Followers

Showing posts with label transformasi. Show all posts
Showing posts with label transformasi. Show all posts

Wednesday, January 09, 2013

::Tahun Baru 2013::

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kita masih lagi dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup untuk terus menjalani kehidupan di tahun baru ni.

Selamat Datang 2013!! Semoga kita sama2 dapat mengharungi hari2 mendatang dengan baik..

Ok, start ngan tukor template la dulu..sesi memanaskan badan la sangat kan. carik mood dulu, baru citer byk2 ye. ish mcm2 la rasa nk citer, tp kemalasan tu yg mengatasi segalanya..nnt la ye, me akan update citer terkini kehidupan baru hehehehehe


tata....

Wednesday, January 04, 2012

::Transformasi Pendidikan Vokasional::

Baru2 ni masa meeting akhir tahun my CEO ada la sebut pasal transformasi pendidikan vokasional. Pada aku, benda ni satu perkara yg btol2 positif yang dilihat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alhamdulillah, terbela jugak nasib pelajar2 kemahiran kan? hope anak didik ni semakin yakin dan takde lagi rasa rendah diri kalau nak banding ngan pelajar lepasan akademik yg lain.

Transformasi ni dicadangkan akan bermula tahun 2013. Masa perbincangan yg CEO hadir kat Putrajaya hari tu ada menerangkan yg nanti student akan ada pilihan utk ke aliran akademik mahupun vokasional (or lebih best aku nk sebut bidang kemahiran) seawal selepas selesai UPSR. Ni berdasarkan slide yg aku tgk ye... Kiranya bila diorang start sekolah menengah, kpd student yg minat kemahiran dah boleh pilih utk masuk sekolah aliran vokasional/teknik or swasta. Sijil yang dikeluarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jugak, cuma yg ni dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

So, mereka2 yg memang kurang bab2 teori ni boleh mengasah bakat yg ada, minat dll dlm kemahiran.. Takde la bila dh abih SPM, ko tak minat blajo ko gi lepak, racing2 bagai & mcm2 lagi kan? So ada la pilihan utk masa depan masing2. Time ni ibubapa pon kena mainkan peranan, cuba tunjukkan kat diorang hala tuju kehidupan tu.

Ni petikan yg diambil dari utusan online. Boleh la baca lebih lanjut ye..

"Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga."

Link