Cikyah ngan Bi Lynn je. Ingatkan zampeada ada. Sunyi je lab, terasa la lainnya perasaan masa tu. Aku sempat duk kejap kat kerusi buha. Sempat ke aku jumpa diorang ni. Then beralih ke meja aku yang kini jadik tempat Apit bertapa. All the best dik! Tinggalkan buku aturcara Majlis konvo tu dekat Alizam. Kenang2an buat hang Ali..

Angkut barang, trus turun bawah. K'Yati call, kasik bunga. Sempat dia tegur aku dah berisi. Ye la, orang skang dah ada' isi' memang la makin chubby. Next station, Mall. Plan nak bergambar ngan family & abang. Sekali tengok rupanya nye ku kenal camera man tu, Apit! Isi form, then gambar2. Penat sangat ni..next kene buat gi setelkan yuran, hantar jubah, amik transkrip. Time bayar diorang cakap utang sekali ngan caj utk viva hari tu. Aikkk kata dah selaraskan semuanya, kata tak payah bayar. So aku bayar dulu yuran lain, yg tu hold dulu. Went to TSO utk pulang jubah then setelkan pasal yuran tu. Diorang agree to let me take my transcript. Nanti diorang inform balik pasal yuran viva tu.

Aduh, lega sangat rasanya. Masa tu jam dah kol 4.30 pm. Muka sorang2 dah penat, especially my dear hubby. Sabar ye bang, dah nak balik ni. Jumpa maya kejap kasik dia buah duku ngan sikit kuih. Sempat main pegang perut aku, sibuk tak nampak mcm orang ngandung. hehehehe anak first maya, susah la nak nampak lagi. Dia pun sama, takde la ketara nampak perutnya. Wah2 edaleeja, cerita perut ibu mengandung ye...

Dalam kol 5.40 pm sampai Alor Setar. Tak sempat singgah Jitra jumpa buha. Mintak maaf sangat2 buha, semua orang letih yang amat. Hati ni memang nak sangat jumpa hang, share this beautiful moment. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi ye. Cepat2 la hantar kad wangi, mau ke Bdr Baru lagi ni :)

Esoknya dah nak bertolak balik. Sempat jugak aku gi makan kat kedai tepi kilang bata. Nyum2 sedapnya. Then ke Pacific jap teman Apih beli perfume dia. Aku sempat la belikan tudung buat mak, mak mertua ngan adik ipar aku. Abang? Sorry ye sayang tak sempat nak belikan abang ape2. Bertolak dari Alor dah kol 2 pm. Lewat la nampak gayanya sampai Trg. Sepanjang jalan abang la paling seksa menggayakan dudk dia. Kat Baling beli satu comforter kat Borong sakan, utk apih landing kat belakang pajero. heheheheeh korban la dik kejap. Abang mula tak sedap badan kat area Bkt Bunga, Kelantan. Kepala dah pusing2, loya2. Kaki pun terasa sakit. Sampai area Saujana, Trg dia dah flat. Tak tertahan sakit kepalanya. Sedih dgr suara dia ngadu sakit, and last dia nye klimaks masa kat area Gong Badak. Segala isi perut dia muntahkan. Sampai dah takde ape2. Sabar bang, kejap je lagi nak sampai umah. Sampai dah kol 4 am. Trus bentang comforter bagi dia tido. Alhamdulillah dapat jugak dia tido ngan lena.

As for me, aku bersyukur semuanya dah selamat. Tinggal nak tahu khabar berita pasal yuran viva tu. ANd aku berharap sangat kawan2 yang lain akan menyusul secepat mungkin. InsyaAllah semuanya akan ok, yang penting CAIYO!

Tuesday, September 05, 2006

::It's My Birthday::



Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana aku masih lagi mampu bernafas di muka bumiNya. Hari ni genap umurku 28 tahun. Sweet 28 lagi hehehehehe. Semlm ucapan awal aku terima dari Buha sebab dia dah tak mampu nak celikkan mata dia.

Detik 12 t/malam my dear husband wish me a very hepi besday. Doanya semoga aku dipanjang kan umur dan sentiasa ceria selalu. Dikurniakan anak yang soleh yang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang taat pada kedua ibubapa nya. Terima kasih bang. Air mata ku menitik lagi. Abang sedih sebab tak dapat nak bagi ape2 hadiah sempena hari lahir ku. Pada aku, dia sihat dan selamat adalah hadiah yang paling berharga.

I've got my first maternity dress from my dear Mak and family. Thank you Mak. Ciuman dari mak ku terima mlm tadi. Adik2 pun tak tido lagi semalam, ada ala2 mcm nak raya plk esoknya. Mak sibuk masak gulai daging nak makan ngan pulut kuning esok. Ish, susah2 aje ;)

SMSs from my dear friends; Buha, Maz, Bie, Ruby, Ainee, Ena, Pjot and my abg jang & family. Terima kasih atas doa kalian.

Monday, September 04, 2006

::Makin sihat::

Alhamdulillah abang makin sihat. Boleh je jalan sendiri, tapi aku pastikan jugak aku ada kat sebelah sebagai 'tongkat asli' dia. Aku plk yang diserang demam, batuk & selsema. Seksa plk rasanya. Tapi aku takmo la tunjuk dekat dia yang aku tak larat. Nanti dia usaha nak buat sendiri semua benda.

Hari ni sembang ngan dia pasal aku nye konvo. Aduhai sedihnya bila memikirkan dia tak dapat bersama ngan aku on my konvo. Tapi dia usaha jugak nak follow gi Sintok. "Takpela, abang tak masuk, nnt abang tunggu sayang kat depan pintu". Menitik air mata aku. "dok gi boleh ke bang?" Pedih paha aku ni dia tepuk "ada ke takmo. Jgn2, sayang kene sambut kejayaan sayang"

Tengok la mcm mana. Semalam aku baru je selesaikan bayaran jubah. Kerani bank tu terkejut sebab bayaran jubah tu agak mahal dari yang pernah dia terima. "Btol ni dik? Tak silap ke amaun dia?". Aku senyum je la. Dah diorang caj banyak mcm tu, terima je la. Nanti mintak tolong Maya ambikkan. Hari ni tak sempat plk nak gi pos segala benda kalau nak wakilkan kat sesapa amik jubah tu. Esok la ye maya. Hari ni tak dan plk.

Peritnya tekak ni menahan batuk. Dah banyak air masak aku minum. Tak pergi klinik pun lagi. Nak beli je ubat batuk kat farmasi "I'M NOT ALLOWED TO DO SO" sebab nak jaga baby dlm perut ni. InsyaAllah nnt ok la ni. Suara dah ala2 rock dah ni, kuo tak kuo je suara.

Sunday, September 03, 2006

::Kesiannya dia berbalut::

Last Friday, he felt in the bathroom. Tempurung lutut dia terkeluar. Sedihnya aku tengok dia terbaring dalam bilik mandi sambil mengerang sakit. Aku try nak alih tapi makin kuat plk abang jerit sakit. Macam mana sayang nak tolong ni bang? Mak pun masuk bilik air nak tolong. Sape2 pun kan, bila terpandang mak, lagi la terasa sakitnya. Sakitnya hati aku bila dengar abang duk menahan sakit. Aku lari ke bilik amik kain pelekat lain. Try ngan mak nak usung dia keluar. Aduh, seksanya aku tengok. First time aku tgk sendiri macam mana kepala lutut kita ni boleh beralih duk tepi. Kami hanya boleh bwk ia ke luar pintu bilik air. Lepas tu langsung tak blh gerak, sure dia raung sakit. Urat dah tegang, nak tolong ape ni?! Satu rumah dah panik. Aku call rumah mintak ayah ke Paloh amikkan tukang urut bwk datang rumah.

Around 8.30pm ayah, mak and Che Muda sampai. Air mata ni dah tak brenti mengalir. Try tahan takmo nangis depan abang, tapi apekan daya hati ni terlalu sedih tengok keadaan dia. Sampai je diorang, usaha nak alih dia keluar sebab ruang kat situ agak sempit. Tiap kali try nak alih, sure raungan yg aku dengar. LAst dapat jugak pusing tubuh dia pada kedudukan yg selesa utk Che muda tu buat keje dia. Sepanjang dia try nak bagi lutut tu 'masuk' aku ada kat atas rumah. Mak Leha ajak aku duk luar tapi hati ni tetap nak ada dekat ngan abang. Aku duk kat meja makan, agak jauh dari abang. Kuatnya dia jerit tatkala lutut dia tu diurut. Aku cuma mampu berdoa je masa tu.

Kol 9 lebih, kaki abang dah boleh lurus tapi lutut dia masih blm masuk pada kedudukan yang betul. Dia dah tak larat dah, dah kering air mata menahan sakit. Rest kejap katanya. Tak tertahan nak tanggung sakit. Bila semua org beredar, aku mula duk dekat abang. Ada air mata yang mengalir menahan sakit. "Abang takmo urut dah yang. Sakit sangat ni..bagi abang pengsan la ye, bius ke". Sedihnya dengar. Ayah ngan Bak ke klinik utk dapatkan ubat bius. Tapi doktor tu bgtahu klinik 24jam je yg menyediakan ubat camtu. Dia pun nasihatkan suh bawak gi kat Emergency. Bimbang kalau2 masa tgh urut abang akan sesak nafas. Risaunya aku.

