Followers

Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

:: 3rd one ::

wah wah...lama ni tak hupdet..konon byk sgt la keje ye..bz sgt la tu... katanya nak citer pasal staff kedai kan? asyik tertangguh je ni... nnt2 la ye..

nak share gud news ni ;) me dah 10 weeks preggy! Alhamdulillah, rezeki dariNya. baby no.3 dah ni. memang doa kali ni dapatla baby boy. amiin..

tapi ye la kan, takmo mengharap sgt, itu semua kuasa dariNya. Pada aku, asalkan anak yang bakal dilahirkan sihat, cukup sifat dan sentiasa dilindungiNya.

kali ni agak meloya sikit la. tak mcm kakak2 dia sblm ni. i've got morning sickness.. pening2, kekadang tu mulut ni terasa cam org nk demam..tak best menelan. harapnya tak lama keadaan ni. mun**h? tak sampai ke tahap tu. mcm ni rasanya org mabuk pregnen ye. itu belah pagi, karang dh dekat tengahari telan air liur pon rasa pahit semacam.. selalula duk bekal gula2 kt dlm beg.

my 1st checkup was ok, tapi lamanya nak selesai. dah lebih kurang 5 thn tak ngandung ni rasa mcm2 prosedur plk skarang ni. minum air gula!? seriously kene skang ni. walaupon ko takde sejarah pernah kene diabetes or mak ayah korang takde sakit tu, still u have 2 drink that. alasannya u'r +- 35yrs.

blood pressure ok, right 110/70 left 100/60. my HB 13.5 boleh tahan. so, 4/6 tarikh g minum air gula or lebih dikenali sbg MOGTT. stands for ape, i don't know hehehehehe..

harapnya preggy kali ni takde masalah... doakan ye, tq!

Saturday, January 12, 2013

::Kerjaya Baru::

Wah, skang ada ada kerjaya baru plk ke? hehheehe..

Last year, dlm bulan Jun aku ngan penuh rasa yakin meletakkan notis brenti kerja sebagai pengajar. kalau nk diikutkan sedih yg amat pasal mengajar adalah my passion. rasa seronok bila ilmu yg kita ada dpt dikongsi ngan anak2 didik and dlm masa yg sama kita pon akan terus belajar benda baru bila pot pet pot pet diorang tanya macam2.

Sedih, gembira, terharu, takut..semua perasaan tu muncul bila semakin dkt hari terakhir kat tempat kerja. 3 bulan notis, ye itu la masa yg tinggal untuk aku selesaikan segala urusan kat situ. cuma dlm tempoh sebulan terakhir baru la student2 aku tahu yg aku dah tak lama kat opis. makna kata, depa akan dapat lecturer baru bg menggantikan aku.

Ada jugak yg bertanya : Ko tak nyesal ke brenti?

Jawapan aku mudah : Tak pon, sebab aku ada tanggungjawab yg lebih besar utk aku tunaikan. In sya Allah semua tu akan dapat dilalui dengan baik.

Akhirnya, aku skang ni jd assistant my hubby kat kedai makannya. Aku seronok ngan tugas baru kat kedai, byk yg kita boleh perhatikan. Dari keadaan pengurusan kedai, org kerja hinggalah gelagat para pelanggan. untuk customer nnt aku kasik entri khas plk ye. memang menguji kesabaran hehehehe

Aku takde nak rasa malu walaupon ada yg ckp "Ko blajar tinggi2 ambik degree and sambung lagi. Lepas tu brenti kerja duk kedai je?" Aku senyum je, sbb itu pandangan orang pasal kita. Yang penting, hati senang! Teruk2 pon, itu kita punya perniagaan, kita punya titik peluh.

Segan? malu? Tadok la nak rasa gitu. Angkat pinggan, lap meja, ambik order..biasa je. Itu pon kerja, itu pon cara mencari rezeki yang halal. buat apa la kita nak malu..

Rezeki kita ada di mana-mana. yg paling penting kene usaha, dan terus usaha + doa + tawakkal padaNya.

Friday, July 27, 2012

::Menu pilihan Abi::

3 hari lepas (lamanyer citer), menu untuk iftar adalah pilihan Abi. As requested, Abi nak ketam masak berlada..erm sound nice. tp, utk anak2 Umi hanya rebus je ketam tu.

