Followers

Thursday, March 30, 2006

::Sedih yang amat::

Minggu ni terasa sedih yang amat. Mulanya dapat puji2 sket dari Jamri pasal gambar2 eda kat photodope cantik2. Tapi 2 3 hari ni banyak kali eda try nak 'masuk menjenguk' gambar2 sendiri TAK DAPAT!!!! Cannot find server.

Frustnya toksah nak kata la. Banyak gambar yang buh dalam tu, dan gambar2 tu byk yg takde dlm simpanan :(

Harapnya tak lama la mr photodope.com tu down, dan hope bukan diorang berniat nak 'gulung tikar'.

Friday, March 24, 2006

::i've been tagged!!::

spesel for my sis iQah. Here goes mine ;)

Four (latest) jobs I've had:
1. my family's driver
2. Fasilitator
3. Instruktor
4. part-time promoter for P&G

Four movies I can watch over and over:
1. Addicted to love
2. LOTR Trilogy
3. Full House (love it!)
4. Wedding Planner

Four places I've lived:
1. Gong Kapas
2. Sintok
3. Dungun
4. Kemaman

Four TV shows I love:
1. Alias
2. House
3. The Nanny
4. CSI

Four places I've vacationed:
1. Gunung Tahan
2. Banjaran Titiwangsa
3. P. Kapas
4. Tasik Kenyir

Four of my favorite dishes:
1. Mee Sup
2. Ikan Keli masak sambal
3. Sup Tulang
4. any foods tht has cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeese (same taste ngan iQah)

Four sites I visit daily:
1. my blog
2. My emails
3. Frens' blogs
4. Online news

Four places I would rather be right now:
1. In bed..dah ngantuk la ;)
2. P. Perhentian
3. Karambunai!
4. .......

Four bloggers I am tagging (jgn mara aaa kengkawan):
1. zampeada
2. adylzam
3. untakuning (biar lambat asal buat hehehe)
4. jamri

Thursday, March 23, 2006

::sekretariat?::

Ptg semalam aku gi interbiu ngan sorang Dato'. Mulanya mcm nebes jugak sebab aku tak pernah plk duk sembang2 ngan org ada pangkat ni. Mmmg btol dia pun manusia jugak, cuma feel dia tu berbeza. heheheheheehe

Mulanya dia cerita ape bidang keje yang dia nak kasik ni. Mcm confirm? Eh takde la, blm lagi. Rupanya dia ni salah sorang board utk Yayasan Kebajikan Perkasa Alam. Sebuah kelab sukan yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Mizan. By 2008, Terengganu akan jadi tuan rumah untuk International Endurance. So, dicadangkan la satu sekretariat utk handle this big event. Kalau ikutkan every year ada endurance dalam bulan 8. Menarik je bunyi nya walaupun aku tak berapa tahu pasal kuda2 ni.

As for me, background IT student ni diminta utk handle satu system. Aku cakap la, kalau melibatkan programming lebih2 kene la aku study dulu. "Itu takpe", katanya. Sistem ni akan rekod kuda yang register utk the competition, then this data is then send ke semua bhg veterinar, stable, time keeping and so on. Kalau kata time pertandingan tu, each result jugak akan direkod secara automatik dan dihantar ke semua bhg on the spot. Erm..pening jugak aku dengar. Banyak tu nak kene buat. Yang aku risau, cara dia cakap mcm aku plk kene handle semuanya. Tapi ye la, sure ada team yg handle benda2 ni.

Biasanya urusetia akan involve from the beginning starting from promoting, flyer, banners, buku aturcara, hospitality, security etc. Lepas abih dia citer semua tu, then dia tanya "dulu awak pernah keje gaji dia bayar mcm mana?" Aku cakap je la, saya tak pernah la btol2 keje cuma jadi practical trainee ngan instructor. Gaji kecik2 je. Lagipun aku takde pengalaman keje so tak blh la nak demand kan? Dia senyum je. Then ada la dia kasik satu cth proposal utk develop website Endurance 2008 tu. Utk aku dapatkan sedikit sebanyak maklumat pasal benda ni.

Semlm ada la belek2 proposal. Bagus sangat company tu nye cadangan and also its profile. With few examples and suggestions. Kalu aku pun accept je proposal tu. Memenuhi citarasa :)

Kalau dapat Alhamdulillah, boleh je aku kenal2 ngan sukan kuda ni. Mana la tahu asalnya nak jd sekretariat je, sekali aku plk yg bertanding sekali. erm, sekor kuda berape hinggit ye? Ahaks!