Kol 10, aku tolong abg decide utk bawak dia ke hospital. Kat sana doktor akan uruskan. Sure dia bius seround baru la lutut tu dibetulkan. Masa nak bawak turun dari rumah masuk kereta dah satu hal. Gerak sikit dia jerit, mcm mana hati ni tak lagi pedih. Diorang nak singgah dulu satu klinik ni. Sampai sana doktor tak dapat nak bius jugak. Off we go to the HKT kat emergency. Aku rush gi daftarkan abang, then diorang plk try nak bawak keluar dari kereta. Aku follow je ke ER tgk keadaan dia. Nurse inject ubat tahan sakit sementara tunggu doktor. Then baru bawak gi x-ray. Lepas x-ray kene tungu lagi.

Mata ni dah tak ngantuk dah, tapi baby dah mula mintak makan. Last aku makan ptg tu ngan abang around kol 6 ptg. Patutla dah lapar. Aku tinggalkan kejap abang sementara ayah temankan dia. Lebih kurang kol 2 pagi doktor uruskan dia. Hati ni berdoa agar semuanya selamat. Alhamdulillah, dalam kol 3 pagi semuanya dah ok. Kakinya kini berbalut simen dari paha ke buku lali. Another x-ray to be done. Aku follow tapi tak dibenarkan masuk. Lepas tu aku temankan abang kat ER sementara tunggu keputusan. Alhamdulillah lutut dia dah 'masuk' elok, so abang boleh balik. Tak perlu warded. Tunggu diorang setel borang2, aku gi bayar then bawak abang balik. Alhamdulillah tgk dia dapat jalan.

Sampai rumah G.Kapas, dia makan sikit then telan ubat tahan sakit. Trus tidur like a baby. Siannya aku tengok. Mak ayah aku tolong gi hantar mentua balik. Masing2 dah penat sgt2. Tapi kitorang bersyukur abang dah selamat dah. Next checking on 20 Sept. Harapnya semua takde masalah dan simen tu tak lagi berbalut kat kaki dia.

Wednesday, August 23, 2006

::Beberapa tahun dulu::

On this day, few years ago.. officially i'm his 'tunang'. Thanks abang, sayang love you so much! Takde ape yg spesel sangat pun. Just dia bawak jalan2 round tepi pantai. Tu pun kejap je dpt round. Al maklum la dia tutup kedai dah lewat, sampai rumah dah letih. Aku masak nasi mcm biasa je hr ni. Takde lauk yg spesel pun utk dia. Lagipun kt sini ada 5 orang je. Blm tentu semua makan malam. Dua org adik aku tu keje, sorang lagi gi kolej. Biasanya diorang balik tak makan sgt pun. Aku masak la ape yang patut.

Tengahari tadi dapat jemputan dari sorang kawan kat UUM dulu. alpegoh mau kenduri la. Ada dia msg suh snd alamat. Wifenya org perlis, kalo tak silap aku kenduri kat sana 26 Ogos and kat rumah dia di Ipoh on 2nd Sept. Semoga berbahagia wahai Kapt. Rusaimi. Mohon maaflah aku tak dapat datang.

Malamnya dapat call dari kawan SMSD dulu. Ask me some favor. Nak mintak tolong gubahkan hantaran dia nak bertunang. InsyaAllah, boleh je. Lagipun aku bukan ada keje lagi ni. Hantaran dia pun tak banyak sangat dalam 7 dulang. Nak kene tolong tempah kuih jala mas ngan makcik aku ni. Takpe, nnt aku set reminder. Semoga ko berbahagia kawan ku, ke jinjang pelamin, ke akhir hayat.

Oklah ye, nak iron seluar hubby ni. Nanti2 sambung cerita aku yang byk tertangguh ni ye. Daaaaa

Tuesday, August 22, 2006

::Invitation to...::

Tengahari tadi masa hubby hantar balik umah mak, aku notice satu surat bersampul coklat. Debaran la kejap bila tgk itulah surat yang aku tunggu2. "Invitation to the 19th CONVOCATION Ceremony". Alhamdulillah, akhirnya i made it!

Bukan takat surat jemputan dgn ayat bunga2 je dari Dato' Nordin, disertakan sekali slip bayaran yuran tertangguh ngan caj sewa jubah. Mak aii byk btol diorang caj kali ni. Tak sampai hati pulak nak suh hubby bayarkan. Banyak tu. Tapi nak buat mcm mana bang, sayang blm keje ni. Belanja nak gi sana pulak nanti. Erk, botak la kepala hubby.

Kalo nak ikutkan aturcara majlis ni mcm aku kena hari last je. Ingatkan dapat la kenyit mata kat sultan kedah. Tak merasa jugak la aku. Satu hal lagi terasa mcm student master je yang konvo. Tak kan la UUM nak buat 2 kali konvo plk? Ntah2 yang aku dapat ni for my information saje. Mungkin diorang dapat salinan lain. Ape pun, kali ni diorang susun by Faculty. Takpe la, yang penting dapat la naik stage tu bersama baby hehehehehe.

Baju mana ye nak sarung? Kebaya? Mcm tak dapat je, udah menampakkan keadaan ku ini hehehehehe. Pakai la eda baju mana2 pun. Janji vogue gitu! Ntah malas plk nak pikir2. Mak ayah aku insyaAllah ikut. Mentua blm kompem dapat join sekali. Harap diorang nak ikut la. Blh bawak jalan2 ke Kedah. Tapi semuanya kene rancang elok2.

Sedih pun ada jugak ni. Mengharapkan ramai kawan2 seangkatan yg akan sama2 naik stage tu. Tapi ape kan daya harapan kitorang je. Ape pun aku doakan korang yg lain dapat menyusul ye. Caiyo2! InsyaAllah kita jumpa di sana..

Sunday, August 06, 2006

::Sape kata tak?::

Sembang2 ngan kawan2 yang dah ada experience jd ibu macam mana keadaan diorang time pregnant. Ada yang cakap alahan teruk, ada yang rileks je. As for my mom, she had a bad morning sickness duing her first pregnancy. Pagi memang 'flat', tak bangun pun even utk sediakan saarapan sblm ayah gi keje. Dalam tengahari baru ok, bangun buat keje rumah masak makan tengahari then kembali 'flat' :D

Kak ipar plk asyik muntah je sepanjang 4 bulan yang pertama. Begitu jugak dengan beberapa org kawan aku yg lain. Sampai nak telan nasik pun tak terdaya. Yang best tu, dia tak blh bau org menumis, bau abang aku hehehehe semuanya dia kata busuk.

Aku? Awal2 takde masalah pun, alhamdulillah. Kalau sesetengah org ada tanda muntah2, tapi aku macam biasa je. My hubby la ada terasa cam mabuk2, pening kepala. Tapi it won't last long. Dah masuk 8 weeks, aku dah mula tak tahan bila org duk masak gulai. Terasa mcm pusing satu dunia. Bau dia...errrkkkkk tak dapat nak tahan. Yang best tu, kalau makan aku balun aje gulai ke ape ke. Cuma baunya tak dapat tahan. Satu lagi, panas. Badan ni cepat je terasa berpeluh2. Tapi org kata tu normal la. Makan? Erm semua no hal, boleh ditelan lagi. Cuma kekadang kalau aku teringin sgt2, aku beli jugak sikit. macam aku citer la time tengok student kat tusyen tu makan junk food, eskrem, coklat. Hai memang tergugat la, kecur air liur ku. Hahahahahahha

Harap sangat aku takde masalah pasal makan2 ni. Asam of coz aku suka sangat2 tapi kene kontrol jugak la kan. Main belasah je, khasiat bukannya ada. Susu aku minum skang ni. dah banyak kemajuan tau bukan terhad pada susu HL perisa vanilla je. Ni ada satu tin EnfaMama kat umah. Perisa coklat, best nyummy! End of this month will be my next meeting with the octor. Hope aku dan baby in good condition.

Tuesday, August 01, 2006

::Wahai gigi bongsuku::

Dah 3 4 hari aku menanggung sakit gara2 si gigi bongsu ku mahu membesar lagi. Mahu bersama2 menjenguk alam mulut, mengunyah makanan2 kegemaranku. Seksa bila bengkak kat gusi ni makin menjadi2. Nak ditelan sembarangan ubat takut tak boleh. Sapu je la 'tiger balm' kat tepi rahang ngan pipi ni.


Semalam tidurku terganggu lagi. Siannya hubby turut terjaga. Meleleh jugak la air mata ni dek kerana tak tertahan sakitnya. Bukan takat nak ngunyah, nak telan air liur pun terasa seksa. Ntah kol brape la baru lena tidur ni. Time sakit ni, perut selalu plk lapar. Tapi aku gagahkan jugak mengunyah segala ape yg menyelerakan. Sian baby kelaparan. Biasa la, 'mak labu' ni kan tengok semua makanan nampak sedap. Macam hari tu masa tusyen, aku blh share twisties ngan student aku. Nampak sedap je diorang makan hehehehehehe.


Dah tengahari, perut dah rasa lapar ni. Tapi jap lagi la, mau iron baju dulu. Hope petang ni bila adik aku bawak balik ubat, mampu la tolong aku kurangkan rasa sakit nyut nyut ni. Daaaaaa...........

Saturday, July 22, 2006

::Penat lagi ni:

Penat badan ni sebab tadi baru je balik dari menghadiri kenduri kendara kat Kemaman. Sedara belah mak aku. Peluang ni jugak utk aku bawak hubby jalan2 rumah sedara yang dkt area sana. Penat la, lepas satu rumah satu rumah. Lepas secawan secawan. Biasa la, 'orang baru' datang bertandang. On the way balik plk hujan agak lebat dengan jalan pun mcm sibuk je. Maklum le kat Trg ni cuti dari hari Khamis lagi.


