Followers

Monday, January 30, 2012

::Inception::


Aku pening tgk citer ni, kene plk masa tgk dh start suku jln cerita. Lagi umi tak paham hokey.. Mimpi dlm mimpi dlm mimpi... Nnt2 nak kene tgk semula la citer ni, mcm menarik tapi berat sgt wei jln citernye..denyut2 kepala.

Meh baca2 sinopsis dia kat Film Filia

Saturday, January 28, 2012

::Makan dan makan lagi::

Last week, 24/01/2012 mmg hari yg penuh dgn aktiviti makan..dan makan..

Awal pg (heheh awal ke?) dlm kol 10pg aku & anak2 dh menunggu kengkawan umi kat kedai dear hubby utk sesi breakfast. Bila dh ada kt kedai abi, anak2 ngan tak sabornye order nasi minyak ayam goreng dua! Tima kasih abang, belanja kawan2 sayang ni...

Semua kwn ni yg satu sekolah dulu SM Sains Dungun. Biena ni mmg yg paling lama btol aku tak jumpa, since after SPM trus je menyepi. Cikgu sekolah, ngajor Sains & PJ Ting.1. Tetap maintain cam dulu and expected her new Vios. wah wah, semua ganti kereta baru ye. Mar, mung bila lagi? hehehe..ok, ni antara yang ada masa bekpes, me, Sitt, Mar, Biena, Bie..



Next stop, rumah kita baru..hehehehe alahai, tadok plk gambor nok tepek kat sini. Yg ikut utk sesi kenal rumah baru aku-Bie, Mar & Biena je sebab Sitt ada agenda lain sementara utk ke next stop, lunch kat umah Ruby.

Ok, ni masa makan2 kat rumah Ruby. tqvm utk lauk pauk yg memang meriah. Carbonara fettucini yg nyummy ngan nasi putih+sayur campur+ikan sweet sour+ayam masak merah idaman kami masa kat hostel dulu. heheheh memang terrrbbbaaeeekkkk!!!! Mar, tq utk cream puff mutual friend Bie.. hehehehe mmg lawak btol.

Wednesday, January 18, 2012

::Cantik di mata, indah di hati::

Wah wah tajuk entri tak tahan..bukan ape ni, nak share sesuatu ngan semua..

Cantik. Semua orang ada definisi tersendiri atas perkataan ni. Cantik hanya pada perkataan, pada luaran, pada fizikalnya or pada dalamannya. Atas pendapat masing2. As for me, cantik tu menyimpan banyak makna. Luaran dan dalaman. Pada aku, dalam mau jaga..luar pun mau elok. Jgn sampai org ckp"harap muka je cantik, hati busuk..pelaku buruk" heheheh btol2 i setuju!

Indahnya, cantiknya dalaman bergantung kepada tahap kerohanian kita, mcm mana kita pelihara. Dari segi amalan yang kita lakukan. Kecantikan tu akan terserlah dengan sendirinya. Benda2 sampingan tu cuma menambahbaik je..kan? kan? pandai la ko ni... bukan ape, itu pendapat aku la kan.

Hari tu gi makan sefamily kami, makan ala2 omputih. Umi dgn lamb chop nya, Abi dgn chicken chopnya and adik kakak dgn mushroom soup. Owner kedai tu my hubby boleh kata kenal la jugak. Kalau terjumpa, sometime bertegur sapa. Kalau dh kalut sgt, angkat tgn je la kan? Tapi mlm tu my hubby keluar statement "Bila dh kita ni start ubah cara penampilan, jgn la sikap tu tak mau nk ubah" aku pon pandang keliling, perati jugak diri sendiri "aku ke??" oOOooOoo rupanya tadi dia ada tegur owner tu yg penampilan skang ni dh berjubah, berkopiah. Tapi tau ape feedback dia dpt? senyum pon idak..mau lagi bertegur bersalam.. Sabar ye bang, agaknya dia bz kot.

Cakap2 bab cantik, last year (uisshhh lama punya cerita ni) dlm early Nov aku ada start pakai produk cantik ni. Ada jugak pergi bengkel dia. Masa bengkel dia ajar cara cuci muka, penjagaan muka and last session plk make up time!