Saturday, March 18, 2006

::Cerita lagi::

Lupa la nak mention pasal adik bongsu aku yang dapat result SPM tu. Alhamdulillah ok resultnya. Pada aku cemerlang, Congrates Diksu! Tadi duk pening2 tolong dia isi borang UPU. Tengah moskil lagi nak amik ape. Aku pun tak berapa nak tahu jugak. Awalnya dia minat nak amik forensik, tapi risau plk dia tak berapa strong BIO. Tapi tak salah utk try. Sains hayat ngan Sains Fizikal, aku tak tahu ape la bezanya. Aku dulu masuk matrik UUM, takde plk jurusan ape2. Macam global je yg kitorang study masa tu. Dia pikir sekali nnt nak jadi ape lepas abih blajo. Aku mintak dia tanya abg ngan kakak ipar aku plk mcm mana. Tgk mcm tak terisi pun lg jurusan yg dia nak amik ;)

Last Tuesday pegi Kuantan, pakcik ada operation tonsil. Pesal nak buang ye? Aku pun ada jugak, cuma bengkaknya di kala aku demam dan sakit tekak yang terlampau. Ape effect dia kalau buang? Ish, takde la ngeri sgt. Ingatkan dia nak tebuk2 leher, rupanya 'gerudi2' dari dlm mulut je. Pahtu tonggang keluar. Sempat la tgk tonsil yang dah dikeluarkan tu. Ketul2. Ok la, dia pun dah selamat blk rumah. Cuma kene kerap makan eskrem sbb nak kasik lega cepat.

Lepas gi tgk dia operate kat KPJ (medik TV ni) kitorang ronda2 la sekitar kuantan sambil aku buat keje shopping2. Adik hadiahkan diri dia ngan satu set perfume BodyShop, sempena ngan result SPM yang best. Aku beli kasut nak letak atas dulang. Tgh sale, jimat sikit la. On d way balik singgah makan kat gerai di Balok yang sediakan Gulai Kawah. Nyum nyum, sedap tu gulai daging dia. Siap bungkus bwk balik. Dalam kol 10 jugak la baru sampai rumah, gara2 anak2 dara dia bz shoping, termasuk la mak ayah hihihihihhi.

Hari ni sibuk mengemas ape yang patut. Mak mintak punggah barang2 yang nak guna nnt. Lepas tu susun balik segala barang yang ayah aku shopping kat Kuantan. Microwave, deep fryer, induction cooker. Wah sakan ayah aku kan? Yang paling best, disebabkan dia shoping pakai credit card, dia dapat percuma satu AW-22 set DVD ngan sound system. Makin meriah la adik2 aku layan. Penat wei ngemas itu ini. Mata dah rasa berat ni, 'cik lena' dah mai la. Ok ye, len kali sambung lagi. Daaaaaaaa

Friday, March 17, 2006

::minggu yang sibuk::

Dalam 2 3 hari ni macam byk btol xtvt aku. Ahad baru2 ni ada satu program anjuran kerajaan negeri Trg; Program Pembangunan Tenaga Mahir Multimedia dan Terengganu Graduate Attachment Scheme (T-GAS). Aku ni kan salah sorang pemegang ijazah yg still menganggur, so depa pun panggil la utk attend program ni. Dalam kol 8.45 aku sampai depan gate Wisma Darul Iman tgk2 bebudak ni duk syok usung clear holder yg sarat ngan sijil2. Takde plk dalam email tu depa mention suh bwk sekali benda2 tu. Ayah aku decide utk patah balik g amik segala sijil. Dalam 10 minit gi blk, aku pun menapak la masuk dalam. Kene tinggal IC plk kat pak guard ni. Buatnya diorang guna ic aku tak tentu hala, naya gak tu ;)

Jauh plk tu kene mendaki tangga. Kebetulan salah sorang urusetia jalan sekali ngan aku. "pesal lewat sgt awak ni?". "Saya patah balik amik sijil2 ni". "Tak payah semua tu cik, hari ni dengar ngan IQ Test je". Takpe la, tak salah prepare je. Sampai2 kene isi form lagi padahal boleh je diorang print out form yg aku isi dlm e-siswazah tu. Kalut2 isi sebab majlis dah nak mula. Dengar la ape yg diorang citer pasal dua2 program tu. Kerjasama satu company Multimedia Synergy Corporation (MMSC) ngan kerajaan negeri Trg, dan satu lagi kerjasama ngan TESDEC.

Lepas rehat minum teh o, sumer pulun2 duk cek nama utk sesi IQ test. Erm, nampak gaya aku sesi kedua. Lambat register pagi td. IQ Test utk 30 minit. Ada soalan Maths, graphics, logic. Tgh syok jwab tetiba ia cakap lagi 10 minit. gelabah jugak sebab tak sedar masa berlalu mcm tu je. Lama plk tak sit for exams hehehehehe. Result blh check via website & will be informed through email. Alhamdulillah IQ aku ok lagi, blm karat.