Konsert AF4 mlm ni agak meriah la. Starting best la, pahtu setiap persembahan ok je. LAgu2 yang aku suka pun ada jugak diorang nyanyikan. Lagu Jatuh, lagu Cinta, lagu Bila Rindu, tang lagu Penantian (Harmoni) aku tingat trus kat hang Buha..Klasik gitu!


Aduh, letih la sampai no idea mau cerita lagi. Minggu lepas jugak aku terima byk perkhabaran gembira dari kawan2. Congrats buat Has&Nazek, Shik&Dzul, Ira&Lias for their new born babies. Semoga hidup korang makin ceria.

Monday, July 03, 2006

::For You My Dear Husband::



You'll never know
how much
your smile lights up the room
or your laughter fills my soul,
making all the little problems of the day disappear.

You'll never know
how much it means to me
when you do or say something
thoughtful and totally unexpected
usually just at the moment
I need it most.

You'll never know
how much pride I hold in my heart
for the person you are and the things you do
for your strength and your gentleness,
your courage and your determination,
your accomplishments and your dreams.

You'll never know
how much I need you by my side
in the best of times and the worst of times
and all the times in between.
It really doesn't matter where we are
or what we're doing,
as long as we're together to share it all.
I love you with all my heart and soul.


Selamat Hari Lahir ke-31 bang.
Semoga abang sentiasa berada di bawah lindungan Illahi.
Love you so much, mmmmmmmmuuuaaahhhh!!

Monday, June 26, 2006

::My first visit to the clinic::

Few weeks before went to Klinik Ummi. Alhamdulillah, i'm already 6 weeks. Expected my new born baby early Feb 2007. Happy, terharu, nebes semuanya ada. Am i ready to be a mom? InsyaAllah, i'll try my best. Berita ni dikongsi bersama hubby yang teman sekali masuk bilik doktor. Nak menitis air mata ni. Ucapan terima kasih buat dia dan syukur kami pada Yang Maha Esa. Doa kami diperkenan kan olehNya.

Yesterday pegi Klinik Kesihatan kat sini, and my first visit was a bit upset. Terasa layanan Dr muda yang agak sambil lewa. Macam diperlekeh pun ada. Jeles agaknya? heheheheh ntah la. Moody day kot sebab ramai btol patient yang menanti. But, it her job to treat her patient. Lantak la, nasib baik la nurse tu ok.

First daftar dulu then timbang berat and ukur tinggi. Tak tinggi mana rupanya aku. Lepas tu amik bp and check for urine including HIV test. Lepas tu baru la ngadap cik ke puan Dr. Takde ape sgt cuma dia tanya soalan2 rutin. Nurse tu plak ajar cara yang betul for breast cancer checking. After that, went to room 1 utk check darah. Lama plk aku tak nengok jarum besar yang selalu org guna masa derma darah tu. Cuak jugak la. Ada la dekat setengah picagari tu dia amik. Itu je? Iye, takde bayaran and takde plk vitamin2 yang diorang kasik. Awal pregnancy kot.

Tadi ada lawatan kenalan dari sorang nurse yang bertanggungjawab utk kawasan perumahan ni. Sekali lagi dia check bp aku. Normal 90/60. Dia pesan rehat kena cukup, makan jangan la nak kontrol2 sangat. Time ni baby tgh build jantung, salur darah. One more thing i need to be cheer up, jgn sedih2.

Mak, mak mertua byk kasik pesanan pada aku ngan husband. Tak rugi kalau kita follow diorang nye pantang larang ni. Yang penting sentiasa berdoa semoga sihat walafiat.

Tadi Miza call bgtahu tesis dah hantar ke FTM cuma tak sure sempat tak konvo. Aduhai frust la kalau tak dan. Then aku pun ape lagi, segera la sms my dear Mama Ku Ruhana. Say tenkiu then bg hint2 pasal tesis+konvo. Dia reply ckp jgn susah hati insyaAllah sempat. Aku percaya je dkt dia since she is the Director of Center of Graduate Studies. Rasanya dia akan usahakan 'anak' dia ni dapat naik stage utk konvo.

Berita2 gembira yang aku dapat ni rasa makin best bila dapat share ngan korang semua. Doakan aku ye.........take care!

Monday, June 19, 2006

::Bersawang dah::

Mintak maaf la semua, blog ni bersawang sikit. Udah lama aku tak buat clean up kt sini. hehehehe ada tugas lain yg menuntut perhatian yang lebih. Tak bermakna aku dah abaikan akicat ni. Hari ni baru la aku boleh nak 'ngemas2' blog ni. Ronda2 tak sempat nak buat lagi wahai kawan2 ku.

Kalau nak ikutkan skang aku dah bz ikut kursus tenaga mahir multimedia tu. Tapi aku tolak tawaran yang agak best tu. Pesal?! Asalnya kontrak tu tak kisah kalau dapat offer keje lain utk brenti. Tup tup kuo agreement baru yg kitorang kene sign which stated that kalau brenti u need to pay around 10K within 60 days. Aduh! Parah la camtu kan? Kontrak utk 1 1/2 years yang diorang kasik tu rasa mcm jerut terus leher aku. Kebetulan hari yang sama gi daftar tu aku gi opis makcik for an interview with Dato' Hamzah. Dia mintak aku pikir pasal offer dia utk jadi sekretariat Endurance 2008. Lepas je aku kompem pasal agreement tu, trus kensel and accepted the offer from Dato'.

Discuss jugak ngan my hubby baik buruk tolak kursus tu. And he gave me lots of advices demi masa depan keluarga kami. Setuju dengan keputusan aku, dia suh contact Dato' utk bagi jawapan. So far, still waiting for the offer letter from him. Harapnya aku buat satu keputusan yang tepat.

Alemak, tak dapat cerita panjang la. Ooo lupa, tesis dah lepas. Konvo 2006 here i come! Alhamdulillah. Till then my friends, take care!

Friday, May 26, 2006

::Masih bunga2:

Mintak maaf banyak2 ye. Lama sunguh aku tak hapdet cerita. Buat masa sekarang ni, agak susah jugak nak online. Aku stay kat umah mertua sambil2 menolong my hubby kat kedai makannya. Tukang masak ke? Dok le, tolong2 je ape yang patut. Di belakang tabir gitu hehehehe.

Baru2 ni kan hujan air batu, ribut, kilat, petir melanda bandar K. Trg ni. Streamyx ni plk bebudak lupa nak cabut plug. Ape lagi, burn la seround. Ni baru kira ok sikit. Ekceli aku ni nak gi ngajar tusyen but still sempat nak hapdet cerita sikit. Gian nak ber'blog'.

Esok insyaAllah akan ke UUM ngan my dear. Examiner call nak finalized corrections yang dah berbulan aku hantar tu. Takpe la, at least ada gak initiatif nak call aku and discuss benda ni. Takde la tetiba ada keputusan kata corrections not enough.

Aku masih dalam mood bunga2 cinta ni. Berat sungguh tanggungjawab sebagai seorang isteri. Alhamdulillah dia banyak menolong dalam segala hal especially yang melibatkan family dia. Mak ayah aku pun byk support dr segi nasihat dan tunjuk ajar. InsyaAllah semuanya ok.

Ramai lagi kawan2 yang ucap tahniah. Terima kasih semuanya. Ok la, dah lewat ni. Got to go. Daaaaa take care!

Thursday, May 11, 2006

::Aku kini bergelar isteri::


Tengok tajuk entri ni pun udah tau kan ;)

Alhamdulillah tanggal 29 April 2006 bersamaan 1 Rabi'ul Akhir 1427H pukul 11.20 pagi, dengan sekali lafaz aku sah bergelar isterinya. Terasa beban di bahu ni semakin berat. Aku bersyukur pada Allah segalanya berjalan lancar.

Selesai kenduri dekat rumah dia, aku disampaikan satu berita gembira lagi. Kursus T-GAS akan bermula pada 4 Jun 2006. Dia pun dah memulakan perniagaan dia hari ni. Harapan kami agar rumahtangga yang baru dibina berkekalan ke akhir hayat.

Pada kawan2 yang sudi datang merai terima kasih kami ucapkan. Ada jugak yang tak dapat hadir, tapi jgnlah korang rasa terkilan ye. Doa korang agar aku bahagia dan selamat sejahtera sudah cukup menggembirakan aku. Terima kasih sekali lagi buat semua.

Thursday, April 27, 2006

::Bz..debar..hepi..cuti::

Bz..bz..bz..dan bz lagi

Debaran tu makin kuat terasa. Harap aku mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai surinya

Hepi? Of coZ my prens, really hepi. Harapkan doa kalian mengiringi majlis ni

Cuti? Barang 3 4 hari, or seminggu mungkin hehehehehehe. Cuti la blog ni, nnt la aku sambung story mory the beautiful story of my new life.

Till then, take care!

Thursday, April 20, 2006

::Putih demam::


Tgk la Putih ni, melepek je dia tido. Dah dekat 3 hari dia demam ngan selsema. Yesterday i took her to the verterinar for checking. One shot at the back for cure the cold. Siannya tgk rupa dia. The doctor recognized me since i've been there with my Aki. (i lost him, really miss him so much).