Wahai kawan2, nak cuci muka bukan main tonyoh2 aje ye.. ok, biasanya cuci muka kita guna 3 jari kecantikan iaitu jari hantu, jari manis & jari kelingking kedua2 belah tgn ye. Meh kita try step kat bwh ni:
  1. Ambil pencuci muka, guna salah satu jari2 yg cantik tu.
  2. Calit dekat 5 point which are dahi, hidung, pp kanan, pp kiri & dagu
  3. Basahkan 3 jari td dgn sedikit air & mulakan cucian dengan urutan membulat. Boleh?..
  4. Next, masa korang cuci kat area dahi turun ke tepi kening then lalu kat hidung. Kat tepi kening tu tekan sket dgn jari hantu. Tipsnya utk kurangkan stress.
  5. Dah settle cuci bulat2, bilas ngan air bersih.
  6. Lap muka uols ngan towel bersih
  7. Ok, tamat :)
Selamat mencuba and hiasi diri anda dengan keperibadian yang cantik bukan saja di luar, juga dari dalam.

Tuesday, January 17, 2012

::Panggilan::

Nama panggilan or cara kita bahasakan diri kita ni mcm2 kan? Aku ada beberapa nama yg dari kecik sehingga kini dh mcm koleksi (mcm le byk)

~Masa kecik~
mak, ayah, sedara mara called me KakJa. and sometimes 'mek kiting' coz kecik2 i've got really curly hair. siyes2 nye kerinting, halus2..tak daya wei nak nyikat..oo patut la Dik Faa rambut cenggitu kan? hehehehe

~Masa jadik budak sekolah~
Kawan or cikgu sekolah rendah or menengah called me Aida. My batch 95 called me 'Che Da'

~Dah masuk 'u'~
Masih lagi kekal Aida and lama sket Che Eda. My dearie geng kembara panggey jugak KakJa.

~Dah keje~
1st tempat keje guna nama panggilan Liza. 2nd tempat keje pon masih lagi aku bahasakan diri sebagai Liza. Anak2 didik panggey i, Pn. Liza heheheheh almaklum la dah bertukau status kan..

~Dah kawen~
My dearest called me Sayang. My children called me Umi and also anak sedara comeyku Hakim & Haris. Anak sedara belah aku, diorang bahasakan Mak Ngah. Kalau belah hubby plk Mok Ja.

Sebab tu la kekadang bila aku nulis blog ni kekadang eda, kekadang Umi, kekadang Sayang, kekadang Liza. So semua nama panggilan aku. Ikut la korang mana yg mudah ye. Ok, itu saja utk kali ini..tenkiu :)

Monday, January 16, 2012

::Adakah...??::

Alhamdulillah...kita semua masih lagi diberi kenikmatan untuk menjalani kehidupan kita.

Sabtu baru ni jiran jemput utk satu majlis bacaan Yasin. Kalau kat Trg ni, majlis mcm ni biasa nya kaum wanita saje yg dijemput. Kalau solat hajat or tahlil biasanya kaum lelaki. Kadang2 dua2 dijemput :) . Start pon lepas Zohor dlm kol 2.30ptg. Dlm kol 2.45 jugak baru majlis start. Abih bacaan Yasin, ada sedikit tazkirah dari Su Mah. Antara isinya termasuklah kesyukuran kita terhadap Allah.

Berdesup kejap bila Su Mah start "Adik kakak yg hadir hari ni, siapa yang suruh? Siapa yang paksa? InsyaAllah atas keikhlasan hati kita semua. Dan, kalau kita tak diizinkan Allah ke majlis ilmu ni, sampaikah kita? Tahu kenapa, itu tandanya Allah SWT menghendaki dan menyayangi kita pada hari ini. Memilih kita antara insan yang dipanggil untuk sama2 menuntut ilmu. Semoga kita bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan."

Kadang2, aku terpikir jugak, ada tak antara nikmat Allah yang aku lupa untuk bersyukur. Subhanallah, jgnlah aku lalai dalam mengingatiMu. Kata ustazah tu lagi, setiap nafas yang kita sedut juga nikmat yang dikurniakan. Kalau tiba2 nikmat tu ditarik balik, maka terputuslah kehidupan kita. Doa bangun tidur salah satunya, tanda kita bersyukur masih diberi kehidupan pada hari ini.

Sama2lah kita ye sahabat2 ku...