Followers

Thursday, October 22, 2009

:: Frust ke??!! ::


Got this from a friend..Something to share...


Frust? Kecewa? Depress? .. dah rasa nak mati dah?Life ni pada mulanya smooth jer sampailah suatu masa gelombang ni melanda dalam hidup kita. Jatuh tersembam. Rasa macam dah nak mampus, rasa takde nilai.. Ups and downs are part of life dan nothing we can do to change it. Things that we desire the most are not given to us and what we get is not what we desire..

Tak ada salahnya kalau kita gagal, orang kata kegagalan itu mengajar aku jadi semakin matang. Tengok sekeling, tengok ayam ka, itik ka, burung ka.. menatang tu pun sama jugak macam kita, cuma dia orang tak gi sekolah jer. Hari-hari cari makanan sebab nak teruskan hidup, ada masa dia orang menatang tu dapat makanan dan ada kalanya fail jugak.. tetapi kalau menatang tu start berfikir inilah process kehidupan yang tidak akan mendatangkan makanan, maka mereka juga akan mampuss.. Seandainya kita jatuh tersemban, ingatlah hanya ada satu jalan untuk kita, bangun semula.

Aku pernah terbaca satu cerita lah, entah betul entah tidak. Wallahuaklam. Ada seorang lelaki ni cuba dalam business. Dia bukak business ini, tapi akhirnya dia fail, buat business baru fail juga, buat lagi business lain, fail juga.. at last dia menulis sebuah buku, tajuknya “Kenapa saya gagal”. Gezzzz bukunya mendapat sambutan yang tinggi dan akhirnya dia jadi millionaire.. hmmm.. macamana andainya dia stop berfikir untuk terus bangun..

Tak kira lah apa saja bala atau malapetaka yang datang, bangun la semula. Gagal dalam kerja ke, business ke, frust dalam rumahtangga ke, frust dalam bercinta ke.. Ppppffffff…!! Frust dalam bercinta tak kemananya lah..

Hari ini aku pun mengalami situasi yang sama, tapi aku tahu ‘aku tak akan jatuh’ insyallah. So berpegang kepada Qada dan Qadar ketentuan dariNya, its OK aku akan bangun semula. Kalau aku ni macam burung, aku sudah terbang tinggi tapi aku tersilap lalu jatuh tersembam atas tanah, ada orang lastik aku. Takpa, sekali aku jatuh bukan selamanya aku jatuh dan aku tak akan sesekali berak atas muka orang yang lastik aku tu. What goes around comes around bro..

Well, yes aku sakit. Tapi aku OK, tak kisah punya. Ubat ada. Kan ku repair sayap-sayap yang patah ini, align semula, kasi balancing sikit, pasang side mirror err dulu takde side mirror pasal tu aku tak perasan.. he he he .. study semula buat homework kenapa aku terjatuh sedangkan aku boleh elak batu yang dilastik kan pada aku. Aku tak salahkan penjahat kabaret tu, aku pun buat salah, aku pun kadang-kadang mengarut, kadang-kadang hanyut, kadang-kadang aku ex nak mampus.. kan ku lihat kebelakang fikir dan fikir semula apa yang dah aku lakukan.. tak pa.. dan tau takpa.

Terima kasih kerana melastik aku, aku tahu ada hikmahnya..

Tuesday, September 15, 2009

::Kuih yang best::

Time bulan pose ni, mcam2 la kuih yang muncul. Tok aji, onde2 (buah melaka), kuehbakar ooopsssss. Yang pastinya masa belajo kat kedah dulu aku tak akan miss kuih kat sebelah ni. Cik Lopez aka kuih lopes.

Sedapnya hingga ke anak tekak. Nikmat, nyummy2. Balik kang nak try gi beli kat kedai tu la. Sebungkus pun jadilah buat pelepas rindu pada suasana dolu2.

p/s : Buha, aku rindu nak pi sana!

Sunday, September 13, 2009

::Keje yang tak pernah habis::

LAst updated April 2009. Dah masuk bulan 9 pon ni ha...apa kau dah buat edaleeja? termenung? duk sesaje?

Busy+malas+tak dan+dll. Banyakkan alasan? Kekadang keje yang menimpa2 kat opis forbidden me to write anything. kekekekeke forbidden btol la tu. Sejak byk tanggungjawab ni aku dah kurang ber'blog' dan kurang share citer2 best ngan semua. Apa pon, aku sihat walafiat, cuma bizi yg teramat.

~Mei 2009~
Sibuk preparation utk intake baru. Bz jugak utk final exam on Jun. Kali ni batch yang terlibat terlalu la ramaina. Naik pening kepala aku. Kene plk ada yg memberhentikan diri dari keje. Ribut takde, tetiba je taufan melanda. Namun kami semua bersyukur dia brenti oooppsss. Ada la tu yg dia buat silap, tak kan tetiba nak brenti kan?