Hari ni still duk atas riba aku ni while i'm typing this entry. Ok skit sebab dah makan byk. Selera dia dah ok rasanya. Selalu jugak Putih kuo masuk bilik air utk minum. Hope Putih makin sihat dan ceria :)

Tuesday, April 18, 2006

::Dup dap jantung guwe!!::


Erm debaran tu makin kuat terasa. Kalo kata enjin keter F1 tu laju, jantung guwe lagi laju sih! Bak kata Kris Dayanti
"Mengitung hari, detik demi detik. Masa ku nanti apa kan ada. Jalan cerita, kisah yang panjang menghitung hari"

Sentiasa berdoa agar segalanya berjalan lancar dan diberkati olehNya.

Sunday, April 09, 2006

::Cikgu??::

Sekarang ni ada profesion baru as a tuition teacher. Feel so good to have this chance to spread knowledge to others. Sejak 2 minggu lepas, aku dah jadi sorang cikgu tuisyen. Asalnya menggantikan kawan adik aku nye kelas. Tapi, lately kakak tu mintak aku handle kelas dia jugak. At the same time i need to work 'on call' kalau2 ada cikgu yang tak dapat datang. Boleh ke camtu? For me takde masalah nak tolong gantikan as long diorang provide notes and worksheets utk aku distribute pada anak kecil tu.

Permenantly i'll be teaching English Year 1, Mathematics Year 2 and 3. Sounds great coz i need to handle these naughty little students. Banyak betul diorang uji tahap kesabaran aku. Year 1, student ada la dlm 4 orang. Tapi meriahnya mcm dekat 20 org dalam tu. Siap main lari2 dalam kelas. Nak marah aku tak reti, kang nangis plk anak2 org ni. Nak tak nak usaha la pujuk suh duduk diam2. Ada jugak la terlepas, terkuat plk volume aku ni. Diam la kejap, then dia start la benda lain plk. Sabar je la kan?

Skang byk benda dah kene blajo ikut English. Good for them. Tapi ada jugak la yang terpaksa merangkak satu satu. Ye la, aku kene kontrol la yg pandai2 ni supaya diorang dpt catch up sama2. This weekend kelas English, teacher want to see ur homework!

Tuesday, April 04, 2006

::Kursus Induksi::

3 hari 2 malam berkampung kat TESDEC, Bkt Kor mengikuti kursus induksi program T-GAS (Trg Graduate Attachment Scheme). Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pengisian pun boleh dikatakan ok. Alahai, ala2 orientasi gitu cuma kali ni takde LDK. Walaupun semuanya dah besor panjang, blajo tinggi 3 4 tingkat, tapi ada jugak bod** 5 6 tingkat. Pasal ape aku kata camtu? Diorang hidang makan bufet so kene reti bahse la nak amik lauk. Ingat la kat org belakang. Ni kalo dah cedok, beriye2 mcm tak pernah makan. Tinggal la yg belakang2 ni kelip2 mata ngadap pale udang, janggut sotong. Menangguk di air keruh tomyam jugak la tengahari semalam.

Mcm tak pernah beratur, eh boleh plk tolak2 tu. Yang lain duk beratur panjang ni, dia blh selit2 buat muka toye! Bara la kejap, dah kita sopan santun beratur. Takpe, maafkan aje la mereka2 camni. Harapnya lepas ceramah lbh kurang 8 slot tu dapat mengubah mind set masing2.

Ni pehal plk nak kene induksi2 ni? Ekceli, aku antara graduate menganggur yang ditawarkan untuk mengikuti program T-GAS. Ada lebih kurang macam SLG jugak la cuma nama je nmpk best. Kali ni di bawah anjuran Program Pembangunan Tenaga Mahir Multimedia yg aku bz2 pegi IQ Test ngan interbiu tu. Latihan ni untuk tempoh 6 bulan termasuk praktikal. Lepas tu baru la company MMSC decide utk tawarkan pekerjaan, kontrak utk setahun.

InsyaAllah start 2 Mei, tapi blm ada confirmation in black&white. Tunggu surat then of coz aku pun kene buat surat la utk mintak tangguh daftar ;) jeng jeng jeng. Dah masuk bulan April, kabor berita correction thesis masih blm terima. Harapnya diorang buat la keje cepat sikit. Jgn nak tunggu 'ketuk' baru nak jalan. Kene berubah la kita kalau nak maju!

Thursday, March 30, 2006

::Sedih yang amat::

Minggu ni terasa sedih yang amat. Mulanya dapat puji2 sket dari Jamri pasal gambar2 eda kat photodope cantik2. Tapi 2 3 hari ni banyak kali eda try nak 'masuk menjenguk' gambar2 sendiri TAK DAPAT!!!! Cannot find server.

Frustnya toksah nak kata la. Banyak gambar yang buh dalam tu, dan gambar2 tu byk yg takde dlm simpanan :(

Harapnya tak lama la mr photodope.com tu down, dan hope bukan diorang berniat nak 'gulung tikar'.

Friday, March 24, 2006

::i've been tagged!!::

spesel for my sis iQah. Here goes mine ;)

Four (latest) jobs I've had:
1. my family's driver
2. Fasilitator
3. Instruktor
4. part-time promoter for P&G

Four movies I can watch over and over:
1. Addicted to love
2. LOTR Trilogy
3. Full House (love it!)
4. Wedding Planner

Four places I've lived:
1. Gong Kapas
2. Sintok
3. Dungun
4. Kemaman

Four TV shows I love:
1. Alias
2. House
3. The Nanny
4. CSI

Four places I've vacationed:
1. Gunung Tahan
2. Banjaran Titiwangsa
3. P. Kapas
4. Tasik Kenyir

Four of my favorite dishes:
1. Mee Sup
2. Ikan Keli masak sambal
3. Sup Tulang
4. any foods tht has cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeese (same taste ngan iQah)

Four sites I visit daily:
1. my blog
2. My emails
3. Frens' blogs
4. Online news

Four places I would rather be right now:
1. In bed..dah ngantuk la ;)
2. P. Perhentian
3. Karambunai!
4. .......

Four bloggers I am tagging (jgn mara aaa kengkawan):
1. zampeada
2. adylzam
3. untakuning (biar lambat asal buat hehehe)
4. jamri

Thursday, March 23, 2006

::sekretariat?::

Ptg semalam aku gi interbiu ngan sorang Dato'. Mulanya mcm nebes jugak sebab aku tak pernah plk duk sembang2 ngan org ada pangkat ni. Mmmg btol dia pun manusia jugak, cuma feel dia tu berbeza. heheheheheehe

Mulanya dia cerita ape bidang keje yang dia nak kasik ni. Mcm confirm? Eh takde la, blm lagi. Rupanya dia ni salah sorang board utk Yayasan Kebajikan Perkasa Alam. Sebuah kelab sukan yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Mizan. By 2008, Terengganu akan jadi tuan rumah untuk International Endurance. So, dicadangkan la satu sekretariat utk handle this big event. Kalau ikutkan every year ada endurance dalam bulan 8. Menarik je bunyi nya walaupun aku tak berapa tahu pasal kuda2 ni.

As for me, background IT student ni diminta utk handle satu system. Aku cakap la, kalau melibatkan programming lebih2 kene la aku study dulu. "Itu takpe", katanya. Sistem ni akan rekod kuda yang register utk the competition, then this data is then send ke semua bhg veterinar, stable, time keeping and so on. Kalau kata time pertandingan tu, each result jugak akan direkod secara automatik dan dihantar ke semua bhg on the spot. Erm..pening jugak aku dengar. Banyak tu nak kene buat. Yang aku risau, cara dia cakap mcm aku plk kene handle semuanya. Tapi ye la, sure ada team yg handle benda2 ni.

Biasanya urusetia akan involve from the beginning starting from promoting, flyer, banners, buku aturcara, hospitality, security etc. Lepas abih dia citer semua tu, then dia tanya "dulu awak pernah keje gaji dia bayar mcm mana?" Aku cakap je la, saya tak pernah la btol2 keje cuma jadi practical trainee ngan instructor. Gaji kecik2 je. Lagipun aku takde pengalaman keje so tak blh la nak demand kan? Dia senyum je. Then ada la dia kasik satu cth proposal utk develop website Endurance 2008 tu. Utk aku dapatkan sedikit sebanyak maklumat pasal benda ni.

Semlm ada la belek2 proposal. Bagus sangat company tu nye cadangan and also its profile. With few examples and suggestions. Kalu aku pun accept je proposal tu. Memenuhi citarasa :)

Kalau dapat Alhamdulillah, boleh je aku kenal2 ngan sukan kuda ni. Mana la tahu asalnya nak jd sekretariat je, sekali aku plk yg bertanding sekali. erm, sekor kuda berape hinggit ye? Ahaks!

Saturday, March 18, 2006

::Cerita lagi::

Lupa la nak mention pasal adik bongsu aku yang dapat result SPM tu. Alhamdulillah ok resultnya. Pada aku cemerlang, Congrates Diksu! Tadi duk pening2 tolong dia isi borang UPU. Tengah moskil lagi nak amik ape. Aku pun tak berapa nak tahu jugak. Awalnya dia minat nak amik forensik, tapi risau plk dia tak berapa strong BIO. Tapi tak salah utk try. Sains hayat ngan Sains Fizikal, aku tak tahu ape la bezanya. Aku dulu masuk matrik UUM, takde plk jurusan ape2. Macam global je yg kitorang study masa tu. Dia pikir sekali nnt nak jadi ape lepas abih blajo. Aku mintak dia tanya abg ngan kakak ipar aku plk mcm mana. Tgk mcm tak terisi pun lg jurusan yg dia nak amik ;)

Last Tuesday pegi Kuantan, pakcik ada operation tonsil. Pesal nak buang ye? Aku pun ada jugak, cuma bengkaknya di kala aku demam dan sakit tekak yang terlampau. Ape effect dia kalau buang? Ish, takde la ngeri sgt. Ingatkan dia nak tebuk2 leher, rupanya 'gerudi2' dari dlm mulut je. Pahtu tonggang keluar. Sempat la tgk tonsil yang dah dikeluarkan tu. Ketul2. Ok la, dia pun dah selamat blk rumah. Cuma kene kerap makan eskrem sbb nak kasik lega cepat.