Next step, interbiu on Thursday. Another IQ test utk aku jawab. Kali ni berdasarkan post yang aku isi masa IQ test hr Ahad lepas. Mencabar minda jugak since aku tak study ape2 pun. Lepas tu baru kene intebiu. "Aida Liza, bilik 3". Bergaya je akak ni sebut. Masuk bilik tu ada 2 org tukang interbiu aku. Dia perkenalkan diri dan sesi tanya-menanya bermula. Aku tak larat nak kelentong, so i mentioned yg tgh amik master. Lantak la depa nak amik ke idak. Ada rezeki ada la. Kalau lulus kene attend kelas for 2-4 mths. Lepas tu baru diorang amik kerja, kontrak 1 tahun.

Bila dipikirkan, hari makin hampir rasa risau jugak. Tgh training boleh ke aku senang2 amik cuti? Kalau tak boleh, cemana ye? pe reason aku nak bagi, dapat keje lain? Sebab hari tu ada yang bertanya, tengah2 training kalau dpt offer keje mcm mana? Encik tu pun dgn bestnya jawab "Dapat keje, Alhamdulillah la". Ape pun nnt la aku pikirkan.

Saturday, March 11, 2006

::sekolah lama::

Tengahari tadi pegi Kemaman atas undangan majlis perkahwinan sedara belah mak. Sebelum tu dah gi satu kenduri, kenyang dah seround. Maklum je la, skang ni musim cuti sekolah. Sana sini ada kenduri membina 'masjid'.

Sampai area Pulau Serai dah mengharap ayah lalu jln biasa, trus ikut bandar Dungun. Doa termakbul, ayah tak membelok ke Kg Gong Pasir seperti selalu. Maknanya berpeluang la aku mengimbau kenangan even tgk dari luar je. Traffic light bdr Dungun, ternampak pasar raya Ju Jaya tempat aku selalu shoping brg keperluan duk hostel especially toiletteries (eja camni ke eda?) dan kudap2 bebudak asrama. Lampu hijau, lalu la tepi AA restoran. Apesal tak prasan pun signboard restoran tu? Dah pindah ke?

Tetiba je ada rasa debar gitu. Rindu mungkin? Banyaknya kenangan tatkala melewati pagar SMSD. Tersergam indah pagar batu dengan logo sekolah menghiasi dinding. Wahai sahabat, untuk kesekian kalinya aku merindui korang semua! Kebetulan lampu isyarat kt depan sekolah merah, sempat la aku perati sikit2. Tetiba, eh mamat ni sengih2 plk. Tak perasan ada mat motor 2 org kat tepi pajero ;)

Ingat lagi dekat kedai makan yang korang selalu lepak ketika 'fly'? Dah maju tau, makin besar kedainya. Ada lagi ke yang buat perangai mcm korang dulu2? hehehe macam2 la. Yang pasti, kedai seberang jalan pagar sekolah still ada, cuma bentuk je berbeza.

Kenangan..banyak yang masih segar dalam kotak fikiran aku ni. Tak salah kan untuk kita selongkar segalanya? Sebagai ingatan berkekalan..

Tuesday, March 07, 2006

::cantik::

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya. Tempat di mana cinta itu ada."

Wednesday, March 01, 2006

::Hujan di Sintok::

Petang semalam bumi sintok disirami hujan. Sejak aku datang sini, hari2 cuaca cerah ngan panas terik. Alhamdulillah, sejuk bumi Allah. Akhirnya aku siapkan jugak corrections tesis tu. Ntah betul ntah tidak la tu. Macam rushing je rupanya. Aku dah follow semua requirement yang examiners letak. Harap2 memenuhi citarasa depa la. Lepas jumpa K'Yati semalam, terasa lega sangat2. Another 2 weeks utk examiner aku baca. Kalau ok dia akan report dkt fakulti then board akan meeting. Tunggu je la kertas coklat tu sampai kat tgn aku.

Dalam kol 6 ptg, aku follow K'Ziana ke kompleks sukan. Tahun ni SUFA lagi but not for me anymore. Tak kuasa dah nak turun padang join sekali. Kalau my intent ke sini utk main lain la kan. Ni datang utk viva, setelkan tesis. Sorry ye K'ah. FPT menang walk-over semalam utk netball. So, kitorang beralih la ke court volleyball. One of my friends pun main jugak. Ye la, kalau lecturer muda mudi & status pun cik lagi mmg la kene turun padang. Tapi ada jugak mak2 org yang join sekali. Bagus la,bersemangat gitu. Saje seronok2 sambil sihatkan badan.

Ayu la aku berbaju kurung ptg semalam kat tepi court tu. Malas nak balik Tmn U tukar baju. Minyak pun dah naik kan? Kene la berjimat cermat. Kata diorang, cukup utk tahun ni and there will be no more increment for fuel. Boleh caya ke? heheheh tak tahun ni, tahun depan boleh jadi naik lagi. Aku pun dah mula rasa segan nak bawak 'kerani' ayah jalan2. ye la, kang kalau haus kerani tu, ayah jugak yang hulur. Cepat2 la aku 'beruang', segan sgt asyik dapat subsidi PAMA je ni.