Blk dari opis kol 4.30ptg kami ke Hiliran Jejawi (jln ke losong kepok lekor) utk dptkan bekalan ketam yang fresh..harga? RM25.00 per kg. Mahal jugak, sebab sehari sebelum pose pon kami ada beli ketam ngan harga RM22.00 per kg. Uihhhh mmg cepat btol kalau bulan puasa ni harga nak naik. Takpe, demimu Abi sayang, Umi pilih2 dlm 4 ekor & abang tu kasik RM24.00 je. Alhamdulillah..

Umi pon beli jugak sotong sket dlm stengah kilo, untuk stok hari lain plk. lain2, erm takpe la dulu. Singgah jgk kedai jap beli gulai daging cincang coz bila dh goreng berlada ketam tu nanti takde plk lauk yang berkuah.

Gedegang2 umi kat dapur, ngam2 hidang makan trus azan maghrib. letihnya rasa, ngan masam, hanyir bau sotong ketam.. lepas makan kurma & minum air milo panas Umi g mandi dulu. Mintak maaf bang, busuk sgt dh badan. Abi pun menghayati dulu lauk pauk tu.

menu iftar kami on that day : Ketam masak berlada, ketam rebus (anak2 punya), kailan goreng belacan, gulai daging cincang (tunjuk je), kurma (wajib ada ni), milo panas (for umi & abi) and 100 plus utk Abi & anak2.

Menu Iftar hari ke-4





Ketam ni Umi masak gaya Wan masak, tp of coz resepi mak lagi best sebab biasanya mak letak telur sebiji.

Ketam masak berlada

bahan2:

  1. Ketam 3 ekor, potong dua and ketuk2 sket supaya senang masa nk mkn nnt
  2. Bawang merah dlm 3 ulas (tumbuk)
  3. Bawang putih 2 ulas (tumbuk)
  4. Sehiris halia (tumbuk)
  5. Cili boh 2 sudu besar
  6. Sos tomato sket
  7. Sos tiram 1 sudu (tak letak pon takpe)
  8. Garam secukup rasa
  9. Gula 1 sudu kecil
  10. Belacan sket
Cara nak masak:
  1. Umi selalunya akan tumis cili boh dulu bg garing sket. then Umi masukkan gula sbb mak kata takmo bg cili boh hangus :)
  2. masukkan bahan yg ditumbuk
  3. dah garing masuk sos tomato, sos tiram ngan belacan
  4. Sedikit air sebab nak kasik berkuah, biar kuah sedikit pekat
  5. Masukkan garam secukup rasa 
  6. Masukkan ketam, goreng sampai masak. Umi tutup kejap coz ketam tu agak besar and kulit keras.
  7. dah ok, angkat & hidang

heheheh bukan main ko ye ada resepi. tp alhamdulillah, memenuhi citarasa Abi. anak2 tak brape berkenan sebab pedas..cili boh ni jenis pedas & merah cantik je.

kalau nak rebus je ketam tu, Umi ketuk2 serai sebatang, bawang putih 2 ulas, bawang besar size sederhana (separuh je pon takpe), sehiris halia, letak garam & gula sikit. pastikan air tak banyak sgt, nnt ilang manis ketam.

ok, selamat la korang mencuba :)

Friday, July 13, 2012

::Exam anak didik & kecemasan::

wah..minggu ni exam lagi.. mcm tiap2 bulan je exam kan? mula 9hb - 11hb Julai 2012. harapnya semua akan lulus, tp harapan hatiku...terkandas jugak budak2 ni.. bukan kandas pon, ditangguhkan diorang nye verifikasi, final exam ngan presentation final project. Untung laaaaa..konon!

sakit ati ngan diorang Allah je Yang Mengetahui..aduh, tebal muka aku ni bila meeting ngan PPL pasal status diorang. mau taknya kesemua budak2 DKM tangguh exam. not good sungguh!

Hari pertama exam aku dh nmpk ura2 mcm diorang ni tak bersungguh nak exam. semua benda tak siap! dari fail portfolio hingga la ke report projek. mau tak paneh aku ni...

Hari kedua, tgh2 diorang duk syok jawab amali tetiba kecoh..." cepat2, tutup semua plug..ambik barang berharga..ADA KEBAKARAN".. ish aku kalau org panic, aku nk buat rileks pon tak reti..trus mcm "amik semua ye, beg2, sijil2 yg pernah bwk mai opis..".. settle shut down, tgk dulu kot2 budak2 tak abih turun lagi, trus la Umi pon ngan nebesnya jalan turun, tingkat 1 je pon.. area mezzanine floor dh bau dh asap..sampai bawah nmpk dh penuh sisa2 dr alat pemadam api yg diorang guna nak sembur dkt main power bangunan.