Lepas gi tgk dia operate kat KPJ (medik TV ni) kitorang ronda2 la sekitar kuantan sambil aku buat keje shopping2. Adik hadiahkan diri dia ngan satu set perfume BodyShop, sempena ngan result SPM yang best. Aku beli kasut nak letak atas dulang. Tgh sale, jimat sikit la. On d way balik singgah makan kat gerai di Balok yang sediakan Gulai Kawah. Nyum nyum, sedap tu gulai daging dia. Siap bungkus bwk balik. Dalam kol 10 jugak la baru sampai rumah, gara2 anak2 dara dia bz shoping, termasuk la mak ayah hihihihihhi.

Hari ni sibuk mengemas ape yang patut. Mak mintak punggah barang2 yang nak guna nnt. Lepas tu susun balik segala barang yang ayah aku shopping kat Kuantan. Microwave, deep fryer, induction cooker. Wah sakan ayah aku kan? Yang paling best, disebabkan dia shoping pakai credit card, dia dapat percuma satu AW-22 set DVD ngan sound system. Makin meriah la adik2 aku layan. Penat wei ngemas itu ini. Mata dah rasa berat ni, 'cik lena' dah mai la. Ok ye, len kali sambung lagi. Daaaaaaaa

Friday, March 17, 2006

::minggu yang sibuk::

Dalam 2 3 hari ni macam byk btol xtvt aku. Ahad baru2 ni ada satu program anjuran kerajaan negeri Trg; Program Pembangunan Tenaga Mahir Multimedia dan Terengganu Graduate Attachment Scheme (T-GAS). Aku ni kan salah sorang pemegang ijazah yg still menganggur, so depa pun panggil la utk attend program ni. Dalam kol 8.45 aku sampai depan gate Wisma Darul Iman tgk2 bebudak ni duk syok usung clear holder yg sarat ngan sijil2. Takde plk dalam email tu depa mention suh bwk sekali benda2 tu. Ayah aku decide utk patah balik g amik segala sijil. Dalam 10 minit gi blk, aku pun menapak la masuk dalam. Kene tinggal IC plk kat pak guard ni. Buatnya diorang guna ic aku tak tentu hala, naya gak tu ;)

Jauh plk tu kene mendaki tangga. Kebetulan salah sorang urusetia jalan sekali ngan aku. "pesal lewat sgt awak ni?". "Saya patah balik amik sijil2 ni". "Tak payah semua tu cik, hari ni dengar ngan IQ Test je". Takpe la, tak salah prepare je. Sampai2 kene isi form lagi padahal boleh je diorang print out form yg aku isi dlm e-siswazah tu. Kalut2 isi sebab majlis dah nak mula. Dengar la ape yg diorang citer pasal dua2 program tu. Kerjasama satu company Multimedia Synergy Corporation (MMSC) ngan kerajaan negeri Trg, dan satu lagi kerjasama ngan TESDEC.

Lepas rehat minum teh o, sumer pulun2 duk cek nama utk sesi IQ test. Erm, nampak gaya aku sesi kedua. Lambat register pagi td. IQ Test utk 30 minit. Ada soalan Maths, graphics, logic. Tgh syok jwab tetiba ia cakap lagi 10 minit. gelabah jugak sebab tak sedar masa berlalu mcm tu je. Lama plk tak sit for exams hehehehehe. Result blh check via website & will be informed through email. Alhamdulillah IQ aku ok lagi, blm karat.

Next step, interbiu on Thursday. Another IQ test utk aku jawab. Kali ni berdasarkan post yang aku isi masa IQ test hr Ahad lepas. Mencabar minda jugak since aku tak study ape2 pun. Lepas tu baru kene intebiu. "Aida Liza, bilik 3". Bergaya je akak ni sebut. Masuk bilik tu ada 2 org tukang interbiu aku. Dia perkenalkan diri dan sesi tanya-menanya bermula. Aku tak larat nak kelentong, so i mentioned yg tgh amik master. Lantak la depa nak amik ke idak. Ada rezeki ada la. Kalau lulus kene attend kelas for 2-4 mths. Lepas tu baru diorang amik kerja, kontrak 1 tahun.

Bila dipikirkan, hari makin hampir rasa risau jugak. Tgh training boleh ke aku senang2 amik cuti? Kalau tak boleh, cemana ye? pe reason aku nak bagi, dapat keje lain? Sebab hari tu ada yang bertanya, tengah2 training kalau dpt offer keje mcm mana? Encik tu pun dgn bestnya jawab "Dapat keje, Alhamdulillah la". Ape pun nnt la aku pikirkan.

Saturday, March 11, 2006

::sekolah lama::

Tengahari tadi pegi Kemaman atas undangan majlis perkahwinan sedara belah mak. Sebelum tu dah gi satu kenduri, kenyang dah seround. Maklum je la, skang ni musim cuti sekolah. Sana sini ada kenduri membina 'masjid'.

Sampai area Pulau Serai dah mengharap ayah lalu jln biasa, trus ikut bandar Dungun. Doa termakbul, ayah tak membelok ke Kg Gong Pasir seperti selalu. Maknanya berpeluang la aku mengimbau kenangan even tgk dari luar je. Traffic light bdr Dungun, ternampak pasar raya Ju Jaya tempat aku selalu shoping brg keperluan duk hostel especially toiletteries (eja camni ke eda?) dan kudap2 bebudak asrama. Lampu hijau, lalu la tepi AA restoran. Apesal tak prasan pun signboard restoran tu? Dah pindah ke?

Tetiba je ada rasa debar gitu. Rindu mungkin? Banyaknya kenangan tatkala melewati pagar SMSD. Tersergam indah pagar batu dengan logo sekolah menghiasi dinding. Wahai sahabat, untuk kesekian kalinya aku merindui korang semua! Kebetulan lampu isyarat kt depan sekolah merah, sempat la aku perati sikit2. Tetiba, eh mamat ni sengih2 plk. Tak perasan ada mat motor 2 org kat tepi pajero ;)

Ingat lagi dekat kedai makan yang korang selalu lepak ketika 'fly'? Dah maju tau, makin besar kedainya. Ada lagi ke yang buat perangai mcm korang dulu2? hehehe macam2 la. Yang pasti, kedai seberang jalan pagar sekolah still ada, cuma bentuk je berbeza.

Kenangan..banyak yang masih segar dalam kotak fikiran aku ni. Tak salah kan untuk kita selongkar segalanya? Sebagai ingatan berkekalan..

Tuesday, March 07, 2006

::cantik::

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya. Tempat di mana cinta itu ada."

Wednesday, March 01, 2006

::Hujan di Sintok::

Petang semalam bumi sintok disirami hujan. Sejak aku datang sini, hari2 cuaca cerah ngan panas terik. Alhamdulillah, sejuk bumi Allah. Akhirnya aku siapkan jugak corrections tesis tu. Ntah betul ntah tidak la tu. Macam rushing je rupanya. Aku dah follow semua requirement yang examiners letak. Harap2 memenuhi citarasa depa la. Lepas jumpa K'Yati semalam, terasa lega sangat2. Another 2 weeks utk examiner aku baca. Kalau ok dia akan report dkt fakulti then board akan meeting. Tunggu je la kertas coklat tu sampai kat tgn aku.

Dalam kol 6 ptg, aku follow K'Ziana ke kompleks sukan. Tahun ni SUFA lagi but not for me anymore. Tak kuasa dah nak turun padang join sekali. Kalau my intent ke sini utk main lain la kan. Ni datang utk viva, setelkan tesis. Sorry ye K'ah. FPT menang walk-over semalam utk netball. So, kitorang beralih la ke court volleyball. One of my friends pun main jugak. Ye la, kalau lecturer muda mudi & status pun cik lagi mmg la kene turun padang. Tapi ada jugak mak2 org yang join sekali. Bagus la,bersemangat gitu. Saje seronok2 sambil sihatkan badan.

Ayu la aku berbaju kurung ptg semalam kat tepi court tu. Malas nak balik Tmn U tukar baju. Minyak pun dah naik kan? Kene la berjimat cermat. Kata diorang, cukup utk tahun ni and there will be no more increment for fuel. Boleh caya ke? heheheh tak tahun ni, tahun depan boleh jadi naik lagi. Aku pun dah mula rasa segan nak bawak 'kerani' ayah jalan2. ye la, kang kalau haus kerani tu, ayah jugak yang hulur. Cepat2 la aku 'beruang', segan sgt asyik dapat subsidi PAMA je ni.

Sunday, February 26, 2006

::Jom berkebun::

Petang semalam dalam kol 5.30 after watching the Medik TV we do some gardening things. Boleh tahan la berpeluh2 aku ngan K' Z menguruskan landscape kat tepi rumah dia tu. Pagi tu lepas hantar buha & mina kat bus station kitorang gi nursery beli baja ngan shading net. Kesian tgk pokok duk terbakar ngan panas matahari. Daun keladi yang biasanya hijau segar tu asyik hijau kuning je. Tak sihat je rupanya. So, K'Z decided to buy net yg selalu org cover pokok orkid.

