Followers

Saturday, August 30, 2008

::Meng'update' cerita::

Alahai lama btol tak masukkan entri untuk blog ni..sawang tahap gaban dah blog ni. Hajatnya mau menukar skin baru, tp tak abih2 lagi aku edit.ok, meh nak citer apa yg dah jadi sepjg aku tak update blog.

~Mei 2008~
Sambut hari pekerja dengan melepakkan diri kat rumah sambil melayan Hasya. Makin banyak kerenah mek Hasya ni. Orang dah makin besar, byk la idea2 kreatif dia tu.

Kat opis plk anak2 didik belanja makan sempena sambutan Hari Guru. Alhamdulillah, rezeki. Bodek ke? hehehe takde la, diorang memang mcm tu. Budak kelas Caldera, pelatih kursus Diploma Kemahiran Sistem Komputer. Depa tengah kaya coz baru je dapat elaun tertunggak.

Bulan ni jugak ada intake baru yg kebanyakannya dtg dari luar negeri Trg. 1st time la terima student dr pelusuk semenanjung. penatnya dh start dgn preparation utk penginapan, jadual kelas, hari pendaftaran dan orientasi. semuanya berjalan lancar dan ada jugak la here n there yg perlu diperbaiki lagi.

~Jun 2008~
Rasanya dlm bulan ni i've got a promotion dgn sedikit increment + elaun tambahan. Alhamdulillah, rezeki anak. Kene handle bhgian akademik. syukur padaNya.

Aku dah slow2 beli brg keperluan baby yg bakal tiba early August. iye, my 2nd baby. Sikit2 je beli coz brg Hasya byk lg yang boleh dipakai, tak usah nak membazir sangat. Tp of coz ada jugak 2-3 pasang baju baru utk baby. Tak kan asyik 2nd hand aje kan.

~Julai 2008~
Bulan yg bz dgn exam student esp 1st batch Dip Kemahiran Sistem Maklumat dan Sistem Komputer. Report tak siap, projek terabur, portfolio ntah ke mana. Pening gak paler nak ngejor. Dengan dokumen nak kene sain, kene validate. Pejam mata je la mana2 yg tertinggal.

Rezeki company dpt berpindah ke building yg lebih selesa. Aku just nolong packing ape yg patut je. Diorang tak kasik 'mak2 buyung' sibuk2 angkat brg2 berat. Penat btol nak punggah semua benda, dah la opis tu tinggi nak kene ngangkut brg2 yg nkkene bawak turun. opis baru takpe la ada lif, yg ni kudrat manusia jugak kene guna. 21hb aku dah start cuti tanpa gaji. Merehatkan diri in case due awal. Bosan jugak duk rumah tak buat ape2. Tp kalau aku ke opis takat lagaknye mcm mandur tak best jgk. Org lain duk bz pindah barang, aku jd penonton je? Tak dapat.......

~Ogos 2008~
Kalo nak ikutkan due date 080808, tp baby takmo keluar lagi. Aku pun tak kisah, yg penting kesihatan umi ngan baby. Tp dalam hati dah berdebar2 dah. Nurse tmpt checking tu dah pesan, kalo nxt week tak bersalin jgk, nnt dia kasik surat then warded HKT.

Alhamdulillah 110808 pukul 8.27 am aku selamat lahirkan baby girl seberat 3.1kg. Dah dapat 2 org princess!! Aku dan hubby decided to named her Nur Syifaa.