Alhamdulillah, takde pon yg cedera..cuma ibu mengandung la muntah2 tak tahan bau kesan semburan tu. dan hasilnya, kami bergelap sampai ke hari rabu..ngan panasnya, gelapnya..rosak kat fius, so amik masa sket nak repair. deal ngan TNB, ngan kontraktor..biasa la..

Ape pon, sila beringat ye kawan2..kalau berlaku kecemasan, pastikan barang2 berharga dicapai bersama & please perati ada tak kawan2 tertinggal..

Tuesday, April 24, 2012

::Anger Management::

Me jenis yg mmg baran and garang..ngan my daughters lagi la..mcm singa. Subhanallah, teruk kan? dgn anugerah, amanah Allah pon aku sanggup marah2. maybe keje yg byk & dlm keadaan stress aku trus cepat je nak ngamuk ngan diorang... aku paham, they need my attention sebenar2nya. Umi mintak maaf sayang... :(

Ni antara cara kawal kemarahan yang diajar oleh Rasulullah SAW:
  1. Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

Anak-anak dara kesayangan Umi & Abi

Kalau kita rasa nk marah anak2, sila ikut tips ni ye:
  1. Fikir dulu sblm nak marah atau menyembur anak kesayangan tu. Kalau kita sendiri la, best ke kene marah? Ape plk kita rasa?
  2. Banyakkan beri kesedaran dari kita marah dia. Maksudnya kene bg sebab dan akibat pasai pa depa tu kita marah.
  3. Cuba utk faham emosi dan keinginan diorang. mcm yg pernah cikgu kak hasya cadangkan suh umi bawak kakak gi dating. berdua je, takyah bwk adik..alhamdulillah, siyes talk sesi dating hari tu mmg membantu
  4. Tunjukkan kasih sayang pada anak2 kecik tu, dr segi kawalan suara, bahasa yg kita guna, sentuhan, perbuatan.
  5. Elakkan ayat2 negatif pada diorang.. jgn rendahkan diorang depan org lain
  6. Pantau masa diorang ni duk tgk citer kat TV. Sebab tu la ada syarat kalau TV tayang citer ada kategori SG, U, SX..ha utk kita tolong control la ape yg dia tgk.
  7. Paling penting, banyakkan baca ayat2 suci al-Quran supaya hati diorang ni sentiasa tenang..dengar ckp mak ayah, beradab, sopan..
Dalam byk2 perkara, ada yg aku tak buat lagi..dan aku dh terbuat yg tak elok... Ya Allah, ampunkan dosa aku dalam kelalaian mendidik anugerahMu. Tabahkanlah hati ni, tetapkan iman ku..Amiinn..

Monday, April 23, 2012

::Tolong ambik kesah ye::

Ibu2..bapak2 yang jadik bos ke, CEO ke, Tuan Besar ke... jom, meh la baca, meh la ambik kesah. i copy paste je dari blog CheKiyah aka CK





saya setuju!!!!

Saturday, August 13, 2011

::Mohon diberikan rezeki tatkala kesempitan::

"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah Hud:6


Boleh baca dgn lebih lanjut kat sini, gambar cari dgn en. google

Thursday, June 23, 2011

::Rumah Kita::

Alhamdulillah....Yahooooo!! Akhirnya loan dh lulus, payment kat lawyer pon dh setel. Part yg tak berapa nk menjadi halwa telinga bila dpt tahu saiz tanah tu beza dgn apa yg dibagitau dek penjual rumah a.k.a developer ku... mana buleh hang buat kami lagu tu...tipu ye...tak baik, tak baik..dosa tau ;)

Alhamdulillah, lepas hubby ngan pak hussin gi kautim dpt la kurang skit harga rumah. but still aku tak pueh hati..mana hak aku sebagai pembeli...agak2 la kan, kalu fight ni akan dpt lagi kurang 2 3 riban tak? cuma buat masa skng ni, kasik diorang settlekan pagar rumah dulu..lepas tu baru we all pikir mau dibawa ketengah ke idak...kang terbantut plk pembinaan pagar itu..

excited kan, ada rumah sendiri..jom layanzzzz sedikit sebanyak gambaran luar rumah yg masih serabai..