First thing first, gali dulu lubang sebab nak alihkan keladi yang duk dalam pasu ke tanah. Ni satu kes lagi, tanah berbatu2..keras yang amat. I do the honour to dig a hole utk tanam keladi tu. Pecah peluh! Bersungguh2 jugak la semalam. K'Z plk struggle duk cabut keladi dari pasu. Ye la, ubi dia dah besar cengkam pun kuat la ke tanah. About 15 minutes digging, baru la boleh alih pokok2 tu. Macam2 la ada, dari sekecil2 batu sampai besar nye batu bata pun ada. Paku, screw, tape utk lilit batang paip, semua aku jumpa masa duk menggali.

Then plan la cemana nak gantung net tu. Cukup2 je ni nak cover depan tu sikit. Ikat ngan tali rafia then try bentang. Pacak la satu kayu untuk support, tp mcm nak patah je plk. Last2 ikat dekat tiang, tarik ke pagar tepi. Jauh dari sasaran asal. "Ok la kot, nnt shading dia cover jugak pokok tu". Itu namanya ayat penyedap hati, penambah perisa. heheheheh. Pasu yang kosong diisi ngan pokok lain. Pacak satu tiang yg dibalut ngan sabut utk kasik pokok tu menjalar & lilit batang sabut tu. Lama plk la nak nengok hasil mcm mana. "Sempat la nnt awak datang konvo tgk hasil dia". Letak baja ngan siram pokok2 tu. Setel pun dah dekat maghrib. Alhamdulillah, lega dapat tengok taman kecik yang cantik tu. Penat pun tak terasa bila keje yang kita buat tu dapat memberi kepuasan. So, mission accomplished ;)

Saturday, February 25, 2006

::Outing::

Hari jumaat baru ni outing ngan buha, mina & alizam. Penat jugak bila dah lama tak jalan2 sambil shopping ni. But most of the time, me do the window shopping only. Ye la, aku yang tidak 'beruang'. Saje la ajak diorang keluar utk release my dizzy head concentrating on the corrections. Bak kata kami, ' you have to reward urself'.

Kol 11.15 aku g amik alizam yang dgn setianya menanti lebih 15 minit. So sorry ye (plus minus right?). Then, off we go to Jitra amik buha n her housemate. Sepanjang jalan duk bersembang je kitorang ni. Ye la bila artis dapat jumpa pengurus, byk la cerita nak kene update. Seronok sgt bila dapat berkumpul memandangkan semua dah bz ngan life masing2. Susah dah la lepas ni nak get together and share stories. Takpe, yang penting kita tak lupakan kenangan tu.

First stop, tempat makan. Hajat hati nak makan lauk pauk tradisional kat sebelah kilang kasut tu, tp tutup. Terpandang pacific trus tingat kat uncle lubanon kat food court. Aku pun u-turn then masuk ke pacific. carik parking trus naik atas. Order, makan, sembang. Tak lama la kat situ, kitorang drop alizam kat Masjid Zahir. Off we go to Celcom utk bayar bil sementara nak tunggu dia selesai solat jumaat. Janji jumpa kat Sentosa, alasan la nk jenguk2 cd sambil usha hp2 baru kat situ. Bukan nak beli pun, usha bg pihak kawan2 gitu hehehehhe. Beli cd 'Gone with the Wind' sbb nak ganti cd makcik yang aku misplaced. Alhamdulillah jumpa jgk akhirnya.

Lepas jumaat, shoot to Alor Star Mall kat tandop. I need to buy few things for the big day. Jalan2, nampak Body Shop. This is the place, senyum la aku sorang2. Naik atas solat dulu sblm mulakan jalan2 cuci mata. Then, masuk kat area pacific bhg perfume, handbag ngan kasut. erm cantik, harga? Erkkk mau luruh jantung guwe.. takpe2, survey dulu. Tengok org lain memilih mcm best je kan? "Tak jadi la kot buha, nnt aku survey kt lain plk". I grabbed something for him, then turun bawah. Carik ali tak jumpa2, ingat nak buat announcement dah "Paging for mr. alizam, please proceed to the information counter. Thank you" sib baik tak teruskan plan kitorang tu. Kalau tak, glamer la artis ni ;)

Then masuk bodyshop yang meriah tu. Tgk2 yang berkenan di hati. Try the limited one, so nice. Rasa mcm nak amik je la yang ni. Suh dia packing balik, tmbh few things nak kasik cantik. Ok dah, lega dapat satu benda. Tu pun dah dkt pukul 5. Nampak la ali duk melepek kat atas bangku. Siannya tunggu kitorang. Standard la pompuan kalau soping2 ni :D

Blk Sintok, g tgk anak Noorul&Hanis. Comel sgt2. Hari ni dia ada demam and sikit kuning (11.1) kata umi dia. Hari seblm tu aku g tgk ngan K'Z & Amir takde ape2 lagi. Baby biasa kene demam kuning kan? Dah lewat ptg kitorang mintak diri dulu. Hantar alizam kt apartmen, trus blk umah K'Ziana. Penatnya baru nak terasa. Eceh, tadi tak hingat ye eda?? Thanks la korang sudi jenjalan ngan aku. Ntah bila dapat kita outing sesama lagi kan?

Wednesday, February 22, 2006

::Kisah Ambulans::

Pagi semalam lepas je aku selamat on notebook ni, ada sorg adik dtg tepi aku. "Kak aida mai sat tgk Kak A**ah pasal ape. Sakit pinggang la, perut la". La pulak dah, sakit ape plk adik ni. Then ikut la dia keluar dari lab. Kesiannya, she's really look pale and sweating. Salah makan ke? Ke dah gastrik perut awak ni? No answer, duk ngerang sakit je. Sudah. I wnet inside utk amik tiger balm yang kebetilannya duk ada dlm beg. Oh dah ada minyak angin. Try gosok2 belakang dia nak kuo kan angin. "Saya nak muntah"

Kalut la Bi Lynn tolong amik bakul sampah. Kalau nak ikutkan, aku pun nak termun jugak bila tgk org vomitting ni. Tahan2, urut lg blakang leher dia. Kosong sgt perut ni, dah teruk gas tu berleluasa dlm perut.

Tgk mcm takde perubahan, makin teruk ada la. Siap2 then ke klinik UUM ni ngan Bi Lynn and Umi Kinah. Sampai je trus g kat bhgian emergency. Register then trus amik darah for checking. Either gastrik or apendiks. Hope takde ape2. Lebih kurang sejam, dpt result darah dia normal. Tapi Dr still nak refer ke GH. Ape lagi off we go in an ambulance to Alor Setar. Aku la join sekali sebab lg 2 org ada kelas nak kene handle. 2nd time naik ambulan UUM ni.

GH penuh sesak. Cuaca pun panas. Dlm 10 minit tunggu kat luar ER, kakak nurse ni panggil aku ckp nk kene warded sementara Dr check and tunggu result urine and blood test. Tgk Cikyah pun dah teruk ni. Bergulung dah tahan sakit perut tu. Aku nak buat cemana la nak nolong. Just urut2 je la blakang badan dia. Masa tu dah kol 1.30 pm, dia dibawa ke wad pemerhatian. Driver ngan nurse uum tu suh aku temankan cikyah sementara pakcik dia sampai. Ye la, takde sape pun kat situ, kesian plk dia.

Around 2.40 pm pakde ngan makde sampai. Sementara diorang ada, aku mintak diri g solat then jalan2 carik makan. Gi kedai beli susu ngan roti. Cukup la kasik lapik perut ni. Specialist dtg cek around 3.30 pm, tp takde masalah apendiks pun. Maybe boleh balik kot jap lagi. Pegi amik ubat, then buat bayaran. Dlm 5.30 pm gerak balik umah pakde dkt Changlun. Cikyah still duk menahan sakit. Td kat GH diorang ada la inject ubat tahan sakit dkt tiub masuk air. Boleh la dia rileks kejap. Blk ptg tu pun duk sakit2 lagi.

Dlm kol 7 housemate dia mai hntr pakaian kt umah Pakde. Aku pun nompang la balik, byk keje nak kene setelkan kt uum tu. Mintak diri, then kasik dua tiga beh nasihat kat cikyah. Sampai tmn u dah kol 7.50pm. Penatnya..panas sangat kot ni. Ke pot aku yg lapar? heheheh tadi dah makan ngan best sambal udang makde, lapar lagi ke?

Pg tadi cikyah msg, dia semakin sihat. Sakit sikit2 je. Alhamdulillah.

Sunday, February 19, 2006

::Aku dah LULUS::

Assalamualaikum semua..
Nak share this lovely moment dengan korang. Alhamdulillah, dalam pukul 11.25 pagi tadi aku dah selamat viva. Lulus dengan minor corrections. Bersyukur sangat pada Allah. So, i've got another 3 months untuk buat semua pembetulan yang examiners list down tadi. Lega sangat2 rasanya.