~Jun 2009~
Keluar masuk staff dah mcm jd satu kebiasaan je kat sini. Aku yg selalu duk ngajor modul Manpower Planning mula tertanya2, tak pernah ke sebarang analisis dilakukan atas apa yg jadi? Planning bhg HR takde ke? My ambitious C*O tak perasan ke dia nye management?

Nak tambah course baru pulak dia ni..Tmbh keje lagi la ni. Bukan satu dua je tapi 11 courses. Kursus yang ada ni pun tak terhapdet, ni kan plk nak apply baru. Takpe la, aku hanya mentimun. I follow ur order.

~Julai 2009~
To my dear hubby, Happy Birthday!! Ddah banyak silap yg dilakukan pada dia. Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung nyawa. Love u so much!

~Ogos 2009~
Intake baru lagi kali ni. Orientasi selalunya aku kene explain pasal akademik, pembelajaran, sistem CGPA, pinjaman an so on. Uih naik kering tekak aku ni. Time ni jugak la one of the student suspected H1N1. Alhamdulillah dah ok. Semua bertopeng la skang ni kat opis. Everyday kitorang distribut Vit C and topeng. hope tak merebak.

To my dear Syifaa, Happy 1st Birthday adik! Dah setahun anak aku ni. Dah berjalan dah dia. Kodek2 ngan lesen 'L' dia. Tapi dia ni rajin nak try jalan, jatuh bangun lagi. Tak tahan tengok, nak gelak pun ada. Paling best time dia joget2 bila dengar lagu esp The Hot Dog song masa Mickey Mouse Club House. Comel!

Bulan Ramadhan dah mula. Semoga kita sama2 menghayati dan mengambil keberkatan di atas kehadiran ramadhan al-mubarak ni. Teringat plk last year time aku berpantang. Alhamdulillah aku berjaya ganti pose yg ditinggalkan sebulan. Slim la jugak skang ni.

~Sept 2009~
I'm 31st? Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNya. Selama ni dah berapa banyak amalan aku? Makin bertambah ke makin kurang? Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk menghadapi hari2 mendatang. Ampunkan dosa2ku, tabahkan iman ku ya Allah, Permudahkan segala urusanku. Berkatilah rumahtangga ku, keluargaku, saudara maraku. Semoga kami tergolong dalam golongan soleh dan solehah. Amin.

Wednesday, April 29, 2009

:: 3rd Anniversary ::

Alhamdulillah, dah masuk tahun ke-3 aku mendirikan rumahtangga dengan suami tersayang. sepanjang 3 thn ni banyak btol pahit manis yang dah kami lalui bersama.

Paling penting ikatan ni semakin kukuh dengan kehadiran dua orang puteri kami Nur Hasya dan Nur Syifaa.

Got this from my dear hubby...thanks a lot abang

Sunday, March 22, 2009

::First post for 2009??::

Hai all...salam sejahtera

Gila ke ape ntah ni tetiba je mau hapdet my dear blog. Sorry sesangat coz lama la aku tak hapdet citer terkini. Bz yang melampaui had umur aku ni duk nyekat aku kongsi2 citer baru buat semua.
Banyak dah yang aku tertinggal citer kengkawan ni.

Ok, sikit sebanyak kisah aku sejak awal tahun ni.

Jan - Bz coz bulan ni ada 2 org staff yg akan cuti bersalin serentak. As for me, aku nak kene scheduled balik jadual kelas student2 ni. Kene plk plan for intake baru around 100. Jenuh la nak cover kelas yang cikgu cuti ni. Biasanya ada 'org kuat' yg planned jadual kelas, mapping academic skali. Tapi bila dah kene batu jembala patik ni terpaksa la aku settlekan. Hope semua cikgu blh terima. Yg penting each lecturer tak blh la nak lebih 26hrs per week. Alhamdulillah everything goes well.

Yang paling tak best sekali dalam sejarah tahun 2009 - I'VE LOST MY NEW HANDPHONE!!. abih ilang semua contact no my friends. Ada sikit je pernah aku backup. kene pulak aku tak pernah register ngan Celc** utk backup data dalam sim card. Gone with the wind la semuanya. Sorry ye kengkawan kalau lama aku tak call or sms..ilang segalanya.

Feb - Birthday my Hasya yg ke-2. Dah besar anak dara aku ni. Makin keletah dan byk tanya. "Apa ni mi?, Apa tu" But it was really fun and mencabar kesabaran. Final exam for SKM Level2, and everyone passed it. Cuma yang bestnya kali ni tak terkeja-kejar macam selalu. A week before the exam, semua markah dah keyed in dalam sistem. Jug bz ngan kenduri sepupu aku Azza, may happiness be with u always.

Mac - Terasa-rasa nak update blog and change it looks. Best juga sekali sekala menyesakkan paler ni utk edit semuanya. Saje la kan, ubah angin sket.

Takmo citer lagi, kepala ku pening dah ni. Nak rehat skit coz hari ni pun tak gi keje MC boss!