Pagi tadi aku ditemani Kak Ziana ke opis FTM dalam pukul 9.20 pagi. Ada masa lagi untuk aku belek2 my thesis and setting up the presentation. Bila jejak je ke dalam BME tu trus rasa mau gugur jantung guwe. Nervous sangat2. K'Z pesan suh baca surah al-ikhlas byk2. Then aku copy slide presentation masuk dalam laptop 'kepala dua' tu. Ape lembab sgt notebook ni, paneh plk tu. Biasa la jenama Tw**H**d ni kan. K'Z tolong lagi aku carikkan technician utk repair benda2 ni, thanks Sis. Last2, tuko ke BMU yang saiznya dua kali ganda lebih luas. Aduh, makin besar biliknya, makin byk la butterfly dlm perut ni.

Masa tu baru aku tahu sape examiners aku. Alhamdulillah dua2 ok je. Tepat pukul 10.15 pagi i begin my viva session. With the introduction, what i've done' what are the findings, and conclusion. That's it, finish within 10 mins. Sakan pecut eda ye? hehehehe nak lepas cepat. Then pengerusi proceed dgn 3 rounds of Q&A. Time ni la rasa meleleh peluh aku. Ada yang aku main jawab je, ada yang terkantoi plk jawab lagu tu. Suppose cover2 la sikit. Clumsy me!

Lepas abih soal-jawab, diorang ask me to wait outside while they're having a discussion for the result. Half an hour later, GG call me in. "Minor je cik eda, congrates". Aku pun melangkah masuk dengan risau2 kot tak lepas. "Aida, we decided that u pass with some corrections. From as big as the objectives to the typos all of it. So, congratulations to u." Thank you. "Anything to say aida?" Dah berderai dah kolam air mata aku ni ha. Sedih, hepi and rasa macam usaha selama ni dah terjawab on this day, alhamdulillah syukur pada Allah.

Then takde ape dah, lepas lap2 air mata baru la boleh duduk minum air teh yang dah sejuk tu. Baru rasa perut ni lapar. Have a nice talk with both examiners and GG. Terima kasih semua, really appreciate it.

Pada korang semua pembaca blog ni, thanks utk semua komen pemberi semangat dan doa dari korang. Hanya Allah yang mampu membalasnya. To my dear xmlers, senja.com, research clique and especially my dearest family, Thank you so much, love u all!!

Tuesday, February 14, 2006

::Will be updated soon::


Maybe dalam seminggu ni aku akan 'bercuti' dari posting in Blogger. As u know, i've got a viva test sooner in few days. Tomorrow i'll be going to Sintok and hoping that everything will be okay. Really hope i will pass with flying colors. Macam ko my Lep. So, don't miss me :)

Will be updated soon after my viva session.

Till then, do take care my pren!

Monday, February 13, 2006

::Banjirkah nanti?::

Akhbar Utusan Malaysia hari melaporkan banjir besar mungkin berlaku kalau air dalam empangan Kenyir makin meningkat. Kalau nak kata dekat, takde la dekat. Jauh jugak dr rumah ni ke Kenyir, dlm 50 km. Tapi, kalau diorang lepas air tu for sure dkt2 sini akan banjir.

Biasanya banjir ni hujung2 tahun kan? Kuasa Allah, mana kita boleh lawan. Itu ketentuanNya. Kita hanya mampu bedoa dan bersabar atas segala dugaan yang diberikan ke atas makhlukNya.

Berita penuh dekat sini-->Berita Harian Online

Wednesday, February 08, 2006

::Dedicated to me::

"Yang, dengar lagu ni. Love u" Wah bestnya, terharu kejap. Thanks bang.

~Adam - Jatuh~

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta





Powered by Castpost

Monday, February 06, 2006

::Dup dap dup dap::

Rasa mau pecah je dada hari ni. Panggilan yang aku tunggu hampir sebulan akhirnya diterima petang tadi. Aduh, debar sih jantung guwe!

InsyaAllah dalam hari Ahad, 19 Februari 2006 ni aku bakal menduduki satu ujian yang bakal menentukan masa depan aku, VIVA. So far, itu la tarikhnya or mungkin akan berubah. Harap takde ape2 masalah. Rasa macam tak senang duduk dah ni. Lepas je Kak Yati call tadi trus rasa ting tong. Tangan aku menggeletar, langkah rasa tak betul. Macam mana nak release nebes aku ni. Duk kira2 ada la tak sampai 2 minggu before that date.

Tadi macam teringin je nak tanya sape la bakal examiners aku tu. Tapi, mulut mcm berat je nak luahkan semua, cuma setuju dgn date tu. Ok kot. Tepon Mama Ku ke? Erk nanti la, esok lusa kot. Byk nak kene prepare ni. Slide baru je roughly aku karang. Kene lebihkan pembacaan especially my own tesis. Kang nanti berterabur plk jadinya. Kene susun satu2 ni.

Usaha selama ni bakal terjawab nanti. Aku tak kisah kene minor or major corrections, yang penting diorang bgtahu aku LULUS. Ya Allah, permudahkanlah urusan ku.

Sunday, February 05, 2006

::The Secret of Living::

Make each day a magnificent adventure.
Accept the challenges that come your way.
Seize each opportunity that you find
without concern for what others might say.

Experience each day with open arms,
savoring both victory and strife,
welcoming the good and the bad together.
For only then will you know the joy of life.

Friday, February 03, 2006

::Hari tu::

Hari tu, masa cuti2 mesia yang meriah baru2 ni byk la xtvt yang ada. Tak sempat aku nak ceritakan dkt sini. Bukannya ape, nak mengarang setiap event tu bukan senang tau. Ok shoot..

28 hb dah start bz ngan kenduri kendara. Sepupu belah mak kahwin on this date. Dia buat kenduri kahwin sekali ngan kenduri naik rumah baru. Cantik rumahnya, dia design sendiri. Boleh tahan mahalnya. Ye la barang2 semua mahal kan. Puas hati la dapat rumah besar tu. Org kata 'sedang sedang saja'.

29 hb Gong Xi Ni plk. Pepagi tu bangun dah terdengar2 muzik tarian naga yg glamer. Rasanya kedai kat depan sana kot buat show. Sebelah umah dulu ada la satu keluarga Cina. Tiap kali raya Cina mmg meriah la rumah aku ngan limau mandarin dan air botol. Air yang selalu kami dapat ape tu Kickappo (ye ke heja camni ni). Lepas naga nari2 depan rumah, bunyik mercun yg kadang2 tak tahan tinge aku dengar, kami akan diberi angpau kaler merah. Isi dalam pun selalunya merah jugak la. Sejak diorang pindah, rumah aku still ada lagi limau2 mandarin 2 3 kotak. Hamper pun ada. Yang aku moskil, Raya Puasa ke, raya Cina ke dia jugak yg datang hantar sumer tu. Kuih bakul korang suke? Aku ni kalau makan ada la sehiris nipis. Tak berkenan la. Bangga jd rakyat mesia yg majmuk ni.

30hb, pepagi siap2 sebab mak nk ajak ke pasar utk preparation esoknya. Nak beli daging, beras pulut ikan kering etc. Sepupu call ajak pegi pasar ngan dia. Kol 10 pg dia sampai ngan hubby and kereta baru. Merasa la naik Nissan Sentra. Mak aii syok tu. Mula la memasang angan2 utk memiliki kereta spt ni. Mana blh nak sama cam sepupu aku tu, dia sape? Tapi kalau kita pasang angan2, then usaha tak salah kan? InsyaAllah mampu milik gitu. Lepas tu ikut dia blk buat preparation utk tahlil kt sana. Petang dalam 6.30 aku ke surau ngan mak ayah. Ada sambutan tahun baru Awal Muharram 1427H. Masa doa akhir tahun dibacakan tetiba je sebak dada aku. rasa macam mata aku dah berkaca-kaca. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku. Selesai solat Maghrib, ada ustaz bagi ceramah pasal Hijrah then baca doa awal tahun. Semoga tahun ni membawa keberkatan buat semua umat Islam. Balik dari surau bergegas ke rumah makcik utk Majlis Tahlil. Sampai sana dah selesai tahlil, semua sibuk utk menikmati juadah. Balik rumah dah dekat pukul 11.30, tukar pakaian then teman mak 'masuk dapur'. Mak prepare nak masak gulai daging. Mata aku dah berat, badan dah letih seharian menolong umah makcik. Tetiba dah ZZzZzzzzzZZ

31 Januari 2006
Seawal 5.30 pagi aku terjaga. Tgk mak duk bz mengukus pulut kuning. Kesiannya, mak tak tidur rasanya. Adik lelaki aku ada yang tolong teman sambil chatting ngan bestnya. Aku gi mandi dulu. Then tolong goreng ikan kering and siap2 juadah tu. Lepas solat subuh ayah jemput 'orang surau' utk datang tahlil. Majlis ni sempena Ulangtahun ke-31 perkahwinan mak ayah. Alhamdulillah kami sekeluarga hidup aman damai dan bahagia. Kol 7.30 pg semua dah beransur balik, baru la perut aku terasa lapar. Lauk macam tak cukup je ni. Lepas hantar adik aku keje (bos dia bengos skit, cuti2 pun keje), aku ke pasar utk beli ayam. Mak cakap daging dah tak cukup ni, kita buat gulai ayam plk. Beli 2 ekor ayam, then beratur beli santan. Masa ni plk la kedai sebelah tu nak rosak mesin dia. Tunggu sampai ilang jugak la sabar aku :)

Tak ramai yang dijemput sebenarnya, cuma adik beradik ayah ngan mak aje. My dear sefamily, of course la dijemput sama. Itu pun mak kukus lagi sikit pulut kuning. Ramai rupanya yang datang. Tu belum lagi ayah ajak kawan2 kt pejabat lama dia dulu. Alhamdulillah takde yang dibazirkan.

Petang2 baru dapat cek mail, ada yg bertanya di mana rumah mu eda? hehehhee sori to hucs sebab eda lambat reply msg. Len kali la jumpa hucs, haida ngan indah. Yang pasti, hujung minggu tu mmg bz la ngan xtvt. Bila mau cuti lagi ni, nak penuhkan kalendar ngan xtvt yg best2.

Tuesday, January 31, 2006

::Salam Maal Hijrah 1427H::

1 muharram detik permulaan.
Bermulanya tahun islam hijrah.
Perpindahan nabi dan umat islam.
Dari kota Mekah ke kota Madinah.
Atas keyakinan dan iman yang teguh.
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu.
Rela berkorban.
Harta dan nyawa.
Demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu pengorbanan.
Hijrah itu perjuangan.
Hijrah itu persaudaraan.
Hijrah membentuk perpaduan.
Dari itu mari semua.
Kita sambut Maal Hijrah.
Tingkatkan semangat.
Tegakkan Syiah Islam.
Untuk sepanjang zaman.

Thursday, January 26, 2006

::Prosperity::







Tiap kali tibanya perayaan Gong Xi Fa Cai semestinya yg satu ni menjadi idaman aku ngan kawan2. Tiap kali tgk iklan ni mula la teringat gelak tawa time menikmatinya. i'm lovin' it. Kekadangnya struggle sebab nk dapatkan seketul Prosperity Burger ni. Sana sini tanya sape nak keluar gi Alor Setar. Kemaruk betul.

Ni yang buat aku lagi rindu dkt korang semua :(

Friday, January 20, 2006

::Renungan::

Got this from my dear friend..

"Dalam al-quran pun ada bagitau, kalo Allah nak tahan rezeki tu, usaha cemana pun takkan dapat, kalo Dia nak kasi, sumenye rasa lancar, smooth. pastu rezekinya pulak datang tak disangka2. n then kalo kita tlg agama Allah, kalo kita tegakkan deen dia, Allah akan tambahkan rezeki dan teguhkan kedudukan kita (47:7). sebab kita dilahirkan sebagai umat yang terbaik, untuk jadi khalifah kat muka bumi (3:110). yakin dgn ayat Allah, sbb Dia tak pernah mungkir janji, ayat dalam kitab tu sentiasa berjalan."

Terima kasih kerana sudi mengingatkan eda.

Wednesday, January 18, 2006

Raya hari tu as i expected, lots of questions pouring heavily on my head. Biasa la kan, soalan cepu mas intan berlian sume ada. Naik bosan aku nak jalan2 ke rumah sedara.

2 hari lepas aku selaku co-admin yg dilantik saje la buat clearance skit dkt page groups rakan2 sekolah. Mana yg kene bounce, aku tolong delete. Masukkan gambar2 terbaru diorang post, edit my own preference. Then rasa nak suh diorang update new addesses. Kasik steps to follow, then there goes my email to everyone. Niat suciku disalah erti la pulak

Ni ha reply yg aku dapat:
~hehehe patut la aku mcm terbau nasik minyak je 2 3 menjak ni
~ala che da, jgn la semunyik2..announce la
~alasan la ko che da suh update address kitorang
~bila? apesal takde dgr ape2 pun?
~Takpe, kitorang sentiasa mendoakan mung

Jwpn aku:
Pepandai la korang ni buat spekulasi ye. Tima kasih la pada yg mendoakan kebahagiaan aku. Blm kompem tarikh ada ke suh aku buat announcement. Ingat mcm announce tepi koridor hostel ke? "Perhatian kepada semua, prep hari ini dibatalkan!!" hehehe insyaAllah, sampai masa aku bgtahu la, nnt aku pos kad wangi tu ;)

hehehehe ada2 je la diorang ni. Kadang2 tersenyum jugak aku mengenangkan persahabatan yg terjalin lebih 10 tahun ni. Pahit manis dah jadi lumrah. Semoga persahabatan kita terjalin selamanya..

Oklah, feel like listening to this song..enjoy

Siti Nurhaliza - Untuk Selamanya


Powered by Castpost

Tuesday, January 10, 2006

::Aidiladha::

Raya lagi sekali. Kali ni kita sambut Hari Raya Aidiladha. Ada yang panggil Raya Korban, dan ada yang panggil Raya Haji. Ape pun yang kita panggil tujuannya sama.

Sempena hari yang mulia ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Raya Haji dan semoga kita semakin matang dalam menghadapi tahun baru. Berkorban demi masa depan, keluarga dan sebagainya. Semoga korang semua bergembira dan jaga diri baik2.

Sama2 kita doakan semua muslimin dan muslimah yang berada di Tanah Suci Mekah berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Friday, January 06, 2006

::Lagu mana?::

Orang kata, lagu yg kita dengar or nyanyi sumbang dgn pitching ke laut tu menggambarkan mood kita. Ye ke? Ntah la, agaknya betul kot. As for me, kalau tengah 'bunga-bunga' tu lagu2 yang aku dengar sure jenis sentimental nye la..more to R&B songs. Lebih tepat lagi lagu tu give deepest meaning. hehehehe jiwang tu... sekali sekala tak salah.

Bila sedih, mula la nak flash back semua lagu yg terlibat. Asal dengar lagu yg sedih2 je mula la hang eda. Orang kata (org kata lagi ni), kalau sedih jgn la dok pi dengaq lagu yg syahdu2 jugak. Tapi ye la, nak kasik feel sedih tahap gaban kene la layan lagu cenggitu kan? Akai ada ka?

Masa ngan geng2 kembara dulu, aku selalu jadi diorang nye radio rosak. Bukannya tak tahu penat, tak semput pacak gunung2 tu. Tapi ye la, kalau senyap sunyi pun lagi la terasa tahap penat yg 'ketahuan'. Selalunya lagu yang selalu jadi nyanyian sumbang kitorang "Berita Kepada Kawan", "Semangat yang hilang", dan lagu2 yang hits masa tu. hehehehe, yang pasti lagu2 puisi la paling best kita layan. Agaknya ramai kot yang tensen selalu sgt kedengaran radio rosak ni. Sorry la sahabat, aku bosan dan aku penat sebenarnya. Usaha takmo tunjuk penat tu :)

Kadang2, lagu nasyid jadi halwa telinga. Banyak yang menyedarkan kita tentang hakikat kejadian Allah, mcm mana caranya mendidik diri supaya jadi makhluk yg mentaati suruhanNya. Tak kurang juga yang cenderung pada alam perkahwinan. Pada aku tak salah menerapkan isu mcm tu. Paling best, layan zikir2 anak2 kecil. Teringat pulak aku pada Usrah setiap malam jumaat masa zaman sekolah dulu.

Duk umah ni mula la terdedah ngan lagu2 yang sebelum ni aku tak terpikir aku akan suka. Ni semua pengaruh adik2 ni. Tapi bukan semua la berkenan di hati, kene tapis jugak budak2 ni nye halwa telinga. Yang aku tahu, lagu2 omputih byk tolong improve kitanya English.

Ape pun, lagu lagu jugak kan.. Kalu sedih or hepi ape salahnya kita berwuduk then capai al-Quran tu baca. Ke guane?

Tuesday, January 03, 2006

::New Year Comes::

Tahun baru dah tiba. Tapi, hari ni baru aku boleh posting on this year 2006. Kemana aku agaknya? I went to Sintok last Saturday with my parent and Diksu. Had a wonderful journey even we're all exhausted. Sure la ayah aku yang paling letih. Dia drive all the way from Trg-Kedah. Bukan aku tak mau tolong drive cuma trip kali ni we went by Pajero. Aku tak biasa drive Pajero dekat area Grik. Lain rasanya bila bwk 4WD yang power stering. Susah sih mau kontrol.

Dalam pukul 6.40 ptg sampai Alor Star. Singgah kat umah Abg Andry utk kasik skit kopok lekor. Then ke rumah in-laws abg jang utk bermalam. Kiranya malam tu sempat la aku nengok bunga api di bandaraya Alor Star. Hepi new year! Dapat call dari dia around 11pm, tak sembang lama becoz he has lot of work tomorrow.

Pepagi new year macam biasa je. Bangkit awal sebab nak gi Sintok utk registration. Dah tanya Buha, katanya K'CT akan tolong registerkan kitorang. Tapi i need to go jugak sbb nak tanya pasal status tesis aku. Lepas sembang ngan K'CT aku gi ngadap my Mama Ku. Dia pun tak dgr berita pasal tesis aku, so she called sana sini la tanya. Alhamdulillah, tesis aku sedang dibaca. Maybe dalam bulan ni jugak aku akan face that scary big viva session. Sepanjang research ni, rasanya itu la yang paling penting. Harapnya semua akan ok dan berjalan lancar. InsyaAllah..

Aku dalam proses nak update new template, tapi rasanya not until i finished defending my tesis kot. For now, aku akan guna yang ni. Rasanya kaler2 ni mcm commonly used je kan? But i loved these colors. Nanti la aku tukar sikit2. Yang pastinya, ia takde kene mengena dengan nama sebenar or bukan nama sebenar. Gambar aku amik dari page ni dan susun atur still yang lama. Ok semua, semoga tahun 2006 ni korang bertambah ceria ye. Aku sentiasa mendoakan agar kita semua beroleh apa yg diimpikan selama ni. Nanti la aku masukkan my wish list for this year. Till then, take care!!!